“Bab 4: Mencari dan Bergantung kepada Roh,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)
“Bab 4: Mencari dan Bergantung kepada Roh,” Mengkhutbahkan Injil-Ku
Bab 4
Mencari dan Bergantung kepada Roh
Cari Bimbingan Roh Kudus
Kurnia Roh Kudus adalah salah satu kurnia terbesar yang Tuhan telah berikan kepada anak-anak-Nya. Ia penting dalam pekerjaan anda sebagai seorang misionari. Anda perlukan kuasa bimbingan, wahyu Roh Kudus semasa anda membantu orang untuk dibaptiskan, ditetapkan dan bertukar hati.
Memiliki bimbingan Roh Kudus dalam hidup anda memerlukan pekerjaan rohani. Pekerjaan ini termasuk doa yang bersungguh-sungguh dan pengkajian tulisan suci yang konsisten. Ia juga termasuk mematuhi perjanjian anda dan perintah-perintah Tuhan (lihat Mosia 18:8–10, 13). Ia termasuk mengambil sakramen dengan layak setiap minggu (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79).
Anda menghadapi keperluan dan keadaan yang berbeza setiap hari. Dorongan daripada Roh akan membantu anda mengetahui apa yang perlu dilakukan dan dikatakan. Apabila anda mencari dan bertindak menurut bisikan ini, Roh Kudus akan meningkatkan kebolehan dan pelayanan anda untuk mencapai melebihi apa yang anda boleh lakukan sendiri. Dia akan membantu anda dalam setiap aspek pelayanan misionari anda dan kehidupan peribadi anda. (Lihat 2 Nefi 32:2–5; Alma 17:3; Helaman 5:17–19; Ajaran dan Perjanjian 43:15–16; 84:85.)
“Di hari-hari yang akan datang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakkan, dan pengaruh yang tetap dari Roh Kudus” (Russell M. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 96).
Cahaya Kristus
Cahaya Kristus “diberikan kepada setiap orang, agar dia boleh mengetahui kebaikan daripada kejahatan” (Moroni 7:16; lihat ayat 14–19; lihat juga Yohanes 1:9). Cahaya Kristus ialah keterangan, pengetahuan, dan pengaruh yang diberikan melalui Yesus Kristus. Pengaruh ini adalah pendahuluan untuk menerima kurnia Roh Kudus. Ia akan membimbing mereka yang terbuka untuk belajar dan mengamal injil Yesus Kristus yang dipulihkan.
Roh Kudus
Watak Roh Kudus
Roh Kudus adalah ahli ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan. Dia adalah peribadi roh dan tidak mempunyai tubuh daging dan tulang (lihat Ajaran dan Perjanjian 130:22). Dialah Penolong, yang Juruselamat janjikan akan mengajar para pengikut-Nya segala hal dan membawa kepada ingatan mereka apa yang Yesus telah ajarkan (lihat Yohanes 14:26).
Kuasa Roh Kudus
Kesaksian yang datang kepada pencari kebenaran yang ikhlas sebelum pembaptisan datang melalui kuasa Roh Kudus. Semua orang boleh menerima kesaksian tentang Yesus Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan melalui kuasa Roh Kudus. “Melalui kuasa Roh Kudus [kita] dapat mengetahui kebenaran tentang semua hal” (Moroni 10:5).
Kurnia Roh Kudus
Kurnia Roh Kudus adalah hak untuk memperoleh penemanan berterusan Roh Kudus semasa kita layak. Kita menerima kurnia Roh Kudus selepas kita dibaptiskan dengan air. Ia dianugerahkan melalui tatacara penetapan.
Nabi Joseph Smith berkata: “Terdapat perbezaan di antara Roh Kudus dan kurnia Roh Kudus. Kornelius telah menerima Roh Kudus sebelum dia dibaptiskan, iaitu kuasa Tuhan yang meyakinkan kepadanya tentang kebenaran injil, tetapi dia tidak dapat menerima kurnia Roh Kudus sehinggalah dia dibaptiskan” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 97).
