Asas-asas Pelayanan, Januari 2020
Pengumpulan Israel melalui Pelayanan
Pelayanan ialah satu peluang untuk mengikut nasihat nabi bagi mengumpulkan Israel.
Asas-asas Pelayanan, Januari 2020
Presiden Russell M. Nelson telah menjemput kita untuk membantu mengumpulkan Israel—“pengumpulan itu adalah yang terpenting pada masa ini di bumi.”1
Kepada mereka yang mahu terlibat dalam pekerjaan mengumpulkan Israel ini, pelayanan boleh menjadi peluang yang sangat baik. Ia merupakan satu cara yang terilham untuk mengubah hidup seseorang. Sama ada kita melayan para ahli yang kurang aktif atau menjemput mereka untuk membantu kita semasa kita melayan mereka yang beragama lain, pelayanan menyediakan peluang untuk mengumpulkan Israel.
Menyelamatkan Ahli yang Kembali
“Dengan kasih sayang sebagai motivasi, mukjizat akan berlaku, dan kita akan mencari jalan untuk membawa saudara dan saudari kita ‘yang hilang’ ke dalam pelukan injil Yesus Kristus yang untuk semua orang.” —Jean B. Bingham2
“Saya telah menjadi tidak aktif sekurang-kurangnya enam tahun ketika suami dan saya berpindah ke bandar yang baru. Presiden Lembaga Pertolongan baru saya melawat saya, bertanya jika dia boleh menghantar seorang saudari untuk melawat saya. Dengan rasa gementar, saya bersetuju. Saudari ini melawat saya setiap bulan, walaupun dia mempunyai alahan kepada anjing—dan saya mempunyai seekor anjing yang sangat penyayang! Pelayanannya berterusan selama dua tahun, dan ia mempunyai kesan yang besar kepada saya.
“Walaupun lawatan biasanya untuk bersosial, kadangkala dia akan bertanya soalan-soalan yang mendorong kita kepada perbualan rohani. Ia membuat saya sedikit tidak selesa, tetapi ia mendorong saya untuk memutuskan sama ada untuk maju ke hadapan dalam injil atau kekal di mana saya berada. Keputusan ini merupakan satu pergelutan bagi saya, tetapi saya memilih untuk melawat dengan para penginjil saudari.
“Pada hari saya menghadiri pertemuan sakramen untuk kali pertama dalam enam tahun, saya takut untuk pergi. Semasa berjalan ke dalam Gereja, pelayan saudari saya sedang menunggu saya, dan dia berjalan dengan saya ke dalam gereja. Selepas itu, dia berjalan dengan saya ke kereta saya, bertanya bagaimana dia boleh membantu saya untuk lebih mendekati Juruselamat.
“Masa dan kasih pelayan saudari saya membantu mendorong saya untuk kembali kepada Gereja, dan saya menghargai usahanya sebagai salah satu kurnia terbesar yang telah diberikan kepada saya. Saya sangat bersyukur dia berada di sisi saya dalam perjalanan pengembalian saya kepada Gereja Juruselamat.”
Nama tidak diberi, British Colombia, Kanada
Asas-asas untuk Dipertimbangkan
“Melawat saya setiap bulan”
Bagaimanakah anda boleh menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang mereka yang anda layan daripada perkara lain? (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:44).
“Soalan-soalan”
Bertanya soalan-soalan yang betul boleh membantu menimbulkan penilaian diri. Ingatlah bahawa pelayanan kita mempunyai tujuan yang lebih penting daripada menjadi sosial.3
“Menunggu saya”
Semua harus rasa dialu-alukan (lihat 3 Nefi 18:32).
“Di sisi saya dalam perjalanan pengembalian saya”
Sokongan kita boleh membuat perbezaan yang besar kepada mereka yang pernah tersandung untuk kembali kepada Juruselamat dan untuk dipulihkan (lihat Ibrani 12:12–13).
Pelayanan dan Pengumpulan
“Dalam apa jua cara yang normal dan semula jadi bagi anda, kongsikanlah dengan orang mengapa Yesus Kristus dan Gereja-Nya penting bagi anda. …
“… Peranan anda adalah untuk kongsikan apa dalam hati anda dan hidup selari dengan kepercayaan anda.” —Elder Dieter F. Uchtdorf4
Pelayanan dan berkongsi injil adalah dua perkara yang bekerjasama. Berikut adalah beberapa cara kita boleh mengumpulkan kawan-kawan dan jiran-jiran kita semasa kita melayan—atau melayan semasa kita mengumpulkan kawan-kawan dan jiran-jiran kita.
-
Melayan bersama. Cari peluang untuk menjemput kawan-kawan atau jiran-jiran untuk menyertai anda dalam melayani keperluan seseorang. Minta mereka untuk membantu anda menyediakan makanan bagi seorang ibu baru, melawat seorang jiran yang tua, atau mengemaskan rumah seseorang yang sakit.
-
Mengajar bersama. Pertimbangkan untuk menjemput seorang kawan atau jiran yang jarang datang ke Gereja untuk membenarkan ajaran penginjil di rumah mereka bagi seseorang yang bertemu dengan para penginjil. Atau kawan anda boleh menyokong anda menjadi tuan rumah satu ajaran di rumah anda atau pergi dengan anda ke satu ajaran di rumah orang lain.
-
Menghubungi orang lain apabila anda melihat keperluan. Tawarkan untuk mengatur pengangkutan ke Gereja. Jemput kanak-kanak ke aktiviti remaja atau Sekolah Primer. Apakah cara lain yang anda boleh lakukan untuk melayan atau mengumpul?
-
Gunakan sumber-sumber yang Gereja telah sediakan. Gereja menawarkan banyak sumber-sumber bagi para ahli untuk membantu mereka berkongsikan injil. Anda boleh semak imbas bahagian “Mission (Penginji)l” dalam aplikasi Gospel Library dan melawat ComeUntoChrist.org untuk idea-idea bagaimana mengumpulkan Israel dalam komuniti kita.
© 2020 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Ministering Principles, January 2020. Malay. 16984 348