2010–2019
Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita
April 2018


2:3

Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita

Di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan, dan pengaruh yang tetap dari Roh Kudus.

Sesungguhnya ini kesempatan yang istimewa untuk meraikan Hari Easter bersama anda pada Hari Ahad persidangan umum ini! Tidak ada yang lebih sesuai melainkan untuk memperingati peristiwa paling penting yang pernah terjadi di bumi ini dengan menyembah makhluk yang paling penting yang pernah berjalan di bumi ini. Di Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita menyembah Dia yang memulakan Korban Tebusan yang tidak terhingga-Nya di Taman Getsemani. Dia rela untuk menderita bagi dosa-dosa dan kelemahan-kelemahan setiap kita, penderitaan yang menyebabkan Dia “berdarah pada setiap liang roma.”1 Dia telah disalibkan di Kalvari2 dan telah bangkit pada hari ketiga sebagai makhluk pertama yang bangkit daripada anak-anak Bapa Syurgawi kita. Saya mengasihi Dia dan bersaksi bahawa Dia hidup! Dialah yang memimpin dan membimbing Gereja-Nya.

Tanpa Korban Tebusan Penebus kita yang tidak terhingga, tidak ada satu pun daripada kita akan memiliki harapan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Tanpa Kebangkitan-Nya, kematian adalah pengakhiran. Korban Tebusan Juruselamat kita memungkinkan kehidupan abadi dan kebaqaan menjadi nyata kepada semua.

Kerana misi unggul-Nya dan kedamaian yang Dia berikan kepada para pengikut-Nya bahawa isteri saya, Wendy, dan saya berasa tenang pada 2 Januari 2018, ketika kami dikejutkan dengan panggilan telefon yang memberitahu kami bahawa Presiden Thomas S. Monson telah melalui tirai kehidupan.

Presiden Russell M. Nelson dan Presiden Thomas S. Monson

Betapa kita merindui Presiden Monson! Kami memuliakan kehidupan dan warisannya. Seorang perkasa rohani, dia meninggalkan kesan kekal bagi semua yang mengenalinya dan bagi Gereja yang dia kasihi.

Pada Hari Ahad, 14 Januari 2018, di tingkat atas Bait Suci Salt Lake, Presidensi Utama telah di organisasi secara ringkas namun dalam pola kudus yang telah didirikan oleh Tuhan. Kemudian, dalam perhimpunan khusyuk pagi kelmarin, para ahli Gereja seluruh dunia mengangkat tangan mereka untuk mengesahkan tindakan sebelum ini yang telah dibuat oleh para Rasul. Saya dengan rendah hati bersyukur atas sokongan anda.

Saya bersyukur kepada mereka yang memimpin sebelum saya. Merupakan suatu hak istimewa bagi saya untuk melayani dalam Kuorum Dua Belas Rasul selama 34 tahun dan untuk mengenali secara peribadi 10 daripada 16 Presiden-presiden Gereja terdahulu. Saya telah pelajari banyak daripada setiap mereka.

Saya juga terhutang banyak kepada leluhur saya. Kelapan-lapan nenek moyang saya merupakan penganut baru kepada Gereja di Eropah. Setiap jiwa cekal ini mengorbankan segalanya untuk datang ke Sion. Semasa generasi berlanjutan, bagaimanapun, tidak semua moyang saya terus memiliki komitmen. Daripada itu, saya tidak dibesarkan dalam rumah yang berpusatkan kepada injil.

Ibu bapa Presiden Nelson
Keluarga Presiden Nelson sewaktu muda

Saya memuja ibu bapa saya. Mereka sangat penting bagi saya dan mengajar saya ajaran-ajaran yang diperlukan. Saya bersyukur tidak terhingga kepada mereka untuk kehidupan berkeluarga yang gembira yang mereka telah ciptakan untuk saya dan adik-beradik saya. Dan lagi, bahkan semasa saya masih kecil, saya tahu saya kehilangan sesuatu. Suatu hari saya menaiki trem dan pergi ke kedai buku LDS untuk mencari buku berkaitan Gereja. Saya suka mempelajari tentang injil.

Semasa saya telah memahami Kata-kata Bijaksana, saya ingin ibu bapa saya untuk mematuhi hukum tersebut. Lalu, suatu hari ketika saya masih sangat muda, saya pergi ke bilik bawah kami dan menghancurkan setiap botol arak ke atas lantai konkrit! Saya menjangka ayah saya akan menghukum saya, tetapi dia tidak pernah mengatakan sepatah kata.

