“24–30 April. Yohanes 7–10: ‘Akulah Gembala yang Baik,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“24–30 April. Yohanes 7–10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
24–30 April
Yohanes 7–10
“Akulah Gembala yang Baik”
Semasa anda membaca Yohanes 7–10, anda mungkin akan menerima tanggapan dari Roh Kudus tentang ajaran asas dalam bab-bab ini. Mencatat tanggapan anda dapat membantu anda untuk merancang bertindak di atasnya.
Mencatat Tanggapan Anda
Meskipun Yesus Kristus datang membawa “kedamaian [dan] sejahtera bagi manusia” (Lukas 2:14), terdapat “suatu perbalahan antara orang kerana Dia” (Yohanes 7:43). Orang yang menyaksikan peristiwa yang serupa muncul dengan kesimpulan yang berbeza tentang siapa Yesus. Sesetengah menyimpulkan, “Dia orang baik,” sementara yang lain katakan, “Dia menyesatkan orang” (Yohanes 7:12). Ketika Dia menyembuhkan seorang lelaki buta pada Hari Sabat, sesetengah berkeras, “Orang ini tidak datang dari Tuhan, sebab Dia tidak memelihara Hari Sabat,” sementara yang lain bertanya, “Bagaimanakah seorang berdosa dapat membuat mukjizat yang demikian?” (Yohanes 9:16). Meskipun segala kekecohan itu, mereka yang mencari kebenaran mengenali kuasa di dalam firman-Nya, kerana “belum pernah seseorang berkata-kata seperti dia” (Yohanes 7:46). Ketika orang Yahudi meminta Yesus untuk “katakanlah dengan terus terang” jika Dia adalah Kristus, Yesus mengungkapkan sebuah asas yang dapat membantu kita membezakan kebenaran: “Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku,” Dia berkata, “Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku” (Yohanes 10:24, 27).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Ketika saya menjalankan kebenaran yang Yesus Kristus ajarkan, saya akan tahu ia benar.
Orang Yahudi hairan kerana Yesus tahu banyak, padahal Dia tidak berpelajaran (lihat ayat 15)—berbeza dengan cara yang mereka tahu. Jawapan Yesus, Dia mengajar cara berbeza untuk tahu kebenaran yang tersedia untuk semua orang, tanpa mengira pendidikan atau latar belakang. Menurut Yohanes 7:14–17, bagaimanakah anda dapat tahu ajaran Yesus adalah benar? Bagaimanakah proses ini membantu anda membina kesaksian anda tentang injil?
Rahmat Tuhan tersedia untuk semua.
Ketika berbicara tentang interaksi Juruselamat dengan wanita yang ditangkap berzina, Elder Dale G. Renlund berkata: “Pastinya, Juruselamat tidak membiarkan zina. Tetapi Dia juga tidak menghukum wanita itu. Dia menggalakkan wanita itu untuk memperbaharui hidupnya. Wanita itu bermotivasi untuk berubah kerana rasa kasihan dan belas kasihan Juruselamat. Terjemahan Alkitab Joseph Smith membuktikan penganutan wanita itu: ‘Dan wanita itu mengagungkan Tuhan dari waktu itu, dan percaya dalam nama-Nya’ [lihat Yohanes 8:11]” (“Gembala yang Baik Kita,” Liahona, Mei 2017,30).
Bilakah anda pernah merasa seperti wanita itu, menerima belas kasihan daripada dikutuk oleh Juruselamat? Bilakah anda seperti jurutulis dan orang Farisi, menuduh atau menghakimi orang lain bahkan ketika anda bukanlah tidak berdosa? (lihat Yohanes 8:7). Apakah lagi yang anda pelajari dari cara Juruselamat berinteraksi dengan jurutulis dan orang Farisi dan wanita yang ditangkap berzina itu? Apakah yang anda pelajari tentang keampunan Tuhan semasa anda baca ayat-ayat ini?
Jika kita beriman, Tuhan boleh menyatakan diri-Nya dalam kesengsaraan kita.
Apakah yang Yohanes 9:1–3 ajarkan anda tentang cabaran dan kesengsaraan kehidupan? Semasa anda membaca Yohanes 9, renungkan bagaimana “kuasa Tuhan boleh dinyatakan” dalam kehidupan lelaki yang dilahirkan buta. Bagaimanakah ia telah dinyatakan dalam hidup anda—termasuk dalam kesengsaraan anda?
Yesus Kristus ialah Gembala yang Baik.
Walaupun anda tidak biasa dengan domba dan gembala, dengan membaca Yohanes 10, Juruselamat berkata, “Akulah gembala yang baik,” boleh mengajar anda kebenaran penting tentang Dia. Untuk mencari kebenaran-kebenaran ini, cari frasa yang menggambarkan gembala yang baik dan kemudian pertimbangkan bagaimana frasa itu berkaitan dengan Juruselamat. Berikut adalah beberapa contoh:
-
Ayat 3: “[Dia] memanggil nama setiap ekor domba, [dan] memimpin kawanan domba.”
-
Ayat 11: Dia “mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya.”
-
Ayat 16: “Mereka semuanya akan menjadi satu kawanan dengan satu gembala.”
Berikut adalah beberapa soalan tambahan untuk membantu anda merenungkan bab ini: Bagaimanakah Yesus seumpama sebuah pintu? (lihat ayat 7–9). Bagaimanakah Dia telah memberikan anda “hidup yang kelimpahan”? (ayat 10). Bilakah anda pernah merasakan Dia mengenali anda secara peribadi? (lihat ayat 14). Bagaimanakah anda mengenali suara Gembala yang Baik? (lihat ayat 27).
Lihat juga Mazmur 23; Yezkiel 34; Alma 5:37–39; 3 Nefi 15:21–16:5; Gerrit W. Gong, “Gembala yang Baik, Anak Domba Tuhan,” Liahona, Mei 2019, 97–101.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Yohanes 7:24.Untuk bantu keluarga anda fahami ajaran Yesus dalam Yohanes 7:24, anda boleh tunjukkan mereka sesuatu yang kelihatan berbeza di luar tetapi turut berbeza di dalamnya. Atau ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman yang mengajar mereka untuk tidak menghakimi berdasarkan penampilan luaran. Anda juga boleh senaraikan kualiti setiap ahli keluarga yang tidak dapat dilihat oleh mata (lihat juga 1 Samuel 16:7).
-
Yohanes 8:31–36.Apakah maksudnya untuk menjadi “hamba iblis”? (lihat juga Moroni 7:11). Apakah kebenaran-kebenaran yang Yesus ajarkan yang dapat membebaskan kita?
-
Yohanes 9.Bagaimanakah anda dapat membantu keluarga anda untuk gambarkan laporan Yesus sembuhkan lelaki buta dalam Yohanes 9? Jemput mereka untuk mencatat sebarang pengajaran yang mereka pelajari dari laporan itu, seperti apakah maksud bertukar hati kepada injil Yesus Kristus.
-
Yohanes 10:1–18, 27–29.Untuk melibatkan ahli keluarga dalam mempelajari perumpamaan Gembala yang Baik, minta mereka melukis salah satu dari yang berikut: sebuah pintu, seorang gembala, seorang upahan (pekerja upahan), seekor serigala, dan seekor domba. Jemput mereka untuk membaca Yohanes 10:1–18, 27–29, dan kemudian keluarga berbincang apa yang Juruselamat ajarkan tentang hal-hal yang mereka lukis.
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Tuhan Gembalaku,” Nyanyian Rohani, no. 39.