“Bab 5: Gunakan Kuasa Kitab Mormon,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)
“Bab 5,” Mengkhutbahkan Injil-Ku
Bab 5
Gunakan Kuasa Kitab Mormon
Kitab Mormon, digabungkan dengan Roh, ialah sumber penukaran hati anda yang paling berkuasa. Kitab ini adalah catatan kudus yang ditulis untuk meyakinkan semua orang bahawa Yesus ialah Kristus (lihat halaman judul Kitab Mormon). Sepertimana dinyatakan dalam tajuk kecil, Kitab Mormon adalah “satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus.” Ia juga bukti bahawa Tuhan telah memanggil Joseph Smith sebagai seorang nabi dan memulihkan injil Yesus Kristus melalui dia.
Kitab Mormon ialah Batu Kunci Agama Kita.
Nabi Joseph Smith mengajar bahawa Kitab Mormon ialah “batu kunci agama kita” (pengenalan kepada Kitab Mormon). Pada masa yang lain dia berkata: “Hapuskan Kitab Mormon dan wahyu-wahyu, maka di manakah agama kita? Ia tidak wujud” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 196).
Sebuah gerbang adalah struktur seni bina kuat yang dibina dari kepingan-kepingan berbentuk sendal yang bersandar pada satu sama lain. Kepingan tengah, atau batu kunci, biasanya lebih besar daripada kepingan lain dan menyokong mereka di tempatnya.
Presiden Ezra Taft Benson berkata kitab Mormon ialah batu kunci agama kita dalam sekurang-kurangnya tiga cara:
Saksi Kristus. “Kitab Mormon adalah batu kunci dalam kesaksian kita tentang Yesus Kristus, di mana diri-Nya batu asas segala yang kita lakukan. Ia bersaksi akan realiti-Nya dengan kuasa dan kejelasan.”
Kegenapan ajaran. “Tuhan Sendiri telah menyatakan bahawa Kitab Mormon mengandungi ‘kegenapan Injil Yesus Kristus’ [Ajaran dan Perjanjian 20:9; 27:5]. … Kita boleh peroleh kegenapan [ajaran] yang diperlukan bagi keselamatan kita dalam Kitab Mormon. Dan [ia] diajar secara mudah dan jelas bahkan kanak-kanak dapat mempelajari jalan kepada keselamatan dan permuliaan.”
Landasan kesaksian. “Sama seperti gerbang runtuh apabila batu kunci dikeluarkan, Gereja akan berdiri atau jatuh dengan kebenaran Kitab Mormon. … Jika Kitab Mormon adalah benar … seseorang harus menerima tuntutan Pemulihan.” (Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson [2014], 129, 131, 128.)
Dengan memperoleh kesaksian bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan, kita dapat tahu bahawa Joseph Smith ialah seorang nabi. Melalui dia, wewenang imamat Tuhan telah dipulihkan oleh pengutus syurgawi. Tuhan juga telah membenarkan Joseph mengorganisasikan Gereja Yesus Kristus. Wahyu berterusan hari ini melalui para nabi hidup.
Kitab Mormon Penting Dalam Pertukaran Hati Peribadi
Sebahagian penting penukaran hati adalah menerima kesaksian melalui kuasa Roh Kudus bahawa Kitab Mormon adalah benar. Semasa anda membaca dan ikhlas mengkajinya, anda akan rasa kata-katanya membesarkan jiwa anda. Kata-katanya akan menerangi pemahaman anda tentang kehidupan, rancangan Tuhan, dan tentang Yesus Kristus (lihat Alma 32:28). Berdoalah tentang kitab itu dengan niat yang tulus dan iman kepada Kristus. Apabila anda melakukannya, anda akan menerima kesaksian melalui Roh Kudus bahawa ia adalah firman Tuhan (lihat Moroni 10:4–5).
