“Bab 3: Pelajaran 3—Injil Yesus Kristus,” Mengkhutbahkan Injil-Ku: Panduan untuk Berkongsi Injil Yesus Kristus (2023)
“Bab 3: Pelajaran 3,” Mengkhutbahkan Injil-Ku
Bab 3: Pelajaran 3
Injil Yesus Kristus
Injil Yesus Kristus adalah bagaimana kita datang kepada Kristus. Ia cukup mudah sehinggakan seorang kanak-kanak boleh memahaminya. Pelajaran ini berfokus pada injil dan ajaran Kristus, termasuk iman kepada Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir. Ia juga fokus pada cara-cara injil memberkati semua anak-anak Tuhan.
Perkataan injil bermaksud “berita baik.” Injil Yesus Kristus adalah berita baik kerana ia menyediakan ajaran—kebenaran abadi—yang kita perlu untuk datang kepada-Nya dan diselamatkan (lihat 1 Nefi 15:14). Injil mengajar kita cara untuk menjalani kehidupan yang baik dan bermakna. Berita baik injil menyediakan jalan untuk kita diampuni dosa, dikuduskan dan kembali ke hadirat Tuhan.
Cadangan untuk Mengajar
Bahagian ini menyediakan contoh rangka panduan untuk membantu anda bersedia untuk mengajar. Ia juga termasuk contoh-contoh soalan dan jemputan yang anda boleh gunakan.
Semasa anda bersedia untuk mengajar, berdoalah dan pertimbangkan situasi dan keperluan rohani setiap orang. Tentukan hal yang paling berguna untuk diajar. Bersedia untuk menjelaskan istilah yang mungkin orang tidak difahami. Rancang mengikut masa yang anda akan ada, pastikan pelajaran itu ringkas.
Pilih tulisan suci untuk digunakan semasa anda mengajar. Bahagian “Landasan Ajaran” dalam pelajaran ini mengandungi banyak tulisan suci yang berguna.
Pertimbangkan soalan-soalan untuk ditanya semasa anda mengajar. Rancang jemputan yang akan menggalakkan setiap orang untuk bertindak.
Tekankan berkat-berkat yang Tuhan janjikan, dan kongsi kesaksian anda tentang apa yang anda ajar.
Apa yang Anda Boleh Ajarkan Kepada Orang dalam 15-25 Minit
Pilih satu atau lebih dari asas-asas berikut untuk diajar. Landasan ajaran bagi setiap asas disediakan selepas rangka panduan ini.
Misi Ilahi Yesus Kristus
-
Tuhan mengutus Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, ke bumi untuk menebus kita daripada dosa dan kematian.
-
Kerana korban tebusan Yesus, kita boleh dibersihkan daripada dosa dan dikuduskan apabila kita bertaubat.
-
Selepas Yesus disalibkan, Dia bangkit. Kerana Kebangkitan-Nya, kita semua akan dibangkitkan selepas kita mati. Ini bererti roh dan tubuh setiap orang akan bersatu semula, dan setiap kita akan hidup selamanya dalam tubuh yang sempurna dan dibangkitkan.
Iman kepada Yesus Kristus
-
Iman adalah asas pertama injil Yesus Kristus.
-
Iman kepada Yesus Kristus termasuk mempunyai keyakinan bahawa Dia ialah Putera Tuhan dan mempercayai-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus kita.
-
Iman kepada Yesus Kristus adalah asas tindakan dan kuasa.
-
Kita memperkukuhkan iman dengan berdoa, mengkaji tulisan suci, dan mematuhi perintah-perintah.
Pertaubatan
-
Iman kepada Yesus Kristus membawa kepada pertaubatan. Pertaubatan adalah proses berpaling kepada Tuhan serta berpaling daripada dosa. Apabila kita bertaubat, tindakan, hasrat dan fikiran kita berubah untuk menjadi lebih harmoni dengan kehendak Tuhan.
-
Apabila kita bertaubat dengan ikhlas, Tuhan mengampuni kita. Pengampunan diperbolehkan kerana Yesus Kristus telah menebus dosa-dosa kita.
-
Semasa kita bertaubat, kita berasa damai kerana perasaan bersalah dan kesedihan kita disembuhkan.
-
Pertaubatan adalah proses seumur hidup. Tuhan mengalu kita untuk kembali setiap kali kita bertaubat. Dia tidak akan berputus asa dengan kita.
