Kuorum Penatua
Mempunyai satu kuorum Imamat Melkisedek dalam satu bahagian menyatukan para pemegang imamat untuk mencapai semua bahagian pekerjaan penyelamatan.
Tidak lama setelah Gereja ditubuhkan di zaman akhir ini, Tuhan mengatakan dalam wahyu, “Dan melalui doa dengan imanmu kamu akan menerima hukum-Ku, agar kamu boleh mengetahui bagaimana menguruskan gereja-Ku dan menjadikan segala sesuatu benar di hadapan-Ku.”1 Asas ini telah diikuti dalam Gereja—dan janji itu telah dihormati oleh Tuhan—semenjak itu. Pola-pola organisasi dan pelayanan imamat telah diungkapkan dari masa ke masa, mula dengan Nabi Joseph Smith bila jawatan dan kuorum imamat pertama kali ditubuhkan di zaman sekarang. Peningkatan-peningkatan besar diungkapkan dan digunakan semasa kepimpinan Presiden Brigham Young, John Taylor, dan Spencer W. Kimball, di kalangan mereka, mengenai Kuorum Dua Belas, Tujuh Puluh, imam tinggi, dan jawatan dan kuorum yang lain dalam kedua-dua Imamat Melkisedek and Harun.2 Sekarang, dalam pernyataan bersejarah tadi, Presiden Russell M. Nelson mengumumkan satu lagi peningkatan penting.
Saya akan mengulangi sedikit dari pernyataannya: “Petang ini kami mengumumkan penstrukturan semula kuorum-kuorum Imamat Melkisedek untuk mencapai pekerjaan Tuhan dengan lebih berkesan. Di dalam setiap bahagian, kumpulan imam tinggi dan kuorum penatua akan digabungkan ke dalam satu kuorum penatuah … [dan] komposisi kuorum [imam tinggi pancang] akan didasarkan pada panggilan-panggilan imamat pada masa ini.”
President Nelson tambah:
“Pengubahsuaian ini telah berbulan-bulan dikaji. Kami telah rasa keperluan mustahak untuk mempertingkatkan cara kita menjaga ahli-ahli kita. … Untuk melakukan itu dengan lebih baik, kita perlu memperkukuh kuorum-kuorum imamat kita untuk memberi arahan yang lebih baik mengenai pelayanan kasih dan sokongan yang Tuhan menghendaki bagi para Orang Suci-Nya.
“Penyesuaian-penyesuaian ini diilhami oleh Tuhan. Semasa kita menggunakannya, kita akan lebih berkesan daripada apapun sebelumnya.”3
Menurut arahan Presidensi Utama, Elder Ronald A. Rasband dan saya akan memberi perincian yang kami percaya akan menjawab soalan-soalan yang anda mungkin mempunyai.
Kuorum-Kuorum Penatua dan Imam Tinggi.
Pertama, apakah penyesuaian-penyesuaian untuk kumpulan imam tinggi dan kuorum penatua bahagian? Di bahagian, ahli-ahli kuorum penatua dan kumpulan imam tinggi akan digabungkan menjadi satu kuorum Imamat Melkisedek dengan satu presidensi kuorum. Kuorum ini, bertambah dalam bilangan dan perpaduan, akan dipanggil “kuorum penatua.” Kumpulan-kumpulan imam tinggi dihentikan. Kuorum penatua termasuk semua penatua dan bakal penatua di bahagian dan juga imam-imam tinggi yang tidak melayani pada masa ini dalam lembaga uskup, presidensi pancang, majlis tinggi, atau sebagai bapa-bapa yang bertugas. Kuorum imam tinggi dalam pancang akan terdiri daripada imam-imam tinggi yang melayani pada masa ini dalam presidensi pancang, dalam lembaga uskup, di majlis tinggi, dan sebagai bapa-bapa bangsa yang bertugas
Presidensi Kuorum Penatua.
Bagaimanakah presidensi kuorum penatua diaturkan? Presidensi pancang akan melepaskan kepimpinan kumpulan imam tinggi dan presidensi kuorum penatua dan akan panggil presiden dan penasihat-penasihat kuorum penatua baru di setiap bahagian. Presidensi kuorum penatua baru itu akan menambah para penatua dan imam tinggi, dari pelbagai usia dan pengalaman, melayan bersama dalam satu persidensi kuorum. Seorang penatua atau imam tinggi boleh melayani sebagai presiden kuorum atau sebagai penasihat dalam presidensi. Ini bukan “rampasan kuasa” kuorum penatua oleh imam-imam tinggi. Kami mengharapkan para penatua dan imam tinggi kerja bersama dalam apa jua gabungan dalam presidensi kuorum dan dalam pelayanan kuorum. penyesuaian-penyesuaian kuorum ini patut dilaksanakan secepat mungkin.
