2010–2019
Layanan Terilham
April 2018


2:3

Layanan Terilham

Kita menerima Roh Tuhan dengan terbaik apabila kita tertumpu dalam melayan orang lain. Itulah sebab mengapa kita mempunyai tanggungjawab imamat untuk melayan bagi Juruselamat.

Saudara-saudara yang dikasihi, saya bersyukur atas peluang untuk berucap kepada anda semua di persidangan umum yang bersejarah ini. Kita telah menyokong Presiden Russell M. Nelson sebagai Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang ke-17. Melalui berkat peluang untuk bekerjasama dengan dia setiap hari, saya telah memperoleh penetapan Roh bahawa Presiden Nelson telah dipanggil oleh Tuhan untuk membimbing Gereja Tuhan yang benar.

Saya juga bersaksi bahawa Tuhan telah memanggil Elder Gerrit W. Gong dan Elder Ulisses Soares untuk melayan sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul. Saya sayang dan sokong mereka. Mereka akan, melalui layanan mereka, memberkati hidup-hidup di seluruh dunia dan merentasi generasi-generasi.

Persidangan ini bersejarah juga kerana satu sebab yang lain. Presiden Nelson telah mengumumkan langkah baru yang terilham dalam rancangan teratur Tuhan untuk Gereja-Nya. Rancangan itu melingkungi struktur baru bagi kuorum imamat di dalam bahagian dan pancang agar kita dapat memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab imamat kita dengan lebih baik. Segala tanggungjawab-tanggungjawab tersebut berkaitan dengan penjagaan imamat terhadap anak-anak Tuhan.

Rancangan Tuhan untuk Orang Suci-Nya yang menyediakan penjagaan telah pun dicapai melalui pelbagai cara sejak dulu lagi. Ketika perawalan gereja di Nauvoo, Nabi Joseph Smith memerlukan cara yang teratur untuk menjaga bilangan besar penganut baru yang datang ke bandar itu. Empat daripada datuk nenek moyang saya berada di kalangan mereka—keluarga Eyring, Bennion, Romney, dan Smith. Nabi telah mengorganisasikan penjagaan Orang Suci tersebut secara geografi. Di Illinois, divisi-divisi dalam bandar itu dipanggil “bahagian.”

Ketika Orang suci berhijrah merentas dataran, pemeliharaan di antara mereka diorganisasikan sebagai “rombongan.” Salah satu daripada datuk moyang sebelah bapa saya baru habis misinya yang kini dipanggil Oklahoma apabila dia bertemu dengan satu rombongan di denai itu. Ketika itu dia sangatlah lemah kerana sakit maka dia dan rakannya tidur di dalam satu gerabak kecil.

Ketua rombongan itu telah menghantar dua remaja puteri untuk membantu sesiapa yang berada di dalam gerabak sedih itu. Salah seorang daripadanya, saudari muda dari Switzerland, melihat penginjil-penginjil itu dan berasa kasihan. Datuk moyang saya telah diselamatkan oleh rombongan Orang Suci itu. Dia pulih setakat mana dia dapat berjalan sepanjang perjalanan itu ke Lembah Salt Lake bersama penyelamat muda itu di sisinya. Mereka jatuh cinta dan kemudiannya berkahwin. Dia menjadi datuk moyang saya, Henry Eyring, dan saudari itu menjadi nenek moyang saya, Maria Bommeli Eyring.

Bertahun kemudian, apabila orang berkata bahawa betapa susahnya untuk berhijrah merentasi benua, dia berkata, “Oh tidak, ia tidaklah susah. Sambil kami berjalan, kami bersembang di sepanjang perjalanan berkenaan mukjizat di mana kami berdua telah menjumpai injil Yesus Kristus yang benar. Ia merupakan masa yang paling menggembirakan.”

Sejak itu, Tuhan telah menggunakan pelbagai cara untuk membantu Orang suci-Nya menjaga satu sama lain. Kini dia telah memberkati kita dengan kuorum bahagian dan pancang yang kukuh dan bersatu—kuorum-kuorum yang bekerjasama dengan semua organisasi-organisasi bahagian yang lain.

