2010–2019
Pelayanan dengan Kuasa dan Wewenang Tuhan
April 2018


2:3

Pelayanan dengan Kuasa dan Wewenang Tuhan

Kita akan melayan dalam nama-Nya, dengan kuasa-Nya, wewenang-Nya, dan dengan kebaikan-Nya yang penuh kasih.

Saudara-saudara saya yang dikasihi, terima kasih ke atas tumpuan anda kepada Tuhan dan pekerjaan-Nya yang kudus. Saya sangat gembira berada bersama dengan anda. Sebagai Presidensi Utama baru, kami berterima kasih kepada anda ke atas doa-doa anda dan usaha anda yang menyokong. Kami bersyukur untuk kehidupan anda dan untuk pelayanan anda kepada Tuhan. Tumpuan anda kepada tugas dan pelayanan anda yang tidak mementingkan diri adalah sama penting seperti dalam panggilan kami. Melalui kehidupan pelayanan dalam Gereja ini, saya telah belajar bahawa di mana seseorang melayani tidak penting. Apa yang Tuhan mempedulikan adalah bagaimana seseorang melayani.

Saya menyatakan kesyukuran yang dalam untuk Presiden Thomas S. Monson, yang menjadi teladan untuk saya selama 50 tahun lebih. Dan untuk penasihat-penasihatnya, Presiden Henry B. Eyring dan Presiden Dieter F. Uchtdorf, saya menyatakan kekaguman besar. Saya memuji mereka untuk pelayanan mereka kepada Tuhan dan nabi-nabi-Nya. Kedua-dua orang suruhan yang setia ini telah menerima tugas-tugas baru. Mereka terus melayani dengan semangat dan tegas. Saya menghormati dan mengasihi kedua-dua mereka.

Adalah berkat besar untuk melayan dalam Gereja Tuhan yang benar dan hidup dengan wewenang dan kuasa-Nya. Pemulihan imamat Tuhan, termasuk kunci-kunci imamat, membuka berkat-berkat rohani yang paling besar kepada Orang Suci Zaman Akhir yang layak. Kita melihat berkat-berkat ini mengalir ke wanita, lelaki, dan anak-anak di seluruh dunia.

Kita melihat wanita beriman yang memahami kuasa yang ada dalam panggilan mereka dan dalam anugerahan mereka dan tatacara bait suci yang lain. Para wanita ini tahu cara untuk memanggil kuasa syurga untuk melindungi dan memperkuatkan suami mereka, anak mereka, dan orang lain yang mereka sayangi. Mereka adalah wanita kuat yang memimpin, mengajar, dan melayan dengan tabah dalam panggilan mereka dengan kuasa dan wewenang Tuhan!1 Saya sangat bersyukur untuk mereka!

Begitu juga, kita melihat lelaki beriman yang memenuhi hak istimewa mereka sebagai pemegang imamat. Mereka memimpin dan melayani dengan pengorbanan dalam cara Tuhan dengan kasih, kebaikan, dan kesabaran. Mereka memberkati, memimpin, melindungi, dan memperkuatkan orang lain dengan kuasa imamat yang mereka pegang. Mereka membawa mukjizat kepada orang yang mereka melayani semasa mereka memastikan perkahwinan dan keluarga mereka sendiri selamat. Mereka menyisih kejahatan dan merupakan penatua-penatua yang berkuasa di Israel.2 Saya sangat bersykur untuk mereka!

Sekarang, bolehkah saya mengemukakan satu kebimbangan? Terlalu banyak dari saudara dan saudari kita tidak memahami dengan penuh konsep kuasa dan wewenang imamat. Mereka bertindak seperti mereka lebih ingin memuaskan keinginan dan selera mereka sendiri yang mementingkan diri daripada menggunakan kuasa Tuhan untuk memberkati anak-anak-Nya.

Saya risau bahawa terlalu banyak dari saudara dan saudari kita tidak memahami hak-hak istimewa yang mereka boleh mempunyai.3 Contohnya, beberapa dari saudara kita bertindak seperti mereka tidak memahami apa imamat itu dan apa yang imamat membolehkan mereka melakukan. Biarkan saya berikan anda beberapa contoh tertentu.

