Pelayanan
Pelayanan Melalui Kebaktian Bait Suci
Asas-asas


Asas-asas Pelayanan, Mac 2020

PELAYANAN MELALUI KEBAKTIAN BAIT SUCI

Apabila kita membantu orang lain menikmati berkat-berkat bait suci, kita sedang melayani.

ministering

Gambar latar belakang diperoleh dari Getty Images; gambar Bait Suci Tegucigalpa Honduras

Asas-asas Pelayanan, Mac 2020

Kehadiran bait suci adalah usaha yang berbaloi. Presiden Russell M. Nelson mengajar bahawa “bait suci adalah penting demi keselamatan dan permuliaan kita dan keluarga kita. …

“… kita masing-masing perlukan peneguhan dan arahan rohani yang berterusan yang hanya boleh didapati dalam rumah Tuhan.”1

Menghadiri bait suci memerlukan kita untuk mengatur masa, tanggungjawab, sumber, dan juga bersedia secara rohani. Kita melayani apabila kita mengenalpasti halangan-halangan yang menghalang kehadiran saudara dan saudari kita ke bait suci dan membantu mereka menemukan penyelesaian.

Bait Suci Merupakan Satu Berkat Yang Boleh Dinikmati Oleh Semua

Seorang penginjil yang baru pulang, Meg, sedang berjalan menghala pintu Bait Suci Kona Hawaii apabila dia terlihat seorang wanita muda duduk keseorangan di bangku luar. Meg terdorong untuk bercakap dengan wanita muda itu, tetapi dia tidak pasti apa untuk berkata. Jadi dia bertanya tentang maksud tatu yang terdapat pada buku lali wanita itu. Itu memulakan satu perbualan yang membolehkan wanita muda bernama Lani, untuk berkongsi kisahnya.

Lani memberitahu Meg tentang pergelutannya untuk kembali ke Gereja dengan sepenuhnya, ahli-ahli yang sedang membantunya, dan harapan dia untuk dimeterai bersama bayi perempuannya satu hari nanti.

Meg menjemput Lani untuk duduk dalam bilik menunggu bait suci bersama dia. Mereka tidak boleh masuk lebih lanjut ke dalam bait suci, namun mereka boleh melalui pintu itu. Lani bersetuju, dan mereka masuk bersama melalui pintu utama itu. Seorang pekerja bait suci membawa mereka ke satu bangku yang terletak di bawah satu lukisan Juruselamat.

Semasa mereka duduk bersama, Lani berbisik, “Saya sangat ingin memasuki bait suci hari ini, tetapi saya gementar.” Oleh kerana Meg mengikuti dorongan Roh, dia telah membantu menjawab doa senyap Lani.

Idea-idea Untuk Membantu Mereka Yang Tidak Mempunyai Rekomen Bait Suci

Mereka yang belum memperoleh rekomen bait suci boleh diberkati oleh bait suci.

  • Kongsi perasaan anda tentang bagaimana Tuhan telah memberkati anda melalui usaha bait suci anda.

  • Jemput seseorang untuk menghadiri rumah terbuka bait suci atau pusat pelawat. Carikan rumah-rumah terbuka yang akan datang di temples.ChurchofJesusChrist.org.

  • Melihat gambar-gambar dan belajar lebih mengenai bait suci di temples.ChurchofJesusChrist.org.

Menjadikan Kehadiran Bait Suci Lebih Senang Bagi Orang Lain

Ahli-ahli yang mempunyai rekomen bait suci juga menghadapi cabaran untuk menghadiri bait suci. Ada yang perlu membuat perjalanan yang jauh. Ada yang mempunyai anak-anak kecil atau ahli keluarga yang berumur yang memerlukan perhatian. Kita boleh bekerjasama untuk membolehkan semua melakukan kebaktian bait suci.

Leola Chandler terasa lemas dengan tanggungjawab untuk menjaga suaminya yang sakit dan empat anak mereka. Jadi dia membuat keputusan untuk mengetepikan masa bagi menghadiri bait suci yang berdekatan setiap hari Selasa. Ia menjadi satu sumber kedamaian dan kuasa dalam kehidupan dia.

Satu hari dia terdengar beberapa saudari tua bahagiannya yang sangat ingin menghadiri bait suci, namun mereka tidak punyai kenderaan untuk pergi. Leola menawar untuk membawa mereka. Selama 40 tahun, dia jarang ke bait suci berseorangan.2

Leola telah diberkati, dan dia memberkati orang lain apabila dia menawar untuk membawa mereka bersama dia ke bait suci.