Kesaksian anda tentang Kitab Mormon boleh membawa kepada iman yang mendalam dan berkekalan terhadap kuasanya untuk membantu orang lain bertukar hati. Bantu orang yang anda ajar mengenali terang yang mereka rasa semasa mereka membacanya. Tekankan kesaksiannya yang berkuasa tentang Yesus Kristus. Galakkan mereka untuk berdoa bagi menerima kesaksian mereka sendiri bahawa kitab itu benar.
Menggalakkan orang untuk mencari kesaksian dari Roh Kudus tentang Kitab Mormon harus menjadi tumpuan utama pengajaran anda. Kitab Mormon boleh mengubah kehidupan mereka selama-lamanya.
Gunakan Kitab Mormon untuk Mengajar Injil Yesus Kristus
Nabi Joseph Smith berkata, “Kitab Mormon [adalah] yang paling benar dari kitab apa pun di atas bumi” (Pengenalan kepada Kitab Mormon). Ia bersaksi tentang Kristus dan mengajar ajaran-Nya dengan jelas (lihat 2 Nefi 31; 32:1–6; 3 Nefi 11:31–39; 27:13–22). Ia mengajarkan kegenapan injil-Nya. Asas-asas dan tatacara-tatacara pertama injil yang diajar dalam Kitab Mormon adalah jalan ke arah kehidupan yang penuh.
Gunakan Kitab Mormon sebagai sumber utama anda untuk mengajar injil yang dipulihkan. Carta berikut menyenaraikan beberapa kebenaran dalam Kitab Mormon yang anda akan ajar.
Pelajaran Misionari dalam Bab 3 |
Ajaran |
Rujukan |
---|---|---|
Pelajaran Misionari dalam Bab 3 Pesanan Pemulihan Injil Yesus Kristus | Ajaran Sifat Tuhan, pelayanan dan Korban Tebusan Juruselamat, kejatuhan, Pemulihan, Joseph Smith, wewenang imamat | Rujukan |
Pelajaran Misionari dalam Bab 3 Rancangan Penyelamatan Bapa Syurgawi | Ajaran “Rancangan agung Tuhan yang Abadi,” termasuk Kejatuhan Adam dan Hawa, Korban Tebusan Yesus Kristus, Kebangkitan, dan Penghakiman | Rujukan |
Pelajaran Misionari dalam Bab 3 Injil Yesus Kristus | Ajaran Iman kepada Kristus, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir | Rujukan |
Pelajaran Misionari dalam Bab 3 Menjadi Pengikut Yesus Kristus Seumur Hidup | Ajaran Tatacara-tatacara seperti pembaptisan, pentahbisan imamat, dan sakramen | Rujukan |
Kitab Mormon Bersaksi Tentang Kristus
Tujuan utama Kitab Mormon adalah untuk bersaksi tentang Yesus Kristus. Ia menegaskan realiti kehidupan, misi, kebangkitan, dan kuasa-Nya. Ia mengajar ajaran benar tentang Kristus dan Korban Tebusan-Nya.
Beberapa nabi yang tulisan-tulisannya dipelihara dalam Kitab Mormon telah melihat Kristus secara peribadi. Saudara lelaki Yared, Nefi, dan Yakub telah melihat Kristus yang pra-fana. Orang ramai hadir semasa pelayanan Juruselamat di kalangan bangsa Nefi (lihat 3 Nefi 11–28). Kemudian, Mormon dan Moroni telah melihat Kristus yang bangkit (lihat Mormon 1:15; Eter 12:39).
Apabila orang membaca dan berdoa tentang Kitab Mormon, mereka akan lebih mengenali Juruselamat dan mengalami kasih-Nya. Mereka akan mengembangkan kesaksian mereka tentang Dia. Mereka akan tahu bagaimana untuk datang kepada-Nya dan diselamatkan. (Lihat 1 Nefi 15:14–15.)
