Bantuan Pengkajian
31. Efesus


31. Efesus

Imej
foto 31

Tinggalan runtuhan panggung Yunani di Efesus, di mana Rasul Paulus berkhutbah. Semasa zaman Perjanjian Baru, Efesus termasyhur di seluruh dunia yang dikenal kerana kuilnya yang sangat indah yang dibangunkan sebagai penghormatan bagi dewi kafir Rom, Diana. Sekarang dalam tinggalan runtuhan, Efesus dahulunya ibu kota wilayah Rom di Asia dan pusat perniagaan yang besar. Para tukang perak kota itu mengembangkan perdagangan yang berkembang dengan menjual patung-patung Diana.

Peristiwa Penting: Rasul Paulus mengunjungi Efesus hampir pada akhir perjalanan misinya yang kedua (Kis. 18:18–19). Pada perjalanannya yang ketiga dia tinggal di kota ini selama dua tahun. Dia dipaksa untuk pergi kerana kegemparan yang disebabkan oleh para tukang perak yang kehilangan perniagaan sewaktu Paulus berkhutbah menentang penyembahan terhadap dewi palsu Diana (Kis. 19:1, 10, 23–41; 20:1). Panggung Efesus adalah yang terbesar yang pernah dibangunkan oleh orang-orang Yunani dan tempat di mana para rakan Paulus menghadapi sekumpulan perusuh (Kis. 19:29–31). Paulus menulis sepucuk surat kepada para ahli Gereja di Efesus semasa penawanannya di Rom. Salah satu dari tujuh cabang Gereja di Asia yang kepadanya Kitab Wahyu ditujukan berlokasi di Efesus (Why. 1:10–11; 2:1).

Cetak