Panggilan Misi
Bab 11: Membantu Orang Membuat dan Mentaati Komitmen


“Bab 11: Membantu Orang Membuat dan Mentaati Komitmen,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Bab 11,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

Ku Tidak Ingini, oleh Yongsung Kim

Bab 11

Membantu Orang Membuat dan Mentaati Komitmen

Pertimbangkanlah Ini

  • Bagaimanakah mentaati komitmen berkaitan dengan penukaran hati?

  • Bagaimanakah mentaati komitmen berkaitan dengan mentaati perjanjian?

  • Bagaimanakah saya boleh menghulurkan jemputan untuk membantu orang berkembang secara rohani dan menguatkan iman mereka kepada Yesus Kristus?

  • Mengapakah penting untuk berkongsi kesaksian yang tulus?

  • Apakah berkat-berkat yang saya boleh janjikan?

  • Bagaimanakah saya boleh membantu orang mentaati komitmen?

Pertaubatan, Komitmen, dan Penukaran hati

Sebagai seorang misionari dan pengikut Yesus Kristus, anda menghasratkan keselamatan jiwa (lihat Mosia 28:3). Juruselamat “perkasa untuk menyelamatkan” mereka yang mentaati perjanjian yang dibuat melalui penerimaan tatacara imamat penting, bermula dengan pembaptisan (lihat 2 Nefi 31:19). Menghulurkan jemputan dan membantu orang mentaati komitmen akan menyediakan mereka untuk pembaptisan.

Orang diselamatkan dengan syarat pertaubatan (lihat Helaman 5:11). Pertaubatan ialah satu pertukaran hati penuh dan ikhlas kepada Yesus Kristus. Komitmen adalah satu bahagian penting dalam pertaubatan. Apabila anda menjemput orang untuk membuat komitmen ketika pengajaran anda, anda menjemput mereka untuk bertaubat.

Komitmen bermaksud memilih satu jalan tindakan dan mengikuti pilihan itu. Bertindak ke atas kebenaran injil secara konsisten membawa kepada penukaran hati.

Penukaran hati adalah perubahan dalam kepercayaan, hati, dan kehidupan seseorang untuk menerima dan mengikuti kehendak Tuhan. Ia adalah keputusan yang sedar untuk menjadi seorang pengikut Kristus. Penukaran hati berlaku apabila orang menjalankan iman kepada Kristus, bertaubat akan dosa-dosa mereka, dibaptiskan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir. Tuhan dan para nabi-Nya merujuk perubahan ini sebagai kelahiran semula rohani (lihat Yohanes 3:3–5; Mosia 27:25–26).

Korban Tebusan Juruselamat membolehkan penukaran hati, dan Roh Kudus membawa perubahan hati yang hebat ini (lihat Mosia 5:2; Alma 5:12–14).

Penukaran hati ialah satu proses, bukan satu acara. Membantu orang bertukar hati kepada Yesus Kristus adalah pusat tujuan misionari anda. Atas bimbingan Roh, anda menjemput orang untuk membuat komitmen yang akan membantu mereka berkembang secara rohani dan merasa pengaruh Roh Kudus dalam kehidupan mereka. Kemudian anda menyokong orang dalam mentaati komitmen yang mereka telah buat. Anda membantu mereka bertindak dengan iman ke arah perubahan yang berkekalan (lihat Mosia 6:3).

Orang yang mentaati komitmen sebelum pembaptisan lebih cenderung untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus selepas itu. Apabila anda mengajar orang untuk mentaati komitmen, anda mengajar mereka untuk mentaati perjanjian. Membuat dan mentaati perjanjian adalah bahagian penting dalam injil Yesus Kristus dan rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya.

Bab ini termasuk garis panduan untuk menghulurkan jemputan, menjanjikan berkat, berkongsi kesaksian anda, dan membantu orang mentaati komitmen mereka supaya mereka boleh datang kepada Juruselamat dan diselamatkan.

misionari mengajar wanita

Menghulurkan Jemputan

Sebagai wakil Yesus Kristus, anda menjemput orang untuk mengikuti-Nya dan menerima kebahagiaan injil-Nya. Anda hulurkan jemputan khusus untuk mereka melakukan hal-hal yang akan membina iman kepada Kristus. Kemudian anda menyokong mereka dalam mentaati komitmen mereka.

Jemputan dan komitmen adalah penting untuk sebab-sebab berikut:

  • Ia membantu orang menjalankan asas-asas yang mereka pelajari supaya mereka merasakan kesaksian Roh.

