“Asas-asas Injil-Ku”
Asas injil adalah garis panduan berdasarkan ajaran untuk pelaksanaan hak pilihan moral yang soleh.
Dalam persidangan umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir pada bulan Oktober 1849, Elder John Taylor dari Kuorum Dua Belas Rasul dipanggil untuk mula mengkhutbahkan injil Yesus Kristus di negara Perancis. Pelayanannya termasuk penyuntingan terbitan Gereja rasmi pertama di negara itu. Elder Taylor menyedia dan memberitakan sebuah artikel pada tahun 1851 sebagai tindak balas terhadap soalan yang sering ditanya tentang Gereja. Dan menjelang akhir karangan itu, Elder Taylor mengingatkan episod berikut:
“Beberapa tahun yang lalu, di Nauvoo, seorang lelaki dalam pembicaraan saya, seorang ahli Badan Perundangan, bertanya kepada Joseph Smith bagaimana dia dapat memimpin begitu banyak orang, dan memelihara ketertiban yang sempurna; menyatakan pada masa yang sama bahawa ia mustahil untuk mereka melakukannya di tempat lain. En. Smith mengatakan bahawa ia sangat mudah untuk melakukannya. ‘Bagaimana?’ Balas lelaki itu; “Bagi kami sangat sukar.” En. Smith menjawab, ‘Saya mengajar mereka asas-asas yang betul, dan mereka memimpin diri mereka.’”1
Saya berdoa agar Roh Kudus akan mengarah dan meneguhkan setiap kita ketika saya menekankan peranan penting asas dalam injil Yesus Kristus yang dipulihkan.
Asas-asas
Tuhan mengungkapkan kepada Nabi Joseph Smith “para penatua, imam dan pengajar gereja ini haruslah mengajarkan asas-asas Injil-Ku, yang ada di dalam Alkitab dan Kitab Mormon, yang mana di dalamnya adalah kegenapan injil.”2 Dia juga menyatakan yang Orang Suci Zaman Akhir harus “diberi arahan dengan lebih sempurna dalam teori, dalam asas, dalam ajaran, dalam hukum Injil, dalam segala hal yang berkaitan dengan kerajaan Tuhan, yang perlu untuk kamu fahami.”3
Dinyatakan secara ringkas, asas injil adalah garis panduan berdasarkan ajaran untuk pelaksanaan hak pilihan moral yang soleh. Asas-asas berasal dari kebenaran injil yang lebih luas dan memberikan arahan dan standard ketika kita terus maju di jalan perjanjian.
Sebagai contoh, tiga Fasal-Fasal Kepercayaan yang pertama mengenal pasti aspek asas ajaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan: sifat Kesatuan Ketuhanan di fasal-fasal kepercayaan pertama, kesan kejatuhan Adam dan Hawa di fasal-fasal kepercayaan kedua,dan berkat-berkat yang datang melalui Korban tebusan Yesus Kristus di fasal-fasal kepercayaan ketiga.4 Dan fasal-fasal kepercayaan keempat menetapkan asas-asas pertama—garis panduan menjalankan iman kepada Yesus Kristus dan bertaubat—dan tatacara imamat pertama yang memnolehkan Korban tebusan Yesus Kristus menjadi efektif dalam hidup kita.5
Kata-kata Bijaksana adalah contoh lain sebuah asas sebagai garis panduan. Sila perhatikan ayat pengenalan ini dalam bahagian 89 dari Ajaran dan Perjanjian.
“Diberikan sebagai suatu asas dengan janji, disesuaikan dengan kemampuan yang lemah dan yang paling lemah daripada semua orang suci, yang merupakan atau boleh dipanggil orang suci.
“Lihatlah, sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepadamu: Disebabkan kejahatan dan rancangan yang ada dan akan ada di dalam hati orang-orang jahat yang bersubahat pada zaman akhir, Aku telah memperingatkanmu, dan memperingatkanmu sebelumnya, dengan memberikan kepadamu kata-kata bijaksana ini melalui wahyu.”6
Arahan yang diilhami yang mengikuti pengenalan ini memberikan garis panduan yang berkekalan untuk kesejahteraan jasmani dan rohani serta bersaksi tentang berkat-berkat tertentu yang bergantung pada kesetiaan kita terhadap asas tersebut.
Belajar, memahami, dan menjalani asas-asas injil memperkuatkan iman kita kepada Juruselamat, memperdalamkan kesetiaan kita kepada-Nya, dan menjemput banyak berkat dan kurnia rohani ke dalam hidup kita. Asas-asas kebenaran juga bantu kita untuk lihat di luar keutamaan peribadi dan keinginan kita yang mementingkan diri sendiri dengan menyediakan perspektif kebenaran abadi yang berharga semasa kita mengharungi keadaan, cabaran, keputusan, dan pengalaman kefanaan yang berbeza.
