Kapernaum, berlokasi di pesisiran pantai utara Laut Galilea, adalah pusat pelayanan Yesus di Galilea (Mat. 9:1–2; Mrk. 2:1–5). Pusat penangkapan ikan dan perniagaan yang penting dan berjaya, ia adalah tempat kediaman bagi bangsa bukan Israel serta bangsa Yahudi. Populasi abad pertama mungkin tidak pernah melampaui 1,000 orang. Kapernaum berlokasi di persimpangan jalan bagi laluan-laluan perdagangan yang penting, dengan tanah-tanah yang subur mengelilinginya. Askar-askar Rom membangunkan tempat pemandian dan kemudahan penyimpanan di sini. Walaupun banyak mukjizat dilakukan di sini, orang-orang itu secara umumnya menolak pelayanan Juruselamat. Yesus oleh kerana itu mengutuk kota ini (Mat. 11:20, 23–24). Pada waktunya, Kapernaum jatuh menjadi tinggalan runtuhan dan tetap tak berpenghuni.