Bantuan Pengkajian
11. Tanah Suci pada Zaman Perjanjian Baru


11. Tanah Suci pada Zaman Perjanjian Baru

Peta Alkitab 11

U

Kekunci

Sempadan-sempadan politik

Sidon

Abilene

Sarfat

Pergunungan Lebanon

Damsyik

Litani

Syria

G. Hermon

Parpar

Tirus

Phoenicia

Kaisarea Filipi

Lembah Huleh

Galilea

Ptolemais (Ako)

Korazim

Betsaida

Kapernaum

Kisyon

Kana

Magadan

Laut Galilea (Kineret)

G. Karmel

Nazaret

Tiberias

G. Tabor

Yarmuk

Nain

Gadara

Kaisarea

G. Gilboa

Dekapolis

Samaria

Salim?

Samaria

Ainon?

Dataran Saron

Sikhar

G. Ebal

Yabok

Yope

G. Gerizim

Arimatea?

Ayalon

Betel

Sungai Yordan

Perea

Filadelfia

Yerikho

Laut Besar (Laut Mediterranean)

Asdod

Sorek

Emaus

Betabara

Yerusalem

B. Zaitun

Betfage

Betania

Qumran

Dataran Moab

G. Nebo

Askalon

Ela

Betlehem

Yehuda

Gaza

Hebron

Makaerus

Gerar

Idumea

Laut Mati

Arnon

Besor

Bersyeba

Masada

Padang Belantara Yudea

Nabatea

Zered

Kilometer

0 20 40 60

A B C D

1 2 3 4 5 6 7 8

1

1

2

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

  1. Tirus dan Sidon Yesus membandingkan Korazim dan Betsaida dengan Tirus dan Sidon (Mat. 11:20–22). Dia menyembuhkan anak perempuan seorang wanita bukan Israel (Mat. 15:21–28).

  2. Gunung Perubahan Rupa Yesus diubah rupa di hadapan Petrus, Yakobus, dan Yohanes, dan mereka menerima kunci-kunci kerajaan (Mat. 17:1–13). (Sebahagian percaya Gunung Perubahan Rupa adalah Gunung Hermon; yang lain percaya itu adalah Gunung Tabor.)

  3. Kaisarea Filipi Petrus bersaksi bahawa Yesus ialah Kristus dan dijanjikan kunci-kunci kerajaan (Mat. 16:13–20). Yesus meramalkan kematian dan Kebangkitan-Nya sendiri (Mat. 16:21–28).

  4. Wilayah Galilea Yesus menghabiskan sebahagian besar kehidupan dan pelayanan-Nya di Galilea (Mat. 4:23–25). Di sini Dia memberikan Khutbah di Bukit (Mat. 5–7); menyembuhkan seorang yang berpenyakit kulit (Mat. 8:1–4); serta memilih, mentahbiskan, dan mengutus Dua Belas Rasul, dari semuanya hanya Yudas Iskariot yang rupanya bukan orang Galilea (Mrk. 3:13–19). Di Galilea Kristus yang bangkit menampakkan diri kepada para Rasul (Mat. 28:16–20).

  5. Laut Galilea, kemudian disebut Laut Tiberias Yesus mengajar dari perahu Petrus (Luk. 5:1–3) serta memanggil Petrus, Andreas, Yakobus, dan Yohanes untuk menjadi penjala manusia (Mat. 4:18–22; Luk. 5:1–11). Dia juga menenangkan angin ribut (Luk. 8:22–25), mengajarkan perumpamaan-perumpamaan dari sebuah perahu (Mat. 13), berjalan di atas laut (Mat. 14:22–32), dan menampakkan diri kepada para pengikut-Nya setelah Kebangkitan-Nya (Yoh. 21).

  6. Betsaida Petrus, Andreas, dan Filipus lahir di Betsaida (Yoh. 1:44). Yesus pergi secara peribadi bersama para Rasul dekat Betsaida. Orang ramai mengikuti-Nya, dan Dia memberi makan 5,000 orang (Luk. 9:10–17; Yoh. 6:1–14). Di sini Yesus menyembuhkan seorang lelaki buta (Mrk. 8:22–26).

