Seminari dan Institut
Tujuan Mengajar dengan Cara Juruselamat


“Tujuan Mengajar dengan Cara Juruselamat,” Mengajar dengan Cara Juruselamat: Untuk Semua Yang Mengajar di Rumah dan di Gereja (2022)

“Tujuan Mengajar dengan Cara Juruselamat,” Mengajar dengan Cara Juruselamat

Tujuan Mengajar dengan Cara Juruselamat

Asas-asas yang digambarkan dalam sumber ini dapat membantu setiap pengajar injil mengajar dengan cara Juruselamat. Ini termasuk ibu bapa, pelayan saudara dan saudari, pengajar seminari dan institut, dan sesiapa pun yang ada panggilan Gereja yang berpeluang untuk mengajar.

Anda boleh mengkaji sumber ini sendiri atau menggunakannya untuk membimbing perbincangan dengan orang lain tentang bagaimana untuk menjadi pengajar yang lebih baik. Contohnya, sumber ini boleh digunakan dalam malam keluarga, mesyuarat presidensi, mesyuarat majlis bahagian atau pancang, mesyuarat seminari dan institut dalam pelayanan, dan mesyuarat majlis pengajar (lihat “Untuk Pemimpin—Membantu Para Pengajar Berjaya”).

Bagaimana Sumber Ini Disusunkan

Bahagian 1 menekankan kepentingan berfokus pada Yesus Kristus setiap kali kita mengajar asas-asas injil-Nya. Bahagian ini menerangkan apa yang kita ajarkan.

Bahagian 2 menekankan asas-asas pengajaran seperti Kristus. Bahagian ini menerangkan bagaimana kita mengajar.

Bahagian 3 memberi cadangan-cadangan praktikal untuk membantu pengajar menggunakan asas-asas pengajaran seperti Kristus.