2010–2019
Lihatlah Orang Ini!
April 2018


2:3

Lihatlah Orang Ini!

Mereka yang benar-benarnya lihat Juruselamat dapat cari jalan terhadap kebahagiaan terbesar dan ubat bagi kedukaan terpahit hidup ini.

Para saudara dan saudariku yang terkasih, saya bersyukur untuk bersama anda pada minggu hujung persidangan umum ini. Harriet dan saya bergembira bersama anda mengalu-alukan Elder Gong dan Elder Soares serta ramai saudara saudari yang sudah menerima panggilan penting dalam persidangan umum ini.

Walaupun saya merindui rakan saya Presiden Thomas S. Monson, saya menyayangi, menyokong, dan mendukung nabi dan Presiden kita, Russell M. Nelson dan penasihat-penasihatnya.

Saya juga bersyukur dan bergembira untuk bekerja bersama Saudara-saudara Kuorum Dua Belas Rasul sekali lagi.

Terpentingnya, saya berasa rendah hati dan sangat gembira kerana saya seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, di mana berjuta-juta lelaki, wanita, dan kanak-kanak rela mengangkat di mana mereka berdiri—dalam apa pun keupayaan dan panggilan—dan berusaha dengan segala hati mereka untuk melayan Tuhan dan anak-anak-Nya, membina kerajaan Tuhan.

Hari ini ialah satu hari yang kudus. Hari ini hari Ahad Easter, masa kita merayakan pagi itu apabila Juruselamat memutuskan belenggu kematian1 dan berjaya keluar dari kubur.

Hari Terhebat dalam Sejarah

Baru-baru ini saya tanya internet, “Apakah hari yang paling mengubahkan sejarah?”

Jawapan-jawapan yang saya terima ada yang menghairankan dan aneh serta yang berwawasan dan merangsang fikiran. Di kalangan jawapan-jawapan itu ialah, apabila satu asteroid prasejarah jatuh ke Semenanjung Yucatán: atau pada tahun 1440, Johannes Gutenberg menciptakan mesin cetak; dan tentunya pada tahun 1903 apabila adik-beradik Wright menunjukkan manusia boleh terbang.

Jika anda ditanya soalan yang sama, apakah jawapan anda?

Dalam minda saya, jawapan saya jelas.

Untuk mencari hari terpenting dalam sejarah, kita mesti merenung balik hampir 2000 tahun dahulu dalam Taman Getsemani apabila Yesus Kristus berlutut untuk berdoa dan mempersembahkan diri sebagai tebusan dosa-dosa kita. Semasa korban yang agung dan tidak terhingga ini, Yesus Kristus, mahupun Tuhan, menderita kesakitan tubuh badan dan roh yang tidak ada bandingnya. Berdarah pada setiap liang roma. Dari kasih sayang yang sempurna, Dia berikan segalanya supaya kita boleh menerima segala. Korban ilahi-Nya, yang susah difahami, hanya boleh dirasa dengan hati dan minda kita, mengingatkan kita betapa syukur semua orang harus rasa terhadap kurnia ilahi Kristus.

Lewat petang itu, Yesus dibawa ke depan penguasa agama dan politik yang mengejek Dia, memukul Dia, dan menghakim Dia ke satu kematian yang mengaibkan. Dia bergantung pada salib sehingga akhirnya, “sudah selesai.”2 Tubuh-Nya yang tidak bernyawa diletakkan dalam satu makam yang dipinjam. Kemudian, pada pagi hari ketiga, Yesus Kristus, Putera Tuhan Yang Perkasa, keluar dari makam sebagai satu orang yang bangkit yang mulia, terang, dan agung.

Ya, ada banyak kejadian di sepanjang sejarah yang banyak mempengaruhi takdir negeri dan bangsa. Tetapi dengan mengabung semua itu, masih tiada banding dengan apa yang berlaku pada pagi Easter pertama itu.

Mengapa korban tak terhingga dan Kebangkitan Yesus Kristus paling penting dalam sejarah—lebih berpengaruhan daripada peperangan dunia, bencana besar, dan pencarian saintifik yang mengubahkan hidup?

