“Pelayanan Menggunakan Ikutlah Aku,” Liahona, September 2020
Asas-asas Pelayanan, September 2020
Pelayanan Menggunakan Ikutlah Aku
Bagaimanakah Ikutlah Aku dapat membantu anda membuat perbezaan dalam kehidupan orang lain?
Sama ada anda bersama keluarga, di dalam kelas Sekolah Minggu sebagai pengajar atau pelajar, atau di sekolah, di tempat kerja, atau tempat-tempat lain, mengkaji tulisan suci dengan menggunakan Ikutlah Aku memberi banyak peluang untuk melayani orang lain. Bahkan, mengajar, “adalah lebih sekadar mengetuai perbincangan pada hari Ahad; ia melibatkan pelayanan dengan kasih dan memberkati orang lain dengan injil.”1
Berhubung dengan Pelajar-pelajar
Apabila Ofelia Trejo de Cárdenas dipanggil untuk mengajar ahli dewasa muda dalam bahagiannya di Bandar Mexico, dia merasa bahawa hubungan akrab bersama setiap pelajar Sekolah Minggunya akan meningkatkan keupayaan dia untuk mengajar dan memperkuatkan mereka.
“Jika saya tidak mempunyai perhubungan akrab bersama pelajar-pelajar dan jika mereka tidak merasai kasih saya, mereka mungkin tidak akan mempercayai saya apabila saya mengajar atau bersaksi di dalam kelas,” kata dia. “Mereka mungkin rasa saya hanya seorang pengajar Sekolah Minggu.”
Tetapi bagaimanakah Sister Cárdenas dapat menjalinkan perhubungan sedemikian jika dia hanya mengajar sekali setiap dua minggu? Dia menemui jawapannya melalui teknologi. Dengan menggunakan aplikasi WhatsApp telefon bimbitnya, dia dan pelajar-pelajarnya mula berhubung setiap hari melalui teks dan pesanan suara. Kini, setiap hari sebelum pelajaran Sekolah Minggu seterusnya, seorang ahli kelas dengan sukarelanya menghantar satu ayat suci berserta tanggapan peribadi dari pelajaran yang akan datang kepada ahli-ahli kelas lain. Setelah membaca ayat dan tanggapan itu, ahli-ahli kelas membalas dengan tanggapan mereka sendiri.
“Setelah mereka membaca ayat suci itu, mereka menghantar gambar muka gembira, jadi saya tahu mereka telah membaca atau mengkaji ayat suci itu serta telah memikirkannya,” kata Sister Cárdenas. Apabila tiba pelajaran Hari Minggu yang seterusnya, para pelajar bersedia untuk terlibat.
Baru-baru ini, perhubungan harian ini telah memberkati seorang dewasa muda yang ibu bapanya tidak aktif dalam Gereja.
“Saya amat gembira apabila melihat dia datang ke gereja kerana saya tahu untuk tiba ke situ dia perlu melalui beberapa cabaran,” kata Sister Cárdenas. “Saya pasti ayat-ayat suci dan tanggapan yang di hantar oleh ahli-ahli kelas dan ayat-ayat suci dan fikiran yang dia hantarkan apabila tibanya giliran dia telah memperkuatkan dia.”
Sister Cárdenas berkata bahawa pelayanan melalui ayat suci tidak berhenti dengan ajaran Hari Minggu dan perhubungan harian ayat suci.
“Persediaan saya termasuk berdoa untuk pelajar-pelajar saya,” kata dia. “Saya memikir tentang mereka bukan hanya pada hari Ahad tetapi setiap hari. Setiap mereka mempunyai keperluan yang khusus dan berbeza. Setiap mereka adalah anak Tuhan. Saya berfikir tentang mereka ketika saya membuat persediaan untuk pelajaran-pelajaran saya.”
Dan apabila dia mengajar, dia mendengar—kepada pelajar-pelajarnya dan kepada Roh Kudus.
“Pengajarnya ialah Roh,” yang dia sering dengar dalam suara-suara pelajarnya. “Saya harus memberi perhatian kerana apa yang mereka ucapkan adalah wahyu yang Roh berikan kepada mereka.”
