Bantuan Pengkajian
10. Kanaan pada Zaman Perjanjian Lama


10. Kanaan pada Zaman Perjanjian Lama

Peta Alkitab 10

U

Sidon

Damsyik

Pergunungan Lebanon

G. Hermon

Litani

Parpar

Tirus

Phoenicia

Dan (Lais)

Hazor

Laut Huleh (Perairan Merom)

Ako

Basan

Laut Kineret (Laut Galilea)

Kisyon

Lembah Yizreel

Gat-Hefer

G. Karmel

Endor

G. Tabor

Yarmuk

Megido

Bukit More

Yizreel

Bet-Sean

Dotan

G. Gilboa

Samaria

Samaria

Gilead

Dataran Saron

Sikhem

G. Ebal

Peniel

Mahanaim

G. Gerizim

Yabok

Yope

Siloh

Laut Besar (Laut Mediterranean)

Ayalon

Betel (Lus)

Ai

Sungai Yordan

Raba (Aman)

Gibeon

Yerikho

Amon

Sorek

Yerusalem

Asdod

Ekron

B. Zaitun

G. Nebo

Gat

Betlehem

Askelon

Ela

Tekoa

Laut Masin (Laut Mati)

Gaza

Sefela

Dataran Filistea

Lakhis

Hebron

En-Gedi

Arnon

Gerar

Gerar

Yehuda

Moab

Besor

Bersyeba

Kir-Hareset

Idumea

Kawasan Sodom dan Gomora

Negev

Araba

Zered

Edom

Kilometer

0 20 40 60

A B C D

1 2 3 4 5 6 7 8

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

15

15

15

15

16

17

18

19

20

21

  1. Dan (Lais) Yerobeam mendirikan anak lembu emas bagi Kerajaan Utara untuk disembah (1 Raj. 12:26–33). Dan adalah sempadan sebelah utara Israel kuno.

  2. Gunung Karmel Elia mencabar para nabi Baal dan membuka langit untuk hujan (1 Raj. 18:17–46).

  3. Megido Sebuah tempat yang banyak pertempuran (Hak. 4:13–16; 5:19; 2 Raj. 23:29; 2 Taw. 35:20–23). Salomo mengumpulkan kumpulan pekerja buruh untuk membangunkan Megido (1 Raj. 9:15). Raja Yosia dari Yehuda terluka sampai mati dalam pertempuran melawan Firaun Nekho dari Mesir (2 Raj. 23:29–30). Pada Kedatangan Kedua Tuhan, konflik besar dan terakhir akan terjadi di Lembah Yizreel sebagai bahagian dari pertempuran Harmagedon (Yl. 3:14; Why. 16:16; 19:11–21). Nama Harmagedon adalah transliterasi bahasa Yunani dari bahasa Ibrani Har Megidon, atau Gunung Megido.

  4. Yizreel Nama sebuah kota di lembah yang paling luas dan paling subur di Israel dengan nama yang sama. Para raja dari Kerajaan Utara membangunkan sebuah istana di sini (2 Sam. 2:8–9; 1 Raj. 21:1–2). Ratu Izebel yang jahat tinggal dan mati di sini (1 Raj. 21; 2 Raj. 9:30).

  5. Bet-Sean Israel menghadapi orang-orang Kanaan di sini (Yos. 17:12–16). Tubuh Saul dipakukan di tembok kubu ini (1 Sam. 31:10–13).

  6. Dotan Yusuf dijual ke dalam perhambaan oleh saudara-saudaranya (Kej. 37:17, 28; 45:4). Elisa memperoleh suatu penglihatan tentang gunung yang penuh dengan kuda dan kereta kuda (2 Raj. 6:12–17).

  7. Samaria Ibu kota Kerajaan Utara (1 Raj. 16:24–29). Raja Ahab membangunkan sebuah kuil bagi Baal (1 Raj. 16:32–33). Elia dan Elisa melayani (1 Raj. 18:2; 2 Raj. 6:19–20). Pada tahun 721 S.M. orang-orang Assyria menaklukkannya, melengkapi penawanan sepuluh suku (2 Raj. 18:9–10).