Pembaptisan: Perjanjian Pertama Kita dengan Tuhan
-
Pembaptisan adalah cara kita memulakan hubungan perjanjian dengan Tuhan.
-
Pembaptisan mempunyai dua bahagian: pembaptisan dengan air dan dengan Roh. Apabila kita dibaptiskan dan ditetapkan, kita dibersihkan daripada dosa-dosa, memberikan kita satu permulaan baharu dalam kehidupan.
-
Kita dibaptiskan melalui pencelupan, mengikut teladan Yesus.
-
Kanak-kanak tidak dibaptiskan sehingga mereka berumur lapan tahun. Kanak-kanak yang mati sebelum umur itu ditebus melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
-
Kita mengambil sakramen setiap minggu untuk mengingati pengorbanan Yesus dan memperbaharui perjanjian kita dengan Tuhan.
Kurnia Roh Kudus
-
Roh Kudus adalah ahli ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan.
-
Selepas kita dibaptiskan, kita menerima kurnia Roh Kudus melalui tatacara penetapan.
-
Apabila kita menerima kurnia Roh Kudus, kita boleh mempunyai penemanan-Nya sepanjang hidup jika kita setia.
-
Roh Kudus menguduskan kita, membimbing kita, menghibur kita, dan membantu kita mengetahui kebenaran.
Bertahan Sampai Akhir
-
Bertahan termasuk menjalankan iman kepada Kristus setiap hari. Kita terus mematuhi perjanjian kita dengan Tuhan, bertaubat, mencari penemanan Roh Kudus dan mengambil sakramen.
-
Apabila kita dengan setia berusaha untuk mengikuti Yesus Kristus, Tuhan berjanji bahawa kita akan memperoleh kehidupan abadi.
Injil Yesus Kristus Memberkati Semua Anak Tuhan
-
Pengamalan injil memperdalamkan kebahagiaan kita, mengilhami tindakan kita, dan memperkayakan perhubungan kita.
-
Kita akan gembira—sebagai individu dan keluarga—apabila kita menjalankan ajaran-ajaran Yesus Kristus.
-
Melalui injil Yesus Kristus, keluarga diberkati dalam kehidupan ini dan boleh bersatu secara abadi dan hidup di hadirat Tuhan.
Soalan-soalan yang Anda Boleh Tanyakan Orang
Berikut adalah contoh soalan-soalan yang anda boleh tanya. Soalan-soalan ini boleh membantu anda mempunyai perbualan yang bermakna dan memahami keperluan dan perspektif seseorang.
-
Apakah yang anda tahu tentang Yesus Kristus?
-
Apakah maksudnya untuk mempercayai Yesus Kristus?
-
Apakah perubahan yang anda ingin buat dalam kehidupan anda?
-
Apakah pemahaman anda tentang pertaubatan?
-
Apakah pemahaman anda tentang pembaptisan? Apakah yang anda boleh lakukan sekarang untuk bersedia bagi pembaptisan?
-
Bagaimanakah Roh Kudus dapat membantu dalam perjalanan anda untuk kembali ke hadirat Tuhan?
-
Apakah cabaran yang anda atau keluarga anda hadapi? Bolehkah kami berkongsi beberapa cara injil Yesus Kristus dapat membantu?
Jemputan yang Anda Boleh Berikan
-
Sudikah anda berdoa kepada Tuhan untuk membantu anda tahu bahawa apa yang kami telah ajarkan adalah benar? (Lihat “Tanggapan Pengajaran: Doa” dalam bahagian terakhir pelajaran 1.)
-
Adakah anda akan menghadiri gereja hari Ahad ini untuk belajar lebih tentang apa yang kami telah ajarkan?
-
Adakah anda akan membaca Kitab Mormon dan berdoa untuk mengetahui bahawa ia adalah firman Tuhan? (Anda boleh mencadangkan bab atau ayat-ayat tertentu.)
-
Adakah anda akan mengikuti teladan Yesus dan dibaptiskan? (Lihat “Jemputan untuk Dibaptiskan dan Ditetapkan,” yang terdapat sebelum pelajaran 1.)
-
Bolehkah kita tetapkan masa untuk kunjungan yang seterusnya?
Landasan Ajaran
Bahagian ini menyediakan ajaran dan tulisan suci untuk kajian anda bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kesaksian injil anda dan membantu anda mengajar.