Melalui kurnia dan kuasa Roh Kudus kita disucikan—dijadikan lebih kudus, lebih lengkap, lebih sempurna, lebih seperti Tuhan. Melalui penebusan Kristus dan kuasa pengudusan Roh Kudus kita dapat dilahirkan semula secara rohani apabila kita mentaati perjanjian yang kita buat dengan Tuhan (lihat Mosia 27:25–26).
Roh Kudus Perjanjian
Roh Kudus juga dirujuk sebagai Roh Kudus Perjanjian (lihat Ajaran dan Perjanjian 88:3). Dalam keupayaan ini, Roh Kudus mengesahkan bahawa tatacara-tatacara imamat yang kita terima dan perjanjian yang kita buat boleh diterima oleh Tuhan. Mereka yang dimeteraikan oleh Roh Kudus Perjanjian akan menerima segalanya yang Bapa miliki (lihat Ajaran dan Perjanjian 76:51–60; Efesus 1:13–14; Panduan Tulisan Suci, “Roh Kudus Perjanjian”).
Semua tatacara dan perjanjian mesti dimeteraikan oleh Roh Kudus Perjanjian untuk menjadi sah selepas kehidupan ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 132:7, 18–19, 26). Pemeteraian itu bergantung kepada kesetiaan kita yang berterusan.
Kurnia-kurnia Roh
Tuhan memberi kita kurnia-kurnia Roh untuk memberkati kita dan untuk digunakan dalam memberkati orang lain (lihat Ajaran dan Perjanjian 46:8–9, 26). Contohnya, para misionari yang belajar bahasa baharu boleh menerima kurnia bahasa untuk memberi mereka bantuan ilahi untuk mengajar orang lain dalam bahasa asli mereka.
Beberapa kurnia Roh digambarkan dalam Moroni 10:8–18, Ajaran dan Perjanjian 46:11–33, dan 1 Korintus 12:1–12. Ini hanyalah beberapa daripada kurnia Roh. Tuhan boleh memberkati kita dengan kurnia-kurnia lain bergantung kepada iman kita, keperluan kita, dan keperluan orang lain.
Juruselamat menjemput kita untuk mencari kurnia rohani dengan bersungguh-sungguh (lihat Ajaran dan Perjanjian 46:8; 1 Korintus 14:1, 12). Kurnia-kurnia ini datang melalui doa, iman, dan usaha—dan menurut kehendak Tuhan.
Kuasa Roh dalam Penukaran Hati
Penukaran hati datang melalui kuasa Roh Kudus. Peranan anda adalah untuk membantu membawa kuasa Roh ke dalam kehidupan seseorang. Beberapa cara anda boleh lakukan ini dicadangkan di bawah.
-
Berusaha untuk memiliki Roh bersama anda melalui doa, menyelidiki tulisan suci, dan mentaati perjanjian-perjanjian anda.
-
Ajar melalui Roh tentang Juruselamat dan pesanan Pemulihan. Ikuti bimbingan Roh dalam menyesuaikan pesanan anda menurut keperluan setiap orang.
-
Bersaksi bahawa anda tahu melalui kuasa Roh Kudus apa yang anda ajar adalah benar. Semasa anda bersaksi, Roh Kudus dapat memberi kesaksian kepada orang lain.
-
Jemput orang untuk bertindak, dan sokong mereka dalam mentaati komitmen mereka. Apabila orang mentaati komitmen, mereka akan merasai kuasa Roh Kudus dengan lebih kuat. Lihat bab 11.
-
Membuat susulan dengan menanya orang tentang pengalaman mereka semasa mereka bertindak atas jemputan. Iman mereka akan berkembang semasa mereka bertaubat, mematuhi perintah-perintah, dan mentaati komitmen mereka. Bantu mereka mengenali Roh sedang bekerja bersama mereka.