Bahagian perbandaran, kumpulan, dan kuorum yang diperkukuhkan semuanya memerlukan sekurang-kurangnya dua perkara untuk menjayakan hasrat Tuhan agar Orang suci-Nya menjaga satu sama lain sepertimana Dia menjaga mereka. Mereka berjaya apabila Orang suci merasai kasih Kristus untuk satu sama lain dan bukannya kepentingan diri. Tulisan suci memanggilnya “kasih ihsan … kasih suci Kristus” (Moroni 7:47). Dan mereka berjaya apabila Roh Kudus membimbing pemelihara untuk ketahui apa yang terbaik untuk orang yang Dia ingin bantu.

Beberapa kali di minggu-minggu sebelumnya, ahli-ahli Gereja telah bertindak laku di hadapan saya bagaikan mereka tahu apa yang Tuhan akan lakukan, sepertimana telah diumumkan di sini hari ini. Biarkan saya kongsi dua contoh tersebut. Pertama, ucapan sakramen mudah oleh seorang pengajar Imamat Harun berumur 14 tahun yang memahami apa pemegang-pemegang imamat dapat capai dalam layanan mereka untuk Tuhan. Kedua, seorang pemegang Imamat Melkisedek yang, dengan kasih Kristus, telah diilhami untuk melayan satu keluarga.

Pertama, biarkan saya berkongsi kata-kata pemuda yang berucap di satu pertemuan Sakramen bahagian. Saya berada di sana. Cuba ingati bagaimana anda ketika 14 tahun dan dengar dia berkongsikan pengetahuan yang lebih mendalam daripada biasa:

“Saya amat suka menjadi ahli kuorum pengajar dalam bahagian kita sejak saya berumur 14 tahun. Seorang pengajar masih mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab diaken dan juga tugas tambahan baru.

“Oleh kerana ada di kalangan kita merupakan pengajar, ada yang akan menjadi satu hari nanti, dan semua di Gereja diberkati oleh imamat, maka ia amat penting bagi kita semua untuk ketahui tugas-tugas seorang pengajar dengan lebih.

“Pertama sekali, Ajaran dan Perjanjian 20:53 menyatakan, ‘Kewajipan pengajar adalah untuk mengawasi gereja selalu, dan berada bersama dan menguatkan mereka.’

“Kemudian, Ajaran dan Perjanjian 20:54–55 menyatakan:

“Dan memastikan bahawa tidak ada kedurhakaan di dalam gereja, tidak juga perilaku kasar satu sama lain, tidak juga pendustaan, pemfitnahan, tidak juga pembicaraan jahat;

“Dan memastikan bahawa gereja sering bertemu bersama, dan juga memastikan bahawa semua anggota melakukan kewajipan mereka.”

Remaja itu menyambung:

“Tuhan sedang memberitahu kita bahawa tanggungjawab kita bukan hanya memelihara Gereja tetapi juga orang ramai di dalam Gereja sepertimana Kristus akan lakukan kerana ini Gereja Dia. Jika kita berusaha mematuhi perintah-perintah, berbaik sesama, jujur, menjadi kawan yang baik, dan bergembira bersama, maka kita akan peroleh Roh untuk bersama kita dan tahu apa yang Bapa Syurgawi ingin kita lakukan. Jika kita tidak, kita tidak dapat memenuhi panggilan kita.”

Dia meneruskan:

“Apabila seorang pengajar memutuskan untuk memberi contoh yang baik dengan menjadi pengajar keluarga yang baik, menyapa ahli-ahli di gereja, menyediakan sakramen, membantu di rumah, dan menjadi pendamai, dia memilih untuk memuliakan imamatnya dan memenuhi panggilannya.

“Menjadi seorang pengajar yang baik bukan hanya bermaksud bertanggungjawab apabila di gereja atau di aktiviti gereja. Rasul Paulus telah mengajar, ‘Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu’ (1 Timotius 4:12).”

Kemudian remaja itu berkata:

“Tidak kira di mana kita berada atau apa yang kita lakukan, kita dapat menjadi contoh kesolehan yang baik sentiasa.

