Perjanjian Lama 2022
4–10 Julai. 2 Raja-Raja 2–7: “Ada Seorang Nabi di Israel”


“4–10 Julai. 2 Raja-Raja 2–7: ‘Ada Seorang Nabi di Israel,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Lama 2022 (2021)

“4–10 Julai. 2 Raja-Raja 2–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2022

Elisa menunjukkan kereta kuda berapi kepada hambanya

Ilustrasi Elisa menunjukkan kereta kuda berapi kepada hamba-Nya, © Review & Herald Publishing/lesen dari goodsalt.com

4–10 Julai

2 Raja-Raja 2–7

“Ada Seorang Nabi di Israel”

Semasa anda membaca tulisan suci, Roh Kudus dapat mengingatkan anda frasa atau petikan tertentu. Pertimbangkan untuk menulis mengapakah petikan-petikan itu bermakna bagi anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Misi utama seorang nabi adalah untuk mengajar dan bersaksi tentang Juruselamat Yesus Kristus. Akan tetapi, catatan kita tentang nabi Elisa tidak termasuk banyak ajaran atau kesaksiannya. Apa yang termasuk dalam catatan itu adalah mukjizat yang dilaksanakan Elisa, termasuk membangkitkan seorang kanak-kanak dari kematian (lihat 2 Raja-Raja 4:18–37), memberi makan banyak orang dengan jumlah makanan yang sedikit 2 Raja-Raja 4:42–44), dan menyembuhkan seorang penghidap kusta 2 Raja-Raja 5:1–14). Oleh itu, meskipun kita tidak mempunyai kata-kata kesaksian Elisa tentang Kristus, kita mempelajari sepanjang pelayanan Elisa, pernyataan yang kuat dari kuasa memberi, memelihara dan penyembuhan Tuhan. Pernyataan seperti itu lebih banyak terdapat dalam kehidupan kita daripada yang kita sedari. Untuk melihatnya, kita perlu mencari mukjizat yang Elisa carikan ketika dia berdoa bagi pihak hambanya yang ketakutan, “Tuhan, celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat” (2 Raja-Raja 6:17).

Untuk maklumat lanjut tentang 2 Raja-Raja, lihat “Raja-Raja” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

2 Raja-Raja 2–6

Tuhan boleh melakukan mukjizat dalam hidup saya.

Mukjizat sering membantu kita mengatasi kesukaran kefanaan—pada zaman Elisa, tanah tandus memerlukan air bersih dan kapak yang hilang perlu ditemui (lihat 2 Raja-Raja 2:19–22; 6:4–7). Tetapi mukjizat juga memalingkan hati kita kepada Tuhan dan mengajar kita pelajaran rohani. Semasa anda membaca 2 Raja-Raja 2–6, pertimbangkan untuk membuat senarai mukjizat yang anda temui, dan renungkan pelajaran rohani yang anda pelajari dari setiap mukjizat itu. Apakah yang mukjizat-mukjizat ini ajarkan kepada anda tentang Tuhan dan apakah yang Dia dapat lakukan dalam hidup anda?

Lihat juga 2 Nefi 26:12–13; 27:23; Mormon 9:7–21; Moroni 7:35–37; Donald L. Hallstrom, “Adakah Hari Kemujizatan Telah Berhenti?Liahona, Nov. 2017, 88–90.

2 Raja-Raja 4:8–17; 7:1–16

Firman Tuhan melalui para nabi-Nya akan digenapi.

Seperti yang dicatatkan dalam 2 Raja-Raja 4:8–17; 7:1–16, Tuhan mengilhami Elisa untuk menubuatkan hal-hal yang akan datang—hal-hal yang dari perspektif orang lain adalah tidak mungkin terjadi. Semasa anda membaca ayat-ayat ini, fikirkan bagaimana anda bertindak balas terhadap firman Tuhan melalui para nabi-Nya hari ini. Apakah ajaran, nubuat, atau janji apa yang anda pernah dengar daripada para nabi yang hidup? Apakah yang anda sedang lakukan untuk bertindak dalam iman terhadap janji-janji itu?

Lihat juga 3 Nefi 29:6; Ajaran dan Perjanjian 1:37–38.

2 Raja-Raja 5

Jika saya merendahkan hati dan patuh, Yesus Kristus dapat menyembuhkan saya.