Contoh Sezaman Pengajaran Asas yang Betul
Penyataan oleh Nabi Joseph Smith tentang pengajaran asas yang betul mungkin adalah salah satu ajarannya yang sering dipetik. Dan kita temui contoh-contoh sangat berkuasa dari pola arahan yang diilhami ini dalam ajaran hamba-hamba Tuhan yang berwenang hari ini.
Asas Tidak Mengganggu
Presiden Dallin H. Oaks berucap dalam persidangan umum pada tahun 1998 tentang tugas pemegang Imamat Harun yang berkaitan dengan menyedia dan memberi sakramen. Dia menggambarkan asas tidak mengganggu dan menunjukkan yang pemegang Imamat Harun tidak akan mahu apa pun dalam penampilan atau tingkah lakunya untuk mengganggu mana-mana ahli Gereja dari penyembahan dan pembaharuan perjanjiannya. Presiden Oaks juga menekankan asas-asas yang berkaitan dengan ketertiban, kebersihan, ketakziman, dan martabat.
Menariknya, Presiden Oaks tidak menyediakan remaja putera senarai panjang perkara yang harus dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Sebaliknya, dia menjelaskan asas itu dengan harapan bahawa para remaja putera dan ibu bapa serta pengajar mereka dapat dan harus menggunakan penghakiman dan ilham mereka sendiri untuk mengikuti garis panduan tersebut.
Dia menjelaskan: “Saya tidak akan cadangkan peraturan terperinci, kerana keadaan di pelbagai bahagian dan cabang di Gereja kita di seluruh dunia sangat berbeza sehingga peraturan khusus yang sepertinya diperlukan dalam satu keadaan mungkin tidak sesuai dalam keadaan lain. Sebaliknya, saya akan cadangkan asas berdasarkan ajaran. Jika semua memahami asas ini dan bertindak selaras dengannya, terdapat kurang keperluan untuk peraturan. Jika peraturan atau berunding diperlukan dalam kes-kes individu, pemimpin tempatan dapat menyediakannya, sesuai dengan ajaran dan asas yang berkaitan dengannya.”7
Asas Hari Sabat sebagai Tanda
Dalam persidangan umum April 2015, Presiden Russell M. Nelson mengajarkan kita “hari Sabat adalah satu kebahagiaan.”8 Dia juga menjelaskan bagaimana dia secara peribadi memahami asas dasar tentang menghormati hari Sabat:
“Bagaimana kita menyucikan hari Sabat? Dalam tahun-tahun muda saya, saya mengkaji kerja orang lain yang mempunyai senarai perkara-perkara yang dibuat dan tidak dibuat pada hari Sabat. Kemudian saya belajar dari kitab suci bahawa kelakuan dan sikap saya terhadap Sabat merupakan satu tanda antara saya dan Bapa Syurgawi saya. Dengan pemahaman itu, saya tidak memerlukan senarai apa yang harus dibuat dan yang tidak patut dibuat. Apabila saya perlu membuat keputusan sama ada suatu aktiviti adalah sesuai untuk hari Sabat, saya bertanya kepada diri sendiri, ‘Tanda apa yang saya mahu beri kepada Tuhan?’ Soalan itu membuat pilihan saya mengenai hari Sabat dengan jelas.”9
Soalan Presiden Nelson yang biasa tetapi sangat berkuasa menekankan asas yang dapat mengatasi ketidakpastian tentang apa maksudnya dan apa yang kita harus lakukan untuk menghormati hari Sabat. Soalannya meringkaskan garis panduan dan standard yang dapat memberkati kita semua dalam keadaan kita yang berbeza.
Asas Sudi Membiarkan Tuhan Menang
Enam bulan yang lalu dalam persidangan umum, Presiden Nelson menggambarkan kegembiraan peribadinya kerana dia dibawa ke pandangan baru tentang maksud perkataan Israel. Dia memberitahu kita yang jiwanya tergoncang ketika dia mengetahui yang “nama Israel merujuk kepada seorang yang sudi membiarkan Tuhan menang dalam hidupnya.”10 Presiden Nelson kemudian mengenal pasti sejumlah implikasi penting yang berasal dari pandangan ini.
Pesanan dia tentang sudi menbiarkan Tuhan menang adalah contoh luar biasa tentang mengajar asas-asas yang betul sehingga kita dapat memimpin diri kita. Dan seperti yang dia lakukan dalam pesanannya tentang menjadikan hari Sabat satu kegembiraan, Presiden Nelson mengemukakan soalan berdasarkan asas yang menjadi panduan dan standard untuk kita.
“Adakah anda sudi membiarkan Tuhan menang dalam hidup anda? Adakah anda sudi membiarkan Tuhan menjadi pengaruh yang paling penting dalam hidup anda?”