Misi Ilahi Yesus Kristus
Bapa Syurgawi mengutus Putera-Nya yang Dikasihi, Yesus Kristus, ke bumi untuk membolehkan kita semua mengalami kebahagiaan di dunia ini dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang. “Dan inilah Injil, khabar gembira, … bahawa [Yesus Kristus] datang ke dunia … untuk menanggung dosa-dosa dunia, dan untuk menguduskan dunia, dan untuk membersihkannya dari segala ketidaksolehan; agar melalui Dia semua boleh diselamatkan” (Ajaran dan Perjanjian 76:40–42).
Sebagai manusia fana, kita semua berdosa, dan kita semua mati. Dosa dan kematian akan menghalang kita dari memperoleh kehidupan abadi dengan Tuhan kecuali kita mempunyai seorang Penebus (lihat 2 Nefi 9). Sebelum dunia diciptakan, Bapa Syurgawi memilih Yesus Kristus untuk menebus kita. Sebagai ungkapan kasih yang agung, Yesus datang ke bumi dan memenuhi misi ilahi ini. Dia membolehkan kita ditebus daripada dosa-dosa kita, dan Dia memastikan kita semua akan dibangkitkan selepas kita mati.
Yesus Kristus menjalankan kehidupan tanpa dosa. Pada akhir pelayanan fana-Nya, Dia mengambil ke atas diri-Nya dosa-dosa kita melalui penderitaan-Nya di Getsemani dan ketika Dia disalibkan (lihat 1 Nefi 11:33). Penderitaan Yesus begitu hebat sehinggakan Dia “menggeletar kerana kesakitan, dan berdarah pada setiap liang roma” (Ajaran dan Perjanjian 19:18). Selepas Penyaliban-Nya, Yesus dibangkitkan, memperoleh kemenangan atas kematian. Bersama, peristiwa-peristiwa ini adalah Korban Tebusan Yesus Kristus.
Dosa-dosa menjadikan kita tidak bersih secara rohani, dan “tiada apa pun yang tidak bersih dapat hidup dengan Tuhan” (1 Nefi 10:21). Tambahan, hukum keadilan memerlukan akibat bagi dosa-dosa kita.
Korban tebusan Yesus menyediakan jalan bagi kita untuk dibersihkan daripada dosa dan dikuduskan apabila kita bertaubat. Ia juga menyediakan jalan untuk memuaskan tuntutan keadilan (lihat Alma 42:15, 23–24). Juruselamat berfirman, “Aku … telah menderita hal-hal ini bagi semua orang, agar mereka boleh tidak menderita jika mereka akan bertaubat; tetapi jika mereka tidak akan bertaubat mereka mesti menderita bahkan seperti Aku” (Ajaran dan Perjanjian 19:16–17). Jika bukan kerana Yesus Kristus, dosa akan mengakhiri semua harapan untuk kewujudan masa depan bersama Bapa Syurgawi.
Dalam menawarkan diri-Nya sebagai korban bagi kita, Yesus tidak menghapuskan tanggungjawab peribadi kita. Kita perlu beriman kepada-Nya, bertaubat, dan berusaha untuk mematuhi perintah-perintah. Apabila kita bertaubat, Yesus akan menuntut bagi pihak kita hak belas kasihan-Nya dari Bapa-Nya (lihat Moroni 7:27–28). Kerana perantaraan Juruselamat, Bapa Syurgawi mengampuni kita, melegakan kita dari beban dan kesalahan dosa-dosa kita (lihat Mosia 15:7–9). Kita dibersihkan secara rohani dan akhirnya boleh dialu-alukan ke hadirat Tuhan.
Misi ilahi Yesus juga adalah untuk menyelamatkan kita dari kematian. Kerana Dia telah bangkit, kita semua akan dibangkitkan selepas kita mati. Ini bererti roh dan tubuh setiap orang akan bersatu semula, dan setiap kita akan hidup selamanya dalam tubuh yang sempurna dan dibangkitkan. Jika bukan kerana Yesus Kristus, kematian akan menamatkan semua harapan untuk kewujudan masa depan dengan Bapa Syurgawi.
Iman kepada Yesus Kristus
Asas injil pertama ialah iman kepada Tuhan Yesus Kristus. Iman adalah landasan untuk semua asas injil yang lain.
