Panggilan Misi
Bab 9: Mencari Orang untuk Diajar


“Bab 9: Mencari Orang Untuk Diajar,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)

“Bab 9,” Mengkhutbahkan Injil-Ku

The Good Shepherd [Gembala yang Baik], oleh Del Parson

Bab 9

Mencari Orang untuk Diajar

Pertimbangkanlah Ini

  • Bagaimanakah saya boleh beriman kepada Kristus untuk mencari orang untuk diajar?

  • Bagaimanakah kita dapat memperluaskan visi kita dan memperbaiki rancangan kita untuk mencari orang untuk diajar?

  • Bagaimanakah saya boleh berkembang dalam kebolehan dan keyakinan saya untuk bercakap dengan orang yang saya temui setiap hari?

  • Bagaimanakah kita boleh bersatu dengan ahli-ahli dalam berkongsi injil?

  • Apakah yang harus kita lakukan apabila kita menerima rujukkan?

  • Apakah beberapa idea untuk mencari orang untuk diajar yang kita belum cuba?

Juruselamat yang bangkit berfirman kepada para pengikut-Nya, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadilah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan” (Matius 28:19; lihat juga Markus 16:15). Tuhan mengulangi tugasan ini, berfirman, “Pergilah kamu ke seluruh dunia [dan] berkhutbahlah Injil” (Ajaran dan Perjanjian 68:8; lihat juga 50:14).

Pekerjaan misionari ialah mencari orang, mengajar mereka, dan membantu mereka bersedia untuk pembaptisan. Anda akan memenuhi arahan Tuhan untuk mengajarkan injil-Nya dan membaptis penganut baharu apabila anda “menemui mereka yang akan menerimamu” (Ajaran dan Perjanjian 42:8). Tiada apa yang berlaku dalam pekerjaan misionari sehingga anda mencari seseorang untuk diajar. Sentiasa peka untuk peluang memperkenalkan injil. Belajar untuk menggunakan cara-cara yang berkesan di kawasan anda.

Amat penting untuk bekerjasama dengan ahli-ahli dalam mencari. Bekerja keras untuk memperoleh kepercayaan mereka. Apabila ahli-ahli mempercayai para misionari, mereka akan menjemput kawan-kawan dan ahli keluarga mereka untuk bertemu dengan anda. Orang-orang ini akan lebih bertukar hati kepada Tuhan, dibaptiskan, dan berkembang di jalan Injil.

Penemuan akan berlaku menurut kesediaan seseorang untuk mendengar injil. Masa akan berbeza untuk setiap orang. Penemuan boleh datang dari interaksi pertama atau dari banyak interaksi dalam jangka masa yang panjang. Ramai orang mempunyai beberapa interaksi dengan para misionari atau ahli Gereja sebelum memulakan pembelajaran injil yang serius. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi mereka lagi.

Usaha anda untuk mencari mungkin berhasil selepas anda dipindahkan atau selepas anda habis misi anda. Tanpa mengira masa atau hasilnya, Tuhan bersyukur atas usaha anda.

Bab ini menggariskan asas-asas dan idea-idea untuk membantu anda mencari. Asas-asas ini adalah universal. Namun, para misionari dan pemimpin misi mungkin perlu menyesuaikannya dengan keadaan mereka.

Menjalankan Iman Untuk Mencari Orang untuk Diajar

Tidak kira di mana pun anda melayani, Tuhan telah memanggil anda untuk bekerja “demi keselamatan para jiwa” (Ajaran dan Perjanjian 100:4). Untuk melakukan ini, anda perlu beriman kepada Kristus untuk mencari orang untuk diajar supaya mereka boleh memilih untuk mengikuti-Nya dan dibaptiskan.

Iman ialah satu prinsip tindakan dan kuasa. Percaya bahawa Tuhan sedang menyediakan orang untuk menerima injil yang dipulihkan. Bersabar dan yakin bahawa Dia akan membimbing anda kepada mereka, atau mereka kepada anda. Bertindak menurut iman anda dengan menetapkan matlamat, membuat rancangan, dan melaksanakan rancangan anda untuk mencari orang untuk diajar (lihat bab 8).

misionari sedang berdoa

Berdoalah dengan iman semasa mencari bantuan Tuhan dalam mencari orang untuk diajar. Ketika Alma mengetuai satu misi ke bangsa Zoram, dia berdoa: “Ya Tuhan, tolong kabulkan bagi kami agar kami boleh memperoleh kejayaan dalam membawa mereka kembali kepada-Mu di dalam Kristus. Lihatlah, Ya Tuhan, jiwa-jiwa mereka berharga … ; oleh itu, berikanlah kepada kami, Ya Tuhan, kekuatan dan kebijaksanaan agar kami boleh membawa [mereka] kembali kepada-Mu” (Alma 31:34–35).

Orang yang anda temui sering tidak menyedari bahawa mereka sedang mencari injil yang dipulihkan sehinggalah mereka telah menjumpainya. Contohnya, satu penganut baharu berkata, “Apabila saya mendengar tentang injil, ia mengisi satu lubang dalam hati yang saya tidak tahu wujud sebelum ini.” Seorang lagi berkata, “Saya telah selesai pencarian yang saya tidak tahu saya sedang cari.” Yang lain sedang aktif mencari kebenaran tetapi tidak tahu di mana untuk mencarinya (lihat Ajaran dan Perjanjian 123:12).

Cari bimbingan Roh semasa anda mencari orang untuk diajar. Mencari dengan Roh adalah sama pentingnya dengan mengajar dengan Roh. Berimanlah bahawa anda akan tahu bagaimana untuk mencari mereka yang akan menerima anda.

Kajian Dengan Rakan

Mungkin ada ahli-ahli di kawasan anda yang merupakan penganut baharu kepada Gereja. Tanya bagaimana mereka mula berhubung dengan Gereja. Jawapan mereka boleh memberi anda pemahaman tentang cara untuk mencari. Juga tanya bagaimana mereka tahu bahawa ajaran para misionari adalah benar. Ringkaskan pengalaman mereka dalam jurnal kajian anda.

Kajian Kitab Suci

Bagaimanakah anak-anak Tuhan disediakan dan dibimbing kepada injil yang dipulihkan?

Luaskan Visi Anda tentang Rancangan Mencari

Semasa anda mencari orang untuk diajar, peka terhadap perbezaan antara penjadualan dan perancangan. Penjadualan adalah mengisi perancang anda dan hari anda. Merancang adalah membuat usaha yang penuh doa dan bertujuan untuk memberi tumpuan kepada orang dan cara terbaik untuk mencari mereka.

Aktiviti yang betul, pada masa yang betul dan di lokasi yang betul, boleh membantu anda mencari orang untuk diajar. Tanya diri anda soalan-soalan berikut:

  • Di manakah kita boleh bertemu dengan orang yang Tuhan sedang sediakan?

  • Apakah tempat dan jenis aktiviti terbaik untuk mencari orang pada waktu tertentu dalam hari atau minggu?

  • Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kasih, melayani mereka, atau membawa nilai kepada kehidupan mereka sekarang?

  • Bagaimanakah kita boleh menggunakan kekuatan, kemahiran, dan bakat peribadi untuk menaikkan semangat mereka?

  • Apakah rancangan sandaran kita jika sesuatu tidak berjaya?

Cuba untuk mengenali cara-cara Tuhan sedang menyediakan orang. Adakah mereka sudi bercakap dengan anda? Adakah mereka sedang mencari bantuan atau penghiburan?

