2010–2019
Nabi Tuhan
April 2018


2:3

Nabi Tuhan

Seorang nabi tidak berdiri di antara anda dan Juruselamat. Sebaliknya, dia berdiri di sebelah anda dan menunjukkan anda cara kepada Juruselamat.

Saya tambahkan sambutan saya kepada Elder Gong dan Elder Soares ke kesaudaraan Kuorum Dua Belas yang unik.

Dengan menyokong Presiden Russell M. Nelson sebagai nabi Tuhan dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita menjadi sebahagian perhimpunan khusyuk takdir ilahi—khusyuk kerana kejadian dalam jam lepas ini sudah ditunggu-tunggukan dalam syurga sejak sebelum bumi dicipta. Tuhan Yesus Kristus, yang mengarahkan kerja-Nya, hari ini, melalui Presiden Eyring, mempersembahkan nabi-Nya, pemimpin yang Dia pilih, kepada kita, umat perjanjian-Nya, membenarkan kita menyatakan kerelaan kita secara awam, untuk menyokong dia dan mengikut nasihatnya.

Kepada berjuta-jura orang ahli Gereja yang tidak bersama kami di Pusat Persidangan, saya hendak anda tahu bahawa Roh Tuhan dalam bangunan ini semasa penyokongan Presiden Nelson adalah sama seperti yang anda harapkan—penuh dengan kuasa rohani. Perhimpunan kita yang diarahkan secara ilahi tidak hanya berlaku dalam Pusat Persidangan sahaja tetapi di seluruh dunia juga—dalam bangunan gereja di Asia, Afrika, dan Amerika Utara; dalam rumah di Amerika Tengah dan Amerika Selatan serta Eropah; pada teres berbumbung di Pasifik dan pulau-pulau di laut. Perhimpunan ini berlaku di mana-mana tempat dunia anda berada, mahupun melalui audio telefon pintar anda. Tangan kita angkat bukan dikira oleh uskup, tetapi dicatatkan di syurga, seperti perjanjian kita dengan Tuhan, dan tindakan kita dicatatkan dalam buku kehidupan.

Tuhan Pilihkan Nabi-Nya

Pemilihan nabi dibuat oleh Tuhan. Tidak ada kempen, tidak ada perdebatan, tidak ada berlagak untuk kedudukan, tidak ada pertengkaran, kesangsian, kekeliruan, atau huru-hara. Saya juga menetapkan bahawa kuasa syurga bersama kami dalam bilik atas bait suci semasa kami mengelilingi Presiden Nelson dengan penuh doa dan kami rasa Tuhan memberi kebenaran ke atas dia.

Pemilihan Presiden Nelson untuk melayan sebagai nabi Tuhan sudah ditetapkan lama sebelum kini. Firman Tuhan kepada Yeremia juga boleh digunakan ke atas Presiden Nelson: “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”1 Hanya tiga tahun lalu, Elder Nelson, pada usia 90 tahun, duduk di tempat keempat dalam kekananan . Dua daripada tiga orang Rasul lebih kanan daripada dia berusia lebih muda. Tuhan yang mengawal hidup dan mati, memilih nabi-Nya. Presiden Nelson, sekarang berusia 93 tahun masih sangat sihat. Kita harap dia akan bersama kita buat satu atau dua dekad lagi, tetapi sekarang kita cuba memujuk dia menjauhkan diri dari lereng luncur salji.

Kita menyokong nabi sebagai hamba terpilih Tuhan, tetapi kita menyembah Tuhan, Bapa Syurgawi kita, dan Putera ilahi-Nya. Melalui jasa, belas kasihan, dan rahmat Juruselamat kita, Yesus Kristus, kita boleh kembali ke hadirat Mereka satu hari.2

Mengapa Kita Ikut Nabi

Tetapi Yesus juga ajarkan satu kebenaran penting tentang hamba-hamba yang Dia hantar kepada kita. Dia berfirman, “Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut Aku juga; dan sesiapa yang menyambut Aku, menyambut Dia yang mengutus Aku.”3

Peranan terpenting nabi Tuhan adalah untuk mengajar kita tentang Juruselamat dan membimbing kita kepada Dia.

Ada banyak sebab yang logikal untuk mengikut Presiden Russell M. Nelson. Mereka dari duniawi juga anggap dia bijak. Presiden Nelson menjadi seorang doktor pada umur 22 tahun, seorang pakar bedah jantung, dan seorang perintis dalam perkembangan pembedahan jantung terbuka yang terkenal.