Iman kepada Yesus Kristus termasuk mempunyai keyakinan bahawa Dia ialah Putera Tunggal Tuhan. Ia termasuk mempercayai Dia sebagai Juruselamat dan Penebus kita—bahawa Dia adalah satu-satunya cara bagi kita untuk kembali ke hadirat Tuhan (lihat Kisah Rasul-Rasul 4:10–12; Mosia 3:17; 4:6–8). Kita dijemput untuk menjalankan “iman yang tak tergoncang kepada-Nya, bersandar sepenuhnya pada jasa Dia yang perkasa untuk menyelamatkan” (2 Nefi 31:19).
Iman dalam Yesus Kristus termasuk mempercayai bahawa Dia telah menderita untuk dosa-dosa kita dalam korban tebusan-Nya. Kerana pengorbanan-Nya, kita boleh dibersihkan dan ditebus semasa kita bertaubat. Pembersihan ini membantu kita memperoleh kedamaian dan harapan dalam kehidupan ini. Ia juga membenarkan kita menerima kegenapan kebahagiaan selepas kita mati.
Iman kepada Yesus Kristus termasuk mempercayai bahawa melalui Dia, kita semua akan dibangkitkan selepas kita mati. Iman ini boleh menyokong dan menghiburkan kita pada masa kehilangan. Kesedihan kematian boleh dileraikan dengan janji Kebangkitan.
Iman kepada Yesus Kristus termasuk mempercayai bahawa Dia telah mengambil ke atas diri-Nya kesengsaraan dan kelemahan kita (lihat Yesaya 53:3–5). Dia tahu melalui pengalaman-Nya bagaimana untuk menyokong kita dalam cabaran hidup (lihat Alma 7:11–12; Ajaran dan Perjanjian 122:8). Apabila kita menjalankan iman, Dia membantu kita maju ke hadapan mengatasi kesusahan.
Melalui iman kita kepada-Nya, Yesus dapat menyembuhkan kita secara jasmani dan rohani. Dia sentiasa bersedia untuk membantu kita semasa kita mengingati jemputan-Nya untuk “lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut” (Ajaran dan Perjanjian 6:36).
Asas Tindakan dan Kuasa
Iman kepada Yesus Kristus membawa kepada tindakan. Kita menunjukkan iman dengan mematuhi perintah-perintah dan berbuat baik setiap hari. Kita bertaubat daripada dosa-dosa kita. Kita setia kepada-Nya. Kita berusaha untuk menjadi lebih seperti Dia.
Apabila kita menjalankan iman, kita dapat mengalami kuasa Yesus dalam kehidupan harian kita. Dia akan mengembangkan usaha terbaik kita. Dia akan membantu kita berkembang dan menahan godaan.
Memperkukuhkan Iman Kita
Nabi Alma mengajar bahawa membina iman boleh bermula dengan hanya “berhasrat untuk percaya” (Alma 32:27). Kemudian, untuk mengembangkan iman kita kepada Yesus Kristus, kita perlu memeliharanya dengan mempelajari firman-Nya, mengaplikasikan ajaran-Nya dan mematuhi perintah-Nya. Alma mengajar bahawa apabila kita dengan sabar, dengan tekun memelihara firman Tuhan dalam hati, ia “akan berakar [dan menjadi seperti] pokok yang tumbuh menuju kehidupan kekal”—bahkan memperkukuhkan iman kita (Alma 32:41; lihat ayat 26–43).
Pertaubatan
Apakah itu Pertaubatan?
Pertaubatan ialah asas kedua injil. Iman kepada Yesus Kristus dan kasih kita kepada-Nya membimbing kita untuk bertaubat (lihat Helaman 14:13). Pertaubatan adalah proses berpaling kepada Tuhan serta berpaling daripada dosa. Apabila kita bertaubat, tindakan, hasrat, dan fikiran kita berubah untuk menjadi lebih harmoni dengan kehendak Tuhan. Pengampunan dosa diperoleh melalui Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya.
Pertaubatan adalah lebih daripada usaha memilih untuk mengubah kelakuan atau mengatasi kelemahan. Pertaubatan adalah berpaling kepada Kristus dengan ikhas, yang memberikan kita kuasa untuk mengalami “perubahan hebat” dalam hati kita (Alma 5:12–14). Semasa kita mengalami perubahan hati ini, kita dilahirkan semula secara rohani (lihat Mosia 27:24–26).