  • Mentaati komitmen adalah salah satu cara orang menunjukkan pertaubatan (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:37).

  • Pertaubatan membantu orang mengalami kedamaian dan kebahagiaan pengampunan Tuhan. Mereka juga akan peroleh lebih banyak bantuan daripada Tuhan untuk cabaran mereka.

  • Mentaati komitmen menyediakan orang untuk membuat dan mentaati perjanjian kudus.

  • Anda boleh menunjukkan kasih anda kepada orang dan iman anda kepada janji-janji Tuhan dengan membantu orang mentaati komitmen mereka.

Jemput Seperti yang Diarahkan Roh

Cari bimbingan Roh tentang apa jemputan untuk dihulurkan dan bila untuk melanjutkannya. Pertimbangkan pelajaran atau ajaran apa, jika difahami dengan betul, akan membantu seseorang menerima jemputan anda. Jemputan yang betul pada masa yang betul boleh mendorong orang untuk melakukan hal-hal yang akan membina iman mereka. Tindakan-tindakan ini boleh membawa kepada perubahan hati yang hebat (lihat Mosia 5:2; Alma 5:12–14).

Jemputan yang anda hulurkan mungkin kecil, seperti membaca satu bab tulisan suci atau datang ke pertemuan sakramen. Atau yang mungkin lebih penting seperti dibaptiskan. Jemputan haruslah sesuai bagi seseorang berada dalam perjalanan rohaninya.

Jemputan yang dipimpin oleh roh membantu seseorang maju secara rohani (lihat 2 Nefi 28:30; Ajaran dan Perjanjian 93:12–13). Tanyakan diri, “Apakah komitmen yang orang itu patuhi? Apakah langkah seterusnya agar dia boleh terus maju?”

Dengarlah mereka ketika anda bercakap dengan atau mengajar. Dari apa yang anda dengar dan rasa, cari bimbingan Roh tentang jemputan yang akan membantu setiap orang maju ke arah untuk membuat perjanjian kudus.

Asas-asas untuk Menghulurkan Jemputan

Menghulurkan jemputan memerlukan iman kepada Kristus. Beriman bahawa Dia akan memberkati orang apabila mereka menerima dan mengikuti jemputan anda.

Orang akan lebih cenderung untuk berubah apabila anda menjemput mereka untuk bertindak atas kebenaran injil dan membantu mereka melihat bagaimana perubahan itu akan memberkati mereka. Mereka akan berubah sehingga mereka merasai Roh dan mengalami kebahagiaan dari pengamalan injil Yesus Kristus.

Apabila anda melibatkan diri dengan orang, secara bersemuka atau atas talian, pertimbangkan apa jemputan yang dapat membantu menguatkan iman mereka kepada Kristus dan merasai Roh. Kadangkala ini mungkin semudah pertemuan dengan anda sekali lagi atau datang ke satu aktiviti Gereja.

Semasa anda bersedia untuk mengajar pelajaran, pertimbangkan keperluan dan kemajuan setiap orang. Pastikan rancangan pelajaran anda termasuk satu atau lebih jemputan yang akan membantu orang itu maju.

Berhati-hati untuk tidak melanjutkan terlalu banyak jemputan sekaligus. Seseorang perlukan masa untuk bertindak, berkembang, dan belajar dari setiap jemputan.

Jadilah berani tetapi tidak keterlaluan semasa anda menjemput orang untuk membuat komitmen (lihat Alma 38:12). Hormati hak pilihan orang.

Kajian Kitab Suci

Mengapakah komitmen penting?

Jemput dengan Baik dan Jelas

Jemputan sering berbunyi “adakah anda akan”, yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Jemputlah dengan baik, spesifik, dan jelas. Ia harus menjemput atau memimpin orang untuk membuat komitmen untuk bertindak dengan iman dalam Yesus Kristus.

Walaupun jemputan anda unik untuk setiap orang, pertimbangkan contoh-contoh berikut:

  • Menghadiri gereja menyediakan masa dan tempat bagi anda untuk menyembah Tuhan dan merasakan Roh-Nya. Ia juga boleh membantu anda menjadi sebahagian komuniti sokongan apabila anda membuat perubahan untuk mendekati Juruselamat. Adakah anda akan datang bersama kami ke pertemuan sakramen hari Ahad ini?