“Kitab Mormon memberikan pemahaman yang paling lengkap dan sahih tentang Korban Tebusan Yesus Kristus di mana-mana pun. Ia mengajarkan maksud sebenar untuk dilahirkan semula. … Kita tahu mengapa kita di bumi. Kebenaran-kebenaran ini dan yang lain diajar dengan lebih berkuasa dan lebih meyakinkan dalam Kitab Mormon dari sebarang buku lain. Kitab Mormon mengandungi kuasa penuh injil Yesus Kristus” (Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kpada Hidup Anda Tanpa Ia?” Liahona, Nov. 2017, 62.
Kajian Peribadi atau Dengan Rakan
Kitab Mormon ditulis “untuk meyakinkan [semua orang] bahawa Yesus Ialah Kristus” (halaman judul Kitab Mormon). Jadual berikut menyenaraikan beberapa bab Kitab Mormon yang bersaksi tentang kehidupan, ajaran-ajaran, dan pelayanan Yesus Kristus. Pilih petikan-petikan untuk dikaji sepanjang misi anda.
Selain itu, fikirkan tentang keperluan orang yang anda ajar. Buat rancangan untuk membaca beberapa petikan ini bersama mereka untuk memperkuatkan pengetahuan dan kesaksian mereka tentang Juruselamat.
Halaman judul dan pengenalan |
Jelaskan tujuan buku itu. |
Lehi dan Nefi bersaksi tentang Juruselamat. | |
Lehi dan Yakub bersaksi tentang Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. | |
Nefi mengajarkan ajaran Kristus. | |
Raja Benyamin bersaksi tentang Kristus. | |
Alma bersaksi tentang Juruselamat. | |
Alma mengalami kuasa penebusan Kristus. | |
Juruselamat menjemput orang untuk datang kepada-Nya. | |
Juruselamat mengajar bangsa Nefi tentang Bapa dan ajaran-Nya. | |
Juruselamat mengajar injil-Nya. | |
Eter dan Moroni mengajar bahawa iman kepada Yesus Kristus adalah satu asas tindakan dan kuasa. | |
Mormon mengajar tentang kasih suci Kristus dan Korban Tebusan-Nya. | |
Moroni menjemput semua untuk datanglah kepada Kristus dan disempurnakan dalam Dia. |
Kitab Mormon Membantu Kita Mendekati Tuhan
Berbicara tentang Kitab Mormon, Nabi Joseph Smith berkata bahawa “seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajarannya, lebih daripada kitab lain apa pun” (pengenalan Kitab Mormon). Dengan mengajar dan menjemput orang secara konsisten untuk mematuhi asas-asas dalam Kitab Mormon, anda membantu mereka mengembangkan iman kepada Yesus Kristus dan mendekati Tuhan.
Kitab Mormon membina kesaksian dan menjemput wahyu peribadi. Gunakan Kitab Mormon untuk membantu orang memperoleh pengalaman rohani, terutamanya kesaksian dari Roh Kudus bahawa kitab itu adalah firman Tuhan.
Berikan keutamaan kepada ayat-ayat Kitab Mormon apabila anda mengajar. Ia mempunyai kuasa penukaran hati melalui Roh Kudus. Apabila anda menggunakan Kitab Mormon untuk mengajar injil, pengajaran anda akan bergema dengan kuasa dan kejelasan dalam hati dan minda.
Presiden Gordon B. Hinckley mengajar bahawa “mereka yang telah membaca [Kitab Mormon] dengan penuh doa, kaya atau miskin, berilmu atau tidak, telah berkembang di bawah kuasanya.” Dia mengajar dengan lebih lanjut:
“Dengan yakin saya berjanji bahawa jika anda membaca Kitab Mormon dengan penuh doa, tidak kira betapa banyak kali anda telah membacanya, anda akan peroleh Roh Tuhan yang berganda dalam hati anda. Azam yang diperkuatkan untuk mematuhi perintah-perintah-Nya akan datang, dan kesaksian yang lebih kuat tentang realiti hidup Anak Tuhan juga akan datang” (“The Power of the Book of Mormon,” Ensign, Jun 1988, 6).
