Transjantina
Apakah kedudukan Gereja tentang pertukaran jantina?


“Apakah kedudukan Gereja tentang pertukaran jantina?” Transgender: Memahami Diri Anda (2020)

“Apakah kedudukan Gereja tentang pertukaran jantina?” Transgender: Memahami Diri Anda

Apakah kedudukan Gereja tentang pertukaran jantina?

“Mereka yang merasakan ketidakserasian identiti jantina mereka dengan jantina biologi kelahiran … sering menghadapi cabaran yang kompleks. Mereka—dan keluarga dan kawan-kawan mereka—harus dilayan dengan kepekaan, kebaikan hati, belas kasihan, dan kasih seperti Kristus. …

“Individu yang layak yang tidak melakukan peralihan pembedahan, perubatan, atau sosial daripada jantina biologi kelahiran mereka boleh menikmati semua keistimewaan keahlian Gereja.

“Pemimpin gereja menasihati agar tidak melakukan peralihan pembedahan, perubatan, atau sosial daripada jantina biologi kelahiran seseorang. (Peralihan sosial bermaksud dengan sengaja mengenal pasti dan menampilkan diri sebagai selain daripada jantina biologi kelahiran, dan mungkin termasuk menukar pakaian, hiasan diri, nama, atau kata ganti nama.) Pemimpin menasihatkan bahawa membuat tindakan ini akan menyebabkan sekatan keahlian Gereja. Sekatan ini termasuk menerima atau menjalankan imamat, menerima atau menggunakan kad rekomen bait suci, dan melayani dalam sesetengah panggilan Gereja. …

“Ahli yang telah mengambil langkah-langkah peralihan dan kemudian beralih kembali kepada jantina biologi kelahiran mereka dan layak dan komited untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan boleh menikmati semua keistimewaan keahlian Gereja.

“Keadaan sangat berbeza dari orang ke orang dan boleh berubah dari masa ke masa. Ahli yang merasakan ketidakserasian identiti jantina mereka dengan jantina biologi kelahiran mereka atau yang mengenal pasti diri sebagai transgender, serta ibu bapa atau penjaga kanak-kanak di bawah umur yang menghadapi keadaan sedemikian, digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada uskup mereka. Uskup berunding dengan presiden pancang untuk menangani keadaan individu dengan penuh kepekaan dan kasih seperti Kristus. Presiden pancang dan misi mendapatkan nasihat daripada Presidensi Kawasan” (Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 38.6.23).