2010–2019
Untuk-Nya
Oktober 2018


11:54

Untuk-Nya

Mengetahui tentang siapa dan mengapa dalam melayan orang lain membantu kita memahami bahawa manifestasi kasih tertinggi adalah ketaatan kepada Tuhan.

Pada malam bersejarah ini, saya mengucapkan kasih dan penghargaan saya kepada setiap anda, para saudari saya yang dikasihi. Tidak kira umur, lokasi, atau keadaan kita, kita berkumpul pada malam ini dalam perpaduan, kekuatan, tujuan, dan kesaksian bahawa kita dikasihi dan dipimpin oleh Bapa Syurgawi kita; Juruselamat kita, Yesus Kristus; dan nabi hidup kita, Presiden Russell M. Nelson.

Sebagai pasangan muda, suami saya dan saya dipanggil oleh uskup kami untuk melawat dan melayan satu keluarga yang tidak pergi ke gereja dalam beberapa tahun. Kami menerima tugasan itu dengan rela dan pergi ke rumah mereka beberapa hari kemudian. Ia jelas kepada kami bahawa mereka tidak mahu pengunjung dari Gereja.

Jadi pada lawatan seterusnya, kami membawa sepiring biskut, yakin bahawa cip coklat akan memenangi hati mereka. Mereka tidak. Pasangan itu bercakap dengan kami melalui pintu skrin, menjadikannya lebih jelas bahawa kami tidak dialu-alukan. Semasa kami pulang ke rumah, kami berfikir bahawa kejayaan kami agak pasti jika kami hanya menawarkan mereka Rice Krispies Treats.

Penglihatan rohani kami yang kurang membuat kegagalan percubaan tambahan mengecewakan. Penolakan memang tidak selesa. Kami mula bertanya diri, “Mengapa kami membuat ini? Apakah tujuan kami?”

Elder Carl B. Cook membuat pemerhatian ini: “Melayan dalam Gereja … boleh mencabar jika kita diminta untuk membuat sesuatu yang menakutkan kita, jika kita menjadi lelah melayan, atau jika kita dipanggil untuk membuat sesuatu yang kita tidak menemukan menarik pada mulanya.”1 Kami mengalami kebenaran kata-kata Elder Cook apabila kami memutuskan untuk mencari bimbingan dari Bapa Syurgawi yang mempunyai perspektif yang lebih besar daripada kita sendiri.

Selepas banyak doa dan pengkajian ikhlas, kami menerima jawapan kepada mengapa kita perlu melayan. Kami mempunyai perubahan dalam pemahaman kami, satu perubahan hati, sebenarnya satu pengalaman pewahyuan.2 Semasa kami mencari petunjuk dari tulisan suci, Tuhan mengajar kami bagaimana membuat proses melayan orang lain lebih senang dan lebih bermakna. Ini adalah ayat yang kami baca telah mengubah hati dan pendekatan kami: “Engkau haruslah mengasihi Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap daya, fikiran, dan kekuatanmu; dan dalam nama Yesus Kristus engkau akan melayani-Nya.”3 Walaupun ayat ini kelihatan biasa, ia seolah-olah berkata kepada kami dalam cara yang baru dan penting.

Kami sedar bahawa kami sedang berusaha dengan ikhlas untuk melayan keluarga ini dan melayan uskup kami, tetapi kami perlu menanya diri jika kami benar-benar melayan kerana kasih untuk Tuhan. Raja Benyamin membuat perbezaan ini jelas apabila dia berkata, “Lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa kerana aku telah berkata kepadamu bahawa aku telah menghabiskan masa hidupku dalam pelayananmu, aku tidak berhasrat untuk bercakap besar, kerana aku semata-mata telah berada dalam pelayanan Tuhan.”4

Jadi siapakah yang Raja Benyamin benar-benar melayani? Bapa Syurgawi dan Juruselamat. Mengetahui tentang siapa dan mengapa dalam melayan orang lain membantu kita memahami bahawa manifestasi kasih tertinggi adalah ketaatan kepada Tuhan.

Apabila tumpuan kami mula berubah, begitu juga doa-doa kami. Kami mula menantikan lawatan dengan keluarga ini kerana kasih kami untuk Tuhan.5 Kami membuatnya untuk Dia. Dia membuat perjuangan bukan lagi satu perjuangan. Selepas beberapa bulan berdiri di depan pintu, keluarga itu mula menjemput kami masuk. Akhirnya, kami berdoa dengan kerap dan membincangkan Injil bersama. Satu persahabatan yang kukuh terjadi. Kami menyembah dan mengasihi-Nya dengan mengasihi anak-anak-Nya.

Bolehkah anda memikirkan satu masa apabila anda menjangkau dengan usaha yang ikhlas untuk membantu seseorang yang memerlukan dan rasa bahawa usaha anda tidak dihargai atau tidak diingini? Dalam masa itu, adakah anda mempersoalkan nilai pelayanan anda? Jika demikian, semoga kata-kata Raja Benyamin menggantikan keraguan dan juga kesakitan anda: “Kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu.”6

Daripada membina kebencian, kita boleh membina, melalui pelayanan, hubungan yang lebih sempurna dengan Bapa Syurgawi kita. Kasih kita dan ketaatan kepada-Nya menghapuskan keperluan untuk pengiktirafan atau penghargaan dan membenarkan kasih-Nya mengalir kepada dan melalui kita.

