“Untuk Pemimpin— Membantu Para Pengajar Berjaya,” Mengajar dengan Cara Juruselamat: Untuk Semua Yang Mengajar di Rumah dan di Gereja (2022)
“Untuk Pemimpin—Membantu Para Pengajar Berjaya,” Mengajar dengan Cara Juruselamat
Untuk Pemimpin—Membantu Para Pengajar Berjaya
Interaksi Satu-per-Satu
Sering kali cara terbaik untuk memenuhi keperluan unik para pengajar adalah melalui interaksi satu-per-satu. Contohnya, sebagai seorang pemimpin, anda boleh mengadakan perbincangan ringkas dengan seorang pengajar sebelum atau selepas kelas untuk membincangkan asas-asas Mengajar dengan Cara Juruselamat. Anda boleh bersedia untuk perbincangan ini dengan memerhati pengajar itu mengajar. Berusaha untuk lebih memahami kekuatan pengajar dan cari cara-cara anda boleh menawarkan sokongan.
Memupuk kekuatan seorang pengajar adalah sama penting dengan mengenal pasti peluang untuk memperbaiki. Ia membantu untuk memulakan perbincangan dengan pengajar dengan meminta mereka untuk mempertimbangkan sendiri apa yang berjalan dengan baik dan apa kemajuan boleh dibuat.
Semasa anda bertemu dengan pengajar, pertimbangkan cara-cara untuk menguatkan dan menggalakkan mereka secara baik hati dan kesyukuran untuk pelayanan mereka.
Mesyuarat Majlis Pengajar
Setiap bahagian harus mengadakan pertemuan majlis pengajar suku tahunan di mana para pengajar boleh berunding bersama tentang asas-asas pengajaran seperti Kristus. Mesyuarat majlis pengajar juga boleh diadakan untuk ibu bapa (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 13.5, ChurchofJesusChrist.org).
Bilakah Mesyuarat Ini Harus Diadakan?
Mesyuarat majlis pengajar diadakan semasa kelas 50 minit pada hari Ahad.
-
Pengajar Imamat, Lembaga Pertolongan dan Remaja Puteri boleh menghadiri sama ada Ahad pertama atau ketiga, seperti yang ditentukan oleh pemimpin tempatan.
-
Pengajar Sekolah Minggu boleh menghadiri sama ada minggu kedua atau keempat, seperti yang ditentukan oleh pemimpin tempatan.
-
Pengajar Sekolah Primer boleh menghadiri pada bila-bila hari Ahad, seperti yang ditentukan oleh presidensi Sekolah Primer dan Sekolah Minggu. Sekiranya diingini, pengajar Sekolah Primer boleh bertemu secara berasingan dari pengajar lain untuk berunding tentang aspek unik mengajar kanak-kanak. Ini boleh berlaku dalam masa 20 minit nyanyian, sebelum atau selepas pertemuan hari Ahad biasa, atau pada hari lain dalam minggu. Lebih daripada satu mesyuarat majlis pengajar boleh diadakan setiap suku tahun untuk pengajar Sekolah Primer supaya mereka tidak terlepas kelas Sekolah Primer pada minggu yang sama. (Nota: Jika perlu, presidensi Sekolah Primer menugaskan pengajar pengganti , menggabungkan kelas, atau membuat persediaan lain untuk membenarkan pengajar Sekolah Primer menghadiri pertemuan majlis pengajar.)
-
Pertemuan majlis pengajar bagi ibu bapa boleh diadakan pada bila-bila hari Ahad, seperti yang ditentukan oleh majlis bahagian.
Siapakah Harus Hadir?
Setiap orang yang mengajar satu kuorum atau kelas dalam bahagian harus menghadiri, bersama dengan sekurang-kurangnya salah seorang pemimpin imamat atau organisasi yang bertanggungjawab ke atas kuorum atau kelas tersebut. Jika perlu, peserta boleh dibahagikan kepada kumpulan mengikut keperluan mereka yang diajar. Contohnya, pengajar remaja atau kanak-kanak boleh bermanfaat dari pertemuan secara berasingan untuk membincangkan isu-isu khusus untuk mengajar remaja atau kanak-kanak.
Untuk mesyuarat majlis pengajar bagi ibu bapa, majlis bahagian memutuskan sama ada untuk menjemput ibu bapa tertentu atau membuat kehadiran terbuka kepada semua yang ingin terlibat.
Siapakah yang Memimpin Pertemuan Ini?
