Bantuan Pengkajian
9. Dunia Perjanjian Lama


9. Dunia Perjanjian Lama

Peta Alkitab 9

U

Caucasus

Laut Kaspia

G. Ararat?

Laut Hitam

Urartu

Orang Hori

Troy

Orang Het

Ur?

Haran (Padan-aram)

Assyria

Karkemis

Mesopotamia

Niniwe

Sungai Efrat

Asyur

Akad

Dataran Dura

Susan (Susa)

Sungai Tigris

Babilon

Rodes

Kitim (Siprus)

Babel (Sinear)

Syria

Kaftor (Kreta)

Elam

Sidon

Phoenicia

Damsyik

Babilonia

Tirus

Gurun Arab

Ur?

Laut Kineret (Laut Galilea)

Megido

Laut Besar atau Atas (Laut Mediterranean)

Yerusalem (Salem)

Laut Bawah (Teluk Persia)

Kanaan

Laut Masin (Laut Mati)

Bersyeba

Delta Nil

Gosyen

Midian

Gurun Libya

On

Ezion-Geber

Mesir

Nil

G. Sinai? (Horeb)

Laut Merah

Kilometer

0 100 200 300 400

A B C D E F G H

1 2 3 4

1

2

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

  1. Gunung Ararat Tempat yang menurut tradisi di mana bahtera Nuh mendarat (Kej. 8:4). Lokasi yang tepat tak diketahui.

  2. Ur Tempat tinggal Abraham yang pertama, berdekatan dengan muara Efrat di mana dia nyaris menjadi mangsa pengorbanan manusia, melihat malaikat daripada Yehova, serta menerima Urim dan Tumim (Kej. 11:28–12:1; Abr. 1; 3:1). (Perhatikan juga kemungkinan tempat alternatif untuk Ur di sebelah utara Mesopotamia.)

  3. Babilon, Babel (Sinear) Pertama kali didiami oleh Kus, anak lelaki Ham, dan oleh Nimrod. Kawasan asal orang-orang Yared pada waktu Menara Babel di Dataran Sinear. Kemudian menjadi ibu kota wilayah Babilonia dan tempat tinggal para raja Babilonia, termasuk Nebukadnezar yang membawa banyak orang Yahudi tertawan ke kota ini selepas kehancuran Yerusalem (587 S.M.). Orang-orang Yahudi tetap tinggal dalam penawanan di Babilon selama 70 tahun sampai masa Raja Koresh, yang mengizinkan orang-orang Yahudi kembali ke Yerusalem untuk membangun kembali bait suci. Nabi Daniel juga tinggal di sini di bawah Nebukadnezar, Belsyazar, dan Darius I (Kej. 10:10; 11:1–9; 2 Raj. 24–25; Yer. 27:1–29:10; Yeh. 1:1; Dan. 1–12; Omni 1:22; Eter 1:33–43).

  4. Susan (Susa) Ibu kota Empayar Persia di bawah pemerintahan Darius I (Darius yang Agung), Xerxes (Ahasweros), dan Artahsasta. Tempat tinggal Ratu Ester, yang keberanian dan imannya menyelamatkan orang-orang Yahudi. Daniel dan kemudian Nehemia melayani di sini (Neh. 1:1; 2:1; Est. 1:1; Dan. 8:2).

  5. Dataran Dura Sadrakh, Mesakh, dan Abednego dicampak ke dalam relau berapi ketika mereka menolak untuk menyembah patung emas yang diciptakan oleh Nebukadnezar; Putera Tuhan melindungi mereka, dan mereka muncul dari relau itu tak terluka (Dan. 3).

  6. Assyria Asyur adalah ibu kota pertama Assyria, diikuti dengan Niniwe. Para penguasa Assyria Salmaneser Ⅴ dan Sargon Ⅱ menaklukkan Kerajaan Israel Utara dan membawa pergi sepuluh suku tertawan pada tahun 721 S.M. (2 Raj. 14–15; 17–19). Assyria adalah ancaman bagi Yehuda sampai tahun 612 S.M., ketika Assyria ditaklukkan oleh Babilon.