Kitab Mormon Menjawab Soalan-soalan Jiwa
Membaca Kitab Mormon dengan bimbingan Roh dapat membantu orang mencari jawapan atau pandangan bagi soalan peribadi mereka—atau soalan jiwa. Bantu orang melihat bagaimana ajaran-ajaran dalam Kitab Mormon menangani soalan-soalan kehidupan.
Beberapa soalan tersebut disenaraikan di bawah, serta rujukan Kitab Mormon yang menjawabnya.
-
Adakah Tuhan wujud? Siapakah Tuhan? (Mosia 4:9; Alma 18:24–40; 22:4–23; 30:44)
-
Adakah Tuhan mengenali dan mengambil berat tentang saya? Bagaimanakah saya boleh merasai kasih-Nya? Bagaimanakah saya boleh berasa lebih dekat kepada-Nya? (2 Nefi 26:24; Mosia 4:9–12; Enos 1:1–12; Alma 18:32; Moroni 10:32–33)
-
Apakah tujuan kehidupan? (2 Nefi 2:25; Alma 34:32)
-
Mengapakah kehidupan kadangkala susah? Bagaimanakah saya boleh mencari kekuatan dalam masa yang susah? (1 Nefi 17:3; 2 Nefi 4:20–21; Alma 36:3; Eter 12:27)
-
Bagaimanakah saya boleh mencari kedamaian pada masa kekacauan? (Mosia 24:13–15; Helaman 5:47)
-
Bagaimanakah saya boleh menjadi lebih gembira? (Mosia 2:41; Alma 22:15–16)
-
Bagaimanakah saya boleh menjadi seorang yang lebih baik? (Mosia 26:30–31; Alma 5:12–13; 7:23–24; Eter 12:27)
-
Bagaimanakah saya boleh merasai keampunan Tuhan? (Enos 1:2–8; Alma 36:17–21)
-
Apakah yang akan berlaku selepas saya mati? (2 Nefi 9:3–6, 11–13; Alma 11:42–44; 40:11)
Kitab Mormon juga menyediakan bimbingan tentang soalan penting yang lain, seperti:
-
Bagaimanakah saya boleh menyumbang kepada kesejahteraan rohani keluarga saya? (1 Nefi 1:1; 8:36–38; Mosia 2:5–6; 4:14–15; 3 Nefi 18:21)
-
Bagaimanakah saya dapat membantu anak-anak saya membina kekuatan untuk menentang godaan? (1 Nefi 15:23–25; Helaman 5:12; 3 Nefi 18:15, 18–21, 24–25)
-
Bagaimanakah mematuhi perintah-perintah Tuhan membantu saya memperoleh kehidupan yang lebih gembira dan berlimpah? (2 Nefi 2:25–28; 4:35; Mosia 2:41; 4 Nefi 1:15–18)
“Para misionari harus tahu bagaimana untuk menggunakan Kitab Mormon bagi menjawab soalan diri mereka agar mereka boleh membantu orang lain melakukan sedemikian dengan berkesan. … Mereka harus menghayati kuasa Kitab Mormon dalam mengajar injil yang dipulihkan, pertamanya dengan menggunakan ia dalam kehidupan mereka sendiri dan kemudian berkongsi dengan mereka yang diajar” (Dallin H. Oaks, “Counsel for Mission Leaders,” seminar untuk pemimpin misi yang baharu, 25 Jun 2022).
Kitab Mormon dan Alkitab Menyokong Satu Sama Lain
Tuhan menfirmankan untuk “mengajarkan asas-asas Injil-Ku, yang ada di dalam Alkitab dan Kitab Mormon, yang mana di dalamnya adalah kegenapan injil” (Ajaran dan Perjanjian 42:12). Orang Suci Zaman Akhir “percaya Alkitab adalah firman Tuhan sejauh mana ianya diterjemahkan dengan betul” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:8; lihat juga 1 Nefi 13:29). Alkitab adalah tulisan suci yang kudus. Kitab Mormon adalah rakan tulisan suci kudus yang mengandungi kegenapan injil Yesus Kristus.