Majlis bahagian, dengan bantuan dari presidensi Sekolah Minggu, menyelia mesyuarat majlis pengajar. Mereka berunding bersama tentang keperluan pengajar dan pelajar berdasarkan apa yang mereka telah perhatikan dalam kelas dan pertemuan. Mereka bekerjasama untuk menentukan asas dan amalan manakah dari Mengajar dengan Cara Juruselamat yang akan memenuhi keperluan yang mereka telah kenal pasti.
Biasanya, seorang ahli presidensi Sekolah Minggu memimpin mesyuarat majlis pengajar. Walau bagaimanapun, ahli bahagian lain boleh ditugaskan untuk memimpin mesyuarat sekali-sekala. Presidensi kuorum dan organisasi mengukuhkan asas-asas dan amalan-amalan yang dibincangkan dalam pertemuan itu.
Apa yang Harus Berlaku dalam Mesyuarat Majlis Pengajar?
Mesyuarat majlis pengajar harus mengikut format ini:
-
Berkongsi dan berunding bersama. Jemput pengajar untuk berkongsi pengalaman pengajaran baru-baru ini, bertanya soalan yang berkaitan dengan pengajaran, dan berkongsi idea untuk mengatasi cabaran. Bahagian mesyuarat ini boleh termasuk kajian semula asas-asas yang dibincangkan dalam mesyuarat sebelumnya.
-
Belajar bersama. Jemput para pengajar untuk membincangkan salah satu asas berikut yang dibentangkan dalam sumber ini: tumpukan pada Yesus Kristus, kasihi mereka yang anda ajar, ajar melalui Roh, mengajar ajaran, dan menjemput pembelajaran yang tekun. Asas-asas ini boleh ditujukan dalam apa-apa urutan, dan kecuali diarahkan oleh majlis bahagian, para peserta dalam mesyuarat boleh memilih asas seterusnya untuk dibincangkan. Anda boleh luangkan lebih daripada satu pertemuan untuk satu asas jika perlu.
-
Merancang dan menjemput. Bantu para pengajar merancangkan bagaimana mereka akan gunakan asas yang mereka telah bincangkan. Jika sesuai, anda juga boleh berlatih bersama satu kemahiran yang anda telah bincangkan. Jemput mereka untuk mencatat dan bertindak atas sebarang tanggapan yang mereka terima tentang bagaimana untuk menggunakan asas itu dalam pengajaran mereka—termasuk usaha mereka untuk mengajar di rumah. Galakkan mereka untuk mula mengkaji asas seterusnya untuk dibincangkan.
Sebanyak mungkin, mesyuarat majlis pengajar harus menunjukkan contoh asas-asas yang dibincangkan.
Mengorientasikan Pengajar yang Baru Dipanggil
Sebagai seorang pemimpin, anda mempunyai tanggungjawab untuk “bertemu dengan pengajar yang baru dipanggil” dalam organisasi anda dan “membantu mereka bersedia untuk panggilan mereka” (Buku Panduan Umum, 17.3, ChurchofJesusChrist.org). Pertemuan ini adalah peluang untuk memperkenalkan pengajar baharu kepada panggilan kudus mereka dan mengilhami mereka dengan visi tentang apa yang dimaksudkan untuk mengajar dengan cara Juruselamat. Sebagai seorang pemimpin, anda boleh membantu para pengajar baharu bersedia untuk melayani dengan melakukan yang berikut:
-
Nyatakan keyakinan bahawa Juruselamat akan membantu mereka dalam panggilan mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 88:78).
-
Berikan para pengajar baharu satu salinan sumber ini, dan galakkan mereka untuk mencari cara untuk mengaplikasikan asas-asasnya dalam pengajaran mereka.
-
Kongsi dengan pengajar baharu apa-apa tentang organisasi anda yang akan membantu.
-
Jika perlu, beritahu pengajar baharu manakah bilik untuk mengajar dan pelajaran apa yang harus dimulakan. Berikan sebarang maklumat yang mereka perlukan tentang ahli kelas dan kelas mereka.
-
Jelaskan kepada pengajar baharu bahawa anda boleh membantu mereka dengan panggilan mereka. Berikan sokongan dalam kelas dan akses kepada sumber pengajaran jika perlu.
-
Tawarkan untuk memerhati kelas-kelas pengajar sekali-sekala, dan berikan maklum balas seperti yang didorong oleh Roh.
-
Jemput pengajar untuk terlibat dalam mesyuarat majlis pengajar suku tahunan.