“Apakah yang harus saya lakukan jika saya berasa murung atau resah atau mempunyai fikiran untuk membunuh diri?” Transgender: Memahami Diri Anda (2020)
“Apakah yang harus saya lakukan jika saya berasa murung atau resah atau mempunyai fikiran untuk membunuh diri?” Transgender: Memahami Diri Anda
Apakah yang harus saya lakukan jika saya berasa murung atau resah atau mempunyai fikiran untuk membunuh diri?
Talian Bantuan Krisis
Jika anda berasa anda mungkin mencederakan diri sendiri, segera dapatkan bantuan. Hubungi penyedia perkhidmatan kecemasan atau talian bantuan krisis percuma di kawasan anda.
Beberapa talian bantuan boleh didapati di “In Crisis? Talk Now.ChurchofJesusChrist.org” ().
Perasaan murung adalah nyata dan boleh membebankan serta melemahkan. Jika anda berasa murung atau mempunyai keinginan mencederakan diri sendiri, sila berbincang dengan seseorang yang anda percayai. Jika anda berada di Amerika Syarikat, hubungi National Suicide Prevention Lifeline (Talian Pencegahan Bunuh Diri Nasional). Lihat sumber Gereja mengenai bunuh diri, seperti Thoughts of Suicide,ChurchofJesusChrist.org dalam Bantuan Hidup dan Keberdikarian di atau dalam aplikasi Gospel Library. Kaunseling profesional dan rawatan pakar juga boleh membantu.
Kemurungan dan Bunuh Diri
Penyelidikan menunjukkan bahawa jika anda mengalami perasaan transgender, anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kemurungan atau membunuh diri. Jika anda berasa murung atau ingin membunuh diri, sila dapatkan bantuan profesional kesihatan mental yang berkelayakan. ChurchofJesusChrist.orgDoctrine and Principles dan sumber lain boleh didapati di bahagian bunuh diri Bantuan Hidup dan Keberdikarian di atau dalam aplikasi Gospel Library.
Dalam persidangan umum Oktober 2019, Sister Reyna I. Aburto berkongsi pengalaman hidupnya sendiri berhubung kesakitan yang berkaitan dengan kemurungan dan bunuh diri. Dia menjelaskan bahawa “kemurungan, keresahan, dan lain-lain bentuk penderitaan mental dan emosi … boleh memutarbelitkan cara kita melihat diri sendiri, orang lain, dan juga Tuhan. …
“… Seperti mana-mana bahagian badan, otak juga tertakluk kepada penyakit, trauma, dan ketidakseimbangan kimia. …
“Dalam sesetengah kes, punca kemurungan atau keresahan boleh dikenal pasti, sementara masa lain mungkin lebih sukar untuk dibezakan. … Terapi atau pengubatan di bawah arahan ahli profesional mungkin diperlukan.
“Penyakit mental atau emosi yang tidak diubati boleh menyebabkan peningkatan perasaan terasing, salah faham, hubungan yang rosak, kecederaan diri, dan juga bunuh diri. …
“Malangnya, ramai yang mengalami kemurungan yang teruk menjauhkan diri daripada rakan-rakan orang suci mereka kerana mereka merasakan dirinya tidak dapat menyesuaikan diri. Kita dapat membantu mereka mengetahui dan merasakan bahawa mereka sememangnya sebahagian daripada kita. Adalah penting untuk menyedari bahawa kemurungan bukanlah hasil dari kelemahan, ataupun kesan dari dosa. Ia ‘berkembang dalam kerahsiaan tetapi mengecil dalam empati’ [Jane Clayson Johnson, Silent Souls Weeping (2018), 197]” (“Bersinarkan Terang, Tinggal Denganku!,” Liahona, Nov. 2019, 57–58).
Percayalah kepada Tuhan
Presiden Jeffrey R. Holland berucap dengan penuh belas kasihan tentang menangani kemurungan: “Walau apa pun perjuangan anda, saudara dan saudariku—mental atau emosi atau jasmani atau sebaliknya—jangan memilih untuk menamatkan hidup yang berharga ini! Percayalah kepada Tuhan. Berpegang pada kasih-Nya. Ketahuilah bahawa suatu hari fajar akan menyingsing dengan cerah dan semua bayang-bayang kefanaan akan menghilang” (“Like a Broken Vessel,” Liahona, Nov. 2013, 42).