Ada orang yang mengakui kebijaksanaan dan pendapatnya: pelajaran tentang hidup dan mati selama sembilan dekad, hidup tidak mementingkan diri, mengasihi dan mengajar anak-anak Tuhan di seluruh dunia, dan pengalaman memiliki 10 orang anak, 57 orang cucu, dan 118 orang cucu cicit (nombor terakhir ini selalu berubah; seorang cucu cicit lelaki dilahirkan hari Rabu lepas ini).

Presiden Russell M. Nelson bersama cucu cicit barunya

Mereka yang betul-betul mengetahui dia tahu bahawa Presiden Nelson menghadap cabaran kehidupan dengan iman dan keberanian. Apabila anak perempuannya, Emily, yang berumur 37 tahun meninggal dunia dari penyakit barah, dia tinggalkan seorang suami dan lima orang anak kecil. Saya dengar Presiden Nelson kata, “Saya bapanya, seorang doktor, dan seorang Rasul Tuhan Yesus Kristus, tetapi saya tunduk kepala dan mengakui, ‘Janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.’”4

Seorang Pengawal Di Atas Menara

Walaupun kita mengagumi semua sifat mulia itu, tetapi mengapa kita mengikut Presiden Nelson? Mengapa kita ikut nabi? Kerana Tuhan Yesus Kristus sudah panggil dia dan menugaskan dia sebagai pengawal-Nya yang bertugas di menara.

Carcassonne, France

Carcassonne ialah satu bandar bertembok di Perancis yang berdiri semenjak zaman pertengahan. Menara-menara tinggi berdiri tegak dari tembok-temboknya, dibinakan untuk pengawal-pengawal yang berdiri di atas menara-menara itu siang dan malam, memerhati kedekatan musuh mereka. Apabila pengawal nampak musuh mereka menghampiri, suara amarannya melindungkan rakyat Carcassonne daripada kebahayaan yang akan berlaku.

Seorang nabi ialah pengawal di atas menara, melindungi kita daripada kebahayaan rohani yang tidak dapat kita lihat.

Tuhan berfirman kepada Yehezkiel, “Aku melantik engkau menjadi penjaga bangsa Israel. Engkau mesti menyampaikan amaran-Ku kepada mereka.”5

Kita sentiasa berucap tentang keperluan kita untuk mengikut nabi, tetapi timbangkan beban berat yang Tuhan letak ke atas nabi-Nya: “Jika Aku memberitahukan bahawa orang jahat akan mati, tetapi engkau tidak memberi mereka amaran … , maka mereka akan mati sebagai orang berdosa. Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematian mereka.”6

Satu Kesaksian Peribadi Yang Lebih Besar

Kita menyokong Presiden Nelson seperti kita menyokong Petrus atau Musa jika kita hidup pada zaman purba. Tuhan beritahu Musa, “Aku akan menolong engkau bercakap, dan memberitahu engkau apa yang harus engkau katakan.”7 Kita mendengari nabi Tuhan dengan iman bahawa kata-katanya datang “daripada mulut [Tuhan].”8

Adakah ini iman yang buta? Tidak, ini bukan iman yang buta. Kita masing-masing ada satu kesaksian rohani tentang kebenaran Pemulihan injil Yesus Kristus. Dengan hak pilihan diri sendiri, kita angkat tangan pagi ini, mengisytiharkan hasrat kita untuk menyokong nabi Tuhan dengan “keyakinan, iman, dan doa”9 dan untuk mengikut nasihatnya. Sebagai Orang-orang Suci Zaman Akhir, kita ada hak istimewa untuk menerima kesaksian peribadi bahawa panggilan Presiden Nelson adalah dari Tuhan. Isteri saya, Kathy, sudah mengetahui Presiden Nelson secara peribadi selama hampir tiga dekad dan tidak menyoalkan peranan ilahinya. Tetapi selepas penetapan Presiden Nelson, isteri saya mula membaca semua ucapan persidangan umumnya 34 tahun lepas ini, berdoa untuk menerima satu kepastian yang lebih mendalam tentang peranan nabinya. Saya janji anda bahawa kesaksian lebih besar ini akan datang kepada anda apabila anda mencarikan ia dengan rendah hati dan layak.

Mengapa kita begitu rela mengikut suara nabi kita? Bagi orang yang tekun mencarikan kehidupan abadi, suara nabi mendatangkan keselamatan rohani dalam masa yang bergelora.

