Bantuan Pengkajian
12. Yerusalem pada Zaman Yesus


12. Yerusalem pada Zaman Yesus

Peta Alkitab 12

U

Kekunci

Kota pada Zaman Yesus

Kawasan-kawasan yang kemudian ditemboki

Jalan ke Samaria

Bezeta (Kota Baru)

Golgota

Taman Kuburan

Kolam Betesda

Pintu Gerbang Ikan

Kubu Antonia

Kolam Israel

Taman Getsemani

Pintu Gerbang Susa

Pintu Gerbang Domba

Serambi Salomo

Bait Suci

Bukit Zaitun

Jambatan

Pintu Indah

Jalan ke Emaus dan Yope

Kolam Menara

Jalan ke Betania dan Yerikho

Puncak Bait Suci

Istana Hasmonean

Serambi Raja

Terowongan Air

Istana Herodes

Tangga ke Bait Suci

Mata Air Gihon

Kolam Ular

Kota Atas

Terowong Air

Rumah Kayafas

Terowong Hizkia

Lembah Hinom

Ruang Atas

Lembah Kidron

Kota Bawah

Kolam Siloam

Pintu Gerbang Air

Jalan ke Betlehem dan Hebron

Mata Air En-Rogel

Jalan ke Laut Mati

Meter

0 100 200 300 400

A B C D

1 2 3 4 5 6 7 8

1

2

3

4

5

6

7

8

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

  1. Golgota Kemungkinan tempat untuk penyaliban Yesus (Mat. 27:33–37).

  2. Taman Kuburan Kemungkinan tempat di mana tubuh Yesus dikuburkan (Yoh. 19:38–42). Kristus yang bangkit menampakkan diri kepada Maria Magdalena di dalam taman ini (Yoh. 20:1–17).

  3. Kubu Antonia Yesus mungkin dituduh, dikecam, diejek, dan dicambuk di tempat ini (Yoh. 18:28–19:16). Paulus ditangkap dan menceritakan kembali cerita penukaran hatinya (Kis. 21:31–22:21).

  4. Kolam Betesda Yesus menyembuhkan orang cacat pada hari Sabat (Yoh. 5:2–9).

  5. Bait Suci Gabriel menjanjikan kepada Zakharias bahawa Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki (Luk. 1:5–25). Tirai bait suci terkoyak pada saat kematian Juruselamat (Mat. 27:51).

  6. Serambi Salomo Yesus memaklumkan bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Orang-orang Yahudi berusaha untuk merejam-Nya (Yoh. 10:22–39). Petrus mengkhutbahkan pertaubatan setelah menyembuhkan orang yang lumpuh (Kis. 3:11–26).

  7. Pintu Indah Petrus dan Yohanes menyembuhkan orang yang lumpuh (Kis. 3:1–10).

  8. Puncak Bait Suci Yesus digoda oleh Setan (Mat. 4:5–7). (Besar kemungkinan merupakan lokasi untuk peristiwa ini.)

  9. Gunung Kudus (lokasi-lokasi tak ditentukan)

    1. Menurut tradisi diyakini bahawa di sini Abraham membangunkan altar untuk pengorbanan Ishak (Kej. 22:9–14).

    2. Salomo membangunkan bait suci (1 Raj. 6:1–10; 2 Taw. 3:1).

    3. Orang-orang Babilonia menghancurkan bait suci di sekitar tahun 587 S.M. (2 Raj. 25:8–9).

    4. Zerubabel membangunkan kembali bait suci di sekitar tahun 515 S.M. (Ezr. 3:8–10; 5:2; 6:14–16).

    5. Herodes memperluaskan plaza bait suci dan membangunkan kembali bait suci mulai tahun 17 S.M. Yesus dipersembahkan sewaktu bayi (Luk. 2:22–39).

    6. Pada usia 12 tahun, Yesus mengajar di dalam bait suci (Luk. 2:41–50).

    7. Yesus membersihkan bait suci (Mat. 21:12–16; Yoh. 2:13–17).

    8. Yesus mengajar di dalam bait suci pada beberapa kesempatan (Mat. 21:23–23:39; Yoh. 7:14–8:59).

    9. Orang-orang Rom di bawah Titus menghancurkan bait suci pada tahun 70 M.

  10. Taman Getsemani Yesus menderita, dikhianati, dan ditangkap (Mat. 26:36–46; Luk. 22:39–54).

  11. Bukit Zaitun

    1. Yesus meramalkan kehancuran Yerusalem dan bait suci. Dia juga berfirman tentang Kedatangan Kedua (Mat. 24:3–25:46; lihat juga JS—M).

    2. Dari sini Yesus naik ke syurga (Kis. 1:9–12).

    3. Pada tanggal 24 Oktober 1841, Elder Orson Hyde membaktikan Tanah Suci untuk kepulangan anak-anak Abraham.

  12. Mata Air Gihon Salomo dipilih sebagai raja (1 Raj. 1:38–39). Hizkia menyuruh sebuah terowong digali untuk mengalirkan air dari mata air ke dalam kota (2 Taw. 32:30).

  13. Pintu Gerbang Air Ezra membaca dan menafsirkan hukum Musa kepada orang-orang itu (Neh. 8:1–8).

  14. Lembah Hinom Dewa palsu Molokh disembah, yang termasuk pengorbanan kanak-kanak (2 Raj. 23:10; 2 Taw. 28:3).

  15. Rumah Kayafas Yesus dibawa ke hadapan Kayafas (Mat. 26:57–68). Petrus menyangkal bahawa dia mengenali Yesus (Mat. 26:69–75).

  16. Ruang Atas Lokasi yang menurut tradisi diyakini di mana Yesus makan jamuan Paskah dan memulakan sakramen (Mat. 26:20–30). Dia membasuh kaki para Rasul (Yoh. 13:4–17) dan mengajar mereka (Yoh. 13:18–17:26).

  17. Istana Herodes Kristus dibawa ke hadapan Herodes, kemungkinan besar di lokasi ini (Luk. 23:7–11).

  18. Yerusalem (lokasi-lokasi tak ditentukan)

    1. Melkisedek memerintah sebagai raja Salem (Kej. 14:18).

    2. Raja Daud merampas kota dari orang-orang Yebusi (2 Sam. 5:7; 1 Taw. 11:4–7).

    3. Kota tersebut dihancurkan oleh orang-orang Babilonia di sekitar tahun 587 S.M. (2 Raj. 25:1–11).

    4. Roh Kudus memenuhi banyak orang pada hari Pentakosta (Kis. 2:1–4).

    5. Petrus dan Yohanes ditangkap dan dibawa ke hadapan majlis (Kis. 4:1–23).

    6. Ananias dan Safira berdusta kepada Tuhan dan mati (Kis. 5:1–10).

    7. Petrus dan Yohanes ditangkap, tetapi seorang malaikat membebaskan mereka dari penjara (Kis. 5:17–20).

    8. Para Rasul memilih tujuh lelaki untuk membantu mereka (Kis. 6:1–6).

    9. Kesaksian Stefanus kepada orang-orang Yahudi ditolak, dan dia direjam sampai mati (Kis. 6:8–7:60).

    10. Yakobus mati syahid (Kis. 12:1–2).

    11. Seorang malaikat membebaskan Petrus dari penjara (Kis. 12:5–11).

    12. Para Rasul memutuskan persoalan tentang sunat (Kis. 15:5–29).

    13. Orang-orang Rom di bawah Titus menghancurkan kota tersebut pada tahun 70 M.