Presiden M. Russell Ballard mengajar: “Penukaran hati yang benar datang melalui kuasa Roh. Apabila Roh menyentuh hati, hati berubah. Apabila individu … merasai Roh bekerja bersama mereka, atau apabila mereka melihat bukti kasih dan belas kasihan Tuhan dalam kehidupan mereka, mereka diteguhkan dan diperkuatkan secara rohani dan iman mereka terhadap-Nya meningkat. Pengalaman-pengalaman dengan Roh ini berlaku secara semula jadi apabila seseorang rela mencuba firman-Nya [lihat Alma 32:27]. Inilah cara kita merasakan injil adalah benar” (“Now Is the Time,” Ensign, Nov. 2000, 75).
Berdoa Kepada Yesus Kristus Dengan Iman
Untuk membantu orang bertukar hati, anda perlu mengajar dengan kuasa Roh (lihat Ajaran dan Perjanjian 50:13–14, 17–22). Tuhan berfirman, “Dan roh akan diberikan kepadamu melalui doa dengan iman; dan jika kamu tidak menerima Roh janganlah kamu mengajar” (Ajaran dan Perjanjian 42:14).
Apabila anda berdoa untuk bantuan dalam pengajaran, kuasa Roh Kudus akan membawa ajaran-ajaran anda “ke hati anak-anak manusia” (2 Nefi 33:1). Ketika anda mengajar dengan Roh dan orang menerimanya melalui Roh, anda akan “saling memahami” dan “diteguhkan dan bersukacita bersama” (Ajaran dan Perjanjian 50:22).
Bagaimana untuk Berdoa
Yesus mengajar kita bagaimana untuk berdoa (lihat Matius 6:9–13; 3 Nefi 18:19). Berdoalah dengan ikhlas dan niat yang bersungguh untuk bertindak atas bisikan yang anda terima daripada Roh Kudus. Doa yang berkesan memerlukan usaha yang rendah hati dan berterusan (lihat Moroni 10:3–4; Ajaran dan Perjanjian 8:10).
Gunakan bahasa yang menyampaikan perhubungan yang penyayang dan menyembah dengan Tuhan. Dalam bahasa Inggeris, gunakan bahasa ayat suci seperti Thee, Thou, Thy, dan Thine dan bukannya kata ganti biasa seperti you, your, and yours.
Selalu menyatakan kesyukuran. Usaha untuk bersyukur dengan sedar akan membantu anda mengenali betapa Tuhan yang penuh belas kasihan telah berada dalam hidup anda. Ia akan membuka hati dan minda anda kepada ilham.
Berdoalah “dengan sekuat tenaga hati” untuk kasih ihsan dikurniakan ke atas diri anda (Moroni 7:48). Berdoa untuk orang dengan menyebutkan nama mereka. Berdoa untuk mereka yang anda ajar. Cari ilham untuk bagaimana anda akan menjemput dan membantu mereka datang kepada Kristus.
Bila untuk Berdoa
Bilakah anda harus berdoa? Tuhan berfirman, “Carilah dengan tekun, berdoalah selalu, dan percayalah, dan segala hal akan bekerja bersama demi kebaikanmu.” (Ajaran dan Perjanjian 90:24).
Alma berkata, “Berundinglah dengan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan mengarahkan kamu demi kebaikan; ya, ketika kamu berbaring pada malam hari berbaringlah bagi Tuhan, agar Dia boleh mengawasimu dalam tidurmu; dan ketika kamu bangun pada waktu pagi biarlah hatimu penuh dengan kesyukuran kepada Tuhan” (Alma 37:37; lihat juga 34:17–27).
Tuhan menjemput anda untuk meluangkan masa yang senyap dan peribadi untuk berdoa: “Masuklah ke dalam bilikmu, dan … berdoalah kepada Bapamu” (3 Nefi 13:6; lihat juga ayat 7–13).