“Ayah dan saya pengajar keluarga Brown.1 Setiap kali kami mengunjungi mereka, saya gembira mengenali mereka dengan lebih. Satu perkara yang saya suka berkenaan keluarga Brown ialah apabila kami berkunjung, mereka sudi mendengar dan sentiasa mempunyai kisah baik untuk dikongsikan.

“Apabila kita kenali orang dengan lebih dalam bahagian kerana pengajaran keluarga, ia memudahkan tugas seterusnya seorang pengajar, iaitu menyapa ahli-ahli di gereja. Menggalakkan orang untuk berasa selesa di gereja membantu semua ahli bahagian berasa tersayang dan bersedia untuk mengambil sakramen.

“Selepas menyapa ahli-ahli yang telah datang ke gereja, pengajar membantu menyediakan sakramen setiap Ahad. Saya amat suka menyediakan dan membawa sakramen di bahagian ini kerana semua ahli sangat takzim. Saya sentiasa merasai Roh apabila saya menyediakan dan membawa sakramen. Ia merupakan satu berkat bagi saya untuk dapat melakukannya setiap hari Ahad.

“Layanan seperti membawa sakramen merupakan sesuatu yang diperasani orang dan mereka berterima kasih kepada kami, tetapi layanan lain seperti menyediakan sakramen biasanya dilakukan tanpa diperasani oleh orang. Adalah tidak penting jika orang lihat kita melayan; yang penting ialah Tuhan tahu bahawa kita telah melayan-Nya.

“Sebagai pengajar, kita harus sentiasa memperkuatkan Gereja, rakan-rakan kita, dan keluarga kita dengan memenuhi tanggungjawab imamat kita. Ia tidak sentiasa mudah, tetapi Tuhan tidak akan memberi kita perintah ‘kecuali dia menyediakan satu jalan [untuk kita] menyempurnakan hal itu yang Dia perintahkan’ (1 Nefi 3:7).”

Apabila remaja itu mengakhiri ucapannya, saya masih terpegun dengan kematangan dan kebijaksanaannya. Dia merumuskan dengan berkata, “Saya tahu kita akan menjadi lebih baik jika kita pilih untuk mengikut [Yesus Kristus].”

Satu lagi kisah layanan imamat yang dikongsikan di pertemuan Sakramen bahagian bulan lepas. Sekali lagi, saya turut hadir. Dalam situasi ini, pemegang Imamat Melkisedek berpengalaman ini tidak tahu bahawa apa yang diucapkan merupakan hasrat tepat yang Tuhan inginkan bagi kuorum-kuorum imamat yang kukuh. Berikut sinopsis ceritanya:

Dia dan rakan pengajar keluarganya telah ditugaskan untuk melayan tujuh keluarga. Hampir semuanya tidak mahu dikunjungi. Apabila pengajar keluarga pergi ke pangsapuri mereka, mereka tidak menjawab. Apabila ditelefon, mereka tidak mendapat jawapan. Apabila mereka meninggalkan pesanan, panggilan itu tidak dibalas. Rakan yang lebih berpengalaman ini akhirnya terpaksa melayan dengan menulis surat. Dia mula menggunakan sampul surat berwarna kuning cerah dengan harapan untuk mendapat balasan.

Salah satu daripada tujuh keluarga itu merupakan seorang saudari kurang aktif yang telah berpindah ke Eropah. Dia mempunyai dua anak kecil.

Selepas usaha yang banyak untuk mencapainya, dia menerima satu mesej teks. Dia memberitahu bahawa dia terlalu sibuk untuk bertemu dengan pengajar keluarga. Dia mempunyai dua pekerjaan dan juga dalam ketenteraan. Pekerjaan utamanya ialah pegawai polis, dan matlamat kerjayanya adalah untuk menjadi seorang penyiasat dan kemudiannya kembali ke negara asal dan meneruskan kerja dia di sana.

Pengajar keluarga tidak pernah berjaya untuk mengunjung dia di rumah. Dia kadangkala menghantar teks. Setiap bulan dia menghantar satu surat bertulis, bersama dengan kad ucapan perayaan untuk setiap kanak.

Dia tidak menerima sebarang balasan. Namun dia tahu siapa pengajar keluarganya, bagaimana untuk menghubungi mereka, dan mereka akan berterusan dalam layanan imamat mereka.

