Melayan Seperti Juruselamat
Semoga kita tunjukkan kesyukuran dan kasih sayang kita terhadap Tuhan dengan melayani saudara-saudari abadi kita dengan kasih sayang.
Memangnya satu berkat besar untuk hidup dalam pada zaman yang kita masih menerima wahyu Tuhan yang berterusan! Semasa kita menunggukan “masanya bagi Tuhan menjadikan semuanya baru,”1 yang sudah dan akan datang melalui kejadian-kejadian masa kita yang sudah dinubuat, kita di sedia demi Kedatangan Kedua Juruselamat .2
Persediaan yang paling baik untuk bertemu dengan Dia adalah berusaha untuk menjadi seperti Dia melalui pelayanan yang berbelas kasihan! Seperti Yesus Kristus mengajar para pengikut-Nya pada permulaan zaman keagamaan ini, “Jika engkau mengasihi-Ku haruslah engkau melayani-Ku.”3 Pelayanan kita kepada orang lain ialah satu pertunjukan penganutan dan kesyukuran serta kasih sayang kita kepada Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus.
Kadangkala kita fikir kita harus lakukan sesuatu yang besar dan megah kepada mereka supaya “dikira” sebagai suatu layanan. Tetapi, pelayanan yang sederhana boleh ada kesan yang besar ke atas orang lain—dan juga pada diri kita. Apakah yang Juruselamat lakukan? Melalui kurnia Korban Tebusan dan Kebangkitan—yang kita rayakan pada hari Easter ini—“Tiada seorang pun mempunyai pengaruh yang begitu mendalam kepada semua orang yang pernah dan akan hidup di bumi ini.”4 Tetapi Dia juga memberi senyuman, berucap, berjalan bersama, mendengari, meneman, menggalak, mengajar, memberi makanan, dan mengampun. Dia melayan keluarga dan sahabat, jiran dan orang asing, dan Dia menjemput rakan-rakan dan orang yang Dia kasihi untuk menikmati berkat-berkat injil-Nya. Pelayanan yang “sederhana” itu dan kasih sayang memberikan kita satu corak pelayanan hari ini.
Apabila anda berpeluang untuk mewakili Juruselamat dalam usaha pelayanan anda, tanya diri sendiri, “Bagaimana saya boleh mengongsikan cahaya injil dengan individu dan keluarga? Apakah yang Roh sedang mengilhamkan saya?”
Pelayanan boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang individu. Jadi apakah contoh-contohnya?
Contoh pelayanan adalah presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan berbincang tentang tugasan mereka dengan penuh doa. Pelayanan bukan hanya menyebarkan kepingan kertas, tetapi anda boleh berbincang tentang individu dan keluarga apabila tugas itu diberikan kepada para pelayan saudara dan pelayan saudari. Anda boleh pergi berjalan-jalan, bermain bersama-sama, memberi pelayanan ataupun layan bersama-sama mereka. Anda boleh mengunjungi mereka atau menelefon atau berbual online atau SMS. Anda boleh hantarkan satu kad hari jadi dan bersorak dalam perlawanan bola sepak bersama. Anda boleh kongsikan ayat suci atau petikan dari ucapan persidangan umum yang mungkin bermakna kepada individu itu. Anda boleh berbincang tentang soalan injil dan kongsikan kesaksian untuk mendatangkan kejelasan dan kedamaian. Anda boleh menjadi sebahagian kehidupan seseorang dan menjaga mereka. Temu duga pelayanan boleh diadakan untuk membincangkan keperluan dan kekuatan dengan sensitif dan sesuai. Majlis bahagian boleh mengaturkan suatu tindakan untuk memenuhi keperluan besar.
Pelayanan macam ini telah memperkukuhkan seorang saudari yang berpindah apabila suaminya menghadiri universiti. Tanpa sebuah telefon dan dia ada seorang bayi, saudari itu rasa keliru dan bersendirian di tempat barunya. Tanpa diberitahu terdahulu, seorang saudari Lembaga Pertolongan membawa sepasang kasut untuk bayi itu ke rumah dia, dan memandu mereka ke satu kedai runcit. Saudari yang bersyukur itu kata, “Dia menyelamatkan saya!”
Pelayanan yang benar ditunjukkan oleh seorang saudari di Afrika yang ditugaskan untuk mencari seorang saudari yang sudah lama tidak menghadiri pertemuan Gereja. Apabila dia sampai ke rumah saudari itu, dia mendapati saudari itu sudah diserang dan dirompak, dan dia kekurangan makanan dan pakaian yang dia rasa sesuai untuk pertemuan Gereja hari Ahad. Saudari itu yang ditugaskan untuk melayan datang sedia untuk mendengar, bawakan hasil dari kebunnya, kitab suci untuk dibaca, dan persahabatan. Saudari yang sudah lama tidak menghadiri Gereja itu kembali ke gereja dan sekarang memegang satu panggilan kerana dia tahu bahawa dia dikasihi dan dihargai.