Jawatan-jawatan Imamat dalam Kuorum Penatua.
Adakah penyesuaian ini dalam struktur kuorum mengubah jawatan imamat yang dipegang oleh ahli-ahli kuorum? Tidak, tindakan ini tidak memansuhkan jawatan imamat apa pun kepada mana sesiapa ahli kuorum telah ditahbiskan sebelumnya. Sepertimana anda tahu, seseorang lelaki boleh ditahbiskan kepada jawatan-jawatan imamat lain selama kehidupannya, dan dia tidak kehilangan apa-apa pentahbisan apabila dia menerima pentahbisan baru. Dalam beberapa keadaan seorang pemegang imamat boleh melayani dalam lebih daripada satu jawatan pada satu masa, seperti apabila imam tinggi melayani sebagai bapa bangsa atau uskup, biasanya dia tidak berfungsi dalam semua jawatan imamatnya pada masa yang sama. Contohnya, para uskup dan Tujuh Puluh tidak melayani dengan aktif dalam jawatan-jawatan itu setelah mereka dilepaskan atau dibuat emeritus. Jadi, tidak kira apa jawatan imamat yang lain seseorang memegang, semasa dia ahli kuorum penatua, dia melayani sebagai penatua.
Bertahun-tahun lalu, Presiden Boyd K. Packer memerhatikan bahawa “imamat lebih besar daripada semua jawatannya. … Imamat tidak terbahagi. Seorang penatua memegang sebanyak imamat seorang Rasul. (Lihat A&P 20:38.) Apabila seorang lelaki [dianugerahkan dengan imamat], dia terima semuanya. Namun, terdapat jawatan-jawatan di dalam imamat—iaitu bahagian-bahagian wewenang dan tanggungjawab.… Kadang-kadang satu jawatan dikatakan ‘lebih tinggi’ atau ‘lebih rendah’ daripada jawatan yang lain. Daripada “lebih tinggi’ atau ‘lebih rendah,’ jawatan-jawatan dalam Imamat Melkisedek merupakan kawasan-kawasan pelayanan yang berlainan.”4 Saudara, saya berharap kita tidak akan berucap dengan kata-kata “dimajukan” lagi kepada satu lagi jawatan dalam Imamat Melkisedek.
Para penatua akan terus ditahbiskan sebagai imam tinggi apabila mereka dipanggil kepada presidensi pancang, majlis tinggi, atau lembaga uskup—atau pada masa yang lain sebagaimana ditentukan oleh presiden pancang melalui pertimbangan yang penuh doa dan ilham. Apabila masa pelayanan mereka dalam presidensi pancang, majlis tinggi, atau lembaga uskup sudah habis, imam tinggi akan masuk kuorum penatua lagi di bahagian mereka.
Arahan untuk Presiden Kuorum Penatua.
Siapakah mengarahkan pekerjaan presiden kuorum penatua? Presiden pancang memimpin atas Imamat Melkisedek dalam pancangnya. Kerana itu, presiden kuorum penatua bertanggungjawab langsung kepada presiden pancang, yang memberi pengajaran dan bimbingan dari presidensi pancang dan melalui majlis tinggi. Uskup, sebagai imam tinggi yang memimpin di bahagian, juga bertemu biasanya dengan presiden kuorum penatua. Uskup memberikan kaunseling bersamanya dan memberi arahan yang sesuai mengenai cara terbaik untuk melayan dan memberkati ahli-ahli bahagian, bekerja secara harmoni bersama semua organisasi bahagian.5
Tujuan Penyesuaian-penyesuaian Ini.