Semasa saya telah matang dan mulai memahami keagungan rancangan Bapa Syurgawi, saya sering berkata kepada diri saya, “Saya tidak ingin lagi hadiah Krismas! Saya hanya ingin dimeteraikan kepada ibu bapa saya.” Peristiwa yang diingini tidak terjadi sehingga ibu bapa saya berumur lebih 80 tahun, dan kemudian ia terjadi. Saya tidak dapat sepenuhnya mengungkapkan sukacita yang saya rasakan pada hari itu,3 dan setiap hari saya merasakan sukacita atas pemeteraian mereka dan saya dimeteraikan kepada mereka.

Russell dan Dantzel Nelson

Pada tahun 1945, ketika saya masih di sekolah kedoktoran, saya mengahwini Dantzel White di Bait Suci Salt Lake. Dia dan saya diberkati dengan sembilan anak perempuan yang cantik dan seorang anak lelaki yang berharga. Hari ini keluarga kami yang sedang berkembang merupakan salah satu sukacita terbesar dalam kehidupan saya.

Presiden dan Sister Nelson serta anak-anak perempuan mereka
Presiden Nelson dan anak lelakinya

Pada tahun 2005, setelah perkahwinan hampir 60 tahun, tanpa dijangka Dantzel saya yang terkasih dipanggil kembali ke rumah. Untuk suatu musim, kesedihan saya mempengaruh keupayaan saya. Tetapi pesanan Hari Easter dan janji kebangkitan telah menyokong saya.

Wendy dan Russell Nelson

Kemudian Tuhan membawa Wendy Watson ke sisi saya. Kami telah dimeteraikan di Bait Suci Salt Lake pada 6 April 2006. Betapa saya mengasihinya! Dia merupakan seorang wanita yang luar biasa—sebuah berkat yang besar bagi saya, kepada keluarga kami, dan kepada seluruh Gereja.

Setiap berkat-berkat ini telah datang sebagai akibat mendengar dan mengikuti bisikan Roh Kudus. Kata Presiden Lorenzo Snow, “Ini adalah hak istimewa yang agung bagi setiap Orang Suci Zaman Akhir … bahawa adalah hak kita untuk memperoleh pernyataan-pernyataan dari Roh setiap hari dalam kehidupan kita.”4

Satu perkara yang Roh telah berulang kali tekankan kepada minda saya sejak panggilan baru saya sebagai Presiden Gereja adalah kerelaan Tuhan untuk mengungkapkan fikiran-Nya dan kehendak-Nya. Kesempatan untuk menerima wahyu adalah salah satu kurnia terbesar Tuhan kepada anak-anak-Nya.

Melalui pernyataan Roh Kudus, Tuhan akan membantu kita dalam setiap pekerjaan soleh kita. Saya ingat di dalam bilik pembedahan, saya berdiri di sebelah pesakit—tidak pasti bagaimana untuk melaksanakan proses pembedahan yang baru—dan merasakan Roh Kudus merumuskan teknik-teknik tersebut ke dalam minda saya.5

Untuk mengukuhkan lamaran saya kepada Wendy, saya berkata kepada dia, “Saya mengetahui tentang wahyu dan bagaimana untuk menerimanya.” Pujian kepada dia—semasa saya telah mempelajari, khas tentang dia—dia telah mencari dan menerima wahyu peribadinya tentang kami, yang memberinya keberanian untuk berkata ya.

Sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul, saya berdoa harian untuk wahyu dan menyatakan kesyukuran kepada Tuhan setiap kali Dia berbicara kepada hati dan minda saya.

Bayangkan mukjizat darinya! Apa pun panggilan Gereja kita, kita boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi dan menerima bimbingan dan arahan, diberi amaran tentang bahaya dan gangguan, dan dibolehkan untuk mencapai perkara-perkara yang tidak dapat kita lakukan sendiri. Sekiranya kita akan benar-benar mencari Roh Kudus dan mempelajari untuk membezakan dan memahami bisikan-bisikan-Nya, kita akan dibimbing dalam perkara yang besar dan kecil.

Ketika baru-baru ini saya menghadapi tugasan yang sukar untuk memilih dua orang penasihat, saya berfikir bagaimana mungkin saya hanya boleh memilih dua daripada dua belas lelaki yang saya kasihi dan hormati.