Gabungan usaha Lembaga Pertolongan dengan kuorum penatua yang di struktur semula akan membawa satu perpaduan yang boleh mendatangkan hasil yang menakjubkan. Pelayanan menjadi satu gabungan usaha untuk memenuhi tugas imamat untuk “mengunjungi rumah setiap anggota” dan untuk “mengawasi gereja selalu, dan berada bersama dan menguatkan mereka,”5 dan juga mencapai tujuan Lembaga Pertolongan untuk menolong satu sama lain membuat persediaan demi berkat kehidupan abadi.6 Bekerjasama di bawah arahan uskup, presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan boleh diilham semasa mereka mencarikan cara terbaik untuk memerhati dan menjaga setiap individu dan keluarga.
Biarkan saya berikan anda satu contoh. Seorang ibu didiagnosis dengan penyakit barah. Secepat dia mulakan rawatan, saudari-saudari Lembaga Pertolongan dengan serta merta merancangkan cara untuk membekalkan makanan, pengangkutan ke janji temu doktor, dan sokongan lain. Mereka mengunjungi selalu, memberikan persahabatan yang riang. Pada masa yang sama, kuorum Imamat Melkisedek juga bertindak. Mereka bekerja untuk menambahkan satu bilik tidur dan satu bilik mandi untuk memudahkan penjagaan saudari itu. Para remaja putera juga mengambil bahagian dalam usaha itu. Dan para remaja puteri terlibat juga: mereka membawa anjing saudari itu untuk pergi berjalan-jalan setiap hari. Bahagian itu terus memberikan pelayanan mereka, menambah dan menyesuai apabila perlu. Ini memangnya satu usaha yang penuh kasih sayang, setiap ahli gereja menyumbang, menolong dalam cara individu yang tidak hanya memberkat saudari yang menderita itu tetapi juga setiap ahli keluarganya.
Selepas satu usaha yang berani, saudari itu meninggal dunia. Adakah bahagian itu berasa senang dan rasa pelayanan mereka sudah selesai? Tidak, para remaja puteri terus membawa anjing berjalan-jalan setiap hari, kuorum penatua terus melayan bapa itu dan keluarganya, dan para saudari Lembaga Pertolongan terus menghulurkan tangan untuk memutuskan keperluan. Saudara saudari, inilah pelayanan—inilah cara menyayangi seperti Juruselamat!
Satu berkat dari pengisytiharan yang diilhamkan ini adalah peluang bagi remaja puteri yang berumur 14 hingga 18 tahun untuk mengambil bahagian sebagai teman-teman pelayanan bersama para saudari Lembaga Pertolongan, seperti remaja putera melayan sebagai teman-teman pelayanan kepada para saudara Imamat Melkisedek. Para remaja boleh kongsikan kurnia unik mereka dan berkembang secara rohani semasa mereka melayan bersama dewasa dalam kerja penyelamatan. Melibatkan para remaja dalam tugas pelayanan juga boleh meningkatkan keupayaan Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua untuk menjaga orang lain dengan meningkatkan nombor ahli yang mengambil bahagian.
Apabila saya berfikir tentang remaja puteri yang saya tahu, saya teruja bagi para saudari Lembaga Pertolongan yang akan berpeluang untuk diberkati oleh kehairanan, bakat, dan sensitiviti rohani remaja puteri semasa mereka melayan bersama-sama atau dilayan oleh mereka. Dan saya berasa gembira ke atas peluang remaja puteri untuk dimentor dan diajar dan diperkukuhkan oleh saudari Lembaga Pertolongan. Peluang untuk mengambil bahagian dalam perkembangan kerajaan Tuhan ini akan menjadi satu faedah besar bagi remaja puteri, menolong mereka untuk lebih bersedia memenuhi peranan mereka sebagai pemimpin dalam Gereja dan dalam komuniti serta memberi sumbangan dalam keluarga mereka. Seperti Sister Bonnie L. Oscarson katakan kelmarin, remaja puteri “ingin melayan. Mereka perlu tahu mereka dihargai dan penting dalam kerja penyelamatan.”7
Sebenarnya, remaja puteri sudah melayan, tanpa ditugaskan atau gembar-gembur. Saya mengenali satu keluarga yang berpindah banyak batu ke satu lokasi baru di mana mereka tidak tahu seorang pun. Dalam minggu pertama, seorang gadis berumur 14 tahun dari bahagian mereka mengunjungi mereka membawakan satu pinggan biskut, menyambut mereka dengan mesra ke tempat baru itu. Ibunya berdiri dan bersenyum di belakang gadis itu sebagai pemandu yang suka rela, menyokong hasrat anak perempuannya untuk melayan.
