Transjantina
Adakah Juruselamat benar-benar memahami apa yang saya lalui?


“Adakah Juruselamat benar-benar memahami apa yang saya lalui?” Transgender: Memahami Diri Anda (2020)

“Adakah Juruselamat benar-benar memahami apa yang saya lalui?” Transgender: Memahami Diri Anda

Adakah Juruselamat benar-benar memahami apa yang saya lalui?

Juruselamat memahami dengan sempurna keadaan kita yang unik. Sebagai manusia, pemahaman kita terhad. Kita boleh menyatakan seperti Nefi bahawa kita “tahu bahawa Dia mengasihi anak-anak-Nya; walau bagaimanapun, [kita] tidak tahu maksud segala hal” (1 Nefi 11:17).

Apabila anda mencari jawapan dan arah untuk perjalanan peribadi anda, anda boleh mempercayai Bapa Syurgawi dan kuasa yang ada pada korban tebusan Putera-Nya. Apabila Yesus Kristus mengambil ke atas diri-Nya dosa-dosa dunia, Dia juga menanggung setiap kesakitan dan kesengsaraan yang mungkin dialami oleh mana-mana manusia (lihat Alma 7:11–12).