Kebelakangan ini, saya menghadiri pertemuan sakramen di mana seorang bayi akan diberikan nama dan berkat ayah. Ayah muda itu pegang bayi berharga itu dalam tangan dia, memberikan dia nama, dan memberi doa yang indah. Tetapi dia tidak memberikan anak itu berkat. Bayi perempuan yang comel itu terima nama tetapi tidak terima berkat! Penatua yang dikasihi itu tidak mengetahui perbezaan antara doa dan berkat imamat. Dengan wewenang dan kuasa imamatnya, dia dapat memberkati bayinya, tetapi dia tidak berbuat demikian. Saya berfikir, “Itu satu kesempatan yang terlepas!”

Izinkan saya untuk berkongsi beberapa contoh. Kami tahu tentang saudara-saudara yang menetapkan saudari-saudari sebagai pemimpin Sekolah Primer, Remaja Puteri, atau Lembaga Pertolongan dan pengajar tetapi gagal memberkati mereka dengan kuasa untuk memenuhi panggilan mereka. Mereka hanya memberi peringatan dan arahan sahaja. Kami melihat seorang ayah yang layak yang tidak memberi isterinya dan anak-anakya berkat imamat sedangkan itu adalah apa yang mereka perlu. Kuasa imamat telah dipulihkan di bumi ini, dan terlalu banyak saudara dan saudari melalui cabaran-cabaran teruk dalam kehidupan tanpa menerima berkat imamat yang betul. Ini betul-betul satu tragedi! Itulah tragedi yang kita dapat menyingkirkan.

Saudara-saudara, kita memegang imamat kudus Tuhan! Kita mempunyai wewenang-Nya untuk memberkati orang-Nya. Fikirkanlah kepastian hebat yang Tuhan berikan kita bila Dia mengatakan, “Sesiapa pun yang kamu berkati akan Aku berkati.”4 Hak istimewa kita ialah untuk bertindak dalam nama Yesus Kristus untuk memberkati anak-anak Tuhan menurut kehendak-Nya bagi mereka. Para presiden pancang dan uskup, pastikanlah bahawa setiap ahli kuorum-kuorum di dalam pengawasan anda memahami bagaimana untuk memberi berkat imamat—termasuk kelayakan dan persiapan rohani peribadi yang diperlukan untuk memanggil kuasa Tuhan.5

Kepada semua saudara yang memegang imamat, saya menjemput anda untuk memberi semangat kepada para ahli untuk mematuhi perjanjian mereka, berpuasa dan berdoa, menyelidiki tulisan suci, menyembah di bait suci, dan melayan dengan iman sebagai lelaki dan perempuan Tuhan. Kita boleh membantu semua orang untuk melihat dengan mata iman bahawa kepatuhan dan kesolehan akan membawa mereka lebih dekat kepada Yesus Kristus, membiarkan mereka untuk menikmati penemanan Roh Kudus, dan mengalami kegembiraan dalam kehidupan!

Satu ciri Gereja Tuhan yang sejati dan hidup adalah usaha yang teratur dan diarahkan untuk melayani setiap anak Tuhan dan keluarga mereka.6 Oleh kerana ia adalah Gereja-Nya, kita sebagai orang suruhan-Nya akan melayan kepada yang satu, sama seperti Dia melakukan.7 Kita akan melayan dalam nama-Nya, dengan kuasa-Nya, wewenang-Nya, dan dengan kebaikan-Nya yang penuh kasih.

Saya mempunyai satu pengalaman lebih daripada 60 tahun lalu di Boston yang mengajar saya betapa berkuasa hak istimewa melayani satu lawan satu. Pada masa itu saya adalah pembedah di Hospital Besar Massachusetts—bertugas setiap hari, setiap selang malam, dan setiap dua hujung minggu. Saya mempunyai masa yang terhad untuk isteri saya, empat anak kami, dan aktiviti Gereja. Namun, presiden cabang kami menugaskan saya untuk mengunjungi rumah Wilbur dan Leonora Cox dengan harapan bahawa Brother Cox mungkin datang balik ke aktiviti di Gereja. Dia dan Leonora telah dimeteraikan di bait suci.8 Namun, Wilbur tidak mengambil bahagian bertahun-tahun lamanya.

Rakan saya dan saya pergi ke rumah mereka. Ketika kami masuk, Sister Cox mengalu-alukan kami dengan mesra,9 tetapi Brother Cox terus pergi ke bilik lain dan tutup pintu.

