2010–2019
Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik
Oktober 2018


8:3

Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik

Saya tinggalkan kasih sayang dan berkat saya ke atas anda semua, supaya anda jamuilah diri dengan firman Tuhan dan gunakan ajaran-ajaran-Nya dalam kehidupan peribadi anda.

Ini ialah satu persidangan yang berilham dan bersejarah. Kita memandang ke depan dengan keghairahan. Kita sudah dimotivasikan untuk berkelakuan dan menjadi lebih baik. Pesanan-pesanan yang menakjubkan sudah diberikan dari mimbar ini oleh para Penguasa Umum dan Pegawai Umum, dan muzik juga mengagumkan! Saya menegaskan anda untuk mengkaji pesanan-pesanan ini, bermula dari minggu ini.1 Mereka menunjukkan minda dan kehendak Tuhan untuk umat-Nya, hari ini.

Kurikulum bersepadu yang baru yang berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja ada potensi untuk melepaskan kuasa kekeluargaan, apabila setiap keluarga melaksanakan ia dengan teguh dan cermat untuk mengubahkan rumah mereka kepada satu tempat perlindungan iman. Saya berjanji apabila anda tekun membentuk semula rumah anda kepada satu pusat pembelajaran injil, pada akhirnya hari Sabat anda akan menjadi satu kegembiraan. Anak-anak anda akan suka belajar dan mematuhi ajaran-ajaran Juruselamat, dan pengaruhan musuh dalam kehidupan dan rumah anda akan berkurangan. Perubahan dalam keluarga anda akan menjadi dramatik dan berterusan.

Sepanjang persidangan ini, kita sudah memperkukuhkan keazaman kita untuk menjalankan usaha penting untuk menghormati Tuhan Yesus Kristus setiap kali kita merujuk kepada Gereja-Nya. Saya janji anda bahawa perhatian ketat anda untuk menggunakan nama Gereja Juruselamat yang betul dan nama ahli-ahlinya akan mendatangkan iman dan kuasa rohani yang lebih besar untuk ahli-ahli Gereja-Nya.

Sekarang, saya akan berucap tentang bait suci. Kita tahu bahawa masa kita dalam bait suci adalah penting demi keselamatan dan permuliaan kita dan keluarga kita.

Selepas kita menerima tatacara bait suci diri sendiri dan buat perjanjian kudus dengan Tuhan, kita masing-masing perlukan peneguhan dan arahan rohani yang berterusan yang hanya boleh didapati dalam rumah Tuhan. Dan nenek moyang kita perlukan kita untuk melayan sebagai pewakil bagi mereka.

Pertimbangkan belas kasihan dan keadilan Tuhan, sebelum pengasasan dunia, sudah sediakan satu cara untuk memberi berkat-berkat bait suci kepada mereka yang mati tanpa pengetahuan injil. Upacara bait suci ini adalah kuno. Untuk saya, kepurbaan ini adalah berilham dan satu lagi bukti ketulenan mereka.2

Saudara dan saudari terkasih, serangan musuh semakin besar, dalam kekuatan, keragaman dan kepelbagiaan.3 Kita perlu menghadiri bait suci dengan konsisten. Saya merayu anda untuk bertimbang dengan penuh doa cara anda gunakan masa anda. Laburkan masa anda dalam masa depan anda dan keluarga anda. Jika anda tinggal berhampiran sebuah bait suci, saya menekan anda untuk selalu membuat janji temu dengan Tuhan—untuk berada dalam rumah kudus-Nya—kemudian mematuhi janji temu itu dengan ketepatan dan keriangan. Saya janji anda bahawa Tuhan akan bawakan mukjizat yang Dia tahu anda perlukan apabila anda buat pengorbanan untuk melayan dan menyembah dalam bait suci-Nya.

Sekarang kita ada 159 bait suci yang sudah dibakti. Penjagaan dan pengekalan bait-bait suci ini sangat penting bagi kita. Masa berlalu dan bait-bait suci perlukan pembaharuan. Oleh itu, kami ada rancangan untuk mengubah suai dan mengemaskinikan Bait Suci Salt Lake dan bait-bait suci lain yang lebih tua. Perincian projek-projek ini akan dikongsikan apabila sedia ada.

Hari ini, dengan sukacita, kami mengumumkan rancangan untuk membina 12 bait suci baru. Bait-bait suci ini akan dibina pada lokasi-lokasi berikut: Mendoza, Argentina; Salvador, Brazil; Yuba City, California; Phnom Penh, Cambodia; Praia, Cape Verde; Yigo, Guam; Puebla, Mexico; Auckland, New Zealand; Lagos, Nigeria; Davao, Philippines; San Juan, Puerto Rico; dan wilayah Washington, Utah.

Pembinaan dan penjagaan bait suci ini mungkin tidak akan mengubah kehidupan anda, tetapi masa anda dalam bait suci akan mengubah anda. Kepada mereka yang lama tidak menghadiri bait suci, saya menggalak anda untuk bersedia dan kembali secepat mungkin. Kemudian saya menjemput anda untuk menyembah dalam bait suci dan berdoa untuk merasa kasih Juruselamat bagi anda yang tak terbatas, supaya anda masing-masing boleh memperolehi kesaksian diri sendiri bahawa Dia mengarah kerja kudus ini yang abadi.4

Saudara saudari, saya berterima kasih ke atas iman dan usaha sokongan anda. Saya tinggalkan kasih sayang dan berkat saya ke atas anda semua, supaya anda jamuilah diri dengan firman Tuhan dan gunakan ajaran-ajaran-Nya dalam kehidupan peribadi anda. Saya menjamin kepada anda bahawa wahyu berterusan dalam Gereja dan akan berterusan sehingga “tujuan Tuhan dicapai, dan Yehovah berfirman ia sudah lengkap.”5

Saya memberkati anda iman yang lebih besar kepada Dia dan kerja kudus-Nya, iman dan kesabaran untuk menahan cabaran peribadi hidup anda. Saya memberkati anda untuk menjadi Orang Suci Zaman Akhir yang baik. Saya memberkati anda dan memberi saksi bahawa Tuhan hidup! Yesus ialah Kristus! Inilah Gereja-Nya. Kita umat-Nya, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat pesanan-persidangan umum persidangan umum dalam talian di LDS.org dan aplikasi Gospel Library. Mereka akan dicetak dalam Ensign dan Liahona. Majalah Gereja, termasuk New Era dan Friend, diedar melalui pos atau dalam talian, ialah sebahagian penting dalam kurikulum injil berpusat pada keluarga.

  2. Lihat, sebagai contoh, Keluaran 28; 29; Imamat 8.

  3. Lihat Mosia 4:29.

  4. Lihat Wilford Woodruff, “The Law of Adoption,” syarahan yang diberikan dalam persidangan umum Gereja, Apr. 8, 1894. Presiden Woodruff berkata: “Kita belus habis [dengan] wahyu. Kita belum lengkapkan kerja Tuhan. … Kerja ini tidak akan tamat sehingga ia menjadi sempurna” (Deseret Evening News, 14 April 1894, 9).

  5. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 142.