Fikirkan tentang usaha-usaha mencari yang berjaya. Di manakah interaksi pertama berlaku? Adakah usaha-usaha itu melibatkan ahli-ahli tempatan? Adakah teknologi digunakan?

Mulakan perancangan anda dengan berfokus pada bagaimana anda boleh memberkati orang, dan kemudian jadual anda akan dibentuk.

Kajian Dengan Rakan

Bersama rakan anda, gunakan jadual di bawah untuk menilai usaha anda dalam mencari orang untuk diajar. Rancang untuk mencuba beberapa idea yang baharu bagi anda.

Usaha Mencari

Kadang-kadang

Sering

Hampir Selalu

Kita mengenali ahli-ahli dan menyokong mereka dalam usaha untuk berkongsi injil, termasuk ahli-ahli baharu, remaja, mereka yang bersedia untuk melayani misi, para misionari yang baru kembali, keluarga separa ahli, dan bakal elder.

Kita berusaha untuk memperoleh kepercayaan ahli-ahli supaya mereka akan selesa menjemput ahli keluarga dan kawan-kawan mereka untuk bertemu dengan kita.

Kita bekerjasama dengan pemimpin bahagian dalam pertemuan penyelarasan mingguan untuk menyokong usaha pencarian dan mengetahui jika ada orang yang kita boleh hubungi.

Kita bekerjasama dengan orang yang kini diajar, orang yang diajar dulu, dan mencari orang rujukan di media.

Kita bercakap dengan seberapa ramai orang yang kita boleh setiap hari.

Kita bersedia secara rohani dan berdoa untuk bantuan Tuhan semasa kita merancang bagi mencari orang untuk diajar.

Kita percaya bahawa Tuhan sedang menyediakan orang untuk diajar.

Kita pertimbangkan bagaimana untuk membantu mereka yang kita temui merasakan pengaruh Roh Kudus.

Kita menetapkan matlamat pencarian mingguan dan harian (lihat bab 8).

Kita sentiasa mencari orang untuk diajar.

Kita kreatif dan menggunakan pelbagai cara untuk mencari orang. Kita mencuba cara-cara baharu dan elakkan daripada terkurung dalam satu rutin.

Kita merancang dengan khusus untuk mencari. Kita merancang bila, di mana, dan bagaimana kita akan fokus.

Kita pertimbangkan lokasi dan masa yang paling baik bagi mencari orang untuk diajar.

Kita pertimbangkan apa aktiviti-aktiviti pencarian yang berkesan sebelum ini.

Kita menyesuaikan rancangan mencari jika perlu dan mempunyai rancangan sandaran apabila acara-acara yang dijadualkan tidak berlaku.

Kita menggunakan aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku untuk mencari, menetapkan matlamat dan membuat rancangan, dan untuk mengkaji semula dan mengemaskini rekod setiap hari.

Kita menggunakan bakat dan kekuatan peribadi kita untuk membantu mencari.

Kita merancang bila dan bagaimana kita akan menggunakan media sosial dan teknologi lain untuk mencari orang untuk diajar.

Kita menggunakan kempen media dan tawaran tempatan yang memenuhi minat dan keperluan orang di kawasan kita.

Kita cepat bertindak balas kepada permintaan atas talian dan pesanan daripada orang yang mungkin berminat.

Kita merancang pos media sosial kita terlebih dahulu dan bekerja dengan ahli-ahli untuk mencari secara atas talian.

Tekun dalam Mencari

Usaha Mencari yang Berterusan

Pada awal Gereja yang dipulihkan, Tuhan telah berulang kali mengarahkan sekumpulan saudara untuk mengajar injil-Nya “dalam perjalanan” semasa mengembara. Dia mahu mereka menggunakan setiap peluang untuk berkongsi injil. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 52:9–10, 22–23, 25–27.)

Gunakan arahan ini dalam pencarian anda. Berusaha dengan tekun untuk mencari sepanjang hari. Rancangkan usaha pencarian anda—dan juga mencari peluang yang tidak dirancang. Mencari orang baharu untuk diajar adalah keperluan yang berterusan.

Cari ilham dan bersedia menggunakan pelbagai cara. Tumpukan pada cara yang paling berkesan di kawasan anda.

Christ Calling Peter and Andrew [Kristus Memanggil Petrus dan Andreas], oleh James Taylor Harwood

Simpan Tali Pancing dalam Air

Mengenai pekerjaan misionari, Presiden Dallin H. Oaks berkata:

“Tiada di antara kita yang seharusnya menjadi seperti nelayan yang berfikir dia telah memancing sepanjang hari sedangkan hakikatnya dia telah menghabiskan kebanyakan masanya untuk keluar masuk dari air, makan tengah hari, dan kecoh dengan peralatannya. Kejayaan memancing berkaitan dengan berapa lama tali pancing anda berada di dalam air, bukanlah berapa lama kamu berjauhan dari apartmen. Sesetengah nelayan yang berjauhan dari rumah selama dua belas jam dan meletak tali pancing mereka di dalam air selama sepuluh jam. Nelayan-nelayan lain berjauhan dari rumah selama dua belas jam dan meletak tali pancing mereka di dalam air hanya selama dua jam. Jenis nelayan yang kedua ini mungkin tertanya-tanya mengapa mereka tidak mempunyai kejayaan yang sama seperti yang pertama.

“Asas yang sama digunakan untuk para misionari, yang Tuan gelar ‘menjala orang’ [Matius 4:19]. Tali pancing seorang misionari harus berada di dalam air di saat mereka tinggalkan apartmen mereka” (kursus untuk presiden misi baharu, 20 Jun 2000).

beberapa batang tali pancing ikan

Elder Quentin L. Cook melanjutkan perbandingan ini. Selain daripada mengekalkan “tali pancing dalam air” untuk jangka masa yang lebih lama, dia mengajar bahawa para misionari yang mencari orang untuk diajar “sentiasa meletak beberapa tali pancing ke dalam air. …

“Mereka mengenal pasti dan menghubungi keluarga-keluarga separa ahli gereja.

“Mereka mencari [aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku] untuk orang yang telah diajar pada masa lalu untuk dihubungi melalui telefon dan teks.

“Mereka menawarkan pelayanan kepada para ahli, orang yang telah diajar pada masa lalu, orang yang sedang diajar, dan komuniti secara umum. …

“Mereka membantu para ahli mencipta pesanan injil untuk dikongsi di … platform media sosial sendiri.

“Mereka mendapatkan rujukkan daripada orang yang mereka kunjungi dan ajar” (“Be Spiritual Pathfinders and Influencers,” pertemuan rohani misionari, 10 Sep 2020; penekanan ditambahkan).

Kajian Dengan Rakan

Bincangkan soalan-soalan berikut:

  • Apakah beberapa cara anda boleh memastikan “tali pancing dalam air” anda kekal lebih lama setiap hari?

  • Apakah beberapa cara anda boleh meletak beberapa tali pancing dalam air semasa anda mencari orang untuk diajar?

  • Apakah ciri-ciri dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku yang boleh membantu anda?

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan teknologi untuk membantu anda meletak beberapa tali pancing dalam air?

Bercakap Dengan Semua Orang

Kembangkan hasrat yang mendalam untuk membawa jiwa-jiwa kepada Kristus (lihat Mosia 28:3). Apabila anda merasakan hasrat ini, kasih dan kebimbangan anda akan dicerminkan dalam usaha anda untuk mencari. Kasih anda juga akan dicerminkan dalam perbualan anda.