Kerana Yesus Kristus, Kita Boleh Hidup Sekali Lagi

Jawapan ini boleh didapati dalam dua cabaran yang tidak dapat diatasi yang kita semua hadapi.

Pertama, kita semua akan mati. Tidak kira betapa muda, cantik, sihat, atau cermat, pada suatu hari tubuh badan kita akan menjadi tidak bernyawa. Rakan-rakan dan keluarga anda akan meratapi kematian anda. Tetapi mereka tidak boleh bawa anda balik dari kematian.

Namun begitu, kerana Yesus Kristus, kematian anda hanya sementara waktu sahaja. Roh anda akan bersatu dengan badan anda satu hari. Tubuh badan yang dibangkitkan itu tidak akan mati,3 dan anda akan hidup dalam keabadian, bebas dari kesakitan dan penderitaan jasmani.4

Ini akan berlaku kerana Yesus Kristus, yang menyerahkan nyawanya dan mendapatnya kembali.

Dia lakukan ini bagi semua yang percaya Dia.

Dia lakukan ini bagi semua yang tidak percaya Dia.

Dia lakukan ini bagi semua yang mengejek, mencaci maki, dan mengutuk nama-Nya.5

Kerana Yesus Kristus, Kita Boleh Hidup bersama Tuhan

Kedua, kita semua berdosa. Dosa kita menyingkirkan kita dari kehidupan bersama Tuhan, kerana “tidak ada apa pun yang tidak bersih dapat masuk ke dalam peristirahatan-Nya.”6

Akibat itu, setiap lelaki, wanita, dan kanak-kanak disingkirkan dari hadirat-Nya—sehingga Yesus Kristus, anak domba tanpa noda, mempersembahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi dosa-dosa kita. Kerana Yesus tidak perlukan keadilan, Dia boleh bayarkan hutang kita dan memenuhi tuntutan keadilan bagi semua jiwa. Dan ini termasuk anda dan saya.

Yesus Kristus telah membayar dosa-dosa kita.

Semua dosa kita.

Pada hari terpenting dalam sejarah itu, Yesus Kristus buka pintu gerbang maut dan hapuskan halangan yang menghalangkan kita memasuki kehidupan kekal. Kerana Tuhan dan Juruselamat kita, anda dan saya diberikan satu kurnia yang berharga—tidak kira apa yang sudah kita lakukan, kita boleh bertaubat dan mengikut jalan yang menuju ke cahaya dan kemuliaan selestial, dikelilingi oleh anak-anak Bapa Syurgawi yang beriman.

Mengapa Kita Bergembira

Kita merayakan hidup pada hari Ahad Easter!

Kerana Yesus Kristus, kita akan bangkit dari kedukaan kematian dan memeluk orang yang kita kasihi, mencucurkan air mata kebahagiaan dan kesyukuran. Kerana Yesus Kristus, kita akan wujud sebagai lembaga yang abadi, dunia-dunia tanpa akhir.

Kerana Yesus Kristus, dosa-dosa kita tidak hanya dipadam k an; mereka dilupai juga.

Kita boleh disucikan dan dimuliakan.

Kudus.

Kerana Juruselamat terkasih kita, kita dapat minum air dari mata air yang memberi kehidupan abadi selama-lamanya.7 Kita dapat tinggal dalam rumah Raja abadi kita, dalam kemuliaan dan kegembiraan yang sempurna yang tidak dapat kita gambarkan sekarang.

Adakah kita “Lihatlah Orang Ini”?

Walaupun begitu, ada ramai dalam dunia hari ini yang tidak sedar atau tidak percaya dalam kurnia yang sudah Yesus Kristus berikan kepada kita. Mereka mungkin pernah dengar tentang Yesus Kristus dan mengenali Dia sebagai tokoh sejarah, tetapi mereka tidak lihat identiti benar-Nya.

Apabila saya merenung tentang ini, saya ingat tentang Juruselamat berdiri di depan gabenor Roma dari Yudea, Pontius Pilatus, beberapa jam sebelum kematian-Nya.

