Kurnia Tuhan yang Berharga
Kehidupan boleh penuh dengan iman, kebahagiaan, kegembiraan, harapan, dan kasih sayang apabila kita menggunakan sedikit iman yang sebenar kepada Kristus.
Saudara dan saudari saya, kita baru menyertai perhimpunan khusyuk, sebuah amalan yang boleh dikesan semula dari Alkitab kepada pengumpulan Israel purba untuk berasa hadirat Tuhan dan meraikan berkat-Nya.1 Kita mempunyai hak istimewa untuk hidup pada zaman ini apabila amalan purba ini telah dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith.2 Saya menggesa anda untuk menulis apa yang anda berasa pada penyertaan kudus ini di dalam jurnal peribadi anda.
Baru-baru ini, kita mengucapkan selamat tinggal kepada kawan dan nabi yang terkasih, Presiden Thomas S. Monson. Walaupun kita semua merindui dia, kita sangat bersyukur kerana Tuhan telah memanggil nabi baru, Presiden Russell M. Nelson, untuk memimpin Gereja-Nya. Kita telah memulakan bab baru dalam sejarah Gereja kita dengan teratur. Inilah sebuah kurnia Tuhan yang berharga.
Semasa setiap kita menyokong Presiden Nelson dengan tangan kanan, kita berdiri sebagai saksi-saksi di hadapan Tuhan dan mengenali Presiden Nelson sebagai pengganti yang sah. Dengan tangan diangkat, kita berjanji untuk mendengar suaranya semasa dia menerima arahan daripada Tuhan.
Tuhan telah berkata:
“Engkau akan mengendahkan segala perkataan dan perintahnya [Presiden Gereja] yang akan dia berikan kepadamu ketika dia menerimanya, berjalan dalam segala kekudusan di hadapan-Ku … ;
“Kerana perkataannya akan kamu terima, seolah-olah daripada mulut-Ku sendiri, dalam segala kesabaran dan iman.”3
Saya kenal nabi-presiden baru kita selama 60 tahun. Saya telah melayan dengan dia dalam Kuorum Dua Belas selama 33 tahun, dan saya seorang saksi bahawa tangan Tuhan telah menyediakan dia untuk menjadi rasul dan nabi utama untuk mentadbir semua kunci imamat kudus di atas bumi. Semoga setiap daripada kita sepenuhnya menyokong dia dan penasihatnya dan arahan mereka. Kita juga memberi sambutan hangat kepada Elder Gong and Elder Soares sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul.
Selepas Kebangkitan Yesus, sebuah peristiwa yang kita raikan pada hujung minggu Easter ini yang mulia, Dia menampakkan diri kepada para rasul-Nya dan berkata, “Salam sejahtera: sebagaimana Bapa mengutus Aku, demikian juga Aku mengutus kamu.”4 Perhatikan dua tindakan ini—Tuhan menghantar Putera-Nya. Putera menghantar orang suruhan-Nya—lelaki dan perempuan yang fana—untuk melaksanakan kerja Mereka.
Kita tidak harusnya terhairan mengetahui bahawa individu-individu yang dipanggil untuk melakukan kerja Tuhan tidak sempurna. Cerita-cerita dalam kitab suci memberitahu kisah-kisah orang lelaki dan perempuan yang dipanggil Tuhan untuk melaksanakan kerja yang besar—anak lelaki dan perempuan Bapa Syurgawi yang baik dipanggil melayan dalam tugas-tugas mereka dalam Gereja, berusaha untuk melakukan yang terbaik, tetapi tiada yang sudah sempurna. Itu sama bagi kita hari ini.
Memandang realiti kelemahan manusia, bagaimana kita boleh maju ke hadapan untuk menyokong satu sama lain? Ia bermula dengan iman—iman yang bersungguh-sungguh dan sebenar kepada Tuhan Yesus Kristus. Iman kepada Juruselamat ialah asas pertama dalam ajaran dan injil Kristus.
Bertahun-tahun lalu saya melawat Tanah Suci. Semasa kami memandu melepasi tumbuhan sawi, pengarah Pusat Yerusalem BYU menanya jika saya pernah melihat biji sawi. Saya tidak pernah jadi kami berhenti. Dia menunjukkan saya biji tumbuhan sawi. Hairan sekali, biji-biji sangat kecil.
