Bantuan Pengkajian
29. Athens


29. Athens

Imej
foto 29

Foto ini diambil dari Areopagus (Bukit Mars), menunjukkan Akropolis di Athens, tempat suci bagi pelbagai dewa pagan. Athens adalah ibu kota Yunani purba di Atika dan pada zaman Perjanjian Baru berada di wilayah Rom di Akhaya. Ia dinamakan sebagai penghormatan bagi dewi kafir Yunani, Athena. Menjelang zaman Perjanjian Baru, Athens telah kehilangan banyak kebesaran dan keagungannya yang terdahulu, tetapi masih menyimpan patung dan monumen bagi banyak dewa dan dewi, termasuk “Tuhan Yang Tidak Dikenali” (Kis. 17:23).

Peristiwa Penting: Rasul Paulus mengunjungi kota ini dan berkhutbah mengenai “Tuhan Yang Tidak Dikenali”di Areopagus (Kis. 17:15–34). Para penginjil diutus dari Athens ke bahagian-bahagian lain Yunani (1 Tes. 3:1–2).

Cetak