Melalui pertaubatan, kita memperoleh pandangan baharu tentang Tuhan, diri, dan dunia. Kita merasai kasih Tuhan kepada kita sebagai anak-anak-Nya—dan kasih Juruselamat bagi kita. Peluang untuk bertaubat adalah salah satu berkat terbesar yang Tuhan telah berikan kepada kita melalui kurnia Putera-Nya.
Proses Pertaubatan
Apabila kita bertaubat, kita menyedari dosa-dosa kita dan merasa penyesalan yang tulen. Kita mengakui dosa-dosa kita kepada Tuhan dan meminta keampunan-Nya. Kita juga mengakui dosa-dosa yang serius kepada para pemimpin Gereja yang berwewenang, yang akan menyokong kita ketika kita bertaubat. Kita lakukan apa yang kita boleh untuk membuat ganti rugi, ini bermaksud berusaha untuk memperbetulkan masalah yang mungkin disebabkan oleh tindakan kita. Pertaubatan yang ikhlas ditunjukkan dengan tindakan soleh dalam satu jangka masa.
Pertaubatan adalah satu proses harian sepanjang hidup kita. “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Tuhan yang menyelamatkan mereka” (Roma 3:23). Kita harus bertaubat secara berterusan, ingat bahawa “dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, [kita] berdaya menghadapi segala macam keadaan” (Filipi 4:13). Tuhan telah meyakinkan kita bahawa “sekerap umat-Ku bertaubat akanlah Aku ampuni mereka bagi pelanggaran mereka” (Mosia 26:30).
Berkat Pertaubatan
Pertaubatan adalah satu asas positif yang membawa kebahagiaan dan kedamaian. Ia membawa kita “kepada kuasa Penebus, sehingga kepada keselamatan jiwa [kita]” (Helaman 5:11).
Apabila kita bertaubat, kesalahan dan kesedihan kita disembuhkan dalam proses masa. Kita merasa lebih banyak pengaruh Roh. Hasrat kita untuk mengikuti Tuhan menjadi lebih kuat.
“Terlalu ramai orang menganggap pertaubatan sebagai hukuman—sesuatu yang harus dielakkan. … Tetapi perasaan dihukum ini dihasilkan oleh Setan. Dia cuba menghalang kita dari memandang kepada Yesus Kristus, yang berdiri dengan tangan terbuka, berharap dan rela untuk menyembuhkan, mengampuni, membersih, menguatkan, menyucikan dan menguduskan kita” (Russell M. Nelson, “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67).
Pembaptisan: Perjanjian Pertama Kita dengan Tuhan
Iman kepada Yesus Kristus dan pertaubatan menyediakan kita untuk tatacara pembaptisan dan penetapan. Pembaptisan ialah tatacara penyelamatan pertama injil Yesus Kristus. Apabila kita menerima tatacara harapan yang bahagia ini, kita membuat perjanjian pertama kita dengan Tuhan.
Tatacara adalah tindakan atau upacara kudus yang dilaksanakan melalui wewenang imamat. Beberapa tatacara, seperti pembaptisan, adalah penting untuk keselamatan kita.
Melalui tatacara-tatacara, kita membuat perjanjian dengan Tuhan. Perjanjian-perjanjian ini adalah janji kudus di antara kita dan Tuhan. Dia berjanji untuk memberkati kita apabila kita mentaati janji-janji kita dengan-Nya. Kita harus mempunyai komitmen yang kuat untuk mentaati janji-janji kita dengan Tuhan.
Tuhan telah menyediakan tatacara dan perjanjian untuk membantu kita datang kepada-Nya dan memperoleh kehidupan abadi. Apabila kita menerima tatacara imamat dan mematuhi perjanjian yang berkaitan, kita boleh mengalami “kuasa ketuhanan” dalam hidup kita (Ajaran dan Perjanjian 84:20).
Perjanjian Pembaptisan
Juruselamat mengajar bahawa pembaptisan diperlukan untuk kita memasuki kerajaan syurga (lihat Yohanes 3:5). Ia juga diperlukan untuk menjadi ahli Gereja Yesus Kristus. Juruselamat kita telah menunjukkan teladan dengan dibaptiskan (lihat Matius 3:13–17).
Apabila kita dibaptiskan dan mematuhi perjanjian kita, Tuhan berjanji untuk mengampuni dosa-dosa kita (lihat Kisah Rasul-Rasul 22:16; 3 Nefi 12:1–2). Berkat besar ini diperbolehkan melalui korban tebusan Yesus Kristus, yang “mengasihi kita, dan dengan kematian-Nya Dia membebaskan kita daripada dosa-dosa kita” (Wahyu 1:5). Tuhan juga berjanji untuk memberkati kita dengan penemanan Roh Kudus supaya kita boleh dikuduskan, dibimbing, dan dihiburkan.
