Bantuan Pengkajian
13. Perjalanan Penginjilan Rasul Paulus


13. Perjalanan Penginjilan Rasul Paulus

Imej
Peta Alkitab 13

U

Kekunci

Perjalanan pertama

Perjalanan kedua

Perjalanan ketiga

Perjalanan ke Rom

Itali

Laut Hitam

Rom

Makedonia

Pontus

Penginapan Tiga

Bitinia

Pasar Apius

Tesalonika

Filipi

Putioli

Troas

Berea

Galatia

Samotrase

Masia

Asia

Pergamum

Kapadokia

Antiokhia

Lidia

Frigia

Smirna

Ikonium

Tarsus

Khios

Efesus

Pisidia

Listra

Athens

Korintus

Laodikia

Regium

Akhaya

Miletus

Pamfilia

Derbe

Likia

Perga

Antiokhia

Patmos

Kilikia

Sirakusa

Mira

Knidus

Rodes

Siprus

Salamis

Malta

Kreta

Pafos

Sidon

Siria

Tirus

Pelabuhan Indah

Phoenicia

Damsyik

Ptolemais

Laut Mediterranean

Kaisarea

Samaria

Yope

Yerusalem

Gaza

Kirene

Aleksandria

Mesir

Libya

Kilometer

0 100 200 300 400

A B C D E F G H

1 2 3 4

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

  1. Gaza Filipus berkhutbah tentang Kristus dan membaptis seorang sida-sida Etiopia dalam perjalanannya ke Gaza (Kis. 8:26–39).

  2. Yerusalem Lihat peta 12 untuk peristiwa-peristiwa di Yerusalem.

  3. Yope Petrus menerima suatu penglihatan bahawa Tuhan memberikan kurnia pertaubatan kepada orang-orang bukan Israel (Kis. 10; 11:5–18). Petrus menghidupkan kembali Tabita dari yang mati (Kis. 9:36–42).

  4. Samaria Filipus melayani di Samaria (Kis. 8:5–13), serta Petrus dan Yohanes kemudian mengajar di sini (Kis. 8:14–25). Setelah mereka menganugerahkan kurnia Roh Kudus, Simon si tukang sihir berusaha untuk membeli kurnia ini dari mereka (Kis. 8:9–24).

  5. Kaisarea Di sini, setelah seorang malaikat melayani seorang ketua askar bernama Kornelius, Petrus membenarkan dia untuk dibaptis (Kis. 10). Di sini Paulus membuat pembelaannya di hadapan Agripa (Kis. 25–26; lihat juga JS—S 1:24–25).

  6. Damsyik Yesus menampakkan diri kepada Saulus (Kis. 9:1–7). Setelah Ananias memulihkan penglihatan Saulus, Saulus dibaptis dan memulakan pelayanannya (Kis. 9:10–27).

  7. Antiokhia (di Siria) Di sini para pengikut pertama kali disebut orang Kristen (Kis. 11:26). Agabus menubuatkan bencana kelaparan (Kis. 11:27–28). Perselisihan besar timbul di Antiokhia mengenai sunat (Kis. 14:26–28; 15:1–9). Di Antiokhia Paulus memulai misinya yang kedua bersama Silas, Barnabas, dan Yudas Barsabas (Kis. 15:22, 30, 35).

  8. Tarsus Kampung halaman Paulus; Paulus diutus ke sini oleh para Saudara untuk melindungi nyawanya (Kis. 9:29–30).

  9. Siprus Setelah dianiaya, sebahagian Orang Suci melarikan diri ke pulau ini (Kis. 11:19). Paulus melakukan perjalanan melalui Siprus pada perjalanan penginjilannya yang pertama (Kis. 13:4–5), sebagaimana yang dilakukan oleh Barnabas dan Markus kemudiannya (Kis. 15:39).

  10. Pafos Paulus mengutuk seorang ahli sihir di sini (Kis. 13:6–11).

  11. Derbe Paulus dan Barnabas mengkhutbahkan Injil di kota ini (Kis. 14:6–7, 20–21).

  12. Listra Ketika Paulus menyembuhkan orang yang kakinya lumpuh, dia dan Barnabas disambut sebagai dewa. Paulus direjam dan disangka mati tetapi pulih dan melanjutkan berkhutbah (Kis. 14:6–21). Kediaman Timotius (Kis. 16:1–3).

  13. Ikonium Pada misi mereka yang pertama, Paulus dan Barnabas berkhutbah di sini serta diancam dengan perejaman (Kis. 13:51–14:7).