Presiden Gordon B. Hinckley mengajar: “Setiap pagi … , para misionari harus berlutut dan merayu kepada Tuhan untuk melembutkan lidah mereka bagi bercakapkan berkat kepada mereka yang diajar. Jika mereka akan melakukan ini, cahaya baharu akan datang ke dalam kehidupan mereka. Akan adanya semangat yang lebih untuk pekerjaan itu. Mereka akan tahu dengan sepenuhnya, bahawa mereka adalah hamba Tuhan yang berucap bagi pihak Dia” (“Pelayanan Misionari,” Pertemuan Latihan Kepimpinan Pertama Sedunia, 11 Jan 2003, 20).
Mempercayai Tuhan Apabila Kita Berdoa
Beriman kepada Tuhan bermaksud mempercayai-Nya. Ini termasuk mempercayai kehendak-Nya dan masa-Nya dalam menjawab doa anda (lihat Yesaya 55:8–9). Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan:
“Tidak kira betapa kuatnya iman kita, ia tidak dapat memberi hasil yang bertentangan dengan kehendak Dia yang kita beriman kepada. Ingatlah itu apabila doa-doa anda bagai tidak dijawab dalam cara atau pada masa yang anda inginkan. Keimanan kepada Tuhan Yesus Kristus selalu tertakluk kepada tarekat syurga, kepada kebaikan dan kehendak dan kebijaksanaan dan masa Tuhan. Apabila kita mempunyai iman dan kepercayaan sedemikian terhadap Tuhan, kita peroleh jaminan dan kedamaian dalam kehidupan kita” (“The Atonement and Faith,” Ensign, Apr. 2010, 30).
Berkenaan doa-doa yang kelihatannya tidak terjawab, Presiden Russell M. Nelson berkata:
“Saya tahu perasaan itu! Saya tahu ketakutan dan air mata pada saat-saat seperti itu. Tetapi saya juga tahu bahawa doa-doa kita tidak pernah diabaikan. Iman kita sentiasa dihargai. Saya tahu bahawa perspektif Bapa Syurgawi yang maha bijaksana adalah lebih luas daripada kita. Walaupun kita tahu tentang masalah dan kesakitan fana kita, Dia tahu tentang kemajuan dan potensi baqa kita. Jika kita berdoa untuk ketahui kehendak-Nya dan menyerahkan diri dengan sabar dan berani, pemulihan syurgawi boleh terjadi menurut cara dan masa Dia” (“Yesus Kristus—Tuan Penyembuh,” Liahona, Nov. 2005, 86).
Belajar Mengenali Bisikan Roh
Ia adalah penting bagi anda dan orang yang anda ajar untuk belajar mengenali komunikasi dari Roh. Roh biasanya berkomunikasi secara senyap, melalui perasaan, minda, dan hati anda. Nabi Elia mendapati bahawa suara Tuhan tidak terdapat dalam angin, gempa bumi, atau api—tetapi sebagai “suatu suara yang lembut” (1 Raja-raja 19:12). Ia “bukanlah suara guruh,” tetapi “adalah suara yang tenang dengan kelembutan yang sempurna, seolah-olah adalah suatu bisikan,” namun ia “menusuk bahkan terus ke dalam jiwa” (Helaman 5:30).
Komunikasi dari Roh boleh berasa berbeza dengan orang yang berbeza. Tidak kira bagaimana perasaan komunikasi ini, tulisan suci mengajar bagaimana untuk mengenalinya. Contohnya, Roh akan meneguhkan anda dan membimbing anda untuk melakukan yang baik. Dia akan menerangi minda anda. Dia akan membimbing anda untuk berjalan dengan rendah hati dan menghakimi dengan soleh. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 11:12–14 dan kotak “Kajian Peribadi” di bawah bahagian ini.)