Bercakaplah dengan seberapa ramai orang yang anda boleh setiap hari. Bercakaplah dengan mereka di mana saja anda berada. Apabila sesuai, pergi dari rumah ke rumah. Tuhan mengarahkan beberapa elder awal Gereja, “Membuka mulutmu untuk memaklumkan Injil-Ku.” Dia kemudian berjanji bahawa mulut mereka akan “dipenuhi” dengan apa yang perlu diajar (Ajaran dan Perjanjian 30:5; lihat juga 33:7–10).

Serupa, Tuhan berfirman kepada Joseph Smith dan Sidney Rigdon, “Angkatlah suaramu kepada orang-orang ini; katakanlah fikiran yang akan Aku letakkan ke dalam hatimu.” Kemudian Dia berjanji, “Kerana akan diberikan kepadamu … pada saat yang tepat, apa yang harus kamu katakan” (Ajaran dan Perjanjian 100:5–6).

Semasa anda bertemu dengan orang, sering kali anda akan merasai Roh membantu anda ketahui apa yang harus anda katakan. Namun, jika anda tidak merasai dorongan, mulakan sahaja—mungkin dengan bertanya soalan dan mendengar jawapan mereka (lihat “Mencari Orang Di Mana Mereka Berada” dalam bab ini). Atau mungkin berbicara tentang Tuhan Yesus Kristus atau tentang panggilan Joseph Smith sebagai nabi Tuhan.

Idea-idea berikut boleh membantu semasa anda bercakap dengan mereka yang anda temui:

  • Jadilah mesra, tulen, dan ramah. Cari cara untuk berhubung dengan orang itu dan mulakan perbualan.

  • Dengar dengan ikhlas apa yang orang katakan. Berusaha untuk memahami keperluan dan minat setiap orang. Tawarkan bantuan peribadi jika sesuai.

  • Pertimbangkan bagaimana injil dapat membantu memenuhi keperluan mereka. Kemudian ajarkan kebenaran injil yang asas dan jemput mereka untuk belajar lebih lanjut. Kongsi bagaimana injil yang dipulihkan boleh membawa harapan dan makna yang lebih dalam kehidupan mereka.

  • Tanya tentang keluarga mereka. Bantu mereka lihat bagaimana injil yang dipulihkan dapat memberkati keluarga mereka. Tawarkan untuk membantu mereka mencari nama-nama nenek moyang mereka yang sudah mati.

  • Jemput mereka untuk datang ke pertemuan sakramen.

  • Tawarkan buku kecil atau bahan-bahan lain Gereja, yang dicetak dan digital.

  • Kongsi dengan mereka tujuan anda sebagai misionari dan mengapa anda memutuskan untuk melayani misi.

Asas-asas ini juga berkaitan dengan interaksi anda dengan ahli-ahli.

Adalah hal biasa ketika bimbang sewaktu bercakap dengan orang. Berdoa untuk iman dan keberanian untuk mengajar injil yang dipulihkan. Setiap orang yang anda temui adalah saudara atau saudari anda dalam keluarga Tuhan. Ingatlah bahawa Dia “tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan; … semua adalah sama bagi Tuhan” (2 Nefi 26:33).

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Baca laporan dari Victor Manuel Cabrera dalam “Thirsting for the Living Water,” Ensign, Og. 2001, 60–61. Ketika membaca, cari bagaimana dia telah disediakan untuk menerima para misionari dan bagaimana mereka menggunakan peluang yang tidak dirancang untuk mengajarnya injil.

  • Bagaimanakah lelaki itu disediakan untuk injil yang dipulihkan?

  • Apa yang akan terjadi jika elders tidak berkongsi pesanan injil?

  • Semak perbuatan anda kelmarin. Adakah anda bercakap dengan sebanyak mungkin orang? Tidak tidak, tetapkan matlamat dan buat rancangan untuk bercakap dengan lebih banyak orang.

Kajian Kitab Suci

Apakah yang anda boleh pelajari dari tulisan suci berikut tentang mencari orang untuk diajar? Apakah yang anda boleh pelajari dari tulisan suci ini tentang apa yang harus anda ajarkan? Apakah yang Tuhan janjikan?

Bersatu dengan Ahli-ahli

“Jemput semua untuk menerima injil adalah sebahagian dari kerja penyelamatan dan permuliaan” (Pilihan dari Buku Panduan Umum, 23.0). Bekerjasama dengan ahli-ahli Gereja untuk mencari orang untuk diajar. Apabila ahli-ahli merujuk seseorang kepada anda dan kemudian mengambil bahagian dalam pelajaran-pelajaran itu, orang itu akan lebih cenderung untuk dibaptiskan dan kekal aktif dalam Gereja.

Membina Hubungan Kuat dengan Pemimpin Tempatan

Bina hubungan yang kuat dengan lembaga uskup dan pemimpin bahagian yang lain. Pemimpin misi bahagian (jika seseorang dipanggil) dan presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan adalah titik utama hubungan anda. Cari bimbingan mereka, dan sokong mereka dalam pertemuan penyelarasan mingguan (lihat bab 13).

Semasa pertemuan penyelarasan mingguan, bekerjasama dengan pembantu kuorum imam dan presiden kelas Remaja Puteri yang paling tua. Para remaja ini mempunyai peranan penting dalam berkongsi injil. Bantu mereka menggalakkan kuorum dan ahli kelas untuk berkongsi injil. Salah satu cara adalah untuk remaja menjemput kawan-kawan ke aktiviti.

Sentiasa tanyakan diri anda, “Adakah saya satu berkat kepada pemimpin tempatan?” Mengembangkan sikap “Bagaimana boleh saya membantu?” Seperti Amon dalam Kitab Mormon, dekati para pemimpin tempatan dengan sikap pelayanan (lihat Alma 17:23–25).

Kepada para pemimpin misi, Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Saya berharap anda akan belajar untuk mengasihi pemimpin dan ahli tempatan. Angkatlah mereka dan ilhami mereka. Kebolehan anda untuk mengaitkan semangat misionari dengan usaha kestabilan dan kasih ahli-ahli amat ditekankan. Kejayaan anda akan berganda” (“Hopes of My Heart,” kursus untuk pemimpin misi baharu, 23 Jun 2019).

misionari mengajar para wanita

Menyokong Ahli-ahli dalam Usaha Mereka untuk Berkongsi Injil

Ada banyak cara untuk menyokong dan menggalakkan ahli-ahli berkongsi injil. Bantu mereka merenungkan bagaimana injil telah memberkati kehidupan mereka. Galakkan mereka untuk “angkatlah cahaya [mereka] agar ia dapat bersinar ke dunia” (3 Nefi 18:24).

Bantu ahli-ahli menggunakan asas-asas kasih, berkongsi, dan menjemput. Berikan contoh-contoh cara biasa dan semula jadi yang mereka boleh gunakan asas-asas ini.

Kasih. Salah satu cara untuk menunjukkan kasih kepada Tuhan adalah dengan mengasihi dan melayani anak-anak-Nya. Galakkan ahli-ahli untuk menjangkau dengan kasih kepada ahli keluarga, kawan, jiran, dan orang lain. Sebarang usaha untuk menyatakan kasih adalah penting untuk mentaati perjanjian yang mereka telah buat dengan Tuhan (lihat Mosia 18:9–10).

