Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 3


TJS, Matius 3:4–6. Bandingkan dengan Matius 2:4–6

Para nabi menubuatkan bahawa Betlehem akan menjadi tempat kelahiran Mesias.

4 Dan selepas dia mengumpulkan semua ketua imam, dan para jurutulis orang-orang itu bersama, dia menuntut kepada mereka, dengan mengatakan, Dimanakah tempat yang tentangnya telah dituliskan oleh para nabi kudus, iaitu tempat Kristus akan dilahirkan? Kerana dia sangat takut, tetapi dia tidak mempercayai para nabi itu.

5 Dan mereka berkata kepada dia, Dituliskan oleh para nabi, bahawa dia akan dilahirkan di Betlehem di Yehuda, maka demikianlah mereka telah mengatakannya

6 Firman Tuhan datang kepada kami, memfirmankan, Dan engkau Betlehem, yang berada di negeri Yehuda, di dalammu akan dilahirkan seorang putera, yang bukannya terendah dari antara putera-putera Yehuda; kerana daripadamu akan datanglah Mesias, yang akan menyelamatkan umatku Israel.

TJS, Matius 3:24–26. Bandingkan dengan Matius 2:23

Yesus membesar dan menantikan Tuhan sebelum memulakan pelayanan-Nya.

24 Dan akan terjadilah bahawa Yesus membesar dengan saudara-saudaranya, dan menjadi kuat, dan menunggu tibanya masa pelayanan-Nya daripada Tuhan.

25 Dan Dia melayani di bawah bapa-Nya, dan dia tidak berbicara seperti lelaki-lelaki yang lain, dan dia juga tidak dapat diajari; kerana Dia tidak memerlukan sesiapa untuk mengajar-Nya.

26 Dan selepas bertahun-tahun, masa pelayanan-Nya semakin hampir.

TJS, Matius 3:34–36. Bandingkan dengan Matius 3:8–9

Mereka yang menolak pesanan Yohanes Pembaptis menolak Yesus Kristus. Tuhan boleh membuat perjanjian dengan bangsa yang bukan Israel.

34 Mengapakah kamu tidak menerima khutbah daripada dia yang Tuhan telah utuskan? Jika kamu tidak menerimanya dalam hatimu, kamu tidak menerimaku; dan jika kamu tidak menerimaku, kamu tidak menerima Dia yang telah mengutusku untuk memberikan kesaksian tentang-Nya; dan kamu tidak mempunyai selubung bagi dosa-dosamu.

35 Bertaubatlah, oleh kerana itu, dan hasilkanlah buah-buah pertaubatan.

36 Dan janganlah berfikir dalam dirimu, Kami ialah anak-anak Abraham, dan hanya kami mempunyai kuasa untuk menghasilkan keturunan kepada bapa Abraham; kerana aku berkata kepadamu bahawa Tuhan mampu menghasilkan anak-anak kepada Abraham dari batu-batu ini.

TJS, Matius 3:38–40. Bandingkan dengan Matius 3:11–12

Yohanes Pembaptis bersaksi bahawa Yesus mempunyai kuasa untuk membaptis dengan Roh Kudus dan api.

38 Sememangnya aku membaptiskan engkau dengan air, atas pertaubatanmu; dan apabila Dia yang aku saksikan datang, Dia yang lebih berkuasa daripadaku, Dia yang kasut-Nya aku tidak layak isikan, (atau kedudukan-Nya aku tidak dapat penuhi,) seperti yang aku katakan, aku sememangnya membaptiskan engkau sebelum Dia datang, agar apabila Dia datang Dia boleh membaptiskanmu dengan Roh Kudus dan api.

39 Dan Dialah yang aku akan berikan kesaksian, yang akan mempunyai alat penampi di tangan-Nya, dan Dia akan membersihkan seluruh lantai-Nya, dan mengumpulkan gandum-Nya ke dalam jelapang; tetapi dalam kepenuhan masa-Nya sendiri akan membakar sekam itu dengan api yang tak terpadamkan.

40 Demikianlah Yohanes datang, mengkhutbahkan dan membaptis di Sungai Yordan; memberikan kesaksian, agar Dia yang datang selepasnya mempunyai kuasa untuk membaptis dengan Roh Kudus dan api.

TJS, Matius 3:43–46. Bandingkan dengan Matius 3:15–17

Yohanes membaptiskan Yesus melalui pencelupan, melihat Roh Kudus turun seperti merpati, dan mendengar suara Bapa.

43 Dan Yesus, menjawab, memfirmankan kepadanya, Biarlah Aku dibaptiskan oleh engkau, kerana patutlah ianya terjadi demikian untuk memenuhi segala kebenaran. Kemudian dia pun membenarkan-Nya.

44 Dan Yohanes pergi ke dalam air dan membaptiskan Dia.

45 Dan Yesus setelah dibaptiskan, segera keluar dari air; dan Yohanes melihat, dan tengoklah, langit terbuka kepada-Nya, dan dia melihat Roh Tuhan turun seperti merpati dan bercahaya ke atas Yesus.

46 Dan tengoklah, dia mendengar suara dari syurga, megatakan, Inilah Putera-Ku yang Kukasihi, didalam-Nya Aku sangat berkenan. Dengarkanlah Dia.