Untuk menjawab soalan “Bagaimanakah kita mengenali bisikan-bisikan Roh?” Presiden Gordon B. Hinckley membaca Moroni 7:13, 16–17. Dia kemudian berkata:
“Itulah ujian, apabila semua telah dikatakan dan dilakukan. Adakah ia meyakinkan seseorang untuk berbuat baik, bangkit, berdiri teguh, melakukan perkara yang betul, berbuat baik, menjadi murah hati? Maka ia Roh Tuhan. …
“… Jika ia menjemput untuk melakukan kebaikan, ia adalah daripada Tuhan. Jika ia menjemput untuk melakukan kejahatan, ia adalah daripada iblis. … Dan jika anda melakukan perkara yang betul dan jika anda menjalani hidup yang baik, anda akan tahu dalam hati anda apa yang Roh firmankan kepada anda.
“Anda mengenali dorongan Roh melalui buah Roh—yang menerangi, yang membina, yang positif dan meyakinkan dan mengangkat dan membawa kita kepada pemikiran yang lebih baik dan kata-kata yang lebih baik dan perbuatan lebih baik adalah Roh Tuhan” (Teachings of Gordon B. Hinckley [1997], 260–61).
Semasa anda mencari dan mengikut bimbingan Roh Kudus, kebolehan anda untuk membezakan dan memahami bisikan-Nya akan berkembang dari masa ke masa (lihat 2 Nefi 28:30). Dalam beberapa cara, menjadi lebih setala kepada bahasa Roh adalah seperti mempelajari bahasa lain. Ia adalah satu proses yang memerlukan usaha yang tekun dan sabar.
Carilah bimbingan Roh Kudus dengan tujuan hati yang sepenuhnya. Jika anda terlalu asyik dengan hal-hal lain, anda mungkin tidak merasai bisikan lembut Roh. Atau Dia mungkin menunggu untuk berkomunikasi sehingga anda mencari pengaruh-Nya dengan kerendahan hati untuk bertindak atas dorongan-Nya.
Suara-suara dunia bersaing untuk perhatian anda. Ia dengan mudah boleh menghalang tanggapan rohani kecuali jika anda memberi tempat untuk Roh tinggal dalam hati anda. Ingatlah nasihat Tuhan ini: “Berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Tuhan” (Mazmur 46:10; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 101:16).
“Tuhan menggunakan pelbagai pola untuk menyampaikan wahyu kepada para putera dan puteri-Nya, seperti fikiran kepada minda dan perasaan kepada hati, mimpi, … dan ilham. Terdapat wahyu yang diterima dengan serta-merta dan kuat; ada yang dikenalpasti secara beransur-ansur dan secara halus. Menerima, mengenal, dan bertindak terhadap wahyu Tuhan adalah kurnia-kurnia rohani yang kita harus hasratkan dan carikan” (David A. Bednar, “The Spirit of Revelation in the Work,” 2018 Kursus kepimpinan misi).
Kajian Peribadi
Kaji tulisan suci dalam jadual berikut. Fikirkan masa apabila anda telah mengalami sebarang perasaan, fikiran, atau tanggapan yang digambarkan dalam ayat-ayat ini. Semasa anda mengkaji dan memperoleh pengalaman, tambahkan tulisan suci lain ke senarai ini. Fikirkan bagaimana anda boleh menggunakan asas-asas ini untuk membantu orang lain merasai dan mengenali Roh.