  14. Laodikia dan Kolose Laodikia adalah salah satu cabang Gereja yang Paulus kunjungi dan terima surat-surat darinya (Kol. 4:16). Itu adalah juga salah satu daripada tujuh kota yang tercatat dalam kitab Wahyu (yang lain adalah Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, dan Filadelfia; lihat Why. 1:11). Kolose berada 18 kilometer ke timur Laodikia. Paulus menulis kepada para Orang Suci yang tinggal di sini.

  15. Antiokhia (di Pisidia) Pada misi mereka yang pertama, Paulus dan Barnabas mengajari orang-orang Yahudi bahawa Kristus datang dari benih keturunan Daud. Paulus menyampaikan Injil kepada bangsa Israel, kemudian kepada orang-orang bukan Israel. Paulus dan Barnabas dianiaya dan dipaksa keluar (Kis. 13:14–50).

  16. Miletus Saat di sini pada misinya yang ketiga, Paulus memperingatkan para penatua Gereja bahawa “serigala-serigala buas” akan memasuki kawanan domba (Kis. 20:29–31).

  17. Patmos Yohanes ialah orang tahanan di pulau ini semasa dia menerima penglihatan-penglihatan yang sekarang terkandung dalam kitab Wahyu (Why. 1:9).

  18. Efesus Apolos berkhutbah di sini dengan kuasa (Kis. 18:24–28). Paulus, pada misinya yang ketiga, mengajar di Efesus selama dua tahun, menukar hati banyak orang (Kis. 19:10, 18). Di sini dia menganugerahkan kurnia Roh Kudus melalui perletakan tangan (Kis. 19:1–7) dan melakukan banyak mukjizat, termasuk mengusir roh-roh jahat (Kis. 19:8–21). Di sini para penyembah Dewi Artemis membangkitkan huru-hara menentang Paulus (Kis. 19:22–41). Sebahagian daripada kitab Wahyu disampaikan kepada Gereja di Efesus (Why. 1:11).

  19. Troas Semasa Paulus berada di sini dalam perjalanan penginjilannya yang kedua, dia melihat suatu penglihatan tentang seorang lelaki di Makedonia meminta pertolongan (Kis. 16:9–12). Semasa di sini pada misinya yang ketiga, Paulus menghidupkan kembali Eutikhus dari yang mati (Kis. 20:6–12).

  20. Filipi Paulus, Silas, dan Timotius menukar hati seorang wanita bernama Lidia, mengusir roh jahat, dan dipukul (Kis. 16:11–23). Mereka menerima pertolongan ilahi untuk mebebaskan diri dari penjara (Kis. 16:23–26).

  21. Athens Paulus, semasa misinya yang kedua ke Athens, berkhutbah di Areopagus tentang “Tuhan yang tidak dikenali” (Kis. 17:22–34).

  22. Korintus Paulus pergi ke Korintus pada misinya yang kedua, di mana dia tinggal bersama Akwila dan Priskila. Dia berkhutbah di sini dan membaptiskan banyak orang (Kis. 18:1–18). Dari Korintus, Paulus menulis suratnya kepada orang-orang Rom.

  23. Tesalonika Paulus berkhutbah di sini semasa perjalanan penginjilannya yang kedua. Rombongan penginjilannya berangkat ke Berea setelah orang-orang Yahudi mengancam keselamatan mereka (Kis. 17:1–10).

  24. Berea Paulus, Silas, dan Timotius menemui jiwa-jiwa yang mulia untuk diajar semasa perjalanan penginjilan Paulus yang kedua. Orang-orang Yahudi dari Tesalonika mengikuti dan menganiaya mereka (Kis. 17:10–13).

  25. Makedonia Paulus mengajar di sini dalam perjalanannya yang kedua dan ketiga (Kis. 16:9–40; 19:21). Paulus memuji kemurahan hati para Orang Suci Makedonia, yang memberi kepadanya dan kepada para Orang Suci yang miskin di Yerusalem (Rm. 15:26; 2 Kor. 8:1–5; 11:9).

  26. Malta Paulus di timpa nahas kapal di pulau ini dalam perjalanannya ke Rom (Kis. 26:32; 27:1, 41–44). Dia tak terluka oleh gigitan ular dan menyembuhkan banyak orang yang sakit di Malta (Kis. 28:1–9).

  27. Rom Paulus berkhutbah di sini selama dua tahun di dalam penahanan rumah (Kis. 28:16–31). Dia juga menulis warkah, atau surat-surat, kepada orang-orang Efesus, Filipi, dan Kolose serta kepada Timotius dan Filemon semasa ditahan di Rom. Petrus menulis suratnya yang pertama dari “Babilon,” yang mungkin adalah Rom, tidak lama setelah penganiayaan oleh Nero terhadap orang-orang Kristian pada tahun 64 M. Secara umum dipercayai bahawa Petrus dan Paulus mati syahid di sini.

Cetak