Sebahagian daripada perjanjian pembaptisan, kita bersaksi bahawa kita bersedia untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus. Kita juga berjanji untuk sentiasa mengingati Dia dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Kita berjanji untuk mengasihi dan melayani orang lain, “berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa; … menghibur mereka yang memerlukan penghiburan, dan untuk berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat” (Mosia 18:9; lihat ayat 8–10, 13). Kita menyatakan tekad untuk melayani Yesus Kristus sampai akhir hayat (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:37; Mosia 2:17).
Komitmen perjanjian kita yang berkaitan dengan pembaptisan adalah tanggungjawab yang besar. Ia juga mengilhami dan membahagiakan. Ia mencipta hubungan istimewa di antara kita dan Bapa Syurgawi di mana Dia sentiasa menghulurkan kasih-Nya.
Pembaptisan melalui Pencelupan
Yesus mengajar bahawa kita perlu dibaptiskan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:72–74). Pembaptisan melalui pencelupan adalah lambang kematian, pengebumian dan Kebangkitan Yesus Kristus (lihat Roma 6:3–6).
Pembaptisan melalui pencelupan juga mempunyai lambang yang sangat berkuasa bagi kita secara peribadi. Ia mewakili kematian kehidupan lama kita, pengebumian kehidupan itu, dan kemunculan dalam kelahiran semula rohani kita. Apabila kita dibaptiskan, kita mulakan proses dilahirkan semula dan menjadi putera dan puteri rohani Kristus (lihat Mosia 5:7–8; Roma 8:14–17).
Kanak-kanak
Kanak-kanak tidak dibaptiskan sehingga mereka mencapai umur pertanggungjawaban, iaitu lapan tahun (lihat Ajaran dan Perjanjian 68:27). Kanak-kanak yang mati sebelum umur itu ditebus melalui Korban Tebusan Yesus Kristus (lihat Moroni 8:4–24; Ajaran dan Perjanjian 137:10). Sebelum kanak-kanak dibaptiskan, mereka harus diajarkan injil supaya mereka akan bersedia untuk langkah penting ini dalam kehidupan mereka untuk membuat perjanjian dengan Tuhan.
Sakramen
Bapa Syurgawi mahu kita setia kepada perjanjian yang kita buat dengan-Nya. Untuk membantu kita melakukan ini, Dia telah perintahkan kita untuk sering bertemu bagi mengambil sakramen. Sakramen adalah tatacara imamat yang Yesus perkenalkan kepada para Rasul-Nya sebelum Korban Tebusan-Nya.
Mengambil sakramen adalah tujuan utama pertemuan sakramen setiap minggu. Roti dan air diberkati dan diedarkan kepada jemaah. Roti mewakili pengorbanan tubuh Juruselamat untuk kita. Air mewakili darah-Nya, yang Dia tumpahkan untuk kita.
Kita mengambil lambang-lambang ini untuk mengingati pengorbanan Juruselamat dan memperbaharui perjanjian kita dengan Tuhan. Kita memperbaharui janji bahawa Roh akan bersama kita.
Kurnia Roh Kudus
Menerima Kurnia Roh Kudus
Pembaptisan mempunyai dua bahagian. Yesus mengajar bahawa kita perlu “dilahirkan daripada air dan daripada Roh Tuhan” untuk memasuki kerajaan Tuhan (Yohanes 3:5; penekanan ditambah). Joseph Smith mengajarkan, “Pembaptisan melalui pencelupan hanyalah setengah pembaptisan, ia tidak berkesan tanpa setengah yang lain—iaitu, pembaptisan Roh Kudus” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 95).
Pembaptisan dengan air harus diikuti dengan pembaptisan daripada Roh untuk menjadikan ia lengkap. Apabila kita menerima dua jenis pembaptisan ini, kita menjadi bersih daripada dosa dan dilahirkan semula secara rohani. Kita kemudian memulakan kehidupan rohani baharu sebagai pengikut Kristus.