Alkitab dan Kitab Mormon melengkapi dan memperkayakan satu sama lain (lihat Yezkiel 37:16–17; 1 Nefi 13:40; Mormon 7:8–9). Kedua-dua jilid tulisan suci adalah penyusunan ajaran yang dicatatkan oleh para nabi kuno. Alkitab menceritakan interaksi Tuhan dengan orang-orang di Hemisfera Timur selama beribu-ribu tahun. Kitab Mormon menceritakan interaksi Tuhan dengan orang-orang di Benua Amerika zaman purba untuk lebih dari seribu tahun.
Paling penting, Alkitab dan Kitab Mormon melengkapi satu sama lain dalam kesaksian tentang Yesus Kristus. Alkitab menyediakan laporan tentang kelahiran, pelayanan fana, dan Korban Tebusan Juruselamat—termasuk kematian dan Kebangkitan-Nya. Kitab Mormon termasuk nubuat-nubuat kelahiran dan misi Juruselamat, ajaran-ajaran tentang Korban Tebusan-Nya, dan laporan pelayanan-Nya di Benua Amerika. Kitab Mormon mengesahkan dan mengembangkan kesaksian Alkitab bahawa Yesus ialah Putera Tunggal Tuhan dan Juruselamat dunia.
Kedua-dua Alkitab dan Kitab Mormon mengajarkan hukum kesaksian: “harus didukung oleh kesaksian dua atau tiga orang saksi” (2 Korintus 13:1; lihat juga 2 Nefi 11:2–3). Selaras dengan hukum ini, kedua-dua kitab suci ini bersaksi tentang Yesus Kristus (lihat 2 Nefi 29:8).
Bantu Orang Membaca dan Memahami Kitab Mormon
Mereka yang tidak membaca atau memahami Kitab Mormon akan menghadapi kesukaran untuk menerima kesaksian bahawa ia adalah benar. Anda boleh membantu mereka memahami kitab itu dengan membacanya bersama. Baca semasa janji temu pengajaran, semasa kunjungan susulan, atau melalui teknologi. Anda juga boleh mengatur ahli-ahli untuk membaca bersama mereka. Menonton video Kitab Mormon dan kemudian membaca bab-bab yang berkaitan boleh membantu.
Berdoa untuk bantuan semasa anda memilih ayat-ayat yang menangani kebimbangan dan keperluan orang. Baca dan bincangkan ayat-ayat pendek, seperti 1 Nefi 3:7 atau Mosia 2:17. Juga baca dan bincangkan ayat-ayat yang lebih panjang atau bab yang lengkap, seperti 2 Nefi 31, Alma 7, atau 3 Nefi 18. Galakkan orang untuk baca Kitab Mormon dari permulaan, termasuk kesaksian Tiga dan Lapan Saksi dan kesaksian Nabi Joseph Smith.
Pertimbangkan cadangan-cadangan berikut semasa anda membaca Kitab Mormon dengan orang:
-
Berdoa sebelum membaca. Minta bantuan untuk pemahaman. Berdoa agar Roh Kudus akan bersaksi kepada mereka bahawa ia adalah benar.
-
Bergilir membaca. Baca mengikut kadar yang selesa bagi mereka. Jelaskan perkataan dan frasa yang tidak difahami.
-
Berhenti sekali-sekala untuk membincangkan apa yang telah dibaca.
-
Jelaskan latar belakang dan konteks petikan, seperti siapa yang sedang bercakap, apakah watak orang itu, dan apakah keadaannya. Jika terdapat video Kitab Mormon yang berkaitan, pertimbangkan untuk tunjukkannya.
