Perjanjian Lama 2022
2–8 Mei. Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19: “Ditahbiskan untuk Tuhan”


“2–8 Mei. Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19: ‘Ditahbiskan untuk Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“2–8 Mei. Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Bait Suci São Paulo Brazil

2–8 Mei

Keluaran 35–40; Imamat 1; 16; 19

“Ditahbiskan untuk Tuhan”

Semasa anda mengkaji tulisan suci, perhatikan tanggapan rohani yang anda terima tentang cara anda dapat menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Mencatat Tanggapan Anda

Meninggalkan Mesir—meskipun penting dan menakjubkan— ia tidak memenuhi sepenuhnya tujuan Tuhan untuk anak-anak Israel. Bahkan kemakmuran masa depan di negeri yang dijanjikan bukanlah objektif utama Tuhan untuk mereka. Ini hanyalah langkah menuju apa yang benar-benar Tuhan mahukan bagi umat-Nya: “Kamu harus suci kerana Aku Tuhan, Tuhan kamu suci” (Imamat 19:2). Bagaimanakah Tuhan berusaha menjadikan umat-Nya kudus ketika mereka tidak tahu apa-apa selain penawanan selama beberapa generasi? Dia memerintahkan mereka untuk membuat tempat yang ditahbiskan untuk Tuhan—sebuah khemah ibadat di padang gurun. Dia memberi mereka perjanjian dan hukum untuk membimbing tindakan mereka dan, akhirnya, untuk mengubah hati mereka. Dan ketika mereka gagal dalam usaha untuk mematuhi hukum-hukum itu, Dia memerintahkan mereka untuk membuat korban binatang untuk melambangkan korban tebusan bagi dosa-dosa mereka. Semua ini bertujuan untuk mengarahkan fikiran, hati, dan kehidupan mereka kepada Juruselamat dan penebusan yang Dia tawarkan. Dia adalah jalan sejati menuju kekudusan, bagi orang Israel dan bagi kita. Kita semua telah meluangkan waktu dalam penawanan dosa, dan kita semua dijemput untuk bertaubat—untuk meninggalkan dosa dan mengikuti Yesus Kristus, yang telah berjanji, “Aku mampu untuk menjadikanmu kudus” (Ajaran dan Perjanjian 60:7).

Untuk gambaran keseluruhan kitab Imamat, lihat “Imamat” dalam Panduan Tulisan Suci.

Learn More image
ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Keluaran 35–40; Imamat 19

Tuhan ingin saya menjadi kudus seperti Dia.

Keluaran 25–31 mencatat arahan Tuhan kepada orang Israel tentang bagaimana untuk membina khemah ibadat, di mana tatacara kudus akan membantu mereka menjadi umat kudus. Keluaran 35–40 menggambarkan usaha orang Israel untuk mematuhi arahan ini. Semasa anda membaca bab 35–40, carilah barangan yang Tuhan minta umat-Nya untuk letakkan di khemah ibadat, dan renungkan apakah dilambangkan oleh barangan ini dan apa yang ia cadangkan kepada anda tentang peningkatan kekudusan. Terutamanya pertimbangkan bagaimana hal-hal ini mengubah pandangan anda terhadap Juruselamat. Jadual seperti ini mungkin dapat membantu anda:

Apakah objek yang anda temui?

Apakah yang ia lambangkan?

Apakah objek yang anda temui?

Tabut Perjanjian (Keluaran 37:1–9; 40:20–21)

Apakah yang ia lambangkan?

Hadirat Tuhan; perjanjian-perjanjian dan perintah-perintah-Nya

Apakah objek yang anda temui?

Mazbah kemayan (Keluaran 40:26–27; lihat juga Keluaran 30:1, 6–8)

Apakah yang ia lambangkan?

Doa-doa sampai kepada Tuhan

Apakah objek yang anda temui?

Kaki pelita (Keluaran 37:17–24)

Apakah objek yang anda temui?

Mazbah korban (Keluaran 38:1–7; lihat juga Keluaran 27:1; 29:10–14)

Apakah objek yang anda temui?

Besen air (Keluaran 30:17–21)

Sekiranya anda telah membuat tatacara bait suci, apakah yang anda pelajari tentang khemah ibadat Keluaran 35–40 yang mengingatkan pengalaman anda di sana? (Lihat juga “Fikiran untuk Direnungkan: Khemah Ibadat dan Korban”). Renungkan bagaimana perjanjian bait suci membantu anda menjadi lebih kudus seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Sudah tentunya, dengan hanya berada di tempat kudus tidak menjadikan kita kudus. Imamat 19 menggambarkan hukum dan perintah yang Tuhan berikan untuk membantu orang Israel meningkat dalam kekudusan. Apakah yang anda temui dalam perintah-perintah ini yang dapat membantu anda menjadi lebih kudus? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi menjalani asas-asas ini dengan lebih mendalam?

