Bantuan Pengkajian
19. Kaisarea dan Dataran Sharon ke Karmel


19. Kaisarea dan Dataran Sharon ke Karmel

Imej
foto 19

Memandang ke arah utara merentasi bandar laut kuno Kaisarea dan Dataran Sharon. Juga dalam pemandangan sepanjang bahagian atas foto adalah banjaran pegunungan Karmel.

Peristiwa Penting: Elia menghadapi para nabi Baal palsu di Gunung Karmel (1 Raj. 18). Via Maris (Jalan Laut), sebuah jalan penting pada zaman dahulu, membentang ke timur Kaisarea. Setelah penglihatan yang luar biasa semasa di Yope, Petrus memulakan pelayanan di antara bangsa bukan Israel dengan mengajar seorang ketua askar Rom bernama Kornelius di Kaisarea (Kis. 10). Filipus berkhutbah dan tinggal di sini serta memiliki empat anak perempuan yang bernubuat (Kis. 8:40; 21:8–9). Paulus merupakan tahanan di kota ini selama dua tahun (Kis. 23–26). Dia berkhutbah kepada Feliks, Festus, dan Herodes Agripa II, yang berkata, “Hampir-hampir saja kau yakinkan aku menjadi orang Kristian!” (Kis. 26:28).

Cetak