“Adakah berkat-berkat yang Tuhan janjikan tersedia untuk saya?” Transgender: Memahami Diri Anda (2020)
“Adakah berkat-berkat yang Tuhan janjikan tersedia untuk saya?” Transgender: Memahami Diri Anda
Adakah berkat-berkat yang Tuhan janjikan tersedia untuk saya?
Ya. Ahli yang beriman, yang keadaan tidak membenarkan mereka menerima berkat perkahwinan abadi dan menjadi ibu bapa dalam kehidupan ini akan menerima semua berkat yang dijanjikan dalam keabadian, selagi mereka mematuhi perjanjian yang telah dibuat oleh mereka dengan Tuhan.
Raja Benyamin mengajar bahawa: “Dan selain itu, aku berhasrat agar kamu hendaknya mempertimbangkan keadaan diberkati dan bahagia orang yang mentaati perintah-perintah Tuhan. Kerana lihatlah, mereka diberkati dalam segala hal, baik duniawi mahupun rohani; dan jika mereka bertahan setia sampai akhir mereka diterima ke dalam syurga, agar dengan demikian mereka boleh berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir. Ya ingatlah, ingatlah bahawa hal-hal ini adalah benar; kerana Tuhan Raja telah memfirmankannya” (Mosia 2:41).