Kongsi Kerana kasih mereka terhadap Tuhan dan anak-anak-Nya, ahli-ahli secara semula jadi ingin berkongsi berkat-berkat yang Dia telah berikan kepada mereka (lihat Yohanes 13:34–35). Galakkan ahli-ahli untuk memberitahu orang lain tentang bagaimana injil memberkati kehidupan mereka. Galakkan mereka untuk bercakap tentang Juruselamat dan pengaruh-Nya. Bantu mereka merasa kebahagiaan berkongsi kasih, masa, dan peristiwa kehidupan mereka. Bantu mereka belajar bagaimana untuk berkongsi dengan cara yang biasa dan semula jadi—sebagai sebahagian daripada apa yang mereka telah lakukan dalam kehidupan.

Elder Gary E. Stevenson

“Kita semua berkongsi sesuatu dengan orang lain. Kita sering melakukannya. Kita berkongsi filem dan makanan yang kita suka, perkara lucu yang kita lihat, tempat yang kita kunjungi, seni yang kita hargai, petikan yang mengilhamkan.

“Bagaimanakah kita boleh tambahkan ke dalam senarai perkongsian kita, apa yang kita kasihi tentang injil Yesus Kristus? … Melalui perkongsian pengalaman injil positif kita dengan orang lain, kita mengambil bahagian dalam memenuhi tugas besar Juruselamat” (Gary E. Stevenson, “Kasih, Kongsi, Jemput,” Liahona, Mei 2022, 86).

Jemput. Juruselamat menjemput semua untuk menerima injil-Nya dan bersedia bagi kehidupan abadi (lihat Alma 5:33–34). Seperti berkongsi, menjemput sering kali adalah melibatkan keluarga, kawan-kawan, dan jiran-jiran dalam apa yang ahli-ahli sudah lakukan. Galakkan ahli-ahli untuk berdoa tentang menjemput orang dengan cara-cara berikut:

  • Datang dan lihat. Jemput orang untuk “datang dan lihat” berkat-berkat yang mereka boleh terima melalui Yesus Kristus, Injil-Nya, dan Gereja-Nya.

    1:17
  • Datang dan melayani. Jemput orang untuk “datang dan melayani” orang yang memerlukannya.

  • Datang dan tergolong. Jemput orang untuk “datang dan tergolong” sebagai ahli Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan.

Elder Gary E. Stevenson berkata: “Terdapat beratus-ratus jemputan yang kita boleh hulurkan kepada orang lain. Kita boleh menjemput orang untuk ‘marilah dan lihat’ pertemuan sakramen, aktiviti bahagian, video online yang menjelaskan injil Yesus Kristus. ‘Marilah dan lihat’ boleh menjadi jemputan untuk membaca Kitab Mormon atau melawat bait suci baharu yang dibuka dan belum dibaktikan. Kadangkala, jemputan itu sesuatu dalaman—satu jemputan kepada diri, memberi kita kesedaran dan [pandangan] tentang peluang di sekeliling kita, yang boleh dilakukan” (“Kasih, Kongsi, Jemput,” 86).

Bantulah para remaja mengasihi, berkongsi, dan menjemput. Para remaja sangat berbakat dalam mengasihi kawan-kawan mereka, berkongsi apa dalam hati mereka, dan menjemput kawan ke aktiviti-aktiviti.

Bantu ahli-ahli memahami bahawa sebarang usaha untuk menjalankan asas-asas kasih, kongsi, dan menjemput adalah positif, sama ada seseorang itu bertemu dengan para misionari atau menyertai Gereja.

Bantu ahli-ahli menggunakan kekuatan mereka dalam berkongsi injil. Ada yang hebat mencari orang untuk diajar, dan ada yang pengajar hebat. Ada yang mempunyai kebolehan semula jadi untuk berhubung dengan kawan-kawan, sementara yang lain suka berdoa untuk kawan-kawan mereka. Bantu mereka melihat bahawa terdapat pelbagai cara untuk semua orang mengambil bahagian.

Apabila anda melawat ahli-ahli, lakukannya dengan satu tujuan. Tunjukkan bahawa anda bersemangat terlibat dalam pekerjaan mencari dan mengajar. Hormati masa dan jadual mereka.

Sesetengah ahli mungkin mengalu-alukan anda mengajar satu pesanan dari salah satu pelajaran. Kebenaran injil mengubah hidup. Memperkukuhkan pemahaman ahli-ahli tentang injil akan meningkatkan kepercayaan mereka kepada anda dan membina keterujaan mereka untuk berkongsi injil. Bantu mereka mengenali Roh dan bertindak atas dorongan.

Carilah orang untuk diajar melalui keluarga separa ahli, bakal elder, ahli yang kembali, dan ahli-ahli baharu. Mereka mungkin ada ramai ahli keluarga dan kawan-kawan dari agama lain.

Dalam semua yang anda lakukan dengan ahli-ahli, ikuti Roh dan berusaha untuk membina iman mereka kepada Juruselamat, Yesus Kristus.

Untuk lebih banyak idea-idea dan sumber tentang bagaimana anda boleh menyokong ahli-ahli dalam berkongsi injil, lihat:

Janjikan Berkat-berkat dari Berkongsi Injil

Bantu ahli-ahli memahami berkat-berkat luar biasa dari berkongsi injil. Ini termasuk:

Kajian Dengan Rakan

  • Kaji semula pertemuan penyelarasan mingguan baru-baru ini. Bagaimanakah anda dapat menjadikannya lebih berkesan? Kaji semula permintaan daripada pemimpin bahagian dan rancang bagaimana dan bila untuk bertindak balas.

  • Rancang bagaimana anda akan menyelaraskan usaha misionari anda dalam pertemuan penyelarasan yang akan datang.

  • Belajar nama-nama pemimpin bahagian (lelaki dan wanita). Rancangkan apa yang anda akan lakukan pada bulan depan untuk mengembangkan hubungan yang lebih kuat dengan mereka dan menyokong usaha misionari mereka.

Cari melalui Aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku

Aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku adalah satu sumber yang baik untuk mencari orang untuk diajar. Para misionari yang sentiasa menggunakan ciri-ciri dalam aplikasi ini mempunyai lebih banyak kejayaan dalam pencarian. Untuk mengenali ciri-ciri ini, rujuk kepada latihan yang disediakan dalam aplikasi ini. Peka kepada bisikan rohani yang anda mungkin terima semasa anda mengkaji semula nama-nama orang.

Aplikasi ini termasuk maklumat tentang orang yang sebelum ini dirujuk, dihubungi, atau diajar. Beberapa orang mungkin ingin bertemu semula dengan para misionari. Mereka juga mungkin tahu tentang orang lain yang mungkin berminat untuk belajar tentang injil.

Dalam perancangan anda, gunakan peta dan penapis dalam aplikasi untuk mengutamakan orang yang ingin dikunjungi. Lihat maklumat mereka dan belajar bagaimana mereka ditemui. Lihat jika terdapat catatan tentang ahli-ahli yang telah membantu mereka. Gunakan maklumat ini bagi menentukan cara terbaik untuk menghubungi mereka semula.

misionari mengkaji di telefon

Gunakan ciri penapis dalam aplikasi untuk mengenal pasti mereka yang:

  • Sebelum ini mempunyai tarikh pembaptisan tetapi tidak dibaptiskan.

  • Menghadiri pertemuan sakramen sekurang-kurangnya sekali tetapi tidak dibaptiskan.

  • Menerima lebih daripada tiga pelajaran.

  • Belum dihubungi baru-baru ini.

