Panggilan Misi
Bab 3: Mempelajari dan Mengajarkan Injil Yesus Kristus


“Bab 3: Mempelajari dan Mengajarkan Injil Yesus Kristus,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Mempelajari dan Mengajarkan Injil Yesus Kristus,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

The Baptism of Christ [Pembaptisan Kristus, oleh Joseph Brickey

Bab 3

Mempelajari dan Mengajarkan Injil Yesus Kristus

Pelajaran dalam bab ini mengandungi ajaran, asas, dan perintah injil Yesus Kristus yang penting. Pelajaran-pelajaran ini adalah apa yang para nabi dan rasul hidup telah arahkan anda untuk belajar dan ajarkan. Ia disediakan di sini agar anda boleh membantu orang lain memahami ajaran Kristus dengan jelas.

Bahagian pertama dalam bab ini ialah jemputan pembaptisan. Bab selebihnya terdiri daripada empat pelajaran berikut:

Pelajari tulisan suci dan hargailah ajaran dalam setiap pelajaran. Jika anda berbuat demikian, Roh akan bersaksi tentang kebenaran yang anda pelajari. Dia akan membantu anda tahu apa yang harus dikata dan dilakukan untuk membantu orang lain menerima kesaksian tentang kebenaran. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 84:85.)

Orang akan lebih sepenuhnya mengenali Juruselamat semasa mereka melakukan jemputan Dia. Hulurkan jemputan dalam setiap pelajaran, dan bantu orang mentaati komitmen mereka. Apabila orang mentaati komitmen, mereka mula mematuhi injil Yesus Kristus dan bersedia untuk membuat perjanjian dengan Tuhan.

Ajarkan semua pelajaran sebelum dan selepas pembaptisan. Para misionari sepenuh masa memimpin pengajaran pelajaran bagi kedua-dua masa. Para misionari bahagian atau ahli lain mengambil bahagian jika boleh. Lihat bab 10 dan 13 untuk maklumat tentang melibatkan ahli-ahli dalam pengajaran.

Bersedia untuk Mengajar

Semasa anda bersedia untuk mengajar, kaji semula maklumat untuk setiap orang dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku. Buat satu rancangan pelajaran berdasarkan keperluan orang tersebut. Pertimbangkan apa yang dia harus tahu dan rasa semasa kunjungan pengajaran anda. Roh akan mengembangkan usaha anda apabila anda mengambil masa untuk bersedia dan merancang.

Berikut adalah beberapa soalan untuk anda dan rakan anda pertimbangkan dengan penuh doa semasa anda bersedia untuk mengajar.

  • Apakah jemputan yang kita akan hulurkan untuk membantu orang itu membina iman kepada Kristus dan membuat kemajuan? Jemputan membantu orang bertaubat dan mengalami “kuasa Penebus” (Helaman 5:11). Pertimbangkan kemajuan, situasi, dan keperluan orang itu. Kemudian masukkan satu atau lebih jemputan dalam rancangan pelajaran anda.

  • Apakah ajaran dan asas yang akan membantu orang itu mentaati komitmen yang kita jemput dia lakukan? Berdoa dan tentukan ajaran dan asas-asas yang akan membantu orang memahami mengapa mentaati komitmen adalah penting bagi mereka dan kepada Tuhan.

  • Bagaimanakah kita akan membantu orang itu mempelajari ajaran? Untuk bersedia mengajar ajaran, susun dan ringkaskan apa yang anda akan ajar dengan menggunakan pelajaran 1–4. Kenal pasti soalan-soalan, tulisan suci, contoh, dan media sesuai yang akan membantu orang itu faham apa yang anda ajar. Lihat bab 10 untuk maklumat tentang bagaimana untuk memperbaiki pengajaran anda.

  • Apakah berkat-berkat yang Tuhan janjikan bagi mereka yang menerima dan mentaati komitmen? Semasa anda mengkaji ajaran, kenal pasti berkat-berkat yang Tuhan janjikan. Semasa anda mengajar, janjikan berkat-berkat dan bersaksi tentangnya.

