Asas-asas Pelayanan, September 2019
Bagaimana Roh Boleh (dan Akan) Membantu Anda Melayani
Tugas imamat untuk melayan, yang diberikan kepada kedua-dua lelaki dan perempuan, termasuk hak menerima wahyu.
Asas-asas Pelayanan, September 2019
Panggilan untuk melayani dan mengasihi seperti Juruselamat telah lakukan kadang-kadang nampak susah—terutamanya apabila tugas itu termasuk melayani orang yang kita tidak kenal dengan rapat. Dengan sejuta cara melayan, kita berfikir bagaimana kita dapat tahu cara-cara terbaik untuk melayani orang yang telah ditugaskan kepada kita.
Kita tidak perlu berfikir lama kerana usaha-usaha kita yang ikhlas boleh dibimbing oleh Roh Kudus.
“Tugas pelayanan kudus anda berikan anda hak ilahi untuk memperolehi ilham,” kata Sister Bonnie H. Cordon, Presiden Umum Remaja Puteri. “Anda boleh carikan ilham dengan keyakinan.”1
Apabila kita cari cara untuk melayan seperti yang dilakukan oleh Juruselamat, kita boleh dibimbing oleh Roh yang sama yang membimbing Dia. Ini benar terutamanya apabila melayani dalam tugasan, seperti pelayanan, yang dilakukan di bawah wewenang kunci-kunci imamat uskup. Berikut ialah enam cadangan untuk melayani dengan Roh:
Bagaimanakah Saya Boleh Mempunyai Roh Semasa Melayani?
-
Meminta Bimbingan. Bapa Syurgawi ingin agar kita berkomunikasi dengan Dia melalui doa. Doa tidak hanya membenarkan kita lebih mendekati Dia, tetapi ia juga memperolehi “berkat yang Tuhan rela berikan tetapi dengan syarat jika kita memintanya.”2 “Semasa kita berdoa dan berusaha untuk memahami hati mereka,” kata Sister Cordon, “saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi akan mengarah kita dan Roh-Nya akan pergi bersama kita.”3
-
Janganlah Menunggu Dorongan. Jadilah proaktif. Menjadi “bersemangat terlibat” (Ajaran dan Perjanjian 58:27), dan anda akan mendapat tahu bahawa usaha anda boleh dibimbing dan dibesarkan. “Penerusan pelayanan dan pekerjaan kita ialah cara penting untuk memenuhi syarat untuk menerima wahyu,” kata Presiden Dallin H. Oaks, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama. “Dalam pembelajaran tulisan suci, saya telah belajar bahawa kebanyakan wahyu terpenting bagi anak-anak Tuhan datang apabila mereka sedang berusaha, bukan apabila mereka duduk di rumah menunggu Tuhan memberitahu mereka langkah pertama untuk mengambil.”4
Bagaimanakah Saya Mengenali Dorongan-dorongan untuk Melayani?
-
Mengambil Nasihat Mormon. Kita tidak perlu mengambil banyak masa berfikir-fikir sama ada sesuatu fikiran ialah dorongan atau tidak. Kita mempunyai cara mudah Mormon untuk mengetahui: Jika anda mempunyai fikiran yang mendorong anda untuk melakukan baik dan percaya atau membantu orang lain percaya kepada Kristus, anda dapat tahu ia datang dari Tuhan (lihat Moroni 7:16).
-
Janganlah Bimbang. “Lompatlah ke dalam kolam dan berenang,” kata Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Carikan orang yang perlu bantuan. Jangan berasa dibatasi dengan memikirkan jenis pelayanan yang anda perlu berikan. Jika kita mengikut prinsip-prinsip asas yang telah diajar, kekal selaras dengan kunci-kunci imamat, dan mencari bimbingan Roh Kudus, kita tidak dapat gagal.”5
Apakah Cara Terbaik untuk Ikut Dorongan?
-
Dengan Segera. Sister Susan Bednar (isteri Elder David A. Bednar dari Kuorum Dua Belas Rasul) merupakan satu teladan yang sangat baik mengikut dorongan. Selepas berdoa “untuk mata-mata rohani agar dapat melihat orang yang memerlukan,” dia memandang jemaah dan kerap kali “rasa dorongan rohani untuk berbual atau menelefon seseorang,” kongsi Elder Bednar. “Dan apabila Sister Bednar menerima dorongan yang demikian, dia membalas dan mematuhi dengan pantas. Selepas kata ‘amen’ disebut dalam doa penutupan, dia akan bercakap dengan seorang remaja atau memeluk seorang saudari atau, selepas pulang rumah, ambil telefon dan segera membuat panggilan.”6
-
Dengan Berani. Ketakutan pada penolakan dan perasaan malu, rasa serba kekurangan, atau menjadi satu kesusahan boleh menghalang kita dari mengikut dorongan untuk melayani. “Dalam banyak masa dan cara, kita semua merasa tidak mencukupi, tidak pasti, mungkin tidak layak,” kata Elder Gerrit W. Gong dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Tetapi dalam usaha kita yang setia mengasihi Tuhan dan melayani sesama kita, kita dapat merasakan kasih Tuhan dan ilham yang diperlukan untuk kehidupan mereka dan kehidupan kita dalam cara yang baru dan lebih suci.”7
Salah satu saudara mengongsi bagaimana dia teragak-agak untuk melayani suami seorang perempuan yang telah cuba membunuh diri. Tetapi akhirnya dia tanya suami itu ke makan tengah hari. “Apabila saya kata, ‘Isteri kamu cuba bunuh diri. Itu mestinya amat susah bagi kamu. Kamu hendak bual-bual tentang perkara itu?’ dia mula menangis,” dia berkongsi. “Kami ada satu perbualan yang penuh emosi dan rapat, dan kami tubuhkan satu perhubungan dan keyakinan dalam beberapa minit.”8
© 2019 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/18. Kelulusan terjemahan: 6/18. Terjemahan Ministering Principles, September 2019. Malay. 15770 348