Bantuan Pengkajian
24. Kapernaum


24. Kapernaum

Imej
foto 24

Kapernaum, berlokasi di pesisiran pantai utara Laut Galilea, adalah pusat pelayanan Yesus di Galilea (Mat. 9:1–2; Mrk. 2:1–5). Pusat penangkapan ikan dan perniagaan yang penting dan berjaya, ia adalah tempat kediaman bagi bangsa bukan Israel serta bangsa Yahudi. Populasi abad pertama mungkin tidak pernah melampaui 1,000 orang. Kapernaum berlokasi di persimpangan jalan bagi laluan-laluan perdagangan yang penting, dengan tanah-tanah yang subur mengelilinginya. Askar-askar Rom membangunkan tempat pemandian dan kemudahan penyimpanan di sini. Walaupun banyak mukjizat dilakukan di sini, orang-orang itu secara umumnya menolak pelayanan Juruselamat. Yesus oleh kerana itu mengutuk kota ini (Mat. 11:20, 23–24). Pada waktunya, Kapernaum jatuh menjadi tinggalan runtuhan dan tetap tak berpenghuni.

Peristiwa Penting: Kapernaum dikenali sebagai “kota-Nya” Juruselamat (Mat. 9:1–2; Mrk. 2:1–5). Dia mengerjakan banyak mukjizat di tempat ini. Contohnya, Dia menyembuhkan banyak orang (Mrk. 1:32–34), termasuklah seorang hamba ketua askar (Luk. 7:1–10), ibu mertua Petrus (Mrk. 1:21, 29–31), orang lumpuh yang tempat tidurnya diturunkan melalui atap (Mrk. 2:1–12), dan orang yang tangannya lumpuh (Mat. 12:9–13). Di sini Yesus juga mengusir banyak roh jahat (Mrk. 1:21–28, 32–34), menghidupkan kembali anak perempuan Yairus dari yang mati (Mat. 9:18–19, 23–26; Mrk. 5:22–24, 35–43), dan menyampaikan khutbah roti kehidupan di dalam saumaah di Kapernaum (Yoh. 6:24–59). Juruselamat mengarahkan Petrus untuk menangkap seekor ikan dari Laut Galilea, membuka mulutnya, dan mendapati kepingan duit syiling untuk membayar cukai (Mat. 17:24–27).

Cetak