Kita menerima pembaptisan Roh melalui tatacara yang dipanggil penetapan. Tatacara ini dilaksanakan oleh seorang atau lebih pemegang imamat yang meletakkan tangan mereka di atas kepala kita. Pertama, mereka mengesahkan kita seorang ahli Gereja, dan kemudian mereka menganugerahkan kurnia Roh Kudus ke atas diri kita. Inilah tatacara sama yang dirujuk dalam Perjanjian Baru dan Kitab Mormon (lihat Kisah Rasul-Rasul 8:14–17; 3 Nefi 18:36–37).
Roh Kudus adalah ahli ketiga dalam Kesatuan Ketuhanan. Dia bekerja dalam kesatuan dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Apabila kita menerima kurnia Roh Kudus, kita boleh mempunyai penemanan-Nya sepanjang hidup apabila kita setia.
Bagaimana Roh Kudus Memberkati Kita
Kurnia Roh Kudus adalah salah satu kurnia terbesar Bapa Syurgawi. Roh Kudus membersihkan dan menguduskan kita, menjadikan kita lebih kudus, lebih lengkap, lebih seperti Tuhan (lihat 3 Nefi 27:20). Dia membantu kita berubah dan berkembang secara rohani semasa kita berusaha mengikuti ajaran-ajaran Tuhan.
Roh Kudus membantu kita belajar dan mengenali kebenaran (lihat Moroni 10:5). Dia juga mengesahkan kebenaran ke dalam hati dan minda kita. Selain itu, Roh Kudus membantu kita mengajar kebenaran (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:14). Apabila kita belajar dan mengajarkan kebenaran melalui kuasa Roh Kudus, Dia membawanya ke hati kita (lihat 2 Nefi 33:1).
Apabila kita dengan rendah hati mencari arahan dari Roh Kudus, Dia akan membimbing kita (lihat 2 Nefi 32:5). Ini termasuk mendorong kita dalam cara melayani orang lain.
Roh Kudus menyediakan kekuatan rohani untuk membantu kita mengatasi kelemahan. Dia membantu kita menahan godaan. Dia boleh memberi amaran kepada kita tentang bahaya rohani dan jasmani.
Roh Kudus akan membantu kita melalui cabaran-cabaran kehidupan. Dia akan menghibur kita pada masa percubaan atau kesedihan, memenuhi kita dengan harapan (lihat Moroni 8:26). Melalui Roh Kudus, kita dapat merasakan kasih Tuhan untuk kita.
Bertahan Sampai Akhir
Apabila kita dibaptis dan ditetapkan, kita masuk ke dalam perjanjian dengan Tuhan. Di antara hal-hal lain, kita berjanji untuk mematuhi perintah-perintah-Nya dan melayani Dia sepanjang hayat kita (lihat Mosia 18:8–10, 13; Ajaran dan Perjanjian 20:37).
Selepas kita memasuki jalan injil melalui pembaptisan dan penetapan, kita berusaha untuk kekal di atasnya. Apabila kita meninggalkan jalan itu walaupun sedikit, kita menjalankan iman kepada Kristus dan bertaubat. Berkat pertaubatan membolehkan kita kembali ke jalan injil dan mengekalkan berkat-berkat perjanjian kita dengan Tuhan. Semasa kita bertaubat dengan ikhlas, Tuhan sentiasa bersedia untuk mengampuni dan mengalu-alukan kita kembali.
Bertahan sampai akhir bermaksud kekal beriman kepada Tuhan sepanjang hayat kita—dalam masa senang dan masa susah, dalam kemakmuran dan kesengsaraan. Kita dengan rendah hati membenarkan Kristus membentuk kita dan menjadikan kita lebih seperti Dia. Kita memandang kepada Kristus dengan iman, kepercayaan, dan harapan tidak kira apa yang datang dalam kehidupan kita.
Bertahan sampai akhir tidak hanya bermaksud bertahan sampai kita mati. Sebaliknya, ia bermaksud menumpukan kehidupan, fikiran, dan tindakan kita kepada Yesus Kristus. Ia termasuk meneruskan iman dalam Kristus setiap hari. Kita juga terus bertaubat, mematuhi perjanjian kita dengan Tuhan, dan mencari penemanan Roh Kudus.
Bertahan sampai akhir termasuk “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia.” Bapa Syurgawi berjanji bahawa jika kita bertahan sampai akhir, kita “akan memperoleh kehidupan abadi” (2 Nefi 31:20).