Jika orang yang anda hubungi tidak berminat untuk diajar atau memutus untuk berhenti menerima kunjungan, catatkan maklumat itu dalam aplikasi. Catatkan bagaimana anda akan terus berhubung dan memelihara mereka sehingga mereka bersedia untuk belajar dengan lebih lanjut. Contohnya, pertimbangkan untuk menjemput mereka mendaftar untuk siri e-mel bagi menerima pesanan tentang Yesus Kristus atau topik injil lain. Anda juga boleh menghubungkan mereka dengan seorang ahli yang boleh menjawab soalan dan memupuk minat dan persahabatan mereka. Tetapkan satu peringatan dalam aplikasi untuk membuat susulan dengan mereka. Tanya jika mereka mengenali orang lain yang mungkin berminat.

Anda juga boleh mencari orang untuk diajar melalui aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku dengan menggunakan penapis atau kumpulan bagi menghantar pesanan kumpulan. Ini boleh menjadi cara yang baik untuk memberitahu orang tentang acara-acara seperti aktiviti bahagian dan pertemuan pembaptisan. Susuli dengan jemputan peribadi ke acara-acara ini.

Kajian Dengan Rakan

Untuk melihat sumber hebat aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku dalam pencarian, cuba aktiviti-aktiviti berikut. Semasa anda melakukannya, beri perhatian kepada tanggapan yang anda terima.

  • Dengan menggunakan penapis, kenal pasti semua orang yang telah diajar tiga atau lebih pelajaran. Jemput mereka untuk menghadiri gereja hari Ahad ini.

  • Cipta satu penapis dan carikan semua orang yang mempunyai tarikh pembaptisan yang dijadualkan dan menghadiri gereja sekurang-kurangnya dua kali.

  • Rancang untuk menghantar mesej kepada orang secara individu untuk menyertai satu aktiviti bahagian atau projek pelayanan. Kadangkala anda boleh menghantar satu pesanan kumpulan dan membuat susulan dengan orang secara individu.

  • Bincang dengan rakan anda mereka yang anda rasa tergerak untuk menghubungi. Buat rancangan untuk melawat atau menghubungi mereka tidak lama lagi.

Mencari melalui Pelayanan

Memberi Peluang kepada Orang Untuk Datang dan Melayani

Orang lain boleh mempunyai pengalaman yang positif dan berhubung dengan para misionari dan ahli tempatan dalam aktiviti pelayanan. Ramai orang gembira untuk berkongsi bakat, kemahiran, atau pelayanan mereka dan hanya perlu dijemput.

Jemput orang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pelayanan yang diatur oleh bahagian. Anda juga boleh menghubungkan orang dengan peluang pelayanan seperti yang terdapat di JustServe.org di mana ia tersedia. Semasa anda melayani bersama orang lain, anda berkumpul bersama dalam cara yang berkuasa.

Tawarkan Pelayanan

Seperti Juruselamat, “[pergi] untuk berbuat baik” (Kisah Rasul-Rasul 10:38; lihat juga “Pergilah Berbuat Baik” dalam bab 1). Berdoa untuk peka akan kesempatan untuk melakukan kebaikan sepanjang hari. Kadangkala pelayanan anda dirancang, tetapi selalunya ia tidak dirancang. Cari cara mudah dan segera untuk melayani, membantu, dan menaikkan semangat orang. Ingatlah bahawa Tuhan mengambil peluang yang tidak dijangka untuk menjangkau dan memberkati orang lain.

Melayani dengan hasrat ikhlas untuk membantu orang. Jika pelayanan itu membawa kepada peluang pengajaran, bersyukurlah. Jika tidak, bersyukurlah kerana telah melakukan kebaikan untuk seseorang. Jawab soalan-soalan jika orang bertanya. Jika seseorang menyatakan minat, balas secara ringkas dan mengatur untuk bertemu pada masa yang berbeza bagi berkongsi pesanan.

Ikuti garis panduan berkenaan pelayanan dalam Standard Penginjil (Misionari) untuk Pengikut Yesus Kristus, 2.7 dan 7.2.

Mencari Orang Di Mana Mereka Berada

Mencari orang di mana mereka berada bermula dengan cuba melihat mereka sepertimana Tuhan melihat mereka. Anggapkan bahawa anda mungkin telah didorong untuk bercakap dengan orang ini, atau dia mungkin telah didorong kepada anda. Berusaha untuk memahami keperluan dan hasrat rohani orang. Ketahui apa yang paling penting bagi mereka, terutamanya dalam hubungan mereka dengan keluarga dan Tuhan. Anda boleh tanya soalan-soalan seperti di bawah—dan kemudian mendengar dengan ikhlas:

  • Apakah yang paling anda hargai?

  • Apakah yang memberi anda kebahagiaan?

  • Apakah yang anda inginkan untuk masa depan anda dan mereka yang anda kasihi?

  • Apakah cabaran yang anda hadapi dalam mencapai harapan dan impian anda?

  • Apakah aspek kehidupan yang anda ingin perbaiki?

Cari ilham semasa anda merenungkan apa yang anda pelajari tentang harapan dan hasrat orang itu. Apakah kebenaran injil yang secara semula jadi berkait dengan apa yang dia inginkan?

Pertimbangkan pendekatan anda dari perspektif orang itu. Apakah yang dia tahu tentang anda? Apakah yang anda boleh tawarkan yang boleh membantu? Adakah orang itu merasakan interaksi dengan anda akan berbaloi?

Pertimbangkan sebab-sebab berbeza yang orang mungkin ingin mengenali anda, ahli-ahli lain, atau Gereja. Beberapa contoh tentang apa yang anda boleh sediakan digariskan di bawah.

misionari bercakap dengan wanita

Berikan Pengalaman atau Informasi yang Mereka Akan Hargai

Gunakan sumber Gereja dan bakat dan kekuatan anda sendiri untuk berhubung dengan minat seseorang. Cari bantuan Bapa Syurgawi dalam memberi maklumat atau pengalaman yang orang itu akan hargai.

Terbukalah kepada ilham dan jadilah kreatif semasa anda berfikir tentang pelbagai pengalaman atau maklumat yang anda boleh berikan. Beberapa idea disenaraikan di bawah:

  • Kongsi pautan kepada sumber Gereja yang menyediakan maklumat tentang sesuatu yang akan menarik minat mereka.

  • Adakan satu acara seperti pertemuan rohani (secara bersemuka atau siaran langsung).

  • Tawarkan sesuatu di perhimpunan atau acara tempatan (contohnya, cipta pokok sejarah keluarga percuma di satu pasar tempatan).

  • Tawarkan untuk mengajar satu kelas.

  • Aturkan kelas kajian tulisan suci, atau tawarkan untuk membaca Alkitab dan tulisan suci lain bersama mereka.

  • Mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

  • Mengumumkan aktiviti Gereja tempatan seperti pesta perayaan atau kelas keberdikarian. Gunakan risalah atau media sosial.

  • Jemput mereka ke upacara pembaptisan.

  • Bawa mereka mengunjungi bangunan pertemuan tempatan.

Salah satu pengalaman paling berharga yang anda boleh bantu orang peroleh adalah menghadiri gereja. Jemput mereka dan jelaskan apa yang akan berlaku. Beritahu mereka bagaimana menghadiri pertemuan sakramen akan memberkati kehidupan mereka.

Memudahkan Hubungan Yang Tulen

Ramai orang ingin bertemu dengan orang lain dalam komuniti atau mengenali mereka dengan lebih baik. Sesetengah orang kesunyian. Beberapa idea untuk membantu memudahkan hubungan tulen disenaraikan di bawah.

  • Kunjungi orang-orang yang baru berpindah ke kawasan itu untuk mengalu-alukan mereka.