  7. Kapernaum Ini adalah kediaman Petrus (Mat. 8:5, 14). Di Kapernaum, yang disebut Matius “kota-Nya” Yesus, Yesus menyembuhkan seorang yang lumpuh (Mat. 9:1–7; Mrk. 2:1–12), menyembuhkan hamba ketua askar, menyembuhkan ibu isteri Petrus (Mat. 8:5–15), memanggil Matius menjadi salah seorang Rasul-Nya (Mat. 9:9), membukakan mata yang buta, mengusir iblis (Mat. 9:27–33), menyembuhkan tangan seorang lelaki yang lumpuh sebelah pada hari Sabat (Mat. 12:9–13), memberikan ucapan tentang roti kehidupan (Yoh. 6:22–65), dan menyetujui untuk membayar cukai, memberitahu Petrus untuk mengambil wangnya dari mulut seekor ikan (Mat. 17:24–27).

  8. Magadan Ini adalah kediaman Maria Magdalena (Mrk. 16:9). Yesus datang ke sini setelah memberi makan 4,000 orang (Mat. 15:32–39), serta orang-orang Farisi dan Saduki meminta agar Dia memperlihatkan kepada mereka tanda dari syurga (Mat. 16:1–4).

  9. Kana Yesus mengubah air menjadi air anggur (Yoh. 2:1–11) dan menyembuhkan anak lelaki seorang pegawai kerajaan yang berada di Kapernaum (Yoh. 4:46–54). Kana juga merupakan kediaman Natanael (Yoh. 21:2).

  10. Nazaret Pengisytiharan kepada Maria dan Yusuf terjadi di Nazaret (Mat. 1:18–25; Luk. 1:26–38; 2:4–5). Setelah kembali dari Mesir, Yesus menghabiskan masa kanak-kanak dan masa muda-Nya di sini (Mat. 2:19–23; Luk. 2:51–52), mengumumkan bahawa Dia ialah Mesias, dan ditolak oleh umat milik-Nya (Luk. 4:14–32).

  11. Yerikho Yesus memberikan penglihatan kepada orang yang buta (Luk. 18:35–43). Dia juga makan bersama Zakheus, “ketua pemungut cukai” (Luk. 19:1–10).

  12. Betabara Yohanes Pembaptis bersaksi bahawa dia ialah “suara seseorang yang berseru di padang belantara” (Yoh. 1:19–28). Yohanes membaptis Yesus di Sungai Yordan dan bersaksi bahawa Yesus ialah Anak Domba Tuhan (Yoh. 1:28–34).

  13. Padang Belantara Yudea Yohanes Pembaptis berkhutbah di padang belantara ini (Mat. 3:1–4), di mana Yesus berpuasa 40 hari dan digoda (Mat. 4:1–11).

  14. Emaus Kristus yang bangkit berjalan di atas jalan ke Emaus bersama dua pengikut-Nya (Luk. 24:13–32).

  15. Betfage Dua pengikut itu membawakan Yesus seekor keldai yang mana di atasnya Dia memulakanperjalanan-Nya masuk dengan kemenangan ke Yerusalem (Mat. 21:1–11).

  16. Betania Ini adalah kediaman Maria, Marta, dan Lazarus (Yoh. 11:1). Maria mendengar firman Yesus, dan Yesus berfirman kepada Marta untuk memilih “bahagian yang terbaik” (Luk. 10:38–42); Yesus menghidupkan kembali Lazarus dari yang mati (Yoh. 11:1–44); dan Maria melumuri kaki Yesus dengan minyak (Mat. 26:6–13; Yoh. 12:1–8).

  17. Betlehem Yesus lahir dan dibaringkan di dalam sebuah palung (Luk. 2:1–7); para malaikat memberitakan kepada para gembala tentang kelahiran Yesus (Luk. 2:8–20); orang-orang majus diarahkan oleh sebuah bintang menuju Yesus (Mat. 2:1–12); dan Herodes membunuh kanak-kanak itu (Mat. 2:16–18).