Pelayanan
Pengajaran tentang Pelayanan dari Cerita Krismas
Asas-asas


Asas-asas Pelayanan, Disember 2019

Pengajaran tentang Pelayanan dari Cerita Krismas

“Ini saat yang kita nantikan. Saat lagu Natal dinyanyikan. Dan kisah nyata dic’ritakan. Tentang bayi Yesus dilahirkan” (“Lagu Kelahiran Tuhan Yesus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 32).

Asas-asas Pelayanan, Disember 2019

ministering

Perincian dari Behold the Lamb of God, oleh Walter Rane

Waktu Krismas ialah satu masa apabila domba, gembala, palung, dan bintang-bintang mempunyai maksud baru. Mereka menjadi peranan penting untuk menceritakan tentang salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah manusia: kelahiran Yesus Kristus. Banyak keluarga mempamerkan perhiasan kelahiran Yesus Kristus di rumah mereka. Ada yang mementingkan pembacaan cerita kelahiran-Nya atau mengambil bahagian dalam satu pertunjukan. Seperti semua cerita tentang Kristus, cerita kelahiran-Nya penuh dengan pengajaran yang kita boleh pelajari tentang pelayanan, tentang berkongsi cahaya-Nya untuk menerangi dunia. “Cerita Krismas ialah satu cerita tentang kasih,” kata Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama.

“… Dalam cerita-cerita tentang kelahiran Kristus, kita boleh nampak dan rasa siapakah Dia dahulu dan sekarang. Ini meringankan beban kita sepanjang jalan. Dan ia akan membimbing kita untuk melupakan diri kita untuk meringankan beban orang lain.”1

“Mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang” (Lukas 2:7)

Tuan rumah penginapan gagal mencarikan tempat tumpang untuk Juruselamat, tetapi kita tidak perlu buat kesilapan itu! Kita boleh buat tempat tumpang untuk Juruselamat dalam hati kita dengan menjemput saudara saudari kita ke meja kita, rumah kita, dan menyertai tradisi kita. Banyak tradisi keluarga boleh menjadi lebih manis dan tidak dapat dilupakan dengan melibatkan orang lain. Daiana dan keluarganya ada satu tradisi untuk menjemput seseorang merayakan Krismas bersama mereka. Setiap bulan Disember, mereka berbincang dan buat keputusan tentang siapa yang mereka ingin jemput.2 Mungkin keluarga anda boleh mulakan satu tradisi yang serupa. Mungkin seorang yang anda layani ingin menyertai keluarga anda dalam menyanyikan lagu-lagu Krismas kegemaran bersama. Anda juga boleh menjemput seseorang yang mungkin tidak memiliki keluarga tinggal dekat mereka untuk makan bersama keluarga anda pada hari Krismas.

Apakah cara lain yang lebih baik untuk merayakan Juruselamat selain daripada mengikut teladan-Nya untuk melibatkan semua orang? Ingatlah bahawa Dia menjemput “semua datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya; dan Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada Dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan; dan Dia mengingati orang kafir; dan semua adalah sama bagi Tuhan, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Israel”(2 Nefi 26:33). Menjemput dan melibatkan orang lain.

“Pada malam itu, beberapa orang gembala sedang menjaga domba di padang.” (Lukas 2:8)

Adalah sesuai bahawa para gembala adalah antara orang pertama yang menyambut Juruselamat yang bayi. Nabi-nabi purba merujukkan Yesus Kristus sebagai “Gembala umat Israel” (Mazmur 80:1) dan “Gembala atas seluruh bumi” (1 Nefi 13:41). Dan Kristus Sendiri berfirman, “Akulah gembala yang baik … Aku mengenal domba-domba-Ku.”(Yohanes 10:14). Mengenali domba-domba kita dan menjaga mereka ialah satu bahagian penting untuk melayani seperti Juruselamat.

Dengan lampu-lampu yang bersinar-sinar dan perhiasan yang indah, memang ada banyak benda yang menarik perhatian kita. Tetapi keindahan yang paling besar musim ini boleh didapati apabila kita ingat untuk menumpukan perhatian kita kepada mereka yang kita layani dan menjaga domba-domba kita. Kita boleh memberi perhatian tentang makanan kegemaran seseorang atau menanya tentang rancangan perayaan mereka. Kita menjaga apabila kita nampak dan memenuhi keperluan seseorang—yang jelas dinampak dan tidak begitu jelas dinampak.

Apabila suami Cheryl [iaitu] Mick tiba-tiba meninggal dunia, hatinya hancur luluh. Semasa Krismas mendekati, dia menjadi lebih sunyi. Syukurnya, pelayan saudarinya Shauna ada di situ. Shauna dan suaminya, Jim, menjemput Cheryl untuk menyertai mereka dalam banyak perayaan mereka. Mereka nampak kot Cheryl yang haus dan mereka mahu melakukan sesuatu tentangnya. Beberapa hari sebelum Krismas, Shauna dan Jim belikan Cheryl satu hadiah Krismas: satu kot baru yang cantik. Mereka sedar tentang keperluan jasmani Cheryl iaitu satu kot yang hangat dan juga keperluan emosinya untuk penghiburan dan penemanan. Mereka memenuhi keperluan-keperluan itu sebaik yang boleh mereka lakukan dan menetapkan satu teladan baik tentang bagaimana kita juga boleh menjaga domba-domba kita.3

“Gembala-gembala itu bercakap sesama mereka, Marilah kita pergi ke Betlehem” (Lukas 2:15)

“Marilah kita pergi” ialah satu jemputan yang penuh semangat! Gembala-gembala itu tidak menganggap bahawa rakan-rakan mereka terlalu letih untuk membuat perjalanan itu. Mereka tidak pergi ke Betlehem sendiri dengan senyap. Mereka memandang satu sama lain dan kata dengan riang, “Marilah kita pergi!”