Kelas Kami Adalah “Seperti Malam Keluarga”
Carla Gutiérrez Ortega Córdoba berasa diberkati untuk menjadi ahli kelas Sekolah Minggu Sister Cárdenas kerana suasananya yang mengalakkan dan penuh pelayanan. Carla menyifatkan suasana tersebut disebabkan oleh beberapa faktor, termasuklah:
-
Persediaan: Perkongsian ayat-ayat suci dan tanggapan membantu pelajar-pelajar bersedia untuk kelas yang seterusnya. “Ayat-ayat suci harian memupuk dan mengembangkan pengetahuan kami,” dia jelaskan.
-
Penyertaan: “Kita semua bercakap. Ini membolehkan saya mengenali ahli-ahli kelas saya dengan lebih mendalam, sebagai rakan dan sebagai saudara dan saudari.”
-
Kasih: “Sister Cárdenas mengambil tangan anda dan membimbing. Kelas kami terasa seperti malam keluarga, bersama beberapa saudara dan saudari. Ia amat istimewa.”
-
Roh Kudus: “Kami mempunyai roh yang baik, harmoni di dalam kelas kami kerana kami berada di pihak yang sama dengan Roh.”
-
Kesaksian: “Ikutlah Aku telah membantu saya bersedia untuk berkongsi kesaksian saya. Saya mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang Kitab Mormon dan Alkitab. Itu membolehkan saya untuk berkongsi apa yang saya sedang belajar bersama rakan kelas di sekolah dan di tempat kerja.”
Melayani Keperluan Rohani
Apabila Greg dan Nicky Christensen, dari Kentucky, USA, membaca tentang perjanjian Abraham dalam ayat suci bersama tiga anak lelaki mereka, mereka mendapati sukar untuk menjelaskannya kepada anak-anak mereka. Mereka membuat keputusan di mana setiap mereka akan mengkaji perjanjian Abraham sendiri dan berkongsi apa yang mereka temui.
“Kami mendapat komen-komen yang menarik,” kata Greg. “Anak kami yang berumur lapan tahun belajar bahawa nama Abraham sebelumnya ialah Abram. Dia mengubah namanya kepada Abraham kerana dia telah membuat satu perjanjian dengan Tuhan untuk berpaling dari dosa dan menjalankan hidup yang soleh. Saya amat terperanjat dia memperoleh pengetahuan itu.”
Mereka semua belajar sesuatu yang baharu dan mempunyai perbincangan yang baik tentang apakah itu perjanjian Abraham dan apa ertinya bagi Orang Suci Zaman Akhir hari ini.
“Kami biasanya mengambil giliran membaca ayat-ayat suci ketika pengajian ayat suci keluarga,” kata Nicky. “Ikutlah Aku lebih kepada mengajar dengan Roh. Kini apabila kami mengkaji bersama, saya memperoleh dorongan Roh untuk membawa perbincangan ke arah yang berbeza berdasarkan keperluan keluarga kami.”
Penggunaan Ikutlah Aku bukan sahaja telah membantu keluarga mereka untuk lebih terlibat dan berminat dalam pengajian injil keluarga, ia juga telah membantu Greg dan Nicky melayani keperluan rohani anak-anak mereka.
“Ikutlah Aku membantu saya mengajar anak-anak saya,” kata Nicky. “Ia juga membantu saya mengendali cabaran-cabaran berbeza yang saya hadapi bersama anak-anak saya. Saya berasa lebih harmoni dengan Roh, saya mendengar dengan lebih teliti, dan saya telah menerima dorongan tentang bagaimana saya dapat membantu setiap anak.”
Greg menikmati perbincangan injil panjang yang Ikutlah Aku bantu janakan dalam keluarga. “Tahap pengetahuan anak-anak kami amat berbeza,” kata dia. “Ikutlah Aku telah menyediakan cara bagi kami untuk membantu setiap mereka belajar berdasarkan keperluan masing-masing. Dengan melihat kasih mereka terhadap injil meningkat dan memerhati bagaimana mereka belajar menggunakan pengetahuan injil dalam kehidupan mereka adalah berkat yang menakjubkan.”
© 2020 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Ministering Principles, September 2020. Malay. 16724 348