Injil Yesus Kristus Memberkati Semua Anak Tuhan
Injil Yesus Kristus adalah untuk semua anak Tuhan. Tulisan suci mengajar bahawa “semua adalah sama bagi Tuhan” tidak kira latar belakang atau situasi kita. Dia menjemput “semua datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya; dan Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia” (2 Nefi 26:33).
Injil memberkati kita sepanjang kehidupan fana kita dan sepanjang keabadian. Kita akan gembira—sebagai individu dan keluarga—apabila kita menjalankan ajaran-ajaran Yesus Kristus (lihat Mosia 2:41; “Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org). Pengamalan injil memperdalamkan kebahagiaan kita, mengilhami tindakan kita, dan memperkayakan perhubungan kita.
Mengamalkan injil Yesus Kristus juga boleh melindungi kita daripada membuat pilihan yang akan membahayakan kita secara jasmani atau rohani. Ia membantu kita memperoleh kekuatan dan ketenangan pada masa percubaan dan kesedihan. Ia menyediakan jalan ke kehidupan abadi yang bahagia.
Salah satu pesanan hebat injil yang dipulihkan adalah bahawa kita semua sebahagian daripada keluarga Tuhan. Kita adalah para putera dan puteri terkasih-Nya. Tidak kira apa pun situasi keluarga kita di bumi, setiap kita adalah ahli keluarga Tuhan.
Satu lagi bahagian besar pesanan kita adalah keluarga boleh bersatu untuk keabadian. Keluarga ditetapkan oleh Tuhan. Rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi, membolehkan hubungan keluarga diteruskan selepas kematian. Tatacara-tatacara dan perjanjian bait suci yang kudus membolehkan keluarga untuk bersama selamanya.
Melalui cahaya injil, keluarga boleh menyelesaikan salah faham, perselisihan dan cabaran. Keluarga-keluarga terpisah akibat perselisihan boleh dipulihkan melalui pertaubatan, pengampunan dan iman dalam kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus.
Injil Yesus Kristus membantu kita menubuhkan hubungan keluarga yang lebih kuat. Rumah adalah tempat terbaik untuk mengajar dan belajar asas-asas injil. Sebuah rumah yang ditubuhkan atas asas-asas injil akan menjadi satu tempat perlindungan dan keselamatan. Ia akan menjadi tempat di mana Roh Tuhan dapat tinggal.
Panduan Ajaran Singkat ke Sederhana
Rangka panduan berikut adalah contoh apa yang anda boleh ajar seseorang jika anda hanya mempunyai masa yang singkat. Apabila menggunakan rangka panduan ini, pilih satu asas atau lebih untuk diajarkan. Landasan ajaran bagi setiap asas telah diberikan di awal pelajaran.
Semasa anda mengajar, tanyakan soalan dan dengar. Hulurkan jemputan yang akan membantu orang belajar bagaimana untuk lebih mendekati Tuhan. Satu jemputan penting adalah untuk orang itu bertemu dengan anda agi. Panjang pelajaran akan bergantung pada soalan yang anda tanya dan dengar.
Apa yang Anda Boleh Ajarkan Kepada Orang dalam 3–10 Minit
-
Tuhan mengutus Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, ke bumi untuk menebus kita daripada dosa dan kematian.
-
Iman kepada Yesus Kristus adalah asas tindakan dan kuasa. Iman membantu kita mengalami kuasa pengukuhan Juruselamat dalam kehidupan kita.
-
Iman kepada Yesus Kristus membawa kepada pertaubatan. Pertaubatan adalah proses berpaling kepada Tuhan serta berpaling daripada dosa. Apabila kita bertaubat, tindakan, hasrat dan fikiran kita berubah untuk menjadi lebih harmoni dengan kehendak Tuhan.
-
Apabila kita bertaubat, Tuhan mengampuni kita. Pengampunan diperbolehkan kerana Yesus Kristus menebus dosa-dosa kita.
-
Pembaptisan mempunyai dua bahagian: pembaptisan dengan air dan dengan Roh. Apabila kita dibaptiskan dan ditetapkan, kita dibersihkan daripada dosa-dosa, memberikan kita satu permulaan baharu dalam kehidupan.
-
Selepas kita dibaptiskan dengan air, kita menerima kurnia Roh Kudus melalui tatacara penetapan.
-
Apabila kita dengan beriman mengikuti jalan injil sepanjang hayat, Tuhan berjanji bahawa kita akan memperoleh kehidupan abadi.