Kadang-kadang, ia lebih mudah untuk mencari makna peribadi dalam tulisan suci apabila anda membandingkan hal jasmani dalam cerita dengan hal rohani. Contohnya, semasa membaca 2 Raja-Raja 5, anda boleh membandingkan kusta Naaman dengan cabaran rohani yang anda sedang hadapi. Seperti Naaman, anda mungkin berharap Tuhan akan “melakukan perkara yang susah (hebat)” (ayat 13) untuk membantu anda. Apakah yang pengalaman Naaman ajarkan kepada anda? Dalam hidup anda, apakah nasihat yang serupa seperti “mandi, supaya sembuh”?

Perhatikan bagaimana pengalaman Naaman mempengaruhi imannya terhadap Tuhan Israel (lihat ayat 15). Apakah pengalaman yang menguatkan iman anda terhadap Tuhan?

Lihat juga Lukas 4:27; 1 Petrus 5:5–7; Alma 37:3–7; Eter 12:27; L. Whitney Clayton, “Lakukan Apa Sahaja yang Dikatakan-Nya Kepada Kamu,” Liahona, Mei 2017, 97–99.

2:3

2 Raja-Raja 6:8–23

“Yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka.”

Pernahkah anda merasa lebih kecil dan takut, tertanya-tanya, seperti yang dilakukan oleh hamba muda Elisa, “Apakah yang harus kita lakukan?” (lihat 2 Raja-Raja 6:8–23). Apakah yang mengilhami anda tentang jawapan Elisa? Bagaimanakah laporan ini mengubah cara anda berfikir dan rasa tentang percubaan, tanggungjawab, atau usaha anda untuk menjalankan injil?

Semasa anda merenung, pertimbangkan kata-kata Presiden Henry B. Eyring: “Seperti hamba Elisa, ada lebih banyak yang di pihak anda daripada yang anda lihat menentang anda. Sesetengah mereka tidak terlihat dengan mata fana anda. Tuhan akan mengangkat anda dan kadangkala akan memanggil orang lain untuk berdiri bersama anda” (“O Ye That Embark,” Liahona, Nov. 2008, 58).

Lihat juga Mazmur 121; Ajaran dan Perjanjian 84:88.

ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

2 Raja-Raja 2:1–14.Fikirkan tentang orang-orang yang melihat bahawa Elisa “mengambil” jubah Elia (atau pakaian—lambang panggilan kenabiannya). Bagaimanakah ini dapat mempengaruhi cara mereka bertindak balas terhadap pelayanan Elisa? (Lihat juga 1 Raja-Raja 19:19.) Mungkin ahli keluarga boleh bergilir memakai “jubah” dan bersaksi bagaimana mereka melihat Tuhan menyokong dan menguatkan mereka yang dipanggil untuk melayani di Gereja-Nya.

2 Raja-Raja 4.Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk membaca tentang salah satu mukjizat dalam 2 Raja-Raja 4 (lihat ayat 1–7, 14–17, 32–35, 38–41, 42–44) dan tuliskan petunjuk untuk membantu ahli keluarga yang lain meneka mukjizat yang digambarkan. Apakah yang kita pelajari tentang Tuhan dan mukjizat-Nya dari bab ini? Apakah mukjizat—besar atau kecil—yang pernah kita lihat dalam hidup kita?

2 Raja-Raja 5:1–15.Semasa anda membaca ayat-ayat ini dan merenungkan hal mudah yang Naaman diminta untuk lakukan, pertimbangkan hal-hal mudah yang nabi minta kita untuk lakukan. Bagaimanakah keluarga kita dapat mengikuti nasihatnya dengan lebih baik?

Keluarga anda juga boleh membaca “Elisa Menyembuhkan Naaman” (dalam Cerita-Cerita Perjanjian Lama).

2:3

2 Raja-Raja 5:20–27.Bagaimanakah Gehazi mendapat manfaat dari membaca “Kejujuran dan Integriti” dalam Untuk Kekuatan Remaja? (page 19). Bagaimanakah ketidakjujuran membahayakan kita? Bagaimanakah kita diberkati kerana jujur?

2 Raja-Raja 6:13–17.Ahli keluarga boleh melukis gambar pengalaman Elisa dan pelayannya yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini. Bagaimanakah ayat-ayat ini dapat membantu kita ketika kita merasa bersendirian atau terbeban?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Anak-anak yang Terkasih,” Nyanyian Rohani, no. 34.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan pertanyaan. Soalan daripada anak-anak adalah petunjuk bahawa mereka sudah bersedia untuk belajar. Sekiranya anda tidak mengetahui jawapan untuk soalan mereka, cari jawapan bersama mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Naaman mandi di sungai

Ilustrasi Naaman disembuhkan dari kusta, oleh Paul Mann