Kita tinggal di dunia yang bising dengan banyak pendapat yang berlainan. Internet, smartphone, pilihan hiburan semua merayukan perhatian kita dan memaksakan pengaruhan ke atas kita, mengharapkan bahawa kita akan belikan barang mereka dan menerima standard mereka.

Maklumat dan pendapat yang tidak berhujung ini mengingatkan kita amaran dari kitab suci mengenai keadaan “ditiup ke sana sini,”10 “diumbang-ambingkan angin,”11 dan disesat oleh “orang licik” “dengan tipu muslihat.”12

Mengukuhkan jiwa kita kepada Tuhan Yesus Kristus memerlukan kita mendengar orang yang Dia utuskan. Mengikut nabi dalam satu dunia yang penuh kekacauan adalah seperti diselubung dalam satu selimut yang panas pada hari yang sejuk.

Kita hidup dalam satu dunia yang penuh dengan alasan, perdebatan, pertengkaran, logik, dan penjelasan. Menanya “Mengapa?” adalah positif dalam banyak aspek kehidupan kita, membenarkan kuasa intelek kita untuk membimbing banyak pilihan dan keputusan yang kita hadapi setiap hari.

Tetapi suara Tuhan biasanya datang tanpa penjelasan.13 Lama sebelum ahli akademik mengaji kesan kecurangan ke atas suami atau isteri serta anak-anak, Tuhan mengisytiharkan, “Jangan berzina.”14 Kita menghargai kurnia Roh Kudus lebih daripada intelek.

Janganlah Hairan

Nuh berkhutbah

Suara nabi, diucap dengan belas kasihan, biasanya akan menyuruh kita untuk berubah, bertaubat, dan kembali kepada Tuhan. Apabila pembetulan diperlukan, jangan tangguh. Dan jangan menjadi cemas apabila suara amaran nabi bertentang dengan pendapat popular duniawi hari ini. Kritikan dari orang yang tidak percaya selalu datang pada saat nabi mula berucap. Apabila anda mengikut nasihat nabi Tuhan dengan rendah hati, saya janji anda akan menerima berkat keselamatan dan kedamaian.

Samuel si Bangsa Laman bernubuat

Jangan hairan jika ada masanya pendapat peribadi anda pada mulanya tidak selaras dengan ajaran nabi Tuhan. Masa ini ialah masa untuk pembelajaran, kerendahan hati, apabila kita melutut untuk berdoa. Kita maju ke depan dengan iman, percaya kepada Tuhan, mengetahui bahawa kita akan menerima kejelasan rohani dari Bapa Syurgawi kita. Seorang nabi huraikan kurnia Juruselamat sebagai “kehendak Putera ditelan dalam kehendak Bapa.”15 Penyerahan kehendak kita kepada kehendak Tuhan sebenarnya bukan penyerahan tetapi satu permulaan kemenangan yang agung.

Ada orang akan cuba menganalisikan kata-kata nabi dengan terlalu teliti, keliru tentang apakah ialah suara nabi dan apakah pendapat diri sendiri.

Pada tahun 1982, dua tahun sebelum dipanggil sebagai seorang Penguasa Umum, Brother Russell M. Nelson kata, “Saya tidak tanya diri sendiri, ‘Bilakah nabi berucap sebagai seorang nabi dan bilakah dia tidak?’ Saya hanya tanya, ‘Bagaimana saya boleh menjadi lebih seperti dia?’” Dia tambah, “[Falsafah] saya adalah untuk tidak meletakkan tanda tanya di hujung kenyataan nabi dan sebaliknya letakkan tanda seru.”5 Inilah cara seorang yang rendah hati dan rohani hidup. Sekarang, 36 tahun kemudian, dia menjadi nabi Tuhan.

Meningkat Iman Anda kepada Juruselamat

Dalam kehidupan peribadi saya, saya mendapati bahawa apabila saya mengaji kata-kata nabi Tuhan dengan teliti, dengan kesabaran, dan melaraskan kehendak saya dengan ajaran rohaninya, iman saya kepada Tuhan Yesus Kristus selalu meningkat.17 Jika kita pilih untuk mengetepikan nasihatnya dan memutus bahawa kita lebih bijak, iman kita menderita dan perspektif abadi kita akan menjadi kabur. Saya janji anda apabila anda tetap tegas mengikut nabi, iman anda kepada Juruselamat akan meningkat.