Mungkin kita tidak boleh menjemput rakan-rakan kita pergi melihat Juruselamat yang bayi, kita boleh jemput mereka untuk merasa roh Krismas (atau roh Kristus) dengan melayani bersama kita. “Cara untuk meningkatkan roh Krismas adalah untuk menghulurkan tangan dengan murah hati kepada orang di sekeliling kita,” kata Bonnie L. Oscarson, bekas Presiden Umum Remaja Puteri.4 Bayangkan yang anda memegang satu lilin. Orang lain tentu nampak dan mendapat manfaat dari cahaya dari lilin anda, tetapi bayangkan kehangatan yang mereka rasa jika anda gunakan lilin anda untuk menyalakan lilin mereka dan membenarkan mereka memegang cahaya itu untuk diri mereka.

Kristus mengajar bahawa mereka yang mengikut Dia akan beroleh cahaya yang memberikan hidup (lihat Yohanes 8:12). Melayani seperti Dia layani ialah satu cara kita boleh ikut Dia dan nikmati cahaya yang dijanjikan itu. Jadi, kongsilah cahaya itu dengan menjemput orang lain melayani bersama anda! Bagaimana anda dan mereka yang anda layani boleh melayani bersama-sama? Anda boleh bersama-sama menyediakan makanan kegemaran anda bersama atau memberi kejutan kepada seseorang dengan satu hadiah kecil atau nota. Anda boleh bersama-sama rasa cahaya yang datang dari mengikut teladan pelayanan Kristus.

“Mereka memberitahu semua orang di situ apa yang dikatakan oleh malaikat tentang bayi itu” (Lukas 2:17)

Adalah senang untuk menggambarkan sukacita para gembala semasa mereka berkongsi berita baik tentang kelahiran Kristus dengan seberapa banyak orang yang mereka boleh lakukan. Malaikat mengumumkan, Mesias yang dinubuatkan sudah datang! Dia sudah datang! Sebenarnya, berkongsi berita baik tentang Juruselamat ialah satu tema besar cerita kelahiran Yesus Kristus. Malaikat menyanyi. Bintang menunjukkan jalan. Dan gembala-gembala memberitahu semua orang.

Kita boleh tambahkan suara kita kepada cerita Krismas dengan berkongsi berita baik dan bersaksi tentang Juruselamat. “Apabila anda berpeluang untuk mewakili Juruselamat dalam usaha pelayanan anda, tanya diri sendiri, ‘Bagaimana saya boleh mengongsikan cahaya injil dengan individu dan keluarga?’” Sister Jean B. Bingham, Presiden Umum Lembaga Pertolongan ajarkan. “Apakah yang Roh sedang mengilhamkan saya?”5

Berikut ialah beberapa cadangan untuk anda pertimbangkan semasa anda mencari cara untuk berkongsi kesaksian anda tentang Juruselamat dan injil-Nya:

  • Carikan satu ayat suci yang menggambarkan perasaan anda tentang Juruselamat atau mengucap tentang sebab anda bersyukur kepada Dia. Kongsilah dengan mereka yang anda layani.

  • Hantar satu SMS atau pesanan media sosial yang mengandungi satu video Krismas. Ada beberapa video yang bagus yang boleh didapati di ChurchofJesusChrist.org!

  • Beritahu seorang rakan tentang satu memori atau tradisi yang mengingatkan anda tentang Kristus.

Beriman bahawa Roh Kudus akan bersaksi tentang kebenaran kesaksian anda, seperti Dia bersaksi kepada Simeon dan Hana bahawa bayi Yesus ialah Juruselamat (lihat Lukas 2:26, 38).

“Untuk benar-benar menghormati kedatangan [Yesus Kristus] ke dunia, kita mesti lakukan seperti yang Dia lakukan dan berikan rasa kasihan dan belas kasihan kepada semua manusia” kata Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Kita boleh lakukan ini setiap hari, melalui kata dan tindakan. Buatkan ini tradisi Krismas kita, tidak kira di mana kita berada—untuk menjadi lebih baik hati, lebih mengampuni, kurang menghakimi, lebih bersyukur, dan lebih bermurah hati dalam perkongsian kekayaan kita dengan mereka yang memerlukan.”6

Nota

  1. Henry B. Eyring, “Christmas Stories” (Pertemuan Rohani Krismas Presidensi Utama, Dis. 6, 2009), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.

  2. Lihat Daiana Melina Albornoz Díaz, “Sharing Christmas,” Liahona, Dis. 2007, 17.

  3. Lihat Cheryl Boyle, “He Would Have Bought It for You,” Ensign, Dis. 2001, 57.

  4. Henry B. Eyring, “Christmas Stories” (Pertemuan Rohani Krismas Presidensi Utama, Dis. 7, 2014), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.

  5. Jean B. Bingham, “Melayan Seperti Juruselamat,” Liahona, Mei 2018, 104.

  6. Dieter F. Uchtdorf, “Scatter Your Crumbs” (Pertemuan Rohani Krismas Presidensi Utama, Dis. 3, 2017), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.