Saya pergi ke pintu tertutup itu dan mengetuk. Selepas seketika, saya dengar “Masuk.” Saya buka pintu dan melihat Brother Cox duduk di sebelah banyak kelengkapan radio. Dia menyalakan cerut di bilik kecit itu. Jelasnya, kunjungan saya tidak beberapa dihargai.

Saya memandang bilik itu dengan kagum dan berkata, “Brother Cox, saya lama sudah ingin belajar lebih tentang kerja radio. Bolehkah anda mengajar saya tentang radio? Saya minta maaf kerana saya tidak dapat tinggal lama malam ini, tetapi bolehkah saya datang lain kali?”

Dia teragak-agak seketika, lalu berkata ya. Itu permulaan persahabatan yang sungguh baik. Saya balik dan dia mengajar saya. Saya mula mengasihi dan menghormati dia. Melalui kunjungan berterusan kami, kebaikan lelaki ini muncul. Kami menjadi kawan yang sangat baik, dan isteri-isteri kami juga. Kemudian, keluarga kami berpindah. Pemimpin-pemimpin tempatan terus menjaga keluarga Cox.10

Kira-kira lapan tahun selepas kunjungan pertama itu, Pancang Boston ditubuhkan.11 Bolehkah anda teka siapa yang menjadi presiden pancang pertama? Ya! Brother Cox! Semasa tahun-tahun berikut, dia juga melayan sebagai presiden misi dan presiden bait suci.

Bertahun-tahun kemudian, saya sebagai ahli Kuorum Dua Belas, ditugaskan untuk membuat pancang baru di Sanpete County, Utah. Semasa temu duga biasa, saya terkejut untuk jumpa kawan saya yang dikasihi Brother Cox! Saya rasa terdesak memanggil dia sebagai bapa bangsa pancang baru. Setelah saya mentahbiskan dia, kami berpeluk dan menangis. Orang ramai di bilik itu terfikir kenapa dua lelaki dewasa ini menangis. Tetapi kami tahu. Dan Brother Cox tahu. Air mata kami adalah air mata kegembiraan! Kami mengingat perjalanan kasih dan pertaubatan hebat yang bermula lebih daripada 30 tahun lalu, pada satu petang di rumah mereka.

Cerita tidak berakhir di situ. Keluarga Brother dan Sister Cox berkembang dan termasuk 3 anak, 20 cucu, dan 54 cicit. Tambah lagi pengaruh mereka pada beratus-ratus penginjil, pada beribu-ribu orang di bait suci, dan pada beratus-ratus yang menerima berkat bapa bangsa di bawah tangan Wilbur Cox. Pengaruh dia dan Leonora akan terus mempengaruhi banyak generasi di seluruh dunia.

Pengalaman seperti ini dengan Wilbur dan Leonora Cox berlaku setiap minggu—harap-harap, setiap hari—dalam Gereja ini. Orang suruhan Tuhan Yesus Kristus yang setia melaksanakan pekerjaan-Nya, dengan kuasa dan wewenang-Nya.

Saudara-saudara, terdapat pintu yang kita boleh buka, berkat imamat yang kita boleh berikan, hati yang kita boleh sembuhkan, beban yang kita boleh angkat, kesaksian yang kita boleh memperkuatkan, kehidupan yang kita boleh selamatkan, dan kegembiraan yang kita boleh bawa ke dalam rumah Orang Suci Zaman Akhir—semua kerana kita memegang imamat Tuhan. Kita adalah lelaki yang telah “dipanggil dan dipersiapkan sejak pengasasan dunia menurut pra-pengetahuan Tuhan, kerana iman [kita] yang amat besar,” untuk melakukan pekerjaan ini.12

Malam ini saya menjemput anda untuk betul-betul berdiri dengan saya dalam persaudaraan abadi kita yang besar. Bila saya sebut jawatan imamat anda, sila berdiri dan terus berdiri. Diaken, sila berdiri! Pengajar, berdiri! Imam! Uskup! Penatua! Imam tTinggi! Bapa Bangsa! Tujuh Puluh! Rasul!

Sekarang, saudara-saudara, bolehkah anda kekal berdiri dan menyertai koir kita dalam menyanyi semua tiga ayat “Rise Up, O Men of God?”13 Ketika anda menyanyi, fikirkanlah tugas anda sebagai tentera Tuhan yang kuat untuk membantu mempersiapkan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan. Ini adalah tugas kita. Ini adalah hak istimewa kita. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.