Pilatus memandang Yesus dari perspektif duniawi. Pilatus ada satu pekerjaan yang melibatkan dua tugas: mengutip cukai bagi Roma dan mengekalkan keamanan. Sekarang Sanhedrin Yahudi bawakan dia seorang yang mereka kata ialah halangan bagi kedua-dua tugas itu.8

Selepas menyoal siasat orang tawanannya, Pilatus mengisytihar, “Aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia.”9 Tetapi dia rasa dia harus memuaskan penuduh Yesus, jadi Pilatus mengikut tradisi tempatan yang membenarkan seorang orang tawanan dibebaskan pada musim Paskah. Tentunya mereka akan biarkan dia bebaskan Yesus dan bukan Barabas yang merupakan seorang perompak dan pembunuh yang terkenal.10

Tetapi orang-orang yang kacau-bilau itu mendesak Pilatus membebaskan Barabas dan menyalibkan Yesus.

“Mengapa?” Pilatus tanya. “Kejahatan apa yang sudah dilakukannya?”

Tetapi mereka berteriak dengan lebih kuat. “Salibkan dia!”11

Dalam usaha akhirnya untuk memuaskan orang ramai itu, Pilatus menyuruh orang mencambuk Yesus.12 Mereka lakukan demikian, dan membiar dia berluka dan berlebam. Mereka mengejek Dia, membuat sebuah mahkota daripada ranting-ranting berduri, lalu mengenakannya pada kepala-Nya, dan mengenakan jubah ungu pada-Nya.13

Mungkin Pilatus fikir ini akan memuaskan orang ramai. Mungkin mereka akan bersimpati ke atas dia. Pilatus kata,“Lihatlah, aku membawa dia ke luar, supaya kamu tahu bahawa aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia. … Lihatlah Orang Ini!”14

Putera Tuhan berdiri di depan rakyat Yerusalem.

Mereka nampak Yesus, tetapi mereka tidak benar-benarnya lihat Dia.

Mereka tidak ada mata untuk melihat.15

Kita semua dijemput untuk “melihat orang ini.” Pendapat duniawi mengenai Dia berbeza-beza. Para nabi zaman purba dan zaman moden bersaksi bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Saya juga buat demikian. Adalah amat penting kita mengetahui ini untuk diri sendiri. Jadi, apabila anda merenungkan kehidupan dan pelayanan Yesus Kristus, apa yang anda nampak?

Mereka yang benar-benarnya lihat Juruselamat dapat cari jalan terhadap kebahagiaan terbesar dan ubat bagi kedukaan terpahit hidup ini.

Jadi, apabila anda diselubungi oleh kesedihan dan kedukaan, lihatlah Orang Ini.

Apabila anda rasa kehilangan atau dilupai, lihatlah Orang Ini.

Apabila anda berputus asa, berasa terbiar, meragu, diluka, atau rasa kalah, lihatlah Orang Ini.

Dia akan menghiburkan anda.

Dia akan menyembuhkan anda dan memberi makna kepada perjalanan anda. Dia akan mencurahkan Roh-Nya dan isikan hati anda dengan kebahagiaan.16

“Dia menguatkan orang yang lemah, dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya.”17

Apabila kita benar-benarnya lihatlah Orang Ini, kita belajar tentang Dia dan cara untuk menyelaraskan hidup kita dengan Dia. Kita bertaubat dan berusaha untuk menyempurnakan sifat kita dan lebih mendekati-Nya setiap hari. Kita percaya Dia. Kita tunjukkan kasih sayang kepada Dia dengan mematuhi perintah-perintah-Nya dan hidup menurut perjanjian kudus kita.

Dalam kata lain, kita menjadi pengikut-Nya.

Cahaya-Nya yang menyempurnakan mengisi jiwa kita. Rahmat-Nya meninggikan akhlak kita. Beban kita menjadi ringan, kedamaian kita lebih mendalam. Apabila kita benar-benarnya lihatlah Orang Ini, kita dijanjikan satu masa depan yang mengilhamkan dan meningkatkan kita di sepanjang perjalanan kehidupan yang mencabar ini. Merenung masa silam kita, kita akan mengenal corak ilahi dan semuanya berkait bersama.18

Apabila anda menerima korban-Nya, menjadi pengikut-Nya, dan akhirnya mencapai pengakhiran hayat anda, apa akan terjadi pada kesedihan yang anda alami dalam hidup ini?

