Transjantina
Adakah Tuhan mengasihi saya?


“Adakah Tuhan mengasihi saya?” Transgender: Memahami Diri Anda (2020)

“Adakah Tuhan mengasihi saya?” Transgender: Memahami Diri Anda

Adakah Tuhan mengasihi saya?

Ya, Tuhan mengasihi anda. Dia tahu dan mengasihi semua anak-Nya, dan Dia menyedari cabaran yang anda hadapi. Presiden Thomas S. Monson menjelaskan: “Kasih itu tidak pernah berubah. … Ia sentiasa ada untuk anda ketika anda merasa sedih atau gembira, putus asa atau penuh harapan. Kasih Tuhan sentiasa ada untuk anda sama ada anda rasa anda layak atau tidak layak [menerimanya]. Ia sentiasa ada” (“We Never Walk Alone,” Liahona, Nov. 2013, 123–24).

Presiden Russell M. Nelson mengajarkan: “Lebih daripada segalanya, Bapa kita mahukan anak-anak-Nya memilih untuk pulang kepada-Nya. Segala yang Dia lakukan didorong oleh hasrat kerinduan-Nya” (“The Love and Laws of God” [pertemuan rohani Brigham Young University, 17 Sep 2019], speeches.byu.edu).

Tiada yang lebih baik menyatakan kasih Yesus Kristus daripada kesediaan-Nya untuk memberikan nyawa-Nya untuk menebus dosa umat manusia, mengimbangi semua penderitaan dan ketidakadilan dan memutuskan belenggu kematian untuk semua (lihat Alma 7:11–13).

Sister Sharon Eubank mengajarkan: “Saya bersaksi bahawa anda dikasihi. Tuhan tahu betapa kuatnya anda sedang cuba. Anda sedang membuat kemajuan. Teruskan! Dia nampak semua pengorbanan tersembunyi anda dan mengganjar anda serta orang yang anda kasihi. Kerja anda tidak sia-sia. Anda tidak bersendirian” (“Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan,” Liahona, Mei 2019, 75–76).