Asas-asas Pelayanan, Oktober 2018
Memperoleh Bantuan untuk Membantu Orang Lain
Bagaimanakah kita melibatkan orang lain apabila kita memerlukan bantuan dalam usaha untuk melayani? Menyertai temu duga pelayanan dan mesyuarat majlis hari Ahad pertama.
Apabila penyakit sklerosis berbilang mengehadkan Kathy kepada kerusi rodanya, dia mendapati bahawa dia memerlukan bantuan setiap malam untuk bergerak dari kerusi roda ke katilnya. Tugas ini terlalu berat untuk satu orang sahaja. Jadi kuorum penatua berbincang berkenaan situasi dia dan membuat keputusan untuk membuat satu jadual bagi membantu dia setiap malam.1
Apabila kita mengenali keperluan dan kekuatan mereka yang kita layani, kita mungkin mendapati bahawa kita memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan mereka. Temu duga pelayanan dan mesyuarat majlis hari Ahad-pertama merupakan dua peluang untuk berbincang bagaimana kita dapat melibatkan orang lain dengan sewajarnya.
Temu duga Pelayanan
Temu duga sukuan di antara pelayan saudari dan ahli presidensi Lembaga Pertolongan atau pelayan saudara dan presidensi kuorum penatua merupakan satu-satunya laporan rasmi yang kita laporkan berkenaan mereka yang kita layani. Temu duga sukuan ini merupakan peluang untuk sekurang-kurangnya (1) berunding mengenai kekuatan, keperluan, dan cabaran para keluarga dan individu yang telah ditugaskan; (2) mengenal pasti keperluan-keperluan yang boleh dibantu oleh kuorum, Lembaga Pertolongan atau majlis bahagian; dan (3) belajar daripada para pemimpin dan memberi galakan dalam usaha pelayanan.
Presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan menghubungi uskup secara terus berkenaan keperluan yang penting dan menerima nasihat dan arahan daripadanya.
Anda dapat memperoleh informasi lebih berkenaan temu duga pelayanan di laman ministering.lds.org.
Menjalankan Temu duga Pelayanan yang Bermakna
Untuk menyokong penyataan Presiden Russell M. Nelson bahawa program pelayanan akan menjadi pusat gantungan bagi arah Gereja, Elder Gary E. Stevenson dari Kuorum Dua Belas Rasul telah mengajar, “Kesedaran visinya … mungkin dilandaskan betapa baiknya para saudara dan saudari telah diajar dan terlibat dalam temu duga Pelayanan.”2
Lima petunjuk bagi pelayan saudara dan saudari:
-
Hadiri temu duga untuk memperoleh nasihat. Bersedia untuk belajar.
-
Bersedia untuk membincangkan keperluan yang anda perlu untuk melayan.
-
Fokus terhadap kekuatan dan kebolehan setiap individu, bukan hanya keperluan.
-
Berunding hasil-hasil layanan yang menunjukkan bahawa anda telah melayani dengan jayanya.
-
Hubungi ahli presidensi untuk mendapat nasihat di antara temu duga sukuan jika perlu.
Lima petunjuk untuk pemimpin:
-
Temu duga tidak perlu lama, tetapi pastikan masa berkunjung mencukupi dan lakukannya di tempat yang membenarkan perbualan yang bermakna.
-
Ambil peluang untuk melayani pelayan saudara atau saudari itu.
-
Jangan bertanyakan soalan yang memberi tanggapan bahawa anda hanya mengira kunjungan atau menandakan seseorang itu telah dihubungi (“Sudahkah anda melakukan tugas pelayanan anda?”). Tanyakan soalan-soalan yang memperkukuhkan tingkah laku yang diingini (“Apakah dorongan yang anda telah rasai setelah anda berdoa untuk keluarga itu? Apakah yang telah berlaku apabila anda bertindak atas dorongan-dorongan tersebut?”).
-
Mendengar dengan ikhlas dan mengambil catatan.
-
Berunding bersama. Pasangan-pasangan pelayanan berhak untuk mendapat wahyu bagi mereka yang ditugaskan untuk dilayani.
Soal Jawab berkenaan Temu duga Pelayanan
Apa itu temu duga pelayanan?
Ia merupakan satu perbincangan di antara pelayan saudara dan seorang ahli presidensi kuorum penatua atau di antara pelayan saudari dan seorang ahli presidensi Lembaga Pertolongan di dalam keadaan yang membenarkan mereka memperoleh dan menerima inspirasi daripada Roh Kudus. Hasilnya, pelayan saudara dan saudari dapat diilhami untuk menjaga, mengasihi, mengajar, dan memberi bantuan melalui cara Juruselamat.
Perlukah temu duga sukuan ini dilakukan secara bersemuka?
Biasanya ia dilakukan secara bersemuka, tetapi ia juga boleh dilakukan melalui telefon atau online jika pertemuan bersemuka tidak boleh dilakukan. Secara umumnya, kedua-dua pasangan akan menyertai dalam temu duga jika sesuai.
Apakah tujuan temu duga pelayanan?
Temu duga pelayanan merupakan peluang bagi pelayan saudara dan saudari untuk mengkaji semula situasi kini, membuat rancangan masa hadapan, dan memperoleh bantuan yang diperlukan untuk individu atau keluarga yang dilayani. Ia merupakan peluang untuk berbincang berkenaan sumber-sumber yang boleh diberi oleh kuorum dan Lembaga Pertolongan.
Bagaimanakah saya mengendali isu-isu yang sulit dan sensitif?
Pelayan saudara dan saudari berkongsi maklumat sulit hanya dengan presiden kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan—atau secara terus dengan uskup. Maklumat yang sulit dan sensitif tidak patut dikongsi dalam Mesyuarat Majlis Hari Ahad Pertama.
Mesyuarat Majlis Hari Ahad Pertama
Selain dari temu duga pelayanan, Mesyuarat Majlis Hari Ahad Pertama merupakan satu lagi cara untuk melibatkan orang lain untuk melayani. Dalam pertemuan Lembaga Pertolongan dan kuorum penatua, inspirasi boleh datang kepada mereka yang hadir melalui Roh dan daripada mereka yang lain dalam kumpulan itu.
Tujuan mesyuarat majlis adalah untuk:
-
“Berunding bersama berkenaan tanggungjawab, peluang-peluang, dan cabaran-cabaran tempatan;
-
“Belajar dari pengalaman dan pandangan satu sama lain; dan
-
“Rancangkan cara-cara untuk bertindak atas dorongan-dorongan Roh yang diperolehi.”3
Mesyuarat majlis bukanlah hanya perbincangan: mesyuarat itu membimbing kita untuk bertindak sebagai seorang individu atau sebagai satu kumpulan yang diilhami oleh Roh. Ahli-ahli dapat memperoleh keinginan untuk menyempurnakan usaha Tuhan sebagai hasil dari mesyuarat-mesyuarat ini.
Jemputan untuk Bertindak
“Doa kami hari ini,” kata Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dua Belas Rasul, “adalah agar setiap lelaki dan wanita—dan remaja putera dan remaja puteri kita—akan [menjadi] lebih terikat untuk menjaga satu sama lain, didorongi hanya oleh kasih suci Kristus.”4
© 2018 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/17. Kelulusan penterjemahan: 6/17. Penterjemahan Ministering Principles, October 2018. Malay. 15053 348