Lihat juga Carol F. McConkie, “Keindahan Kekudusan,” Liahona, Mei 2017, 9–12; Panduan Tulisan Suci, “Kekudusan”; temples.ChurchofJesusChrist.org.

Keluaran 35:436:7

Tuhan meminta saya untuk membuat persembahan saya dengan hati yang rela.

Pada tahun setelah meninggalkan Mesir, hubungan anak-anak Israel dengan Yehovah digambarkan sebagai tidak konsisten. Namun, semasa anda membaca Keluaran 35:436:7, perhatikan bagaimana orang Israel bertindak balas terhadap perintah untuk membina khemah ibadat. Apakah yang anda pelajari daripada orang Israel yang dapat membantu anda melayani Tuhan dengan lebih baik?

Presiden Bonnie L. Oscarson mengajarkan: “Setiap ahli perlu tahu mereka diperlukan. Setiap orang mempunyai sesuatu penting untuk dikongsi dan mempunyai bakat dan kebolehan unik yang membantu menggerakkan pekerjaan penting ini” (“Remaja Puteri Dalam Pekerjaan,” Liahona, Mei 2018, 37). Semasa anda membaca Keluaran 36:1–4, renungkan apakah yang Tuhan telah “kurniakan” kepada anda. Pertimbangkan untuk menanyakan Bapa Syurgawi apa yang telah Dia berikan kepada anda agar anda dapat terlibat dalam pekerjaan-Nya.

orang kuno membawa persembahan untuk membina khemah ibadat

Anak-anak Israel memberikan persembahan untuk khemah ibadat dengan hati yang rela (Keluaran 35:5). Ilustrasi oleh Corbert Gauthier, © Lifeway Collection/lesen dari goodsalt.com

Imamat 1:1–9; 16

Melalui Korban tebusan Yesus Kristus, saya boleh diampuni.

Sebilangan besar kitab Imamat mungkin aneh bagi kita—korban binatang, upacara yang melibatkan darah dan air, dan hukum yang mengatur setiap perincian kehidupan. Tetapi upacara dan hukum-hukum ini bertujuan untuk mengajar asas-asas yang biasa—pertaubatan, kekudusan, dan Korban tebusan Juruselamat. Untuk mencari asas-asas ini semasa anda membaca Imamat 1:1–9; 16, pertimbangkan soalan seperti ini: Apakah yang saya dapat pelajari dari pengorbanan ini tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya? Bagaimanakah saya seperti mereka yang melakukan pengorbanan ini? Anda boleh pertimbangkan untuk kaji semula, “Fikiran untuk Direnungkan: Khemah Ibadat dan Korban” dalam sumber ini dan “Korban” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Keluaran 36:1–7.Dalam Keluaran 36:1–7, apakah yang kita pelajari dari cara orang Israel bertindak balas terhadap perintah untuk membina khemah ibadat? Sebagai sebuah keluarga, fikirkan cara Tuhan menjemput kita untuk terlibat dalam pekerjaan-Nya. Bagaimanakah kita boleh mengikuti teladan orang Israel?

Keluaran 40.Semasa anda membaca Keluaran 40 bersama, anda boleh mengajak ahli keluarga untuk mengangkat tangan setiap kali mereka mendengar frasa seperti “sebagaimana yang telah diperintahkan Tuhan.” Apakah yang kita pelajari dari bab ini tentang kepatuhan kepada Tuhan?

Keluaran 40:1–34.Semasa anda membaca tentang pembinaan khemah ibadat dalam Keluaran 40, anda boleh bekerjasama untuk mengenal pasti pelbagai bahagian khemah ibadat, menggunakan gambar yang disertakan dalam panduan ini.

Imamat 19.Ahli keluarga boleh mencari ayat dalam bab ini yang mereka rasa akan membantu mereka “[menjadi] suci” (Imamat 19:2) dan kongsinya dengan keluarga.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Ya Tuhan, Tambahkan,” Nyanyian Rohani, no. 48.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan Yesus Kristus. Semua tulisan suci, bahkan Perjanjian Lama, bersaksi tentang Yesus Kristus. Semasa anda membaca Perjanjian Lama, pertimbangkan apa yang lambang, orang-orang, dan peristiwa dapat ajarkan anda tentang Juruselamat.

khemah ibadat

The Ancient Tabernacle (Khemah Ibadat Kuno), oleh Bradley Clark