Idea-idea Untuk Membantu Orang Lain Menghadiri Bait Suci

Bagaimanakah anda boleh membantu orang lain menghadiri bait suci dengan lebih kerap? Anda mungkin mendapati idea-idea yang sama boleh membantu anda juga.

  • Pergi bersama. Menawar untuk menyediakan atau mengatur pengangkutan untuk seseorang. Ia mungkin menggalakkan orang lain untuk menghadiri bait suci juga.

  • Minta ahli keluarga atau ahli bahagian untuk membantu anda melaksanakan tatacara Injil bagi moyang anda, terutamanya jika anda mempunyai banyak nama-nama keluarga yang sedia untuk tatacara Injil.

  • Menawar untuk menjaga anak-anak supaya ibu bapa boleh menghadiri bait suci. Atau mengatur untuk mengambil giliran menjaga anak-anak satu sama lain.

Apabila Bait Suci Sangat Jauh

Chandradas “Roshan” dan Sheron Antony dari Colombo, Sri Lanka, membuat keputusan untuk dimeteraikan di bait suci. Rakan-rakan mereka Ann dan Anton Kumarasamy amat teruja bagi mereka. Namun mereka tahu bahawa untuk pergi ke Bait Suci Manila Philippines bukanlah mudah atau murah.

Roshan dan Sheron telah mengumpul duit dan membeli tiket kapal terbang berbulan-bulan sebelumnya untuk memperoleh tiket yang murah. Akhirnya, hari itu tiba. Namun, ketika persinggahan mereka di Malaysia, mereka mendapati bahawa untuk meneruskan perjalanan ke Philippines, mereka memerlukan visa atau menggunakan syarikat penerbangan yang lain. Mereka tidak dapat memperoleh visa, dan mereka tidak mampu membeli tiket syarikat penerbangan yang lain. Namun mereka tidak ingin pulang tanpa dimeteraikan.

Tidak pasti apa yang harus dilakukan, Roshan menelefon Anton. Anton dan Ann tekad untuk membantu. Mereka merupakan salah satu pasangan di kalangan pasangan lain di Sri Lanka yang telah dimeteraikan di bait suci, dan mereka ketahui betapa hebatnya berkat itu. Tetapi mereka baru sahaja menggunakan wang simpanan mereka untuk membantu seorang ahli keluarga, dan mereka tidak punyai wang yang cukup untuk membantu Roshan dan Sheron membeli tiket baru.

Di Sri Lanka adalah adat untuk pengantin lelaki membelikan satu rantai emas bagi pengantin perempuan supaya dia mempunyai sedikit wang jika suaminya meninggal. Ann membuat keputusan untuk menjual rantai emasnya supaya mereka boleh membeli tiketitu. Hadiah murah hatinya membolehkan Roshan dan Sheron memenuhi temu janji bait suci mereka di Manila.

“Saya tahu nilai pemeteraian bait suci,” kata Ann. “Saya tahu Sheron dan Roshan akan menjadi ahli yang kukuh bagi cabang itu. Saya tidak mahu mereka terlepas peluang ini.”3

Idea-idea Untuk Membantu Mereka Yang Tidak Boleh Mengunjung Bait Suci

Anda mungkin dipanggil untuk melayan mereka yang tidak boleh pergi ke bait suci dengan kerap atau langsung kerana jarak jauh atau wang. Namun anda boleh mencari cara lain untuk membantu mereka menghargai berkat-berkat bait suci.

  • Ajar atau mengambil bahagian dalam kelas persediaan bait suci atau sejarah keluarga bersama.

  • Berikan mereka satu gambar bait suci untuk digantung dalam rumah mereka.

  • Jika anda pernah memasuki bait suci, kongsi pengalaman dan kesaksian anda tentang tatacara Injil bait suci.

  • Bantu mereka belajar lebih tentang perjanjian yang mereka telah buat dan bagaimana untuk memenuhinya. Pertimbangkan untuk menggunakan “Understanding Our Covenants with God: An Overview of Our Most Important Promises,” dalam Julai 2012 Liahona.

Nota

  1. Russell M. Nelson, “Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 114.

  2. Lihat LaRene Gaunt, “Finding Joy in Temple Service,” Ensign, Okt. 1994, 8.

  3. Ann dan Anton memperoleh kembali rantai mereka setelah mereka dibayar balik oleh Sumbangan Bantuan Penaung Bait Suci Umum Gereja, yang memberi satu-kali bantuan kewangan kepada ahli-ahli Gereja yang tidak mampu menghadiri bait suci.