  7. Niniwe Ibu kota Assyria. Assyria menyerang negeri Yehuda semasa pemerintahan Hizkia dan pelayanan Nabi Yesaya. Yerusalem, ibu kota Yehuda, secara ajaib diselamatkan ketika seorang malaikat menghentam 185,000 askar Assyria (2 Raj. 19:32–37). Tuhan memberitahu Nabi Yunus untuk memanggil kota ini pada pertaubatan (Yun. 1:2; 3:1–4).

  8. Haran Abraham menetap di sini untuk suatu masa sebelum pergi ke Kanaan. Bapa dan saudara lelaki Abraham tetap tinggal di sini. Ribka (isteri Ishak), dan Rahel, Lea, Bilha, serta Zilpa (isteri-isteri Yakub), datang dari kawasan ini (Kej. 11:31–32; 24:10; 29:4–6; Abr. 2:4–5).

  9. Karkemis Firaun Nekho dikalahkan oleh Nebukadnezar di sini, yang mengakhiri kekuasaan Mesir di Kanaan (2 Taw. 35:20–36:6).

  10. Sidon Kota ini didirikan oleh Sidon, cucu lelaki Ham, dan adalah kota orang Kanaan paling utara (Kej. 10:15–20). Itu adalah kediaman Izebel, yang memperkenalkan penyembahan Baal kepada Israel (1 Raj. 16:30–33).

  11. Tirus Ini adalah kota perniagaan dan pelabuhan yang penting di Siria. Hiram dari Tirus menghantar kayu sedar dan emas serta para pekerja untuk membantu Salomo dalam membangun bait sucinya (1 Raj. 5:1–10, 18; 9:11).

  12. Damsyik Abraham menyelamatkan Lot dekat sini. Itu adalah ibu kota Siria. Semasa pemerintahan Raja Daud, bangsa Israel menaklukkan kota ini. Elia memilih Hazael menjadi raja ke atas Damsyik (Kej. 14:14–15; 2 Sam. 8:5–6; 1 Raj. 19:15).

  13. Kanaan Abraham, Ishak, Yakub dan anak-anaknya diberi tanah ini untuk pemilikan abadi (Kej. 17:8; 28).

  14. Gunung Sinai (Horeb) Tuhan berfirman kepada Musa dari semak yang menyala (Kel. 3:1–2). Musa diberi Hukum dan Sepuluh Perintah (Kel. 19–20). Tuhan berfirman kepada Elia dalam suara kecil, yang lembut (1 Raj. 19:8–12).

  15. Ezion-Geber Raja Salomo membina “kapal-kapal” di Ezion-Geber (1 Raj. 9:26). Mungkin di bandar inilah ratu dari Seba, setelah mendengar kemasyhuran Salomo, mendarat untuk menemuinya (1 Raj. 10:1–13).

  16. Mesir Abraham melakukan perjalanan ke sini kerana bencana kelaparan yang dahsyat di Ur (Abr. 2:1, 21). Tuhan memberitahu Abraham untuk mengajari orang-orang Mesir apa yang telah Dia wahyukan kepadanya (Abr. 3:15). Abang-abang Yusuf menjualnya ke dalam perhambaan (Kej. 37:28). Yusuf menjadi penguasa di rumah Potifar di sini. Dia dicampak ke dalam tahanan. Dia menafsirkan mimpi Firaun dan diberi jawatan berkuasa di Mesir. Yusuf dan abang-abangnya dikumpulkan bersama. Yakub dan keluarganya pindah ke sini (Kej. 39–46). Anak-anak Israel tinggal di Gosyen semasa persinggahan mereka di Mesir (Kej. 47:6).

    Bangsa Israel beranak cucu “dan dengan berlipat ganda”; mereka kemudiannya ditempatkan dalam perhambaan oleh orang-orang Mesir (Kel. 1:7–14). Setelah wabak yang berturut-turut Firaun membenarkan Israel untuk meninggalkan Mesir (Kel. 12:31–41). Yeremia dibawa ke Mesir (Yer. 43:4–7).

  17. Kaftor (Kreta) Negeri purba orang-orang Minoans.