14. Kedai Bata Merah Joseph Smith Jr.
Pembinaan semula kedai dan pejabat Joseph Smith Jr. berada di Nauvoo, Illinois. Ia merupakan salah satu bangunan paling penting untuk Gereja pada masa Nauvoo. Bukan sahaja sebagai kedai biasa, ia juga menjadi pusat kegiatan sosial, ekonomi, politik dan keagamaan. Joseph Smith mengekalkan satu pejabat di tingkat dua.
Perisitwa Penting: Sebelum bait suci siap dibina, bilik di atas kedai itu digunakan sebagai bilik tatacara, di mana anugerahan-anugerahan penuh pertama diberikan. Pada 17 Mac 1842, Nabi Joseph Smith mengorganisasikan para wanita Gereja sebagai Lembaga Pertolongan.