Ia akan dihapuskan.

Kekecewaan, pembelotan, penganiayaan yang anda alami?

Hapus.

Penderitaan, kesakitan hati, perasaan bersalah, kemaluan, dan kepedihan yang anda alami?

Hapus.

Dilupakan.

Mengapa “kita berbicara berkenaan Kristus, kita berbahagia dalam Kristus, kita berkhutbah berkenaan Kristus, kita bernubuat berkenaan Kristus … agar anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling bagi pengampunan dosa-dosa mereka”?19

Mengapa kita berusaha dengan segala hati untuk benar-benarnya melihat Orang Ini?

Saudara saudari terkasihku, saya bersaksi bahawa hari terpenting dalam sejarah manusia ialah hari dimana Yesus Kristus, Putera Hidup Tuhan, mengatasi kematian dan dosa untuk semua anak Tuhan. Dan hari terpenting dalam hidup anda dan hidup saya ialah hari itu apabila kita belajar untuk “melihat Orang Ini”; apabila kita lihat identiti benar-Nya; apabila kita menerima kuasa tebusan-Nya dengan segala hati dan minda; apabila kita buat komitmen untuk mengikut Dia dengan semangat dan kekuatan baru. Semoga hari itu berlaku berulang-kali sepanjang hidup kita.

Saya memberikan anda kesaksian dan berkat saya bahawa apabila kita “melihat Orang Ini,” kita akan memperolehi makna, kebahagiaan, dan kedamaian di dunia ini dan di dunia yang akan datang. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin

Nota

  1. Lihat Mosia 15:23.

  2. Yohanes 19:30.

  3. Lihat Alma 11:45.

  4. Lihat Wahyu 21:4.

  5. Lihat 1 Korintus 15:21–23.

  6. 3 Nefi 27:19.

  7. Lihat Yohanes 4:14.

  8. Lihat Lukas 23:2.

  9. Yohanes 18:38. Untuk mengelakkan menghakimi Yesus, Pilatus cuba berikan tugas ini kepada Herodes Antipas. Jika Herodes, yang memerintahkan kematian Yohanes Pembaptis (lihat Matius 14:6–11), menghukum Yesus, Pilatus hanya melaksanakan perintah Herodes dan kata bahawa dia hanya bersetuju untuk mengekalkan keamanan. Tetapi Yesus tidak berucap kepada Herodes (lihat Lukas 23:6-12.), dan Herodes hantarkan Dia balik ke Pilatus.

  10. Lihat Markus 15:6–7; Yohanes 18:39–40. Seorang sarjana Perjanjian Baru tulis, “Sebagai tradisi, pada masa Paskah, Gabenor Roma membebaskan orang tawanan yang dihukum mati” (Alfred Edersheim, The Life and Times of Jesus the Messiah [1899], 2:576). Maksud Barabbas ialah “anak bapa.” Ironi untuk memberikan rakyat Yerusalem dua pilhan orang ini sangat menarik.

  11. Lihat Markus 15:11–14.

  12. Cambukan begitu buruk ia dipanggil “kematian pertengahan” (Edersheim, Jesus the Messiah, 2:579).

  13. Lihat Yohanes 19:1–3.

  14. Yohanes 19:4–5

  15. Lebih awal, Yesus memerhati bahawa “fikiran mereka tumpul; telinga pekak, dan mata buta. Jika mereka tidak demikian, tentu mata mereka akan melihat, telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti, sehingga mereka kembali kepada-Ku, dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.” Kemudian dengan lembutnya Dia kata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Kamu sangat bertuah! Mata kamu melihat dan telinga kamu mendengar” (Matius13:15–16). Akankah kita benarkan hati kita menjadi keras, atau kita akan buka mata dan hati supaya kita boleh benar-benarnya lihatlah Orang Ini?

  16. Lihat Mosia 4:20.

  17. Yesaya 40:29.

  18. Lihat Dieter F. Uchtdorf, “The Adventure of Mortality” (worldwide devotional for young adults, Jan. 14, 2018), broadcasts.lds.org.

  19. 2 Nefi 25:26.