-
Tunjukkan pesanan utama atau ajaran untuk dicari.
-
Kongsi kesaksian anda dan pemahaman, perasaan, dan pengalaman peribadi yang sesuai.
-
Ajarkan ajaran secara langsung dari kata-kata para nabi Kitab Mormon. Ini akan membantu orang merasai kuasa rohani kitab itu.
-
Bantu orang “mengibaratkan” apa yang mereka baca dengan kehidupan mereka sendiri (1 Nefi 19:23). Bantu mereka melihat bagaimana tulisan suci berkaitan dengan mereka secara peribadi.
Semasa anda mengaplikasikan asas-asas ini, anda akan membantu orang mengembangkan keupayaan dan hasrat untuk membaca Kitab Mormon sendiri. Tekankan bahawa membaca kitab itu setiap hari adalah kunci untuk maju ke arah pembaptisan dan penukaran hati sepanjang hidup.
Bergantung pada janji dalam Moroni 10:3–5. Galakkan orang untuk membaca Kitab Mormon dengan ikhlas dan berdoa dengan niat yang bersungguh-sungguh untuk tahu bahawa ia adalah benar. Jelaskan bahawa niat yang bersungguh-sungguh bermaksud bersedia untuk bertindak atas jawapan yang mereka terima melalui Roh Kudus. Setiap orang yang ikhlas membaca dan berdoa dengan niat bersungguh-sungguh tentang Kitab Mormon boleh mengetahui kebenarannya melalui kuasa Roh Kudus.
Anda juga harus mengaplikasikan janji ini dengan kerap untuk menguatkan kesaksian anda sendiri tentang Kitab Mormon. Kesaksian anda akan memberi anda keyakinan bahawa mereka yang menerapkan janji ini akan menerima kesaksian bahawa kitab itu adalah firman Tuhan.
Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi
Kajian Peribadi
-
Baca 2 Nefi 2; 9; 30; 31; 32. Tandakan setiap rujukan kepada Yesus Kristus. Buat satu senarai nama dan gelaran Kristus yang berbeza dalam bab-bab ini. Tandakan firman-Nya. Tandakan sifat-sifat dan tindakan-Nya.
-
Semasa anda membaca Kitab Mormon setiap hari, catatkan dalam jurnal kajian ayat-ayat yang mempunyai maksud istimewa bagi anda. Tuliskan bagaimana anda akan mengaplikasikannya dalam kehidupan anda.
-
Tulis dalam jurnal kajian bagaimana perasaan anda apabila anda pertama kali memperoleh kesaksian rohani bahawa Kitab Mormon adalah benar.
-
Tuliskan tiga soalan berikut dalam jurnal kajian anda. Sepanjang misi anda, tambahkan jawapan kepada soalan-soalan ini.
-
Apakah akan terjadi kepada hidup saya tanpa Kitab Mormon?
-
Apakah yang saya tidak akan tahu tanpa Kitab Mormon?
-
Apakah yang saya tidak akan ada tanpa Kitab Mormon?
-
-
Baca Khutbah di atas Bukit dalam Matius 5–7 dan khutbah Kristus di bait suci dalam 3 Nefi 12–14. Bagaimanakah membaca ini membantu anda lebih memahami ajaran-ajaran Juruselamat?
-
Kaji setiap contoh dalam Kitab Mormon yang merujuk kepada seseorang berdoa. Dalam jurnal kajian anda, tulis apa yang anda pelajari dari Kitab Mormon tentang doa.
-
Dari tajuk bab Mosia 11–16, tuliskan satu ringkasan tentang apa yang Abinadi ajarkan. Kemudian baca bab-bab ini dan kembangkan ringkasan anda.
-
Dari tajuk bab Mosia 2–5, tuliskan ringkasan tentang apa yang Raja Benyamin ajarkan. Kemudian baca bab-bab ini dan kembangkan ringkasan anda.