Kemudian saya ingat ajaran Yesus, “Ketahuilah, Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘Beralihlah ke sana!’ dan bukit ini akan beralih. Kamu dapat melakukan apa sahaja!”5
Jika kita mempunyai iman sebesar biji sawi, Tuhan boleh menolong kita mengalihkan gunung-gunung kekecewaan dan keraguan dalam tugas-tugas semasa kita melayan dengan anak-anak Tuhan, termasuk ahli-ahli keluarga, Gereja, dan mereka yang belum menjadi ahli Gereja.
Saudara-saudari, kehidupan boleh penuh dengan iman, kebahagiaan, kegembiraan, harapan, dan kasih sayang apabila kita menggunakan sedikit iman yang sebenar kepada Kristus—bahkan biji sawi iman.
Elder George A. Smith ingat nasihat yang Nabi Joseph Smith beri kepadanya: “Dia memberitahu saya bahawa tidak harusnya terkecewa, tidak kira apa kesusahan yang mungkin mengelilingi saya. Jika saya tenggelam di lubang terendah di Nova Scotia dan Pergunungan Rocky tertumpuk ke atas saya, saya tidak patut kecewa tetapi bertahan, beriman, tabah dan timbul di puncak gunung pada akhirnya.”6
Kita patut ingat pengisytiharan Paulus: “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.”7 Pengetahuan ini adalah satu lagi kurnia berharga daripada Tuhan.
Selain kurnia-kurnia yang saya baru disebut, terdapat banyak lagi. Saya bercakap sekarang tentang beberapa kurnia sahaja— kurnia hari Sabat, sakramen, pelayanan kepada orang lain, dan kurnia Juruselamat kita yang tiada bandingannya daripada Tuhan Bapa.
Kuasa hari Sabat datang daripada mengalami kegembiraan dan kemesraan daripada perasaan Roh Tuhan tanpa sebarang gangguan di gereja dan rumah.
Terlalu banyak orang membenarkan diri mereka untuk hidup dalam talian dengan peranti pintar—skrin yang menyala muka mereka pada siang dan malam dan penyumbat telinga di telinga mereka yang menghalangi suara Roh yang kecil dan lembut. Jika kita tidak mencari masa untuk menjauhi peranti itu, kita mungkin terlepas peluang untuk mendengar suara-Nya yang berkata, “diam dan mengetahui bahawa Akulah Tuhan.”8 Tiada kesalahan dengan menggunakan kemajuan teknologi yang diilhami Tuhan, tetapi kita mesti bijak dengan penggunaannya. Ingatlah kurnia hari Sabat.
Berkat menerima sakramen semasa pertemuan sakramen tidak boleh menjadi rutin atau sesuatu yang hanya dilakukan dalam pertemuan sakramen sahaja. Ia hanya 70 minit sepanjang seminggu apabila kita boleh dan mencari lebih banyak kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan dalam hidup kita.
Mengambil sakramen dan memperbaharui perjanjian-perjanjian kita merupakan tanda kepada Tuhan bahawa kita selalu mengingati-Nya. Korban Tebusan-Nya ialah kurnia belas kasih daripada Tuhan.
Hak istimewa pelayanan kepada anak-anak Bapa di Syurga ialah peluang untuk mengikuti teladan Putera-Nya yang Terkasih dengan melayani satu sama lain.
Beberapa peluang pelayanan adalah rasmi—keluarga, panggilan Gereja, dan penyertaan kita dengan organisasi pelayanan masyarakat.
Ahli-ahli Gereja—orang lelaki dan perempuan—tidak patut teragak-agak, jika diinginkan, bertanding bagi memegang jawatan awam di semua peringkat kerajaan di mana sahaja mereka tinggal. Suara kita diperlukan hari ini dan penting di sekolah, kota, dan negara kita. Di mana demokrasi wujud, ia tugas kita sebagai ahli-ahli mengundi untuk orang lelaki dan perempuan mulia yang sudi melayan.
