2010–2019
Nabi-nabi Berbicara Melalui Kuasa Roh Kudus
April 2018


2:3

Nabi-nabi Berbicara Melalui Kuasa Roh Kudus

Adanya nabi merupakan tanda kasih Tuhan terhadap anak-anak-Nya. Mereka mengemukakan janji-janji dan sifat sebenar Tuhan dan Yesus Kristus.

Saudara dan saudari yang dikasihi, di mana jua anda berada, saya ingin mengucapkan kesyukuran ikhlas atas undi sokongan anda kelmarin. Walaupun saya berasa kurang fasih dan perlahan berbicara seperti Musa, saya menenangkan diri dengan firman yang Tuhan telah beri kepadanya:

“Siapakah yang memberikan mulut kepada manusia? Siapakah yang membuat manusia bisu atau tuli? Siapakah yang membuat manusia celik atau buta? Aku, Tuhan.

“Sekarang, pergilah. Aku akan menolong engkau bercakap, dan memberitahu engkau apa yang harus engkau katakan” (Keluaran 4:11–12; lihat juga ayat 10).

Saya juga mencari ketenangan dalam kasih dan sokongan daripada isteri tersayang saya. Dia telah menjadi teladan kebaikan, kasih, dan kesetiaan yang seluruh terhadap Tuhan bagi saya dan keluarga saya. Saya mengasihinya dengan sepenuh hati, dan saya bersyukur atas pengaruh positifnya bagi kami semua.

Saudara dan saudari, saya ingin bersaksi bahawa Presiden Russell M. Nelson ialah nabi Tuhan di bumi. Saya tidak pernah melihat orang yang lebih baik hati dan pengasih daripada dia. Walaupun saya berasa kekurangan untuk panggilan kudus ini, kata-kata dan pandangan lembutnya ketika dia menghulurkan tanggungjawab ini membuatkan saya bagai dipeluk kasih Juruselamat. Terima kasih, Presiden Nelson. Saya sokong dan mengasihi anda.

Bukankah ianya satu berkat untuk peroleh nabi, pelihat, dan pewahyu di bumi pada zaman yang kita hidupi, yang mencari tahu kehendak Tuhan dan mengikutnya? Adalah amat menenangkan untuk ketahui bahawa kita tidak keseorangan di bumi, meskipun cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam kehidupan. Adanya nabi merupakan tanda kasih Tuhan terhadap anak-anak-Nya. Mereka mengemukakan janji-janji dan sifat sebenar Tuhan dan Yesus Kristus kepada orang Mereka. Saya telah pelajari semua itu melalui pengalaman sendiri.

Lapan belas tahun yang lalu, saya dan isteri saya menerima satu panggilan telefon daripada Presiden James E. Faust, ketika itu Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama. Dia memanggil kami untuk melayan sebagai presiden Misi dan teman di Portugal. Dia memberitahu kami bahawa kami hanya mempunyai enam minggu sebelum misi kami bermula. Walaupun kami berasa tidak bersedia dan tidak memadai, kami menerima panggilan itu. Satu perkara yang kami amat membimbangkan ketika itu ialah masa untuk memperoleh visa yang diperlukan untuk melayan dalam negara itu kerana, berdasarkan pengalaman sebelumnya, kami tahu proses itu mengambil enam hingga lapan bulan untuk disempurnakan.

Presiden Faust kemudian bertanya jika kami percaya bahawa Tuhan boleh melaksanakan mukjizat dan bahawa kami akan dapat menyelesaikan masalah visa dengan cepat. Jawapan kami ialah ya, dan kami memulakan persediaan serta merta. Kami menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk visa, bawa tiga anak muda kami, dan pergi ke pejabat konsul secepat yang boleh. Seorang wanita yang sangat baik hati menemui kami di sana. Sambil mengkaji dokumen kami dan memahami apa yang kami akan buat di Portugal, dia melihat kami dan bertanya, “Adakah anda akan benar-benar bantu rakyat negara saya?” Kami menjawab ya dan menerangkan bahawa kami akan mewakili Yesus Kristus dan bersaksikan Dia dan misi ilahi-Nya di dunia. Empat minggu seterusnya kami kembali, menerima visa-visa kami, dan tiba di kawasan misi dalam enam minggu, sebagaimana nabi Tuhan telah meminta kami lakukan.

Saudara dan saudari, dengan sepenuh hati, saya bersaksi bahawa nabi-nabi berbicara melalui kuasa Roh Kudus. Mereka memberi saksi Kristus dan misi ilahi-Nya di bumi. Mereka mewakili minda dan hati Tuhan dan telah dipanggil untuk mewakili-Nya dan mengajar kita apa yang harus kita lakukan untuk kembali hidup dalam hadirat Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Kita diberkati apabila kita melatihkan keimanan dan mengikut ajaran-ajaran mereka. Apabila kita mengikut mereka, kehidupan kita menjadi lebih gembira dan kurang sulit, kesusahan dan masalah kita menjadi lebih senang untuk ditanggung, dan kita akan membentuk satu perisai rohani yang akan melindungi kita daripada serangan musuh zaman kita.

Pada Hari Easter ini saya dengan sesungguhnya bersaksi bahawa Yesus Kristus telah bangkit, Dia hidup dan dia mengarah Gereja-Nya di bumi melalui para nabi, pelihat, dan pewahyu-Nya. Saya bersaksi bahawa Dia Juruselamat dan Penebus dunia dan melalui Dia kita boleh diselamatkan dan dimuliakan dalam hadirat Tuhan terkasih kita. Saya mengasihi Dia; saya memuja Dia. Saya ingin mengikut-Nya dan melaksanakan kehendak-Nya dan menjadi lebih seperti-Nya. Saya dengan rendah hatinya mengatakan semua ini dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.