Ajaran dan Perjanjian 6:23; 11:12–14; 88:3; Yohanes 14:26–27; Roma 15:13; Galatia 5:22–23 |
Berikan perasaan kasih, kebahagiaan, kedamaian, kesenangan hati, kesabaran, kelembutan hati, iman, dan harapan. |
Alma 32:28; Ajaran dan Perjanjian 6:14–15; 8:2–3; 1 Korintus 2:9–11 |
Menerangi dan memberi idea dalam minda dan perasaan dalam hati. |
Membantu tulisan suci mempunyai kesan yang kuat. | |
Menggantikan kegelapan dengan cahaya. | |
Menguatkan hasrat untuk mengelak kejahatan dan mematuhi perintah-perintah. | |
Moroni 10:5; Ajaran dan Perjanjian 21:9; 100:8; Yohanes 14:26; 15:26; 16:13 |
Mengajar kebenaran dan membawanya kepada ingatan. |
Membimbing dan melindungi dari penipuan. | |
Memuliakan dan bersaksi tentang Tuhan Bapa dan Yesus Kristus. | |
Membimbing kata-kata pengajar yang rendah hati. | |
Moroni 10:8–17; Ajaran dan Perjanjian 46:8–26; 1 Korintus 12 |
Memberi kurnia-kurnia Roh. |
Beritahu apa yang perlu didoakan. | |
Beritahu apa yang perlu dilakukan. | |
Membantu yang soleh bercakap dengan kuasa dan wewenang. | |
Menguduskan dan membawa pengampunan dosa-dosa. | |
Membawa kebenaran kepada hati pendengar. | |
Meningkatkan kemahiran dan kebolehan. | |
1 Nefi 7:15; 2 Nefi 28:1; 32:7; Alma 14:11; Mormon 3:16; Eter 12:2 |
Mendorong untuk maju atau menahan. |
Meneguhkan pengajar dan pelajar. |
Bergantung kepada Roh
Sebagai hamba Tuhan, anda harus melakukan pekerjaan-Nya menurut cara-Nya dan dengan kuasa-Nya. Nabi Joseph Smith mengajarkan bahawa “tiada orang yang boleh mengkhutbahkan Injil tanpa Roh Kudus” (Teachings: Joseph Smith, 332).
Percayai Roh untuk membimbing anda dalam setiap aspek pekerjaan anda. Dia akan menerangi dan mengilhami anda. Dia akan membantu anda mencari orang untuk diajar dan akan membawa kuasa kepada pengajaran anda. Dia akan membantu apabila anda membantu para ahli, ahli yang kembali, dan penganut baharu menguatkan iman mereka.
Ada misionari yang berkeyakinan diri. Yang lain kekurangan keyakinan. Dengan rendah hati, letakkan keyakinan dan iman anda kepada Yesus Kristus, bukan pada diri anda. Bergantunglah pada Roh dan bukan bakat dan kebolehan anda sendiri. Roh Kudus akan mengembangkan usaha anda lebih dari apa yang anda boleh lakukan sendiri.
Kata-kata Peringatan
Sahkan Tanggapan Anda dengan Sumber-sumber Yang Boleh Dipercayai
Apabila anda berdoa untuk ilham, bandingkan tanggapan rohani anda dengan tulisan suci dan ajaran-ajaran nabi hidup. Tanggapan daripada Roh akan sejajar dengan sumber-sumber ini.
Mencari Wahyu dalam Tugasan Anda
Pastikan perasaan yang anda terima konsisten dengan tugasan anda. Kecuali anda dipanggil oleh wewenang yang betul, tanggapan daripada Roh tidak diberikan untuk anda menasihati atau membetulkan orang lain. Contohnya, anda tidak akan menerima wahyu untuk memberitahu uskup apa yang harus dia lakukan dalam panggilannya.
Membezakan Pengaruh Sebenar Roh
Presiden Howard W. Hunter menasihatkan: “Biarlah saya memberi satu amaran. … Saya fikir jika kita tidak berhati-hati … , kita mungkin akan cuba memalsukan pengaruh sebenar Roh Tuhan melalui cara yang tidak layak dan manipulatif. Saya bimbang apabila nampak emosi yang kuat atau air mata yang mengalir bebas disamakan dengan hadirat Roh. Sudah tentu Roh boleh membawa perasaan emosi yang kuat, termasuk air mata, tetapi pernyataan luaran itu tidak harus dikelirukan dengan kehadiran Roh” (The Teachings of Howard W. Hunter [1997], 184).