  • Siapakah ahli-ahli yang boleh mengambil bahagian? Dalam pertemuan penyelarasan mingguan, tentukan ahli yang boleh membantu anda mengajar dan menyokong orang itu. Sebelum pelajaran, bincangkan penyertaan mereka. Lihat bab 10.

  • Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu orang mentaati komitmen mereka selepas kita pergi? Hubungi mereka secara ringkas setiap hari untuk membantu mereka mentaati komitmen. Cari cara untuk melibatkan ahli-ahli dalam membantu mereka yang anda ajar mentaati komitmen mereka. Menghubungi boleh termasuk membaca satu bab dari Kitab Mormon atau tulisan suci lain. Jika seseorang tidak mentaati komitmen sebelumnya, sebaiknya tumpukan pada komitmen itu sebelum memberi komitmen baharu. Lihat bab 11.

  • Bagaimanakah kita dapat membantu mereka di masa depan? Selepas setiap situasi pengajaran, nilai pengalaman orang yang anda ajar. Adakah iman mereka kepada Kristus berkembang? Adakah mereka merasai Roh? Adakah mereka bertaubat dan membuat dan mentaati komitmen? Adakah mereka berdoa, mengkaji Kitab Mormon, dan menghadiri gereja? Buat rancangan untuk membantu mereka.

Ajar dari Hati Anda Sepertimana Dibimbing oleh Roh

Kepada semua elder dan sister, Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul menyatakan:

“Tujuan kita adalah untuk mengajar pesanan injil yang dipulihkan dalam cara yang membolehkan Roh mengarah para misionari dan orang yang diajar. Ia adalah penting untuk mempelajari konsep-konsep [pelajaran], tetapi ini tidak harus diajar secara hafal. Misionari harus berasa bebas untuk menggunakan kata-kata sendiri sepertimana didorong oleh Roh. Dia tidak seharusnya memberi ajaran yang dihafal, tetapi berucap secara ikhlas mengikut kata-katanya sendiri. Dia boleh tidak mengikut urutan ajaran, mengajar apa yang diilhami, menurut minat dan keperluan [orang itu]. Berbicara menurut keyakinan dan kata-kata sendiri, dia harus bersaksi tentang kebenaran ajaran-ajarannya.”

misionari bertemu dengan lelaki

Mengajar dan Menjemput Menurut Keperluan Individu

Anda mempunyai fleksibiliti untuk mengajar pelajaran dalam apa cara pun untuk membantu orang bersedia sepenuhnya bagi pembaptisan dan penetapan. Apa pelajaran untuk diajar, bila anda mengajarnya, dan masa yang anda luangkan ditentukan oleh keperluan orang yang anda ajar dan bimbingan Roh. Contohnya, apabila mengajar orang yang tidak mempunyai latar belakang Kristian, anda boleh mula dengan membantu mereka menjalinkan hubungan yang lebih besar dengan Bapa Syurgawi dan memahami rancangan-Nya (lihat “Mengajar Orang yang Tidak Mempunyai Latar Belakang Kristian” dalam bab 10).

Biarkan Roh membimbing anda tentang apa dan bila jemputan dihulurkan. Jemputan yang betul pada masa yang betul boleh mendorong orang untuk melakukan hal-hal yang akan membina iman mereka. Tindakan-tindakan ini boleh membawa kepada perubahan hati yang hebat (lihat Mosia 5:2; Alma 5:12–14).

Ajar pelajaran yang mudah, jelas, dan ringkas. Biasanya, kunjungan pengajaran tidak harus melebihi 30 minit, dan anda boleh mengajar seseorang dalam masa 5 minit.

Anda biasanya memerlukan beberapa pertemuan untuk mengajar asas-asas dalam satu pelajaran. Orang akan lebih memahami pesanan anda jika anda mengajar pelajaran pendek, dengan kerap, dan mengajar bahagian kecil.

Kajian Kitab Suci

Apakah yang anda terilham untuk ajar?

Mengapakah penting untuk mengkaji ajaran dalam pelajaran?