  • Sekarang, setelah kita membincangkan kepentingan mengkaji tulisan suci, adakah anda akan membaca [satu petikan tulisan suci tertentu]? Adakah anda akan tuliskan apa-apa tanggapan atau soalan yang anda mungkin ada? Kita boleh membincangkan pandangan anda di pertemuan kita yang seterusnya.

  • Kita telah membincangkan kehidupan Juruselamat dan perintah-perintah-Nya. Adakah anda akan mengikuti teladan-Nya dengan dibaptiskan ke dalam Gereja-Nya dan membuat perjanjian dengan Dia? (Lihat “Jemputan untuk Dibaptiskan dan Ditetapkan” dalam bab 3.)

  • Anda telah menyatakan minat untuk berhubung dengan Tuhan dalam hidup anda. Adakah anda akan berdoa dengan iman dalam beberapa hari akan datang supaya anda dapat mengalami berkat-berkat doa?

  • Kami ada satu video yang kami fikir akan membantu. Bolehkah kami tunjukkan kepada anda atau menghantar pautan itu kepada anda? Adakah anda akan menontonnya? Bolehkah kami menelefon anda esok untuk tahu fikiran anda?

Cari dorongan Roh Kudus semasa anda pertimbangkan cara semula jadi untuk melanjutkan jemputan yang baik, spesifik, dan jelas.

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Dalam jurnal kajian anda, tulis satu jemputan yang mudah, langsung, dan jelas untuk setiap komitmen dalam pelajaran. Jika anda telah melakukan aktiviti ini, ulanginya dan bandingkan jemputan baharu anda dengan yang sebelumnya.

Kaji semula jemputan yang anda telah tulis dengan rakan anda. Kemudian bincangkan soalan-soalan berikut:

  • Bagaimanakah kita dapat membantu orang memahami berkat-berkat yang Tuhan janjikan berkaitan dengan jemputan ini?

  • Mengapakah jemputan ini penting bagi saya secara peribadi?

  • Bagaimanakah saya dapat membantu orang merasakan kasih Tuhan bagi mereka semasa saya menghulurkan jemputan?

  • Bagaimanakah saya boleh memperbaiki diri dalam membantu orang lain bertindak atas jemputan yang saya berikan?

Fikirkan seseorang yang anda ajar. Berlatih melanjutkan jemputan ini seolah-olah anda sedang berucap kepada orang itu. Mengubah jemputan anda jika perlu.

Janjikan Berkat kepada Orang

Tuhan berjanji untuk memberkati kita semasa kita mematuhi perintah-perintah-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 130:20–21). Orang yang taati perintah dan kekal setia “diberkati dalam segala hal” dan akan “berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir” (Mosia 2:41).

Semasa anda menjemput orang untuk membuat komitmen, janjikan mereka berkat-berkat dari mentaati komitmen. Anda boleh mengenal pasti banyak berkat ini dengan mengkaji tulisan suci, ajaran-ajaran para nabi zaman akhir, dan pelajaran-pelajaran dalam bab 3. Fikirkan juga berkat-berkat dalam kehidupan anda sendiri. Dengan penuh doa tentukan berkat-berkat yang anda akan janjikan kepada setiap orang semasa anda menghulurkan jemputan.

Apabila menjemput seseorang untuk menjalankan satu perintah, ajarkan yang berikut:

  • Mematuhi perintah-perintah menunjukkan kasih kita kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus (lihat Yohanes 14:15).

  • Mematuhi perintah-perintah menunjukkan kepada Tuhan bahawa kita mempercayai Dia (lihat Amsal 3:5–6).

  • Berkat-berkat Tuhan adalah rohani dan duniawi (lihat Mosia 2:41).

  • Berkat terbesar Tuhan adalah kehidupan abadi (lihat Ajaran dan Perjanjian 14:7).

  • Apabila kita berdoa dan bertindak dengan iman, Tuhan akan membantu kita mencapai hal yang Dia perintahkan kita untuk lakukan (lihat 1 Nefi 3:7).

  • Tuhan memenuhi janji-janji-Nya untuk memberkati kita menurut cara dan masa-Nya (lihat Ajaran dan Perjanjian 88:68).

Orang sering menghadapi pertentangan dalam mentaati perintah-perintah. Sokong mereka yang anda ajar, dan yakinkan mereka bahawa Tuhan akan memberkati mereka semasa mereka berusaha untuk melakukan kehendak-Nya. Bantu mereka faham bahawa pertentangan adalah peluang untuk berkembang dengan memilih untuk mengikuti Kristus walaupun ia sukar (lihat 2 Nefi 2:11, 13–16).