Jangan Cuba Memaksa Hal-hal Rohani
Hal-hal rohani tidak boleh dipaksa. Anda boleh memupuk sikap dan persekitaran yang menjemput Roh, dan anda boleh menyediakan diri anda, tetapi anda tidak dapat menyatakan bagaimana atau bila ilham datang. Bersabar dan percaya bahawa anda akan menerima apa yang anda perlukan dalam masa yang betul.
Simpan Pengalaman Rohani Kudus
Sebagai seorang misionari, kini anda mungkin lebih peka kepada pengalaman-pengalaman rohani daripada sebelumnya. Pengalaman-pengalaman ini adalah kudus dan biasanya adalah untuk peneguhan, arahan, atau pembetulan anda sendiri.
Banyak pengalaman ini lebih baik disimpan secara peribadi. Hanya kongsi apabila Roh menunjukkan bahawa anda dapat memberkati orang lain dengannya (lihat Alma 12:9; Ajaran dan Perjanjian 63:64; 84:73).
Guna Penghakiman Anda yang Terbaik Dalam Keadaan Tertentu
Kadangkala kita mahu dibimbing oleh Roh dalam segala hal. Namun, Tuhan sering mahu kita bertindak menggunakan penghakiman kita yang terbaik (lihat Ajaran dan Perjanjian 60:5; 61:22; 62:5). Presiden Dallin H. Oaks mengajar:
“Keinginan untuk dibimbing oleh Tuhan merupakan satu kekuatan, tetapi ia harus didampingi dengan pemahaman bahawa Bapa Syurgawi meninggalkan banyak keputusan bagi pilihan-pilihan peribadi kita. Membuat keputusan peribadi merupakan salah satu sumber perkembangan yang kita perlu alami dalam kefanaan. Mereka yang cuba mengalihkan segala keputusan kepada Tuhan dan merayu untuk wahyu bagi setiap pilihan akan mendapati diri dalam situasi di mana mereka berdoa untuk bimbingan dan tidak menerimanya. Contohnya, ini akan berlaku dalam beberapa situasi di mana pilihan-pilihan adalah remeh atau kesemua pilihan adalah baik.
“Kita harus mengkajinya di dalam minda kita, menggunakan kuasa pertimbangan yang Pencipta telah berikan kepada kita. Kemudian kita perlu berdoa untuk bimbingan dan bertindak jika kita menerima bimbingan itu. Jika kita tidak menerima bimbingan, kita harus bertindak menurut penghakiman terbaik kita. Mereka yang tetap mencari bimbingan wahyu tentang hal-hal yang Tuhan tidak pilih untuk mengarahkan kita mungkin memperoleh jawapan dari khayalan atau bayangan perasaan sendiri, atau mereka mungkin menerima jawapan dari wahyu palsu” (“Our Strengths Can Become Our Downfall,” Ensign, Okt. 1994, 13–14).
Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi
Kajian Peribadi
-
Bahagikan satu halaman kepada dua lajur. Satu lajur dilabelkan “Apakah yang Tuhan Lakukan” dan satu lagi lajur “Apakah yang Lehi atau Nefi Lakukan.” Baca cerita tentang Liahona dan busur yang patah (1 Nefi 16:9–31) atau cerita Nefi membina sebuah kapal (1 Nefi 17:7–16; 18:1–6). Senaraikan peristiwa-peristiwa dari cerita dalam lajur yang sesuai. Pertimbangkan apa yang cerita itu boleh ajarkan anda tentang sifat ilham.
-
Baca jurnal anda dan ingati masa-masa di mana anda telah dipimpin oleh Roh atau telah mengalami kurnia Roh. Fikirkan tentang bila, di mana, dan mengapa pengalaman ini berlaku. Bagaimanakah tangan Tuhan dinyatakan? Apakah perasaan anda? Mengingati pengalaman-pengalaman ini dapat membantu anda mengenali Roh.
