2010–2019
Hari Ini Kristus Bangkit
April 2018


2:3

Hari Ini Kristus Bangkit

Inilah Hari Ahad Easter. Saya bersaksi tentang Kristus hidup—Dia yang “mati, dikubur dan bangkit pada hari ketiga.”

Saudari dan saudari, semasa anak-anak lelaki saya masih kecil, saya memberitahu cerita-cerita waktu tidur tentang anak-anak anjing beagle dan menyenandung lagu-lagu waktu tidur, termasuk “Hari ini Kristus Bangkit.”1 Kadang-kadang secara main-main saya mengubah kata-kata: Kini masa pergi tidur—Haleluya. Biasanya anak-anak lelaki saya tidur cepat; sekurang-kurangnya mereka tahu jika saya fikir mereka sudah tidur, saya akan henti bernyanyi.

Kata-kata—kepunyaan saya—tidak dapat menggambarkan perasaan sangat besar sejak Presiden Russell M. Nelson berjabat tangan, dengan Susan disisi saya, memberikan panggilan kudus ini daripada Tuhan yang menakjubkan dan saya menangis banyak kali pada hari-hari yang lalu.

Pada Hari Sabat Easter ini, dengan mesra saya menyanyi, “Haleluya.” Lagu kasih penebusan Juruselamat yang dibangkit kita2 merayakan keharmonian perjanjian-perjanjian (yang menghubungkan kita kepada Tuhan dan sesama) dan Korban Tebusan Yesus Kristus (yang membantu kita mengabaikan manusia duniawi dan menyerah diri kepada pengaruh Roh Kudus3).

Bersama, perjanjian kita dan Korban Tebusan Juruselamat menjadikan kita mulia. Bersama, mereka menolong kita bertahan dan melepas. Bersama, mereka menyegar, memelihara, mengudus dan menebus.

Nabi Joseph berkata: “Ianya boleh dilihat bagi segelintir orang sebagai suatu ajaran berani yang kita bincangkan—suatu kuasa yang mencatat atau mengikat di atas bumi dan mengikat di dalam syurga. Walaupun demikian, dalam semua zaman dunia, apabila Tuhan telah memberikan zaman keagamaan imamat kepada mana-mana lelaki pun melalui wahyu yang benar, atau mana-mana kumpulan lelaki pun, kuasa ini sentiasa diberikan.”4

Dan demikianlah hari ini. Perjanjian dan tatacara kudus yang tidak didapati di lain-lain tempat, hanya di 159 bait suci Tuhan dalam 43 negara. Berkati yang dijanjikan datang melalui kunci-kunci imamat, ajaran, wewenang, cerminan iman kita, kepatuhan dan janjian Roh Kudus-Nya bagi kita dalam generasi kita, kelak dan keabadian.

Saudara dan saudari di setiap negara, kaum dan bahasa di Gereja seluruh dunia kita, saya berterima kasih atas iman, harapan dan kasih ihsan yang hidup dalam setiap langkah anda. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari pengumpulan kegenapan kesaksian dan pengalaman injil yang dipulihkan.

Saudara dan saudari, kita tergolong bersama. Kita boleh “dikait bersama dalam perpaduan dan kasih”5 dalam segala hal dan di segala tempat di mana kita boleh berada.6 Seperti Tuhan Yesus Kristus mengundang setiap kita, di mana atau apa jua keadaan kita berada, sila “datang dan lihat.”7

Hari ini saya berjanji dengan segala tenaga dan dengan segala keupayaan jiwaku,8 kepada Juruselamat saya, kepada Susan dan keluarga kami, kepada para Saudara saya dan kepada setiap anda, saudara dan saudari yang saya kasihi.

Semua yang baik dan abadi dipusatkan dalam kewujudan Tuhan Bapa Abadi kita yang penyayang dan Putera-Nya, Yesus Kristus, dan Korban Tebusan-Nya, yang disaksikan oleh Roh Kudus.9 Inilah Hari Ahad Easter. Saya bersaksi tentang Kristus hidup—Dia yang “mati, dikubur, dan bangkit pada hari ketiga, dan naik ke syurga.”10 Dia Alfa dan Omega11—bersama kita pada permulaan, Dia bersama kita pada pengakhiran.

Saya bersaksi tentang nabi-nabi zaman akhir dari Nabi Joseph Smith hingga Presiden Russell M. Nelson yang dikasihi, yang kita menyokong dengan gembira hari ini. Seperti kanak-kanak Primer menyanyi, “Ikutlah nabi; dia tahu jalan.”12 Saya bersaksi, sebagaimana dinubuatkan dalam kitab-kitab suci termasuk Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristis, kerajaan Tuhan ditubuhkan semula di bumi, persediaan untuk Kedatang Kedua Mesias.13 Dalam nama suci dan kudus Yesus Kristus, amin.