Apakah tujuan penyesuaian kuorum-kuorum Imamat Melkisedek? Mempunyai satu kuorum Imamat Melkisedek dalam satu bahagian menyatukan para pemegang imamat untuk mencapai semua bahagian pekerjaan penyelamatan, termasuk pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga yang sebelumnya dirancang oleh kumpulan imam tinggi. Ia membiarkan ahli-ahli kuorum dari semua umur dan kehidupan untuk bermanfaat dari pandangan dan pengalaman satu sama lain dan orang yang di bahagian kehidupan yang lain. Ia juga memberi kesempatan tambahan untuk pemegang imamat yang berpengalaman untuk membimbing orang lain, termasuk bakal penatua, ahli baru, dan orang yang balik kepada keaktifan Gereja. Saya tidak dapat cukup menyatakan betapa teruja saya untuk memikirkan peran penting yang kuorum-kuorum penatua akan mengambil pada masa hadapan. Kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan, dan kekuatan yang akan dijumpai dalam kuorum-kuorum ini merupakan hari baru dan standard baru pelayanan imamat di seluruh Gereja.
Dua puluh tahun yang lalu di persidangan umum, saya memberi cerita yang pertama diberitahu oleh Elder Vaughn J. Featherstone dari Tujuh Puluh yang saya rasa perlu diulangi di sini.
“Pada tahun 1918 Brother George Goates adalah petani yang menanam ubi bit gula di Lehi, Utah. Musim sejuk datang awal pada tahun itu dan membeku banyak dari tanaman ubi bitnya dalam tanah. Bagi George dan anak mudanya Francis, kerja pemungutan perlahan dan susah. Sementara itu, wabak selesema sedang berlaku. Penyakit yang ditakuti itu mengambil kehidupan anak George, iaitu Charles, dan tiga dari anak kecil Charles—dua perempuan kecil dan satu lelaki kecil. Dalam masa enam hari sahaja, George Goates membuat tiga perjalanan ke Ogden, Utah, untuk membawa badan-badan ke kampung halaman untuk pengebumian. Setelah pengalaman yang sungguh dahsyat, George dan Francis mempersiapkan gerabak mereka dan balik ke ladang ubi bit.
“[Pada jalan] mereka berlalu banyak gerabak yang penuh ubi bit yang sedang dibawa ke kilang dan dipandu oleh petani-petani kejiranan. Ketika mereka berlalu, setiap pemandu menyambut: ‘Hai Pak Cik George,’ ‘Anda ada banyak kawan, George.’
“Jasper Rolfe yang mukanya penuh tetua berada di gerabak terakhir. Dia menyambut dengan gembira dan berkata: ‘Ini semuanya, Pak Cik George.’
“[Brother Goates] berpaling kepada Francis dan berkata: ‘Saya menghajati semua bit itu milik kita.’
“Bila mereka sampai di pintu pagar ladang, Francis turun dari gerabak merah besar dan membuka pintu pagar ketika [bapanya] memandu masuk ladang. [George] berhenti, … dan memandang ladang. … Tidak ada ubi bit gula di seluruh ladang. Baru dia sedar apa yang Jasper Rolfe bermaksud bila dia berkata: ‘Ini semuanya, Pak Cik George!’
“[George] turun dari gerabak, mengambil genggam tanah subur itu yang dia sayang, dan dia mengambil daun ubi bit, dan dia tengok dua lambang pekerjaannya, seolah-seolah dia dia tidak dapat percaya matanya.
“[Dia] duduk di atas timbun daun ubi bit—lelaki ini yang membawa empat dari keluarganya untuk dikebumikan dalam masa enam hari sahaja; membuat keranda, menggali kubur, dan membantu dengan pakaian kuburan—lelaki yang menakjubkan ini yang tidak pernah jatuh, atau teragak-agak melalui pengalaman pahit ini—duduk di atas timbun daun bit dan menangis seperti anak kecil.
“Setelah itu dia berdiri, mengelap matanya, … memandang ke langit, dan berkata: ‘Terima kasih, Bapa, untuk penatua-penatua bahagian kami.’”6
Ya, terima kasih kepada Tuhan untuk semua lelaki imamat dan pelayanan yang belum akan melayan dalam peningkatan individu dan keluarga dan mendirikan Sion.
Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Presidensi Tujuh Puluh telah mempertimbangkan penyesuaian-penyesuaian ini selama masa panjang. Dengan banyak doa, penelitian dasar kuorum imamat di tulisan suci, dan pengesahan bahawa ini ialah kehendak Tuhan, kita maju ke depan dengan kesepakatan dalam satu lagi langkah dalam perkembangan Pemulihan. Arahan Tuhan nyata, dan saya bergirang hati di dalamnya, ketika saya memberi kesaksian tentang Dia, imamat-Nya, dan pentahbisan anda dalam imamat itu, dalam nama Yesus Kristus, amin.