-
Kaji Alma 33:1–12 dan Alma 34:17–31. Apakah soalan-soalan yang Alma dan Amulek jawab? (Kaji semula Alma 33:1–2.) Bagaimanakah mereka menjawab soalan-soalan ini? Apakah keyakinan yang mereka berikan?
-
Tuhan telah berjanji bahawa Roh akan membimbing kita dalam banyak cara penting. Semasa anda membaca ayat-ayat berikut, kenal pasti aspek pekerjaan anda yang memerlukan bimbingan Roh. Apakah maksud asas-asas dalam tulisan suci berikut untuk pengkajian peribadi dan rakan anda? untuk mesyuarat majlis daerah, persidangan zon, upacara pembaptisan, dan pertemuan-pertemuan lain?
Berdoa
Mengendalikan Pertemuan
Kajian Dengan Rakan dan Pertukaran Rakan
-
Bincangkan tentang doa-doa yang anda tawarkan sebagai rakan misionari. Adakah ia dibimbing oleh Roh Kudus? Bagaimanakah anda telah menerima jawapan kepada doa-doa anda sebagai rakan misionari? Apabila anda berdoa bersama rakan, adakah anda:
-
Percaya bahawa Tuhan akan memberi anda apa yang anda minta dalam kesolehan dan menurut kehendak-Nya?
-
Mengakui dan bersyukur untuk jawapan bagi doa-doa anda?
-
Berdoa untuk orang dengan nama dan pertimbangkan keperluan mereka?
-
Berdoa untuk satu sama lain dan untuk Roh membimbing anda?
-
Mengenal pasti jawapan bagi doa-doa anda?
-
Berdoa dengan komitmen untuk bertindak atas bisikan yang anda terima?
-
-
Bincangkan bagaimana anda akan mencari Roh dengan lebih bersungguh-sungguh.
-
Bincangkan pelbagai cara yang orang menggambarkan pengaruh Roh Kudus. Catatkan dalam jurnal kajian anda tentang komen orang yang anda ajar berikan tentang pengalaman mereka dengan Roh. Bagaimanakah anda dapat membantu orang lain mengenali pengaruh kudus ini?
Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi
-
Jika sesuai, minta para misionari kongsi satu cerita atau pengalaman yang mereka dengar dalam pertemuan kesaksian, pengalaman pengajaran, atau situasi lain baru-baru ini. Kisah-kisah rohani dan pengalaman orang lain boleh membantu anda mengembangkan iman dan mengenali bahawa pengaruh Roh adalah luas dan kerap dinyatakan.
-
Minta para misionari berikan ucapan tentang misi dan kuasa Roh Kudus.
-
Bincangkan bagaimana menyatakan kesyukuran membantu anda melihat bagaimana Tuhan memberkati anda melalui cara kecil tetapi sangat penting (lihat Eter 3:5; Ajaran dan Perjanjian 59:21). Bincangkan cara-cara untuk menyatakan kesyukuran.
-
Pertimbangkan untuk meminta seorang ahli baharu untuk berkongsi bagaimana dia dipengaruhi oleh Roh ketika sedang belajar tentang Gereja. Minta orang itu kongsi pengalaman yang dia rasa sesuai.
Pemimpin Misi dan Penasihat Misi
-
Anda boleh meminta para misionari untuk memasukkan pengalaman rohani yang sesuai dalam surat mingguan mereka kepada anda.
-
Dalam temu duga atau dalam perbualan, kadangkala tanya para misionari tentang doa pagi dan malam mereka. Jika perlu, berunding dengan mereka tentang cara menjadikan doa mereka lebih bermakna.
-
Tanya para misionari bagaimana mereka membantu orang yang mereka ajar untuk merasa dan mengenali Roh.