Kerana saya tahu bahawa ilham yang baik berdasarkan maklumat yang bagus, saya dengan penuh doa bertemu bersama setiap Rasul satu per satu.6 Saya kemudian mengasingkan diri saya di sebuah bilik khusus di dalam bait suci dan mencari kehendak Tuhan. Saya bersaksi bahawa Tuhan telah mengarahkan saya untuk memilih Presiden Dallin H. Oaks dan Presiden Henry B. Eyring untuk melayani sebagai penasihat saya dalam Presidensi Utama.

Dalam cara sebegini, saya bersaksi bahawa Tuhan mengilhami panggilan Elder Gerrit W. Gong and Elder Ulisses Soares untuk ditahbis sebagai Rasul-rasul-Nya. Saya dan kami mengalu-alukan mereka ke dalam pelayanan para saudara yang unik ini.

Semasa kami berkumpul sebagai satu Majlis Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul, bilik pertemuan kami menjadi bilik wahyu. Roh dengan jelas hadir. Semasa kami bergelut dengan perkara-perkara yang rumit, proses mendebarkan diungkapkan semasa setiap Rasul menyatakan fikiran dan pandangannya. Walaupun kami mungkin berlainan dalam jangkaan awal kami, kasih yang kami rasa untuk sesama masih tetap. Kesatuan kami membantu kami untuk membezakan kehendak Tuhan untuk Gereja-Nya.

Dalam pertemuan kami, majoriti tidak menentukan apa! Kami mendengar dengan penuh doa kepada sesama dan berbicara dengan sesama sehingga kami dipersatukan. Kemudian semasa kami telah mencapai sehati sepenuhnya, pengaruh Roh Kudus yang menyatukan menusuk sehingga ke tulang belakang! Kami mengalami apa yang Nabi Jospeh Smith ketahui semasa dia ajarkan, “Melalui kesatuan perasaan kita mendapatkan kuasa dengan Tuhan.”7 Tidak ada ahli dalam Presidensi Utama atau Kuorum Dua Belas akan meninggalkan keputusan Gereja Tuhan kepada penilaian dirinya sendiri.

Saudara dan saudari, bagaimana kita dapat menjadi para lelaki dan wanita—pelayan yang bersifat Kristus—yang Tuhan ingin kita untuk menjadi? Bagaimanakah kita dapat mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang membingungkan kita? Sekiranya pengalaman unggul Joseph Smith di Sacred Grove mengajarkan kita sesuatu, ia adalah syurga terbuka dan Tuhan berbicara kepada anak-anak-Nya.

Nabi Joseph Smith telah menetapkan satu contoh kepada kita untuk diikuti dalam menyelesaikan persoalan kita. Dekatkan kepada janji Yakobus bahawa apabila kita kekurangan hikmat kita boleh bertanya kepada Tuhan,8 pemuda Joseph membawa soalannya secara langsung kepada Bapa Syurgawi. Dia mencari wahyu peribadi, dan pencariannya membuka zaman keagamaan terakhir ini.

Dalam cara yang sama, apakah yang akan pencarian anda bukakan untuk anda? Apakah kebijaksanaan yang anda kurang? Apakah yang anda rasa penting untuk diketahui atau difahami? Ikuti teladan Nabi Joseph. Carilah sebuah tempat sunyi di mana anda dapat pergi secara kerap. Rendahkan diri anda di hadapan Tuhan. Luahkan isi hati anda kepada Bapa Syurgawi anda. Berpaling kepada Dia untuk jawapan dan untuk ketenangan.

Berdoa di dalam nama Yesus Kristus tentang kerisauan anda, ketakutan anda, kelemahan-kelemahan anda—ya, hasrat benar-benar anda. Dan kemudian dengar! Tuliskan fikiran yang datang ke minda anda. Catatkan perasaan anda dan diikuti dengan tindakan-tindakan yang anda terilham untuk lakukan. Semasa anda mengulangi proses ini hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, anda akan “bertumbuh ke dalam asas wahyu.”9

Adakah Tuhan benar-benar ingin berbicara kepada anda? Ya! “Seperti juga manusia merentangkan lengannya yang lemah untuk menghentikan Sungai Missouri dalam alirannya yang telah ditetapkan … seolah-olah menghalang Yang Maha Kuasa daripada mencurahkan pengetahuan dari syurga kepada para Orang Suci Zaman Akhir.10

Anda tidak perlu tertanya tentang apa yang benar.11 Anda tidak perlu tertanya siapakah yang anda dapat percaya. Melalui wahyu peribadi, anda dapat menerima kesaksian anda bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan, bahawa Jospeh Smith merupakan seorang nabi, dan ini adalah Gereja Tuhan. Tanpa menghiraukan apa yang orang lain akan kata atau lakukan, tidak ada sesiapa pun akan dapat mengambil kesaksian yang telah lahir ke hati dan minda anda tentang apa yang benar.

