Bantuan Pengkajian
13. Rumah Agam di Nauvoo


13. Rumah Agam di Nauvoo

foto 13

Joseph Smith Jr. dan keluarganya pindah ke Rumah Agam di Nauvoo pada Ogos 1843. Kemudian satu bahagian ditambahkan di sebelah timur struktur utama dengan jumlah 22 bilik. Bermula pada Januari 1844, Ebenezer Robinson menguruskan rumah itu sebagai sebuah hotel, dan Nabi mengekalkan enam bilik untuk keluarganya. Rumah tersebut dijadikan tempat sosial bagi masyarakat Nauvoo. Orang-orang kenamaan yang penting diterima di sini oleh Nabi.

Peristiwa Penting: Pada 27 Jun 1844, Nabi Joseph dan abangnya Hyrum di tembak dan mati di Carthage, Illinois, dan mayat mereka dibawa ke rumah ini untuk diberi penghormatan sebelum pengebumian. Mereka dikebumikan di dalam sebuah tanah perkuburan keluarga diseberang Main Street, sebelah barat rumah kayu lama yang didiami Joseph dahulu semasa dia pertama kali datang ke Nauvoo. Emma Smith tinggal di Rumah Agam sehingga 1871. Kemudian dia berpindah ke Nauvoo House, di mana dia mati pada 1879.