Seperti Elder Jeffrey R. Holland ajarkan, “Ada berkat yang datang awal, ada yang datang lambat, dan ada yang tidak datang sehingga di syurga; tetapi bagi mereka yang memeluk injil Yesus Kristus, berkat-berkat itu datang” (“An High Priest of Good Things to Come,” Ensign, Nov. 1999, 38).

Kajian Kitab Suci

Apakah yang tulisan suci berikut ajarkan tentang hasrat Tuhan untuk memberkati kita?

Kajian Peribadi

Baca Ajaran dan Perjanjian 82:10 dan 130:20–21. Kemudian kaji tulisan suci berikut. Buat dua lajur dalam jurnal kajian anda. Di satu belah, tuliskan perintah yang anda temui dalam setiap petikan. Di sebelah lain, tuliskan janji mentaati perintah itu.

Kongsi Kesaksian Anda

Kongsi kesaksian anda setiap kali anda menghulurkan satu jemputan dan menjanjikan berkat. Beritahu bagaimana anda telah diberkati semasa anda mengamalkan asas yang anda ajar. Kongsi kesaksian anda bahawa asas itu akan memberkati kehidupan orang yang menjalankannya.

Kesaksian anda yang tulus akan membantu mencipta persekitaran bagi orang untuk merasakan Roh Kudus mengesahkan kebenaran. Ini akan menggalakkan mereka untuk menerima jemputan yang anda akan hulurkan.

Untuk maklumat lanjut, lihat “Kongsi kesaksian Anda” dalam bab 10.

kumpulan sedang berdoa

Bantu Orang Mentaati Komitmen Mereka

Apabila orang menerima jemputan anda untuk melakukan sesuatu, buat susulan untuk membantu mereka mentaati komitmen mereka. Anda sedang membantu orang mengembangkan iman kepada Kristus. Peranan anda adalah untuk membantu mereka menguatkan iman dan tekad mereka untuk maju menuju penukaran hati penuh. Jangan hanya menjemput orang untuk berubah; tetapi turut menyokong mereka.

Orang akan menerima kesaksian roh apabila mereka menjalankan iman untuk pertaubatan dengan mentaati komitmen. Kesaksian itu sering datang “sehinggalah setelah percubaan iman [mereka]” (Eter 12:6). Jangan terkejut apabila pertentangan timbul. Rancang bagaimana anda akan membantu mereka melalui percubaan supaya mereka menerima kesaksian Roh. Ahli Gereja lain juga boleh memberi sokongan.

Orang sering merasakan pengaruh Roh ketika anda bersama mereka. Tekankan kepentingan berdoa, membaca tulisan suci, dan mengikuti jemputan anda supaya mereka akan mempunyai perasaan ini apabila mereka bersendirian.

Mentaati komitmen menyediakan orang untuk tatacara dan perjanjian sepanjang jalan penukaran hati yang berkekalan. Usaha anda boleh membantu mereka “menyatakan melalui pekerjaan mereka” hasrat untuk mengikuti Yesus Kristus (Ajaran dan Perjanjian 20:37).

para wanita memeluk

Rancang untuk Kontak Harian yang Ringkas

Membantu orang mentaati komitmen bermula apabila anda pertama kali melawat dan mengajar mereka. Minta mereka untuk mencatat komitmen mereka dalam telefon, kalendar, atau sesuatu yang anda tinggalkan bersama mereka.

Tanya jika anda, atau seorang ahli yang telah mengambil bahagian, boleh membuat kontak harian yang ringkas di antara kunjungan pengajaran. Jelaskan bahawa tujuan kontak ini adalah untuk menyokong mereka, dan jelaskan beberapa cara anda boleh melakukannya. Hubungan-hubungan ini adalah salah satu cara untuk mengaplikasikan asas-asas dalam Ajaran dan Perjanjian 84:106.

Tentukan kaedah kontak yang paling berkesan, seperti kunjungan ringkas, panggilan telefon, teks, atau pesanan media sosial. Teknologi menawarkan banyak pilihan untuk peringatan dan sokongan tambahan.

Galakkan dan Bantu Orang dalam Kontak Harian Anda

Untuk setiap jemputan yang anda hulurkan, catatkan nota-nota dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku tentang bagaimana untuk menyusulnya keesokan hari. Semasa anda merancang keesokan harinya, cari bimbingan Roh semasa anda membincangkan bagaimana untuk membantu orang mentaati komitmen mereka.