Saya menggesa anda untuk memperluaskan keupayaan anda sekarang untuk menerima wahyu peribadi, kerana Tuhan telah menjanjikan bahawa “jika engkau meminta, engkau akan menerima wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan, agar engkau boleh mengetahui misteri dan hal-hal kedamaian—yang membawa kebahagiaan, yang membawa kehidupan abadi.”12

Ya, terdapat lebih banyak yang Bapa Syurgawi ingin anda ketahui. Seperti yang Elder Neal A. Maxwell ajarkan, “Kepada sesiapa yang memiliki mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar, ia jelas bahawa Bapa dan Putera sedang mengungkapkan rahsia-rahsia alam semesta!”13

Tidak ada yang membuka syurga seperti peningkatan gabungan kesucian, kepatuhan yang tepat, pencarian yang tulus, menjamu firman Kristus di dalam Kitab Mormon setiap hari,14 dan komitmen masa yang tetap kepada pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga.

Untuk pasti, mungkin ada masanya ketika anda merasakan seperti syurga tertutup. Tetapi saya berjanji bahawa semasa anda berterusan menjadi patuh, menyatakan kesyukuran untuk setiap berkat yang Tuhan berikan kepada anda, dan semasa anda dengan sabar menghormati masa Tuhan, anda akan diberikan pengetahuan dan pemahaman yang anda cari. Setiap berkat Tuhan miliki untuk anda—bahkan mukjizat-mukjizat—akan mengikuti. Itu adalah apa yang wahyu peribadi akan lakukan untuk anda.

Saya optimis terhadap masa depan. Ia akan dipenuhi dengan kesempatan untuk setiap kita untuk berkembang, menyumbang, dan membawa injil ke setiap penjuru bumi. Tetapi saya tidak juga naif tentang hari-hari di akan datang. Kita hidup di dunia yang rumit dan peningkatan perselisihan. Ketersediaan media sosial yang berlangsungan dan kitaran berita 24 jam menghujani kita dengan mesej-mesej yang tidak henti-henti. Sekiranya kira memiliki harapan untuk menapis suara-suara yang banyak dan falsafah-falsafah manusia yang menyerang kebenaran, kita harus belajar untuk menerima wahyu.

Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus, akan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan agung-Nya di antara masa sekarang dan ketika Dia akan datang lagi. Kita akan melihat tanda-tanda menakjubkan bahawa Tuhan Bapa dan Putera-Nya memimpin Gereja ini dalam kebesaran dan keagungan. Tetapi di hari-hari yang mendatang, ia akan menjadi mustahil untuk bertahan secara rohani tanpa bimbingan, arahan, galakan, dan pengaruh yang tetap dari Roh Kudus.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya merayu kepada anda untuk meningkatkan kemampuan rohani anda untuk menerima wahyu. Jadikan Hari Ahad Easter ini sebuah masa penentuan di dalam kehidupan anda. Pilihlah untuk melakukan pekerjaan rohani yang diperlukan untuk menikmati kurnia Roh Kudus dan mendengar suara Roh dengan lebih kerap dan lebih jelas.

Bersama Moroni, saya menggesa anda pada Hari Sabat Easter ini untuk “datang kepada Kristus, dan berpegang pada setiap kurnia yang baik,”15 bermula dengan kurnia Roh Kudus, kurnia yang dapat dan akan mengubah kehidupan anda.

Kita adalah pengikut Yesus Kristus. Kebenaran yang terpenting Roh Kudus akan pernah bersaksi kepada anda adalah Yesus ialah Kristus, Putera Tuhan yang hidup. Dia hidup! Dia adalah Pengantara kita dengan Bapa, Teladan kita, dan Penebus kita. Pada Hari Easter Hari Ahad ini, kita memperingati korban perdamaian-Nya, Kebangkitan nyata-Nya, dan keilahian-Nya.

Ini adalah Gereja-Nya, dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith. Saya bersaksi sedemikian, dengan ungkapan kasih terhadap setiap anda, dalam nama Yesus Kristus, amin.