2010–2019
Cara untuk Memperoleh Wahyu dan Inspirasi untuk Kehidupan Peribadi Anda
April 2012


Cara untuk Memperoleh Wahyu dan Inspirasi untuk Kehidupan Peribadi Anda

Mengapa Tuhan hendakkan kita untuk berdoa kepada Dia dan memohon Dia ? Kerana inilah cara wahyu diterima.

Setiap orang yang berdiri di depan mimbar ini untuk menghantarkan satu pesanan berasa kekuatan dan sokongan dari ahli di seluruh dunia. Saya bersyukur bahawa sokongan yang sama boleh datang dari seorang teman yang terkasih di sebelah dunia ini. Terima kasih, Jeanene.

Roh kudus komunikasikan informasi yang penting yang kita perlukan untuk membimbing kita dalam perjalanan fana kita. Bila ia datang dengan cepat dan jelas serta mustahak, ia adalah satu wahyu. Bila ia datang secara satu seri tekanan yang membimbing kita satu langkah demi satu langkah terhadap satu objektif yang layak, untuk tujuan pesanan ini, ia adalah inspirasi.

Satu contoh wahyu adalah arahan yang diterima oleh Presiden Spencer W. Kimball selepas rayuannya yang panjang dan berterusan kepada Tuhan mengenai pemberian imamat kepada semua lelaki dalam Gereja yang layak pada suatu masa bila imamat hanya dikurniakan kepada sebahagian saudara Gereja.

Satu lagi contoh wahyu adalah bimbingan yang diberikan kepada Presiden Joseph F. Smith: “Saya percaya bahawa kita di dalam hadiran utusan syurgawi dan jiwa syurgawi. Kita tidak berpisah dari mereka. …Kita dekat berhubung dengan kaum kita, dengan nenek moyang kita …yang pergi ke dunia roh sebelum kita. Kita tidak boleh lupakan mereka; kita tidak henti mengasihi mereka; kita selalu menyimpan mereka dalam hati kita, dalam peringatan, dan terjadilah kita berkait dengan dan bersatu dengan mereka oleh ikatan yang tidak dapat kita pecahkan. …Jika ini benar dalam keadaan finit kita bila kita diselubungi oleh kelemahan fana kita, …betapa tentunya … untuk mempercayai bahawa mereka yang beriman, yang sudah meninggal dunia ini … dapat melihat kita lebih dari kita dapat melihat mereka; bahawa mereka mengenali kita lebih dari kita mengenali mereka. … Kita hidup dalam hadiran mereka, mereka dapat melihat kita, mereka mengambil berat tentang kebajikan kita, mereka mengasihi kita lebih dari masa dahulu. Kerana sekarang mereka dapat melihat kebahayaan yang menyelubungi kita; …kasih sayang mereka dan hasrat mereka demi kebaikan kita mestinya lebih besar dari yang dapat kita rasa untuk diri sendiri.” 1

Perhubungan boleh diperkuatkan melalui tirai dengan orang yang kita kenali dan sayangi. Ini boleh dicapai dengan usaha tekad kita untuk terus melakukan perkara yang betul. Kita boleh memperkuatkan perhubungan kita dengan mereka yang sudah meninggal dunia yang kita kasihi dengan mengenali bahawa perpisahan ini hanya sementara sahaja dan perjanjian buat dalam bait suci adalah abadi. Bila kita mematuh, perjanjian-perjanjian itu akan memastikan penunaian abadi jaminan dari perjanjian-perjanjian itu.

Satu kejadian yang jelas tentang wahyu dalam hidup saya berlaku bila saya ditekan oleh Roh untuk menanya Jeanene Watkins untuk dimeterai bersama saya dalam bait suci.

Satu pelajaran yang besar yang harus kita setiap orang belajar adalah untuk memohon. Mengapa Tuhan hendakkan kita berdoa kepada Dia dan memohon Dia? Kerana itu cara wahyu diterima.

Bila saya menemui satu perkara yang sukar, ini cara saya memahami tentang apakah yang harus dilakukan. Saya berpuasa. Saya berdoa untuk mencarikan dan memahami tulisan suci yang akan menolong saya. Proses itu siklikal. Saya mula membaca satu petikan tulisan suci; saya merenungkan erti tulisan itu dan berdoa demi inspirasi. Kemudian saya berenung dan berdoa untuk mengetahui jika saya sudah menerima segala yang Tuhan ingin saya lakukan. Biasanya lebih banyak impresi datang dengan kefahaman injil yang bertambah. Saya mendapati bahawa pola ini adalah satu cara yang baik untuk belajar dari tulisan suci.

Adanya asas-asas yang praktikal yang boleh meningkatkan wahyu. Pertama, menyera kepada emosi seperti kemarahan atau kesakitan atau bela diri akan menyingkirkan Roh Kudus. Emosi-emosi itu mesti dihapuskan, atau peluang kita untuk menerima wahyu akan menjadi kurang.