  8. Sikhem Abraham membangunkan sebuah altar (Kej. 12:6–7). Yakub tinggal dekat sini. Simeon dan Lewi membunuh semua lelaki beramai-ramai di kota ini (Kej. 34:25). Dorongan Yosua untuk “pilihlah … pada hari ini” untuk melayani Tuhan datang ke Sikhem (Yos. 24:15). Di sini Yerobeam mendirikan ibu kota pertama Kerajaan Utara (1 Raj. 12).

  9. Gunung Ebal dan Gunung Gerizim Yosua membahagi Israel di dua gunung ini—berkat dari hukum dimaklumkan dari Gunung Gerizim sementara kutukan datang dari Gunung Ebal (Yos. 8:33). Orang-orang Samaria kemudian membangunkan sebuah kuil di atas Gerizim (2 Raj. 17:32–33).

  10. Peniel Di sini Yakub bergelut sepanjang malam dengan seorang utusan Tuhan (Kej. 32:24–32). Gideon menghancurkan kubu orang Midian (Hak. 8:5, 8–9).

  11. Yope Yunus berlayar dari sini menuju Tarsis untuk menghindari misinya ke Niniwe (Yun. 1:1–3).

  12. Siloh Semasa zaman para Hakim, ibu kota Israel dan khemah suci berlokasi di sini (1 Sam. 4:3–4).

  13. Betel (Lus) Di sini Abraham berpisah dengan Lot (Kej. 13:1–11) dan memperoleh suatu penglihatan (Kej. 13; Abr. 2:19–20). Yakub memperoleh suatu penglihatan tentang tangga yang menjangkau ke langit (Kej. 28:10–22). Khemah suci berlokasi di sini untuk suatu tempoh masa (Hak. 20:26–28). Yerobeam mendirikan anak lembu emas bagi Kerajaan Utara untuk disembah (1 Raj. 12:26–33).

  14. Gibeon Orang-orang Hewi dari sini memperdayai Yosua ke dalam sebuah perjanjian (Yos. 9). Matahari tetap berhenti sambil Yosua memenangkan pertempuran (Yos. 10:2–13). Ini juga adalah tempat sementara khemah suci (1 Taw. 16:39).

  15. Gaza, Asdod, Askelon, Ekron, Gat (lima kota orang-orang Filistin) Dari semua kota ini orang-orang Filistin sering berperang terhadap Israel.

  16. Betlehem Rahel dikuburkan dekat sini (Kej. 35:19). Rut dan Boas tinggal di sini (Rut 1:1–2; 2:1, 4). Ia disebut Kota Daud (Luk. 2:4).

  17. Hebron Abraham (Kej. 13:18), Ishak, Yakub (Kej. 35:27), Daud (2 Sam. 2:1–4), dan Absalom (2 Sam. 15:10) tinggal di sini. Ini adalah ibu kota pertama Yehuda di bawah Raja Daud (2 Sam. 2:11). Dipercayai bahawa Abraham, Sara, Ishak, Ribka, Yakub, dan Lea dikubur di sini di dalam Gua Makhpela (Kej. 23:17–20; 49:31, 33).

  18. En-Gedi Daud bersembunyi dari Saul dan membiarkan Saul hidup (1 Sam. 23:29–24:22).

  19. Gerar Abraham dan Ishak tinggal di sini untuk suatu masa (Kej. 20–22; 26).

  20. Bersyeba Abraham menggali sebuah perigi di sini dan berjanji dengan Abimelekh (Kej. 21:31). Ishak telah melihat Tuhan (Kej. 26:17, 23–24), dan Yakub tinggal di sini (Kej. 35:10; 46:1).

  21. Sodom dan Gomora Lot memilih untuk tinggal di Sodom (Kej. 13:11–12; 14:12). Tuhan menghancurkan Sodom dan Gomora kerana kejahatan (Kej. 19:24–26). Yesus kemudiannya menggunakan kota-kota ini sebagai lambang kejahatan (Mat. 10:15).