Banyak peluang pelayanan adalah tidak rasmi—tanpa tugas—dan datang semasa kita berhubung kepada orang lain yang kita temui sepanjang perjalanan hidup ini. Ingatlah Yesus Kristus mengajar seorang guru Taurat bahawa kita harus mengasihi Tuhan dan sesama kita seperti kita mengasihi diri kita sendiri dengan menggunakan orang Samaria yang baik sebagai sebuah contoh.9
Pelayanan membuka tingkap supaya kita memahami kehidupan dan pelayanan Kristus. Dia datang untuk melayan, seperti kitab suci mengajar, “Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang.”10
Petrus mungkin ada penghuraian terbaik mengenai pelayanan Juruselamat dengan tujuh perkataan apabila dia merujuk kepada Yesus, “pergi ke serata tempat untuk berbuat baik.”11
Tuhan Yesus Kristus ialah kurnia kita yang paling berharga daripada Tuhan Bapa. Yesus berkata, “Akulah jalan, kebenaran, dan kehidupan: tiada orang yang datang kepada Bapa, kecuali melalui Aku.”12
Nefi menggambarkan kepentingan Juruselamat kita apabila dia mengisytiharkan, “Kita berbicara berkenaan Kristus, kita berbahagia dalam Kristus, kita berkhutbah berkenaan Kristus, kita bernubuat berkenaan Kristus, dan kita menulis menurut nubuat-nubuat kita, agar anak-anak kita dapat mengetahui kepada punca mana mereka dapat berpaling bagi pengampunan dosa-dosa mereka.”13 Kita mesti mengutamakan Kristus dalam kehidupan kita di segala waktu dan di segala tempat.
Kita patut mengingati bahawa nama-Nya terletak pada tempat ibadat kita; kita dibaptis dalam nama-Nya, kita ditetapkan, ditahbiskan, dianugerahi, dan dimeteraikan dalam perkahwinan dalam nama-Nya. Kita mengambil sakramen dan perjanjian untuk mengambil nama-Nya ke atas diri kita—dan menjadi orang Kristian yang sebenar. Akhirnya, kita diminta dalam doa sakramen untuk “selalu mengingati-Nya.”14
Semasa kita bersedia untuk Hari Easter esok, marilah kita mengingati bahawa Kristus adalah tertinggi. Dialah Hakim yang soleh, Pembela kita yang setia, Penebus yang diberkati, Gembala yang Baik, Mesias yang dijanjikan, seorang Kawan yang benar, dan banyak lagi. Dia memang kurnia yang sangat berharga daripada Bapa kepada kita.
Dalam penganutan kita, kita mempunyai banyak permintaan, kebimbangan, dan tugas. Tetapi, beberapa aktiviti mesti menjadi pusat keahlian kita dalam Gereja. “Kerana itu,” Tuhan memerintah, “setialah; berdirilah pada jawatan yang telah Aku tetapkan kepadamu; sokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, dan kuatkanlah lutut-lutut yang lemah.”15
Inilah tindakan Gereja! Inilah agama yang tulen! Ini injil dalam erti kata yang sebenar semasa kita menyokong, mengangkat, dan menguatkan mereka yang perlu secara rohani serta duniawi. Melakukan demikian memerlukan kita untuk melawat dan menolong mereka,16 supaya kesaksian iman mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya akan ditetapkan dalam hati kita.
Semoga Tuhan menolong dan memberkati kita supaya menghargai banyak kurnia ini daripada Tuhan, termasuk keahlian kita dalam gereja-Nya yang dipulihkan. Saya berdoa agar kita dipenuhi kasih sayang bagi semua anak-anak Bapa Syurgawi dan boleh melihat keperluan mereka dan sudi menjawab soalan dan kebimbangan mereka tentang injil dalam cara yang jelas dan baik hati dan itu akan meningkatkan pemahaman dan penghargaan mereka bagi satu sama lain.
Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus kita. Apa yang akan diajar semasa persidangan umum ini datang kepada kita melalui ilham daripada para rasul dan nabi, daripada Penguasa Umum, dan pemimpin saudari yang merupakan Pegawai Umum Gereja. Doa saya adalah agar kegembiraan dan kedamaian Tuhan berada dengan setiap orang dalam nama Tuhan Yesus Kristus, amin.