Pelayanan
Mengongsi Cahaya Juruselamat pada Musim Krismas
Asas-asas


“Mengongsi Cahaya Juruselamat pada Musim Krismas,” Liahona, Disember 2020

pelayanan

Gambar foto nativiti oleh Niltza Beatriz Santillan Castillo; gambar foto hadiah diperoleh dari Getty Images

Asas-asas Pelayanan, Disember 2020

Mengongsi Cahaya Juruselamat pada Musim Krismas

Pertimbangkan mereka yang anda layani. Bagaimana anda boleh menolong mereka lebih mendekati Kristus pada musim Krismas ini?

Walaupun kita mengingati Juruselamat Yesus Kristus sepanjang tahun, Krismas ialah musim di mana kita meraikan kurnia terhebat: “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal” (Yohanes 3:16). Apabila kita melayan pada musim Krismas, kita juga boleh berikan hadiah yang menolong orang lain lebih mendekati Juruselamat. Adalah sangat baik untuk memandang diri kita mencerminkan kurnia yang diberikan oleh Bapa Syurgawi.

Saya Masih Menghargai Hadiah Itu

Susan Hardy, California, Amerika Syarikat

Ketika saya berumur 11 tahun, pengajar Sekolah Minggu saya, Brother Deets, beritahu kelas kami bahawa jika kami hafalkan Fasal-Fasal Kepercayaan dan jelas kepada dia erti mereka, dia akan belikan kami kitab suci.

Brother dan Sister Deets satu pasang suami isteri yang muda, baru memulakan hidup mereka. Saya tidak pasti jika Brother Deets mampu belikan hadiah bagi sesiapa pun. Namun saya berputus bahawa jika dia fikir Fasal-Fasal Kepercayaan cukup penting untuk dihafalkan, saya akan menyahut cabaran itu.

Selepas saya habis menghafalkan 13 Fasal-fasal Kepercayaan, saya sudah pun lupa akan janjinya.

Kemudian, pada hari Krismas, saya menerima satu bungkusan dengan nama saya di atasnya. Saya bukakan ia dan mendapati satu kitab suci untuk saya, dengan satu kad menggalakkan saya untuk sentiasa membaca kitab suci. Itu berlaku pada tahun 1972, dan sampai hari ini, saya masih ada kitab suci itu. Mereka amat bernilai bagi saya.

Ini bukan kerana kos hadiah itu tetapi kemurahan hati yang dia tunjukkan kepada saya dan pengorbanan yang dia rela buat untuk saya memberikan saya satu hasrat yang mendalam untuk mengaji firman Tuhan. Saya cuba mengikut teladan layanan Brother Deets dengan memberikan hadiah yang bermakna kepada orang di sekeliling saya, dengan harapan bahawa saya boleh memberkati kehidupan orang lain sepertimana dia telah memberkati kehidupan saya.

Satu Jemputan untuk Mengambil Bahagian

Richard M. Romney, Utah, Amerika Syarikat

Apabila orang yang merancangkan sosial Krismas bahagian saya meminta saya untuk mengunjung seorang ahli yang kurang aktif dan menjemput dia untuk mengambil bahagian dalam program, saya akui bahawa saya sangat gelisah. Saya hanya pernah temui Darren satu kali sebelum itu, apabila dia menyertai aktiviti bahagian yang lebih awal. Dia memakai satu ikat kepala motosikal pada dahinya. Rambut putihnya diikat seperti ekor kuda, dia berjanggut putih, dan lengannya ada banyak tatu.

Jadi, ditemani oleh seorang ahli komiti, saya berdiri di depan pintu Darren, tertanya-tanya apa yang dia akan katakan. Dia mempelawa kami masuk, dan kami memberitahukan dia tujuan kami. Dia berkata “Ya, saya akan menyertai!”

Dia lakukan tugasnya dengan baik, membantu menjadikan aktiviti itu bermakna bagi ramai orang. Tidak lama kemudian, teman pelayan saudara saya dan saya diminta untuk mengunjung Darren dengan lebih kerap. Dia selalu nampak gembira untuk menemui kami, dan kami mempunyai perbualan yang sangat mesra. Saya bersyukur ke atas ilham untuk menjemput dia menyertai program aktiviti bahagian yang menghasilkan satu perhubungan yang berharga.

Melayani Orang Lain pada Musim Krismas

Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan mereka yang anda layani tahu bahawa anda memikir tentang mereka, terutamanya pada musim ini.

  1. Kadangkala satu panggilan telefon atau satu pesanan SMS boleh mendatangkan mukjizat. Mulakan satu perbualan dengan “Hai, apa khabar?” boleh membuat satu perbezaan.

  2. Menyertai mereka dalam perayaan mereka apabila sesuai. Krismas ialah masa yang sesuai untuk belajar tentang kepercayaan-kepercayaan serupa yang kita kongsi bersama. Apabila anda kongsikan kepercayaan dan mendengar orang lain, anda membuka pintu untuk pemahaman yang lebih besar.

  3. Berdoa untuk mereka mengikut nama. Minta Bapa Syurgawi membantu anda fikirkan cara-cara untuk membawa mereka lebih dekat kepada Putera-Nya.

  4. Hadiah yang sederhana biasanya lebih bermakna. Hadiah tidak perlu mahal untuk dihargai. Mengambil masa, mendengari mereka, mengongsikan foto atau ingatan—semua ini merupakan hadiah yang datang dari hati.

  5. Berikan hadiah kesaksian. Minta mereka kongsikan kasih sayang mereka terhadap Juruselamat dengan anda, dan kongsikan kasih sayang anda kepada Dia bersama mereka.

  6. Jemput orang lain untuk menghadiri satu kebaktian Krismas. Ada orang yang ingin menyembah tetapi tidak tahu ke mana mereka boleh pergi. Jemput mereka untuk menyembah bersama anda.

  7. Bawakan kedamaian ke rumah mereka. Beritahu mereka bahawa para penginjil mempunyai satu mesej Krismas istimewa yang mereka boleh kongsikan, yang akan membawa harapan dan kasih sayang ke dalam hati mereka.

Melayani kepada Semua sebagai satu Jemaah

Keperluan setiap jemaah adalah unik. Ada yang bermanfaat dari merancangkan satu aktiviti besar. Yang lain mungkin bermanfaat dari perkara yang kecil dan sederhana. Mereka yang terlibat dalam perancangan dan organisasi aktiviti menimbangkan cara untuk memenuhi keperluan-keperluan dengan berdoa.

  • Para ahli dari tiga pancang di Paris, France, tolong menyokong satu perayaan Terangkan Dunia yang melibatkan satu pertunjukan bakat dan fesyen. Mereka sediakan barang-barang yang diberikan kepada pelarian-pelarian dan mereka yang tidak berumah.

  • Pancang Charlotte North Carolina Central mengadakan satu perayaan “Krismas Di Seluruh Dunia” untuk komuniti mereka, dengan satu sosial untuk merayakani Kristus dengan makanan, pameran tradisi Krismas antarabangsa, muzik, projek pelayanan, dan kelahiran Yesus Kristus kanak-kanak.

  • Ahli-ahli dari Pancang Vero Beach Florida menyertai satu peringatan komuniti tentang tujuan kita menyambut Hari Krismas. Alat-alat mainan didermakan kepada badan-badan amal komuniti. Satu koir Sekolah Primer menyanyi, dan banyak gereja mendirikan pojok untuk mempamerkan maklumat.

  • Pancang Jacksonville Florida South mempersembahkan satu lakonan Savior of the World untuk komuniti mereka.