  • Memperkenalkan orang dalam komuniti kepada ahli-ahli yang mempunyai minat serupa.

  • Jemput orang ke pertemuan, aktiviti, dan rumah terbuka bahagian.

  • Tawarkan untuk membantu mereka berhubung dengan pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian, yang boleh membantu mereka belajar lebih lanjut tentang ahli-ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

  • Tawarkan untuk mengajar bagaimana untuk mengadakan malam keluarga atau membaca tulisan suci sebagai sekeluarga. (Lihat Buku Panduan Umum, 2.2.4, untuk asas-asas berguna yang boleh disesuaikan dengan keadaan orang.)

  • Jemput orang yang umur bersesuaian untuk menghadiri seminari, menghadiri institut, atau mengambil bahagian dalam BYU–Pathway Worldwide.

Ada banyak cara mulia untuk mencari mereka yang sedang disediakan untuk injil yang dipulihkan. Lakukan apa yang anda boleh untuk diletakkan dalam jalan mereka yang sedang disediakan.

Kajian Dengan Rakan

Kenal pasti beberapa idea dalam bahagian ini yang anda belum cuba. Buat rancangan untuk mencuba beberapa idea pada minggu depan.

Hubungi Orang yang Dirujuk kepada Anda

Orang yang dirujuk kepada anda mungkin bersedia untuk menerima injil Yesus Kristus. Rujukan boleh datang dari ahli-ahli Gereja, misionari lain, ibu pejabat Gereja, dan usaha media sosial tempatan.

Hubungi Dengan Segera

Apabila seseorang dirujuk kepada anda melalui ibu pejabat atau media sosial tempatan, kaji semula maklumat dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku tentang minat mereka. Cuba hubungi mereka secepat mungkin.

misionari mengetuk pintu

Gunakan garis panduan berikut apabila bekerja dengan orang yang dirujuk kepada anda:

  • Jika orang itu dirujuk oleh ahli atau misionari lain, hubungi orang yang menghantar rujukan itu untuk ketahui lebih lanjut. Jika misionari yang merujuk orang itu, mereka boleh mengajar bersama anda secara maya jika pemimpin misi mereka izinkan. Ahli-ahli boleh menyertai anda secara bersemuka atau maya untuk mengambil bahagian dalam pengajaran.

  • Dengan segera cuba menghubungi orang tersebut melalui satu kunjungan, panggilan, teks, e-mel, atau komunikasi yang lain. Jika orang itu tidak membalas, cuba hubungi dia pada masa yang berlainan.

  • Jika kontak awal anda adalah melalui panggilan, teks, atau e-mel, aturkan masa untuk bertemu secara bersemuka atau melalui teknologi.

  • Sebagai rakan, kaji semula permintaan orang itu dan kenal pasti keperluan dan minatnya. Tentukan bagaimana injil dapat membantu memenuhi keperluan tersebut.

  • Apabila anda bertemu, bawa barang-barang yang diminta, seperti Kitab Mormon. Kongsi kebenaran injil dari pelajaran misionari yang memenuhi minat atau keperluan orang itu.

Kadangkala orang yang dirujuk boleh membawa anda kepada orang lain yang Tuhan sedang sediakan. Jika orang yang anda hubungi tidak berminat, tanya jika mereka mengenali orang lain yang mungkin berminat atau yang memerlukan harapan dalam kehidupan mereka. Mungkin anda telah dituntun kepada orang ini kerana orang lain di rumah atau kawasan kejiranan bersedia untuk injil.

Jika janji temu dengan seseorang tidak terjadi, pertimbangkan bagaimana anda boleh melakukan pekerjaan misionari lain di kawasan itu. Aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku boleh membantu anda mencari orang berdekatan yang sebelum ini pernah dihubungi atau diajar.

Merujuk Orang kepada Para Misionari di Kawasan Lain

Apabila anda bertemu dengan orang yang berminat untuk belajar lebih tentang injil tetapi tinggal di luar kawasan yang ditugaskan, perkenalkan mereka kepada injil. Kemudian bantu mereka bersedia untuk bertemu para misionari dan ahli-ahli di mana mereka tinggal.

Dengan kelulusan presiden misi, anda boleh terus menyokong orang-orang ini untuk membantu mereka menerima injil (lihat Standard Penginjil [Misionari],7.5.4).

Kajian Dengan Rakan

Kaji semula semua orang yang telah dirujuk di kawasan anda dalam bulan lepas. Kenal pasti sesiapa pun yang anda tidak dapat hubungi, dan cuba hubungi mereka lagi. Tentukan mana yang yang telah dihubungi dan harus dikunjungi sekali lagi. Kemas kini rekod-rekod ini dalam aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku.

misionari bercakap di telefon

Gunakan Teknologi

Ada banyak cara anda boleh menggunakan teknologi untuk mencari orang untuk diajar. Beberapa contoh disenaraikan di bawah:

  • Gunakan media sosial untuk bekerjasama dengan ahli-ahli bagi mencari orang.

  • Bina hubungan dengan menjangkau melalui e-mel dan media sosial.

  • Kongsi ayat-ayat suci, petikan, dan pesanan injil yang menaikkan semangat.

  • Bantu orang menggunakan FamilySearch.org untuk mempelajari lebih lanjut tentang ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

  • Tawarkan kelas-kelas dalam talian untuk mengajar kemahiran.

  • Buat perhubungan yang sesuai melalui kumpulan dalam talian yang mempunyai minat serupa.

  • Cipta satu pos yang mengumumkan acara-acara bahagian yang akan datang.

Penggunaan teknologi adalah satu cara penting untuk meletak “beberapa tali pancing dalam air” di sepanjang hari. Tambahan kepada usaha pencarian anda yang lain, simpan beberapa tali pancing Internet dalam air.

Elder David A. Bednar

Elder David A. Bednar mengajar: “Teknologi menyediakan banyak saluran yang berkuasa di mana kita boleh mengisytiharkan ‘Yesus Kristus sahaja, terutama kematian-Nya pada kayu salib’ dan ‘mengkhutbahkan pertaubatan kepada orang-orang itu’ [1 Korintus 2:2; Ajaran dan Perjanjian 44:3]. Generasi muda sangat bersedia untuk mendengar dan belajar tentang injil yang dipulihkan melalui komunikasi sedemikian” (“They Should Proclaim These Things unto the World,” kursus untuk presiden misi baharu, 24 Jun 2016).

Kajian Dengan Rakan

Ketahui apa yang misi anda lakukan dengan media sosial. Bincang dengan rakan bagaimana anda boleh mencipta pos media sosial yang sejajar dengan ini. Pos anda harus mematuhi polisi internet Gereja (lihat “Internet” dalam bahagian 38.8 General Handbook).

Jika misi anda mempunyai pakar media sosial, rujuk kepakarannya semasa anda mencipta pos media sosial.

dua wanita berbual

Gunakan Sejarah Keluarga

Sejarah keluarga ialah satu lagi cara anda boleh mencari orang untuk diajar. Di seluruh dunia, Roh mempengaruhi berjuta-juta orang untuk mengenal pasti nenek moyang mereka yang sudah mati. Ramai yang inginkan perhubungan yang lebih kuat dengan keluarga luas mereka. Ini boleh membawa kepada hasrat untuk mencari ikatan dan identiti sebagai sebahagian daripada keluarga Tuhan.

Apa yang kadangkala dirujuk sebagai roh Elia adalah pengaruh Roh Kudus menarik orang untuk mengenal pasti, mendokumen, dan menghargai ahli keluarga mereka—yang lalu dan kini (lihat Maleakhi 4:5–6).