Juruselamat berfirman, “Semua nabi … telah bersaksi tentang Aku.”18

Seorang nabi tidak berdiri di antara anda dan Juruselamat. Sebaliknya, dia berdiri di sebelah anda dan menunjukkan anda cara kepada Juruselamat. Tanggungawab terbesar seorang nabi dan kurnia paling berharga kepada kita ialah kesaksian pastinya, ilmunya bahawa Yesus Kristus ialah Kristus. Seperti Petrus dari zaman purba, nabi kita mengisytiharkan, “[Dialah] Penyelamat yang diutus oleh Tuhan, Anak Tuhan Yang Hidup.”19

Pada satu hari depan, apabila merenung balik kefanaan kita, kita akan bergembira bahawa kita hidup pada bumi dalam zaman di mana kita ada seorang nabi hidup. Pada hari itu, saya harap kita akan kata:

Kita mendengari dia.

Kita percaya dia.

Kita mengaji kata-katanya dengan kesabaran dan iman.

kita akan berdoa untuk dia.

Kita berdiri bersama dia.

Kita mengikut dia dengan rendah hati.

Kita menyayangi dia.

Saya berikan kesaksian khusyuk saya bahawa Yesus ialah Kristus, Penebus dan Juruselamat kita, dan Presiden Russell M. Nelson ialah nabi yang terpilih pada bumi. Dalam nama Yesus Kristus, amin

Nota

  1. Yeremia 1:5.

  2. Lihat 2 Nefi 2:8.

  3. Matius 10:40.

  4. Peringatan peribadi; juga lihat Spencer J. Condie, Russell M. Nelson: Father, Surgeon, Apostle (2003), 235.

  5. Yehezkiel 33:7.

  6. Yehezkiel 33:8.

  7. Keluaran 4:12

  8. Ajaran dan Perjanjian 21:5.

  9. Ajaran dan Perjanjian 107:22.

  10. Efesus 4:14.

  11. Yakobus 1:6.

  12. Efesus 4:14.

  13. Presiden Dallin H. Oaks pernah kata:

    “Dalam satu temu duga tahun 1988 … Saya jelaskan sikap saya terhadap cubaan untuk memberikan sebab-sebab moral demi wahyu ilahi:

    “‘Jika anda baca kitab suci dengan soalan ini dalam minda, “Mengapa Tuhan memerintah ini dan mengapa Dia memerintah itu,” anda tidak akan dapat cari banyak penjelasan diberikan. Tuhan tidak biasanya berikan penjelasan. Kita boleh letakkan penjelasan ke atas wahyu. Kita boleh letakkan penjelasan ke atas perintah. Apabila kita buat demikian, kita bergantung pada diri sendiri. Ada orang yang letakkan penjelasan ke atas [wahyu] … , dan mereka salah akhirnya.Ada satu pelajaran di sini.… Saya buat keputusan lama dahulu bahawa saya beriman dalam perintah dan saya tidak beriman dalam penjelasan yang sudah dicadangkan ke atas perintah.’ …

    “‘…Penjelasan, pada pendapat saya, ialah satu risiko yang tidak penting. … Jangan ulangkan kesilapan ini, … untuk meletakkan penjelasan ke atas wahyu. Penjelasan dicipta oleh manusia. Wahyu ialah perkara yang kita sokong sebagai kehendak Tuhan dan di situlah terdapat keselamatan’” (Life’s Lessons Learned [2011], 68–69).

  14. Keluaran 20:14.

  15. Mosia 15:7.

  16. Russell M. Nelson, in Lane Johnson, “Russell M. Nelson: A Study in Obedience,” Tambuli, Jan. 1983, 26.

  17. Presiden Henry B. Eyring kata: “Satu falasi adalah untuk percaya bahawa pilihan untuk menerima atau tidak menerima nasihat nabi adalah seperti sama ada menerima nasihat baik dan memperoleh faedah atau berada di mana kita tetap sekarang. Tetapi pilihan untuk tidak mengikut nasihat nabi mengubahkan tempat di mana kita diri. Ia menjadi lebih bahaya. Kegagalan untuk mengikut nasihat nabi mengurangkan kuasa kita untuk mengikut nasihat yang diilhami pada masa depan. Masa yang paling baik untuk memutus untuk menolong Nuh membina bahtera ialah kali pertama dia tanya. Setiap kali dia tanya selepas itu, setiap kegagalan untuk membalas akan mengurangkan keupayaan untuk merasa Roh. Jadi rayuannya menjadi semakin bodoh, sehingga hujan datang. Kemudian ia menjadi terlalu lewat” (“Finding Safety in Counsel,” Ensign, Mei 1997, 25).

  18. 3 Nefi 20:24.

  19. Matius 16:16; juga lihat Yohanes 6:69.