Seorang ibu lain berasa risau apabila anak perempuannya yang berumur 16 tahun tidak balik ke rumah pada masa biasa. Apabila gadis itu kembali, dengan kecewa, ibunya menanya ke mana dia sudah pergi. Gadis 16 tahun itu jawab dengan malu-malu bahawa dia mengambil bunga ke seorang balu yang tinggal dekat mereka. Dia sudah memerhati bahawa saudari yang lebih tua itu nampaknya sunyi dan dia tertekan untuk mengunjungi dia. Dengan keizinan ibunya, remaja puteri itu terus mengunjungi saudari tua itu. Mereka menjadi sahabat rapat, dan perhubungan mereka berterus banyak tahun.
Setiap remaja puteri tersebut dan ramai lagi seperti mereka, memerhati keperluan seseorang dan bekerja untuk melayan. Remaja puteri memiliki satu hasrat semula jadi untuk menjaga dan mengongsi yang boleh diarah melalui pelayanan bersama seorang saudari dewasa.
Tidak kira usia kita, apabila kita merenungkan cara untuk melayan dengan berkesan, kita tanya, “Apakah yang dia perlukan?” Gabungkan soalan itu dengan satu hasrat tulus ikhlas untuk melayan, kita akan dibimbing oleh Roh untuk melakukan perkara yang boleh meningkat dan memperkuatkan individu. Saya sudah dengar banyak cerita tentang saudara dan saudari yang sudah diberkati oleh pemasukan dan sambutan dalam gereja, satu e-mel atau sms yang bertimbang rasa, satu kunjungan pada masa kesusahan, satu jemputan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan, atau memberi bantuan dalam satu situasi yang mencabar. Ibu bapa tunggal, penganut baru, ahli kurang aktif, balu dan duda, atau remaja yang menghadapi cabaran mungkin perlukan pemerhatian tambahan dan bantuan dari pelayan saudara dan pelayan saudari. Koordinasi di antara presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan membolehkan tugas diberikan dengan sesuai.
Akhirnya, pelayanan sejati dicapai satu demi satu dengan kasih sayang sebagai motivasi. Pelayanan yang tulus ikhlas boleh mengubah hidup! Apabila kita buka hati dan rela menyayangi dan menjadi rakan, menggalakkan dan menyenangkan, kuasa pelayanan kita dapat dibendung. Dengan kasih sayang sebagai motivasi, mukjizat akan berlaku, dan kita akan cari cara untuk membawa saudara saudari yang lama tidak menghadiri gereja balik ke pelukan injil Yesus Kristus yang termasuk segala-galanya.
Juruselamat ialah teladan kita dalam segala hal—bukan hanya dalam apa yang harus kita lakukan tetapi juga sebab kita bertindak.8 “Hidup-Nya pada bumi ini ialah [satu] jemputan kepada kita—untuk menetapkan matlamat kita, untuk melupakan masalah kita dan [untuk] menolong orang lain.”9 Apabila kita menerima peluang untuk melayan saudara saudari kita dengan segala hati, kita diberkat untuk menjadi lebih halus secara rohani, lebih selaras dengan hasrat Tuhan, dan lebih memahami rancangan-Nya untuk menolong setiap orang kembali kepada Dia. Kita akan lebih sedia mengenali berkat-Nya dan lebih rela untuk memberikan berkat-berkat itu kepada orang lain. Hati kita akan nyanyi bersama dengan suara kita:
Tuhan, saya nak sayang saudaraku
Yakin Kau kasih pada ku,
Kau kekuatan dan cahaya ku,
HambaMu ku jadi.
Tuhan, saya nak sayang saudaraku—
Tuhan, Ku ‘kan Serta Mu10
Semoga kita tunjukkan kesyukuran dan kasih sayang kita terhadap Tuhan dengan melayani saudara-saudari abadi kita dengan kasih sayang.11 Hasil ini adalah satu perpaduan seperti yang dialami oleh rakyat Amerika purba 100 tahun dahulu selepas penampakan diri Juruselamat di negeri mereka.
“Dan terjadilah bahawa tidak ada pertikaian di negeri itu, kerana kasih Tuhan yang berada di dalam hati bangsa itu.
“Dan tidak ada kedengkian, dan juga pertikaian … dan sudah pastinya tidak terdapat orang yang lebih bahagia di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan.”12
Saya berikan kesaksian peribadi saya bahawa perubahan yang diwahyukan ini diilham oleh Tuhan, dan apabila kita menerima dengan hati yang rela, kita akan menjadi lebih bersedia untuk bertemu degnan Putera-Nya, Yesus Kristus, pada kedatangan-Nya. Kita akan lebih hampir menjadi orang Sion dan akan rasa kebahagiaan yang berlebihan bersama mereka yang sudah kita bantu sepanjang jalan penganutan. Saya berdoa bersungguh-sungguh dengan rendah hati supaya kita berbuat demikian, dalam nama Yesus Kristus, amin.