Dalam pencarian anda, anda mungkin memperkenalkan orang ke FamilySearch.org atau menjemput mereka untuk memuat turun aplikasi FamilySearch Tree atau aplikasi FamilySearch Memories. Anda juga boleh memberi mereka satu salinan buku kecil Keluarga Saya: Kisah-Kisah Yang Menyatukan Kita. Sumber-sumber ini membantu orang menemui saudara-mara dan nenek moyang dan mengumpulkan cerita-cerita mereka.

Tentukan sumber sejarah keluarga yang terdapat dalam kawasan anda dan bagaimana mereka boleh membantu orang yang anda hubungi. Pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian boleh membantu orang mengenal pasti nenek moyang mereka yang sudah mati.

Jemput orang untuk berkongsi memori orang tersayang mereka dengan anda. Apabila mereka melakukannya, mereka mungkin merasa Roh Kudus bersaksi kepada mereka tentang kepentingan keluarga dalam rancangan Tuhan. Saat-saat ini boleh membawa kepada perbualan semula jadi tentang tujuan kehidupan, rancangan kegembiraan Tuhan, dan peranan Juruselamat dalam rancangan itu.

Apabila sesuai, ajarkan orang ajaran tentang mengapa ahli-ahli Gereja melakukan kerja sejarah keluarga dan bagaimana ia berkaitan dengan bait suci.

Berdoa untuk peka akan kesempatan menggunakan sejarah keluarga dalam usaha pencarian anda. Jadilah kreatif, dan menjadi biasa dengan sumber-sumber yang sedia ada.

Kajian Kitab Suci

Kaji ayat-ayat suci berikut berkenaan sejarah keluarga. Rekodkan apa yang anda belajar.

Kuasa Pemeteraian Dipulihkan melalui Elia

Pekerjaan untuk Orang Mati

Kajian Peribadi atau Dengan Rakan

Cuba satu atau lebih dari aktiviti-aktiviti berikut untuk membantu anda mencari sejarah keluarga.

  • Aturkan satu kunjungan bersama seorang ahli yang mempunyai pengalaman dengan sejarah keluarga. Pelajari apa perkhidmatan yang tersedia melalui pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian anda.

  • Berlatih bagaimana anda akan menawarkan bantuan sejarah keluarga kepada mereka yang anda temui. Buat rancangan untuk menawarkan sejarah keluarga dalam usaha penemuan anda.

  • Baca dan bincangkan buku kecil Keluarga dan Bait Suci untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kerja sejarah keluarga. Tuliskan apa yang anda belajar dalam jurnal kajian anda.

  • Gunakan buku kecil Keluarga Saya atau sumber FamilySearch.org semasa anda mencari orang untuk mengajar.

  • Jika boleh, adakan rumah terbuka, mengajar kelas sejarah keluarga di tempat awam, atau menawarkan bimbingan.

Cari Apabila Anda Mengajar

Mencari dan mengajar adalah aktiviti yang berkaitan. Orang yang anda ajar sering mempunyai kawan atau saudara-mara yang bersedia untuk menerima injil yang dipulihkan. Semasa orang yang anda ajar mengalami berkat-berkat injil, hasrat mereka untuk berkongsi akan meningkat (lihat 1 Nefi 8:12). Dalam semua situasi—seperti mencari, mengajar, dan bekerja dengan ahli—tanya, “Siapakah yang anda kenali boleh bermanfaat dari pesanan ini?”

Apabila mereka yang anda ajar bersedia untuk upacara pembaptisan mereka, tanyakan mereka tentang keluarga dan kawan-kawan yang mereka ingin jemput ke pembaptisan mereka. Buat rancangan untuk menjemput dan menggalakkan semua untuk datang. Roh boleh dirasai dengan kuat semasa upacara pembaptisan.

Kajian Dengan Rakan

Kaji semula senarai orang yang anda ajar. Buat satu senarai tentang mereka yang anda telah minta untuk rujukan dan mereka yang anda belum minta. Berlatih bagaimana anda akan meminta untuk rujukan daripada mereka dalam setiap kumpulan. Dalam buku perancang anda, buat nota untuk melanjutkan jemputan ini dalam kunjungan anda yang akan datang.

para wanita melihat telefon

Mengajar Apabila Anda Mencari

Semasa anda bertemu dengan orang dan mengenal pasti minat dan keperluan mereka, kembangkan tabiat untuk mula mengajar dan berkongsi kesaksian anda. Anda akan menemui lebih ramai orang untuk diajar apabila anda bersaksi tentang Juruselamat dan injil-Nya dan membenarkan mereka merasakan kuasa Roh Kudus.

Pertimbangkan untuk mengajar tentang topik-topik seperti kegembiraan, musuh, tujuan kehidupan, atau kematian. Tidak kira apa jua pendekatan awal anda, rujuk kepada Juruselamat, injil-Nya, dan panggilan-Nya kepada Nabi Joseph Smith. Inilah pesanan unik kita kepada dunia.

Bahagian berikut menyediakan contoh bagaimana anda boleh mengajar secara ringkas tentang Pemulihan injil Yesus Kristus dan kepentingan keluarga.

Mengajar dan Bersaksi Tentang Pemulihan Injil Yesus Kristus

Bersaksi tentang Yesus Kristus dan mengajar ringkasan mengenai kebenaran yang dipulihkan. Contohnya, anda boleh bersaksi tentang injil Yesus Kristus yang dipulihkan dalam dua atau tiga ayat:

Selepas hilang berabad-abad, kebenaran telah dipulihkan oleh Tuhan yang penuh kasih melalui seorang nabi hidup. Kami mempunyai bukti ini yang anda boleh pegang dalam tangan, membaca, dan merenungkan dalam hati anda. Kami menjemput anda untuk membaca dan berdoa untuk mempelajari kebenarannya bagi diri sendiri. Bolehkah kami …

Jika anda ada sedikit masa lagi, anda boleh berkata lebih:

Pesanan kami mudah. Tuhan ialah Bapa kita. Kita anak-anak-Nya. Kita adalah sebahagian daripada keluarga Dia. Dia mengenali kita secara peribadi dan mengasihi kita. Dia inginkan kita mengalami kebahagiaan. Sejak permulaan dunia, Dia telah mengikuti satu pola menjangkau dengan kasih untuk mengungkapkan injil Yesus Kristus supaya anak-anak-Nya dapat tahu bagaimana untuk kembali kepada-Nya. Dia telah mengungkapkan injil kepada para nabi seperti Adam, Nuh, Abraham dan Musa. Tetapi ramai orang berulang kali memilih untuk menolak injil dan para nabi yang mengajarnya. Dua ribu tahun lalu, Yesus Kristus sendiri mengajar injil-Nya. Orang ramai juga menolak Yesus. Selepas kematian para Rasul Yesus, orang memutarbelitkan ajaran yang benar, seperti tentang Kesatuan Ketuhanan. Mereka juga mengubah tatacara, seperti pembaptisan.

Jemputan kami kepada anda adalah untuk menambah kebenaran yang anda sudah hargai. Pertimbangkan bukti bahawa Bapa Syurgawi kita telah menghulurkan tangan kepada anak-anak-Nya dengan kasih sayang dan mengungkapkan ajaran dan tatacara yang benar kepada seorang nabi. Nabi ini bernama Joseph Smith. Bukti kebenaran ini terdapat dalam sebuah kitab—Kitab Mormon. Anda boleh memegangnya dalam tangan anda, membacanya, dan merenungkan kebenarannya dalam minda dan hati anda. Kami menjemput anda untuk menghadiri gereja dan belajar lebih lanjut.