Jadikan kontak harian anda dengan orang itu positif dan menggalakkan. Doalah untuk mereka. Tunjukkan kasih dan pemahaman apabila anda membantu mereka mentaati komitmen mereka. Jawab soalan dan bantu mereka mengatasi cabaran. Jika ada masanya, baca bersama dari Kitab Mormon. Kongsi media Gereja yang berkaitan, termasuk muzik yang Gereja hasilkan yang mungkin meningkatkan semangat mereka. Hormatilah masa dan keinginan mereka.

Memperkenalkan mereka kepada ahli Gereja yang lain. Apabila sesuai, minta ahli-ahli untuk membantu orang mentaati komitmen mereka (lihat bab 10).

Pujilah orang yang berusaha untuk mentaati komitmen mereka. Bantu mereka melihat bagaimana Tuhan gembira dengan usaha mereka. Orang-orang ini mengubah kehidupan mereka, yang memerlukan banyak usaha dan kesabaran. Bantu mereka mengenali berkat-berkat yang mereka terima. Nyatakan keyakinan bahawa mereka boleh berjaya.

Juga tunjukkan kasih jika orang tidak mentaati komitmen mereka. Tawarkan untuk menyokong mereka semasa kontak harian anda. Contohnya, jika seseorang menerima jemputan untuk membaca satu bab dalam Kitab Mormon tetapi belum melakukannya, tawarkan untuk membacanya bersama. Bantu orang itu menemui melalui pengalaman bagaimana mentaati komitmen boleh memberkati hidupnya.

Banyak percubaan diperlukan untuk orang mentaati komitmen, dan anda mungkin perlu membuat beberapa kunjungan untuk membantu mereka. Bincangkan bagaimana mereka boleh mengatasi cabaran untuk mentaati komitmen. Bersabar dan menyokong, janganlah mengkritik atau menghakimi.

Miliki Pengaruh Roh Kudus dalam Kontak Harian Anda

Apabila anda membuat susulan dengan orang, minta mereka berkongsi pengalaman tentang mentaati komitmen. Tanyakan apa yang mereka telah belajar dan rasa. Ini akan membantu mereka mengenali pengaruh Roh dalam kehidupan mereka dan membantu mereka mengenal pasti langkah seterusnya.

Apabila anda menghubungi orang setiap hari, tujuan penting anda adalah untuk menjemput pengaruh Roh Kudus ke dalam kehidupan mereka. Bantu mereka mengenali bagaimana untuk merasakan Roh apabila anda tidak hadir. Kontak harian anda harus memperkuatkan perasaan rohani yang mereka rasakan apabila anda mengajar mereka. Mereka akan bertukar hati apabila mereka merasakan kuasa dan pengaruh Roh Kudus.

Tunjukkan Kasih

Proses penukaran hati berpusat pada kasih seperti Kristus (lihat 4 Nefi 1:15). Carilah kurnia kasih ihsan. Menunjukkan kasih tulus dapat membantu orang merasai Roh dalam kehidupan mereka. Ungkapan kasih anda juga boleh membantu mereka menerima jemputan dan mentaati komitmen yang membawa kepada penukaran hati.

Apabila anda mengasihi dan mengajar orang lain, penukaran hati anda sendiri kepada Juruselamat akan mendalam.

Membantu penukaran hati orang lain adalah pekerjaan kudus. Anda akan menemui kebahagiaan yang berkekalan semasa anda mengabdikan diri kepada pekerjaan ini dan melayani orang lain (lihat Matius 10:39; Mosia 2:17; Alma 27:17–18; Ajaran dan Perjanjian 18:10–16).

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Catatkan dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku rancangan kontak harian anda dengan setiap orang yang anda ajar. Rancang beberapa hari lebih awal apa yang anda akan lakukan untuk membuat susulan dengan setiap orang.

Pilih satu jemputan yang anda akan lanjutkan apabila anda mengajar setiap orang. Kemudian mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin menghindari seseorang daripada menerima atau mentaati komitmen itu. Bincangkan dan berlatih bagaimana anda boleh membantu orang semasa mereka berusaha untuk menangani halangan mereka.