Kemudian satu hari dia menerima satu teks cemas daripada saudari itu. Dia memerlukan bantuan yang terdesak. Dia tidak kenali siapa uskup tetapi dia kenali pengajar keluarganya.

Dalam beberapa hari, dia perlu keluar negara selama sebulan untuk latihan ketenteraan. Dia tidak dapat membawa anak-anak dia bersama. Ibunya, yang akan menjaga anak-anaknya, baru sahaja kembali ke Eropah untuk menjaga suaminya, yang tiba-tiba terlanda sakit.

Saudari kurang aktif ini hanya mempunyai cukup duit untuk membeli tiket ke Eropah bagi anak kecilnya tetapi tidak untuk anak lelakinya, Eric, yang berumur 12 tahun.2 Dia bertanyakan pengajar keluarganya untuk mencari keluarga LDS yang baik untuk menjaga Eric selama 30 hari!

Pengajar keluarga membalas teks untuk berkata dia akan berusaha. Kemudian dia menghubungi pemimpin-pemimpin imamatnya. Uskup, yang merupakan pemimpin imam tinggi, memberi kebenaran untuk bertanyakan ahli majlis bahagian, termasuklah presiden Lembaga Pertolongan.

Presiden Lembaga Pertolongan menjumpai empat keluarga LDS, yang mempunyai anak yang sebaya umur Eric, yang akan mengambil giliran menjaganya setiap minggu. Sepanjang bulan seterusnya, keluarga-keluarga tersebut memberi makan kepada Eric, memberi ruang di dalam pangsapuri sempit atau rumah kecil mereka, membawa dia bersama dalam rancangan musim panas keluarga, membawa dia ke gereja, termasuk malam keluarga mereka, dan banyak lagi.

Keluarga-keluarga yang mempunyai anak lelaki sebaya Eric menjemput Eric ke pertemuan dan aktiviti kuorum diaken. Ketika jangka 30 hari ini, Eric berada di gereja setiap Ahad buat pertama kali dalam hidupnya.

Setelah ibunya kembali dari latihannya, Eric terus menghadiri gereja, biasanya dengan salah satu daripada keluarga LDS sukarela atau kawan lain, termasuk pengajar berkunjung ibunya. Lambat laun, dia ditahbiskan sebagai seorang diaken dan mula membawa sakramen dengan kerap.

Sekarang marilah kita lihat masa hadapan Eric. Kita tidak akan terperanjat jika dia menjadi seorang pemimpin Gereja di negara asal ibunya apabila keluarganya kembali ke sana—semuanya akibat Orang suci yang bekerja sama secara bersatu, di bawah pimpinan seorang uskup, untuk melayan dengan kasih ihsan hati mereka bersama kuasa Roh Kudus.

Kita tahu bahawa kasih ihsan penting untuk kita diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan. Moroni telah menulis, “Dan kecuali kamu miliki kasih ihsan kamu tidak akan sekali-kali dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan” (Moroni 10:21; lihat juga Eter 12:34).

Kita juga tahu bahawa kasih ihsan merupakan satu kurnia yang diberikan kepada kita setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu. Kita harus “berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar [kita] boleh dipenuhi dengan kasih ini, yang telah Dia berikan kepada semua pengikut sejati Puteranya, Yesus Kristus” (Moroni 7:48).

Nampaknya kita menerima Roh Tuhan dengan terbaik apabila kita tertumpu dalam melayan orang lain. Itulah sebab mengapa kita mempunyai tanggungjawab imamat untuk melayan bagi Juruselamat. Apabila kita terlibat dalam melayan orang, kita kurang mementingkan diri, dan Roh Kudus dapat datang kepada kita dan membantu perjuangan hayat kita untuk memperoleh kurniaan kasih ihsan bagi kita.

Tuhan telah pun memulakan langkah dalam rancangan-Nya bagi kita untuk menjadi lebih terilham dan bermurah hati dalam layanan imamat kita. Saya amat bersyukur atas kasih Dia, yang Dia dengan murah hati telah berikan kepada kita. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Nama telah ditukarkan.

  2. Nama telah ditukarkan.