Satu asas adalah untuk berhati-hati terhadap humor. Ketawa yang kuat dan tidak sesuai akan menyinggung Roh. Humor yang sesuai boleh membantu wahyu; ketawa yang kuat tidak. Humor adalah satu kelepasan dari tekanan hidupan.

Satu lagi musuh wahyu datang dari menokok tambah dalam ucapan. Ucapan yang berhati-hati dan yang sunyi akan meningkatkan penerimaan wahyu.

Sebaliknya, komunikasi rohani boleh dipertingkatkan oleh praktis kesihatan yang baik. Bersenam, tidur yang cukup, dan tabiat makan yang baik meninggikan keupayaan kita untuk menerima dan memaham wahyu. Kita akan hidup buat tempoh yang diberikan kita. Tetapi, kita boleh meningkatkan mutu pelayanan kita dan kesihatan kita dengan membuat pilihan-pilihan yang cermat dan sesuai.

Adalah penting bahawa aktiviti-aktiviti harian kita tidak mengganggu kita dari mendengari Roh.

Wahyu juga boleh diberi dalam satu mimpi bila adanya satu peralihan yang tidak dapat dilihat dari tidur ke bangun. Jika anda berusaha untuk menangkap kandungan dengan serta-merta, anda boleh merekodkan perincian, jika tidak, ia akan hilang dengan cepatnya. Komunikasi yang diilham pada waktu malam biasanya diteman oleh satu perasaan kudus terhadap pengalaman itu. Tuhan gunakan individu yang kita hormati untuk mengajar kita kebenaran dalam mimpi kerana kita mempercayai mereka dan akan mendengar nasihat mereka. Ini adalah Tuhan melakukan pengajaran melalui Roh Kudus. Tetapi, Dia mungkin buatkan proses ini lebih mudah difahami atau hati kita lebih mudah disentuh dengan mengajar kita dalam mimpi dan melalui orang yang kita kasihi dan hormati.

Bila ia adalah demi tujuan Tuhan, Dia akan membawakan apa-apa pun ke ingatan kita. Ini tidak harus melemahkan tekad kita untuk merekodkan impresi-impresi Roh. Inspirasi yang direkodkan dengan cermat menunjukkan Tuhan bahawa komunikasi-Nya adalah kudus bagi kita. Rekod juga akan meninggikan kebolehan kita untuk mengingati wahyu. Rekod tentang arahan Roh ini harus dilindungi dari kehilangan atau pencerobohan orang lain.

Kitab-kitab suci berikan penetapan dengan petah tentang cara kebenaran, jika dipatuhi dengan konsisten, membuka pintu ke inspirasi untuk mengetahui tentang perkara yang harus dilakukan, di mana perkara itu diperlukan, dan untuk memiliki keupayaan peribadi yang ditinggkatkan oleh kuasa ilahi. Kitab-kitab suci menerangkan cara keupayaan individu untuk mengalahkan kesukaran, keraguan, dan cabaran-cabaran yang tidak mungkin diatasi diperkuatkan oleh Tuhan pada waktu yang diperlukan. Semasa anda merenung contoh-contoh ini, penetapan yang sunyi akan datang melalui Roh Kudus bahawa pengalaman-pengalaman ini adalah benar. Anda akan tahu bahawa bantuan yang serupa sedia ada bagi anda.

Saya sudah memerhati individu-individu yang menemui cabaran-cabaran yang tahu tentang perkara yang harus dilakukan bila cabaran itu lebih dari pengalaman mereka sendiri kerena mereka mempercayai Tuhan dan mengetahui bahawa Tuhan akan membimbing mereka ke penyelesaian yang diperlukan dengan cermas.

Tuhan sudah mengisytiharkan: “Dan kamu mesti diajar dari tempat yang tinggi. Kuduskanlah dirimu dan kamu akan diberkati dengan kuasa, agar kamu boleh memberi bahkan seperti yang telah Aku firmankan.” 2 Perkataan-perkataan kuduskanlah dirimu mungkin membingunkan. Presiden Harold B. Lee menjelaskan bahawa anda boleh menggantikannya dengan “mematuhi perintah-perintah-Ku.” Bacakanlah tulisan suci itu secara ini, dan nasihat itu akan menjadi lebih jelas.3

Seseorang mesti bersih secara mental dan fisikal dan berniat suci supaya Tuhan boleh mengilhamkannya. Seseorang yang patuh kepada perintah-perintah-Nya diyakin oleh Tuhan. Individu itu memiliki akses kepada inspirasi-Nya untuk mengetahui tentang perkara yang harus dilakukan dan, bila perlu, kuasa ilahi untuk melakukannya.

Supaya kerohanian dapat berkembang dengan lebih kuat dan lebih sedia ada, ia mesti diasuh dalam satu persekitaran yang soleh. Kesombongan, keangkuhan, dan kebongkakan adalah tanah batu yang tidak akan menghailkan buah rohani.