Tuhan Menghasratkan Orang untuk Datang dan Kekal

Pekerjaan misionari mempunyai kesan terbesar apabila orang membuat dan mentaati komitmen untuk menjalani injil dan kekal aktif dalam Gereja sepanjang hidup mereka. Tidak cukup untuk mereka hanya sertai Gereja. Tuhan berhasrat agar mereka datang dan kekal (lihat Yohanes 15:16). Tujukan semua pengajaran dan jemputan anda ke arah itu. Untuk menerima semua berkat yang Bapa Syurgawi ada untuk mereka, ahli-ahli mesti terus menjalankan injil dengan mematuhi perintah-perintah dan perjanjian yang mereka telah buat dan kekal aktif dalam Gereja.

Nefi mengajar: “setelah kamu memasuki lorong sempit dan kecil ini, aku hendak bertanya adakah semuanya telah dilakukan? Lihatlah, aku berkata kepadamu, Belum; … kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, … dan [jika anda] bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi” (2 Nefi 31:19–20).

Cuba sedaya upaya untuk membantu orang layak untuk “kehidupan kekal, iaitu kurnia yang terbesar dari segala kurnia Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 14:7).


Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi

Kajian Peribadi

  • Kenal pasti satu perintah dari pelajaran 4. Cari dan catatkan rujukan tulisan suci dan petikan dari para nabi zaman akhir yang menggambarkan berkat-berkat yang dijanjikan berkaitan dengan perintah ini. Fikirkan berkat-berkat yang anda telah terima dengan mematuhi perintah ini, dan tuliskannya dalam jurnal anda.

  • Apabila anda berkomunikasi dengan keluarga atau orang lain, tanya bagaimana mereka telah diberkati dengan mematuhi perintah tertentu (contohnya, mematuhi hari Sabat, mematuhi hukum persepuluhan, atau mematuhi perintah yang sukar bagi seseorang yang anda ajar).

  • Jawab soalan-soalan berikut untuk membantu anda mengenal pasti apakah yang anda boleh memperbaiki apabila memberikan jemputan. Buat rancangan untuk memperbaiki.

    • Adakah orang tahu bahawa saya mengasihi mereka?

    • Adakah saya yakin bahawa mereka akan diberkati dengan bertindak atas jemputan kami?

    • Adakah saya memberi masa dan perhatian yang sesuai dalam membuat kontak harian untuk membantu mereka mentaati komitmen mereka?

    • Adakah rancangan pelajaran kami termasuk jemputan khusus untuk bertindak?

Kajian Dengan Rakan dan Pertukaran Rakan

  • Kaji semula jemputan dalam salah satu pelajaran misionari. Untuk setiap jemputan, jawab soalan-soalan berikut:

    • Apakah berkat-berkat yang Tuhan telah janjikan kepada mereka yang mentaati komitmen ini?

    • Bagaimanakah mematuhi asas ini membantu orang meningkatkan iman dan kesaksian mereka?

    • Bagaimanakah komitmen ini membantu orang bertaubat dan menjadi lebih peka kepada Roh?

  • Dari alat perancangan anda, buat satu senarai orang yang anda telah hubungi dalam dua hari yang lalu. Termasuk mereka yang anda ajar dan ahli gereja.

    • Untuk setiap orang, tuliskan jemputan yang anda hulurkan dan komitmen yang mereka buat.

    • Pertimbangkan jemputan lain yang anda boleh lanjutkan.

    • Bincangkan mengapa beberapa orang ini dapat berikan komitmen tetapi yang lain tidak.

    • Apakah yang anda akan lakukan untuk menyusul jemputan-jemputan ini?

Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi

  • Bincangkan idea-idea yang berkesan dan kreatif untuk kontak harian dengan orang yang anda ajar. Bagaimanakah para misionari telah bekerja dengan ahli-ahli secara berkesan? Apakah media bercetak atau digital yang berguna? Apakah yang anda boleh lakukan apabila orang tidak berada di rumah atau terlalu sibuk untuk bertemu dengan anda?

  • Bincangkan cara-cara para misionari telah mengajar perintah-perintah dalam pelajaran 4 dengan berkesan.

Pemimpin Misi dan Penasihat Misi

  • Jika boleh, sertai para misionari semasa mereka mengajar. Bantu mereka berfokus untuk membantu orang membuat dan mentaati komitmen.

  • Galakkan pemimpin imamat bahagian, pemimpin organisasi, dan ahli-ahli untuk membuat kontak harian dengan orang yang misionari sedang ajarkan—jika orang itu bersetuju untuk dihubungi.