Kajian dengan Rakan dan Pertukaran Rakan
-
Baca petikan Kitab Mormon bersama. Kongsi apa yang anda telah pelajari dan rasakan. Bincangkan bagaimana anda akan mengaplikasikannya dalam kehidupan anda.
-
Baca Alma 26 dan 29 bersama. Kongsi perasaan anda tentang misi anda. Tuliskan perasaan anda dalam jurnal kajian anda.
-
Baca Alma 37:9 dan bincangkan betapa pentingnya tulisan suci kepada Amon dan para rakan misionarinya. Cari rujukan yang menggambarkan bagaimana mereka menggunakan tulisan suci.
-
Baca Alma 11–14, dan salah seorang daripada anda mengambil peranan sebagai Alma atau Amulek dan yang lain mengambil peranan sebagai para pengkritik. Bincangkan bagaimana para misionari tersebut menjawab soalan-soalan yang susah.
Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi
-
Berlatih menggunakan Kitab Mormon dalam setiap cara yang disebutkan dalam tajuk utama bab ini.
-
Senaraikan soalan-soalan yang diajukan oleh mereka yang anda ajar. Jelaskan kepada satu sama lain bagaimana anda akan menjawab soalan-soalan ini dengan menggunakan Kitab Mormon.
-
Baca petikan Kitab Mormon bersama. Kongsi pengetahuan, perasaan, dan kesaksian.
-
Berlatih menggunakan Kitab Mormon untuk mengesahkan pesanan Pemulihan.
-
Jemput para misionari untuk berkongsi pengalaman di mana Kitab Mormon telah membantu mereka dan orang yang diajar dalam proses penukaran hati.
-
Minta para misionari berkongsi tulisan suci kegemaran dalam Kitab Mormon yang membantu menjawab soalan jiwa.
-
Jemput seorang ahli yang merupakan penganut baharu untuk berkongsi peranan Kitab Mormon dalam penukaran hatinya.
Pemimpin Misi dan Penasihat Misi
-
Ajar para misionari bagaimana untuk gunakan Kitab Mormon bagi mengesahkan kebenaran pesanan Pemulihan.
-
Baca 1 Nefi 1 dengan para misionari dan bandingkannya dengan pengalaman Joseph Smith.
-
Sediakan para misionari dengan satu salinan Kitab Mormon yang bersih. Jemput mereka untuk membaca dan menandakan kitab itu dua kali dalam dua atau tiga tempoh pemindahan yang akan datang.
-
Pada bacaan pertama, minta mereka tandakan semua yang menunjukkan atau bersaksi tentang Yesus Kristus.
-
Pada bacaan kedua, minta mereka tandakan ajaran dan asas-asas injil.
Jemput para misionari kongsi apa yang mereka telah pelajari dan rasai. Elder Ronald A. Rasband menggambarkan bagaimana membaca Kitab Mormon dengan cara ini mempengaruhi dia sebagai seorang misionari:
-
“Ada lebih banyak kepada pembacaan saya daripada hanya tandakan tulisan suci. Dengan setiap bacaan Kitab Mormon, dari depan ke belakang, saya dipenuhi dengan kasih mendalam bagi Tuhan. Saya rasakan kesaksian yang berakar mendalam tentang kebenaran ajaran-ajaran-Nya dan bagaimana ia diaplikasikan ‘hari ini.’ Kitab ini sesuai dengan tajuknya, ‘Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus.’ Dengan kajian dan kesaksian rohani yang diterima, saya telah menjadi seorang misionari Kitab Mormon dan pengikut Yesus” (“Hari Ini,” Liahona, Nov. 2022, 25).
-
Jemput para misionari untuk kongsi tulisan suci Kitab Mormon yang penting dalam kehidupan mereka.
-
Kenal pasti soalan-soalan jiwa untuk orang-orang dalam misi anda. Jemput para misionari untuk mencari ayat-ayat dalam Kitab Mormon yang membantu menjawab soalan-soalan ini.