Kerendahan hati adalah tanah yang subur di mana kerohanian berkembang dan menghasilkan buah inspirasi untuk mengetahui perkara yang harus dilakukan. Ia berikan akses kepada kuasa ilahi untuk mencapai perkara yang harus dilakukan. Seorang yang dimotivasi oleh hasrat demi pujian atau pengakuan tidak akan layak untuk diajar oleh Roh. Satu individu yang angkuh atau yang biarkan keputusannya dipengaruh oleh emosinya tidak akan dibimbing oleh Roh.

Bila kita berlaku bagi pihak orang lain, kita lebih mudah diilham berbanding dengan bila kita hanya fikir tentang diri sendiri. Dalam proses menolong orang lain, Tuhan boleh mengendong arahan untuk manfaat kita.

Bapa Syurgawi kita tidak meletakkan kita pada bumi ini untuk menjadi gagal tetapi untuk berjaya dengan gemilang. Mungkin ia ternampak lawan asas, tetapi inilah sebabnya kadang-kala mengenali jawapan kepada doa boleh menjadi susah. Ada masanya kita cuba dengan tidak bijaksana untuk menemui hidup dengan bergantung pada pengalaman dan keupayaan diri sendiri. Adalah lebih bijaksana bagi kita untuk mencari melalui doa dan inspirasi ilahi tentang perkara yang harus kita lakukan. Pematuhan kita memastikan kita boleh melayak untuk kuasa ilahi untuk mencapai satu objektif yang diilhamkan bila diperlukan.

Seperti kebanyakan kita, Oliver Cowdery tidak mengenali bukti jawapan kepada doa yang diberikan oleh Tuhan. Untuk membuka matanya dan mata kita, wahyu ini diberikan melalui Joseph Smith:

“Diberkatilah engkau untuk apa yang telah engkau lakukan; kerana engkau telah bertanya kepada-Ku, dan lihatlah, sesering engkau telah bertanya engkau telah menerima petunjuk Roh-Ku. Jika tidak demikian halnya, engkau tidak akan datang ke tempat di mana engkau berada pada waktu ini.

“Lihatlah, engkau mengetahui bahawa engkau telah bertanya kepada-Ku dan Aku menerangi fikiranmu; dan sekarang Aku memberi tahu engkau hal-hal ini agar engkau boleh mengetahui bahawa engkau telah diterangi dengan Roh kebenaran.” 4

Jika anda rasa Tuhan belum menjawab doa anda, renungkan tulisan-tulisan suci ini-kemudian carikan bukti-bukti dalam kehidupan anda dengan berhati-hati bahawa mungkin Dia sudah menjawab anda.

Dua petunjuk bahawa satu perasaan datang dari Tuhan adalah bahawa ia menghasilkan kedamaian dalam hati anda dan satu perasaan yang sunyi, dan hangat. Bila anda mengikut asas-asas yang sudah saya sebutkan, anda akan bersedia untuk mengenali wahyu pada waktu mustahak dalam hidup anda.

Lebih tepat anda mengikut bimbingan ilahi, lebih besar kebahagian anda di sini dan buat keabadian-lagipun, perkembangan dan keupayaan anda untuk melayan menjadi lebih berlimpah-limpah. Saya tidak faham dengan sepenuhnya bagaimana ini berlaku, tetapi bimbingan itu dalam hidup anda tidak menghapuskan hak pilihan anda. Anda boleh buat keputusan yang anda pilih. Tetapi ingatlah, kecenderungan untuk melakukan hal yang betul mendatangkan kedamaian minda dan kegembiraan.

Jika pilihan anda salah, pilihan itu boleh dibetulkan melalui pertaubatan. Bila semua syaratnya ditemui, Penebusan Yesus Kristus, Juruselamat kita, memberikan satu pembebasan dari tuntutan keadilan bagi kesalahan . Ini satu perkara yang amat mudah dan indah tanpa perbandingan. Bila anda terus hidup dengan soleh, anda akan sentiasa ditekan untuk mengetahui tentang perkara yang harus dilakukan. Kadang-kala penemuan tentang tindakan apakah yang harus dilakukan mungkin memerlukan usaha dan keyakinan yang besar dari anda. Tetapi anda akan ditekan untuk mengetahui tentang perkara yang harus dilakukan bila anda menemui syarat-syarat demi bimbingan ilahi dalam hidup anda, iaitu, pematuhan kepada perintah-perintah Tuhan, percaya kepada rancangan kebahagiaan ilahi-Nya, dan mengelakkan sebarang hal yang bertentangan dengan ia.

Komunikasi dengan Bapa Syurgawi kita bukan satu perkara yang remeh-temeh. Ia satu peluang yang kudus. Ia berdasar dari asas-asas abadi yang tidak berubah. Kita menerima bantuan dari Bapa Syurgawi sebagai balasan kepada iman, pematuhan, dan penggunaan hak pilihan yang sesuai kita.

Semoga Tuhan mengilhamkan anda untuk memaham dan menggunakan asas-asas yang menuju ke wahyu dan inspirasi peribadi, dalam nama Yesus Kristus, amin.