Mengajar dan Bersaksi tentang Kepentingan Keluarga

Berucap tentang kepentingan keluarga akan membantu anda mencari orang untuk diajar, sama ada mereka mempunyai latar belakang Kristian atau bukan Kristian. Anda boleh mengaitkan dengan cepat apa yang kebanyakan orang tahu tentang keluarga kepada rancangan penyelamatan Bapa Syurgawi. Anda boleh mengatakan sesuatu seperti ini:

Keluarga kita boleh menjadi salah satu pengaruh yang paling penting dalam kehidupan kita. Keluarga kita mengikatkan kita kepada satu sama lain dan boleh membantu kita merasa diperlukan dan dikasihi.

Mempunyai keluarga yang kuat dan gembira adalah keutamaan tertinggi bagi banyak orang. Mempunyai perkahwinan yang kukuh dan membesarkan anak-anak di dunia hari ini boleh menjadi sangat mencabar.

Anda kemudiannya boleh membuat peralihan kepada pesanan Pemulihan:

Anda telah menjadi sebahagian daripada keluarga Tuhan sejak anda dilahirkan. Dialah Bapa kita. Bapa Syurgawi mahu kita kembali untuk hidup bersama-Nya. Anda adalah anak-Nya, dan Dia mengasihi anda. Dia mempunyai satu rancangan untuk membantu anda kembali kepada-Nya.

Kebenaran-kebenaran ini dan yang lain telah dipulihkan ke bumi oleh Bapa Syurgawi kita yang penuh kasih melalui seorang nabi yang hidup. Kebenaran-kebenaran ini membantu kita memahami tempat kita dalam keluarga Tuhan. Bolehkah kami mengajar anda lebih tentang kebenaran-kebenaran ini? Adakah anda akan menghadiri gereja supaya anda boleh belajar lebih lanjut?

Kajian Dengan Rakan

Sediakan pesanan satu minit berdasarkan salah satu pelajaran dalam bab 3. Berlatih untuk berkongsi dengan satu sama lain. Fikirkan cara anda boleh berkongsi pesanan ini dalam situasi mencari. Rancang untuk kongsi dalam situasi yang sesuai untuk menjemput orang lain belajar lebih tentang Yesus Kristus.

Tiada Usaha yang Sia-sia

Apabila orang memilih untuk tidak mempelajari lebih lanjut tentang injil yang dipulihkan, usaha anda tidak sia-sia. Mungkin anda telah menanam benih yang akan tumbuh pada masa lain. Sama ada ini berlaku atau tidak, pelayanan dan ungkapan kasih ikhlas anda akan memberkati anda dan mereka.

Jika orang tidak bersedia untuk menerima injil, lihat apa lagi yang anda boleh lakukan untuk memperkayakan kehidupan mereka. Hubungan yang anda bina masih bermakna dan berharga. Terus menjadi seorang kawan.

Kadangkala orang perlukan masa untuk mempertimbangkan perubahan yang mereka perlu lakukan. Bantu mereka menerima pesanan melalui e-mel atau laman web Gereja. Pesanan-pesanan ini boleh membantu menyediakan orang untuk menerima jemputan masa depan untuk belajar lebih lanjut.

Apabila seseorang tidak menerima injil, adalah semula jadi untuk berasa kecewa. Namun, jika anda berpaling kepada Tuhan pada masa sedemikian, Dia berjanji, “Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi kamu” (Yesaya 41:10).

Melalui iman kepada Kristus, anda boleh mencari kedamaian dan ketenangan tentang usaha anda. Kekalkan satu pandangan tentang siapa anda dan mengapa anda melayani Tuhan sebagai seorang misionari. Iman akan membantu anda maju ke hadapan dan meneruskan hasrat soleh.


Idea-idea untuk Pengkajian dan Aplikasi

Kajian Peribadi

Kajian Dengan Rakan dan Pertukaran Rakan

  • Buat rancangan untuk bertemu dengan ahli-ahli baharu di kawasan anda. Jika perlu, gunakan aplikasi Mengkhutbahkan Injil-Ku untuk mengenal pasti mereka. Tanya soalan-soalan seperti berikut:

    • Bagaimanakah anda bersedia untuk injil?

    • Bila dan bagaimana anda mula berhubung dengan Gereja?

    • Apakah yang mendorong anda untuk bertemu dengan para misionari?

    • Bagaimanakah kami dapat menyokong kemajuan berterusan anda?

    Dari pertemuan-pertemuan ini, apakah yang anda pelajari tentang mencari orang yang maju menuju pembaptisan? Buat rancangan untuk menggunakan apa yang anda pelajari minggu ini.

  • Kaji semula setiap topik berikut. Gunakan pelajaran dalam bab 3, sediakan pendekatan mencari yang mudah. Berlatih mengajar dalam satu situasi pencarian.

    • Perlukan lebih banyak arahan dan tujuan dalam kehidupan

    • Ingin merasa lebih dekat kepada Tuhan

    • Perlukan bantuan dengan keputusan penting

Majlis Daerah, Persidangan Zon dan Majlis Kepimpinan Misi

  • Baca dan bincangkan bahagian “Luaskan Visi Anda tentang Rancangan Mencari.” Minta setiap pasangan lengkapkan penilaian.

    • Bincangkan bagaimana idea-idea ini telah membantu para misionari mencari orang untuk diajar.

    • Senaraikan idea-idea lain untuk mencari orang untuk diajar. Jemput para misionari untuk tunjukkan idea-idea mereka.

    • Jemput para misionari untuk tetapkan matlamat peribadi bagi memperbaiki usaha pencarian mereka.

  • Cipta satu senarai beberapa peluang mencari.

    • Tugaskan setiap misionari salah satu peluang. Berikan setiap misionari lima minit untuk bersedia bagaimana dia akan mengajar sebahagian pelajaran dalam situasi yang ditugaskan.

    • Tekankan keperluan untuk mengawasi tempoh pesanan sesuai untuk situasi itu.

    • Jemput beberapa misionari untuk mengajar pelajaran yang dirancangkan bagi situasi yang ditugaskan.

  • Jemput para misionari untuk berlatih berkongsi pesanan injil satu minit bersama satu sama lain. Anda mungkin ingin mencipta pelbagai situasi, seperti mengajar di rumah seorang ahli, mengajar di depan pintu, mengajar di tepi jalan, atau menghubungi orang rujukan. Minta para misionari berlatih mengajar dalam setiap situasi ini.

Pemimpin Misi dan Penasihat Misi

  • Tetapkan satu teladan pekerjaan misionari ahli dalam keluarga anda. Kongsi pengalaman anda dengan para misionari dan ahli-ahli.

  • Berunding dengan pemimpin imamat dan organisasi tempatan tentang cara terbaik untuk para misionari mencari orang untuk diajar dalam misi anda.

  • Aturkan pertemuan rohani misionari di mana anda boleh bercakap dengan orang yang diajar dalam misi anda. Selaraskan dengan pemimpin imamat tempatan supaya ahli-ahli boleh membawa kawan-kawan mereka. Jemput ahli-ahli baharu untuk berkongsi kesaksian mereka dan menceritakan kisah-kisah penukaran hati mereka sebelum anda berucap.

  • Secara berkala keluar bersama misionari untuk membantu mereka mencari orang untuk diajar.