Dia berkata:
“Pertimbangkan bagaimana kesudian seperti ini boleh memberkati anda. Jika anda belum berkahwin dan sedang mencari seorang teman abadi, hasrat anda untuk menjadi ‘sebahagian Israel’ akan membantu anda menentukan siapa dan bagaimana.
“Jika anda berkahwin dengan pasangan yang telah melanggar perjanjiannya, kesudian anda untuk membiarkan Tuhan menang dalam hidup anda akan membenarkan perjanjian anda dengan Tuhan kekal tidak terjejas. Juruselamat akan menyembuhkan hati anda yang hancur. Syurga terbuka semasa anda berdoa untuk mengetahui bagaimana untuk bergerak ke hadapan. Anda tidak perlu mengembara atau tertanya-tanya.
“Jika anda mempunyai soalan-soalan ikhlas mengenai injil atau Gereja, semasa anda memilih untuk membiarkan Tuhan menang, anda akan dipimpin untuk menemui dan memahami kebenaran kekal, yang akan membimbing hidup anda dan membantu anda tetap teguh di jalan perjanjian.
“Apabila anda menghadapi godaan—bahkan ketika anda letih atau bersendirian atau disalah faham—bayangkan keberanian anda boleh kumpulkan apabila anda memilih untuk membiarkan Tuhan menang dan ketika anda merayu-Nya untuk kekuatan.
“Apabila hasrat terbesar anda adalah untuk membiarkan Tuhan menang, menjadi sebahagian Israel, banyak keputusan menjadi lebih mudah. Banyak masalah menjadi tidak penting! Anda tahu bagaimana menampilkan diri dengan baik. Anda tahu apa untuk ditonton dan dibaca, di mana meluangkan masa, dan dengan siapa untuk bergaul. Anda tahu apa yang anda ingin capai. Anda tahu jenis orang yang anda mahu jadi.”11
Perhatikan berapa banyak keputusan penting dan pengalaman hidup yang dapat dipengaruhi oleh asas sudi membiarkan Tuhan menang: dating dan perkahwinan, soalan dan kerisauan injil, godaan, dandanan peribadi, apa untuk ditonton dan dibaca, di mana untuk meluangkan masa, dengan siapa untuk bergaul dan banyak lagi. Soalan yang diilhamkan oleh Presiden Nelson menekankan asas biasa yang menyediakan arahan dalam setiap aspek kehidupan kita dan membolehkan kita memimpin diri kita.
Kemudi Yang Sangat Kecil
Ketika Joseph Smith dipenjarakan di Penjara Liberty, dia menulis surat arahan kepada ahli dan pemimpin Gereja dan mengingatkan mereka yang “sebuah kapal yang sangat besar memperoleh kelebihan yang sangat banyak dari sebuah kemudi yang sangat kecil semasa ribut, dengan mengemudikannya menghadapi angin dan ombak.”12
“Kemudi” adalah roda atau pembajak dan peralatan yang digunakan untuk mengemudikan kapal atau bot. Dan “menghadapi angin dan ombak” menandakan memusingkan kapal sehingga dapat mengekalkan keseimbangannya dan tidak terbalik semasa ribut.
Asas-asas injil adalah seperti kemudi kapal kepada saya dan anda. Asas-asas yang betul membolehkan kita mencari jalan dan berdiri teguh, tabah, dan tak tergoyah sehingga kita tidak kehilangan keseimbangan dan jatuh dalam ribut kegelapan dan kebingungan di akhir zaman.
Kami telah diberkati dengan banyak dalam persidangan umum ini untuk belajar tentang asas-asas abadi daripada hamba-hamba Tuhan yang berwenang. Sekarang, tanggungjawab individu kita adalah untuk memimpin diri kita berdasarkan kebenaran yang mereka telah bersaksi.13
Kesaksian
Presiden Ezra Taft Benson mengajar, “Selama enam bulan berikutnya, edisi persidangan umum anda dari [Liahona] harus berada di sebelah tulisan suci anda dan sering dirujuk.”14
Dengan seluruh tenaga jiwa saya, saya menjemput kita semua untuk belajar, menjalani, dan mengasihi asas-asas kesolehan. Hanya kebenaran injil dapat membolehkan kita untuk “dengan riang melakukan segala hal yang berada dalam kuasa kita”untuk terus maju di jalan perjanjian dan untuk “melihat keselamatan daripada Tuhan, dan untuk lengan-Nya didedahkan.”15
Saya tahu yang ajaran dan asas injil Yesus Kristus merupakan sumber-sumber utama bagi kehidupan kita dan kegembiraan yang berkekalan dalam kefanaan dan keabadian. Dan pada hari Ahad Easter yang mulia ini, saya dengan gembira bersaksi yang Juruselamat kita yang hidup adalah sumber dari mana kebenaran-kebenaran ini mengalir. Saya bersaksi demikian dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.