Kadangkala kita melayan kerana rasa tanggungjawab atau kewajipan, tetapi pelayanan itu juga boleh membawa kita mendapatkan sumber yang lebih tinggi di dalam kita, membawa kita untuk melayan dalam “jalan yang terbaik”7—seperti jemputan Presiden Nelson untuk “kaedah baharu, lebih kudus untuk menjaga dan melayan orang lain.”8

Apabila kita bertumpu kepada semua yang Tuhan telah buat untuk kita, pelayanan kita datang dari hati yang bersyukur. Apabila kita kurang prihatin tentang pelayanan yang membesar-besarkan kita, kita menyedari bahawa tumpuan pelayanan kita adalah meletakkan Tuhan terlebih dahulu.9

Presiden M. Russell Ballard mengajar, “Ia hanya apabila kita mengasihi Tuhan dan Kristus dengan semua hati, jiwa, dan minda kita yang kita boleh berkongsi kasih ini dengan jiran-jiran kita melalui tindakan kebaikan dan pelayanan.”10

Perintah pertama dalam Sepuluh Perintah mengulangi kebijaksanaan ilahi ini: “Akulah Tuhan, Tuhan kamu. … Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.”11 Penempatan perintah ini membantu kita memahami bahawajika kita meletakkan Dia sebagai keutamaan kita, semua yang lain akan jatuh dalam tempatnya—bahkan pelayanan kita kepada orang lain. Apabila Dia mengambil tempat yang penting dalam hidup kita melalui pilihan kita, Dia kemudian boleh memberkati tindakan kita untuk kebaikan kita dan orang lain.

Tuhan menasihatkan, “Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran.”12 Dan setiap minggu kita berjanji untuk membuat demikian—untuk “selalu mengingati-Nya.”13 Bolehkah tumpuan ilahi seperti ini digunakan dalam semua yang kita lakukan? Bolehkah tugasan biasa menjadi satu peluang untuk menunjukkan kasih dan ketaatan kepada-Nya? Saya percaya ia akan dan boleh.

Kita boleh membuat setiap perkara dalam senarai harian kita menjadi satu cara untuk memuliakan-Nya. Kita boleh melihat setiap tugasan sebagai hak istimewa dan peluang untuk melayani-Nya, walaupun kita di tengah-tengah tarikh akhir, tanggungjawab, atau lampin kotor.

Seperti dikatakan Amon, “Ya, aku tahu bahawa aku bukan apa-apa; berkaitan dengan kekuatanku aku lemah; oleh itu aku tidak akan bercakap besar akan diriku sendiri, tetapi aku akan berbangga akan Tuhanku, kerana dalam kekuatan-Nya aku dapat melakukan segala sesuatu.”14

Apabila melayani Tuhan menjadi keutamaan kita dalam hidup, kita kehilangan diri, dan akhirnya, mencari diri kita.15

Juruselamat mengajar prinsip ini dengan terus dan mudah: “Oleh itu biarlah cahayamu bersinar sedemikian di hadapan bangsa ini, agar mereka boleh melihat pekerjaan baikmu dan memuliakan Bapamu yang berada di dalam syurga.”16

Saya ingin berkongsi beberapa kata bijaksana yang boleh ditemui di dinding sebuah rumah anak yatim di Calcutta, India: “Jika anda baik hati, orang boleh menuduh anda dengan motif mementingkan diri. Berbaik hati juga. Apa yang anda bina selama bertahun-tahun, seseorang boleh memusnahkan semalaman. Bina juga. Kebaikan yang anda buat hari ini, orang kerap akan lupakan pada hari esok. Buat baik juga. Beri dunia yang terbaik yang anda ada, dan ia mungkin tidak mencukupi. Beri dunia yang terbaik yang anda ada juga. Dalam analisis terakhir, ia adalah di antara anda dan Tuhan anda … juga.”17

Para saudari, ia selalunya di antara kita dan Tuhan. Presiden James E. Faust berkata: “‘Apakah keperluan terbesar di dunia?’ … ‘Bukankah keperluan terbesar di dunia untuk semua manusia adalah untuk mempunyai hubungan peribadi, harian, dan berterusan dengan Juruselamat?’ Mempunyai hubungan seperti ini boleh menyatakan keilahian di dalam kita, dan tidak ada apa pun yang boleh membuat perbezaan yang lebih besar dalam hidup kita apabila kita belajar dan memahami hubungan ilahi kita dengan Tuhan.”18

Alma menjelaskan kepada anak lelakinya, “Ya, biarlah semua perbuatanmu bagi Tuhan, dan ke mana pun kamu pergi biarlah itu di dalam Tuhan; ya, biarlah semua fikiranmu diarahkan kepada Tuhan; ya, biarlah kasih sayang hatimu ditujukan kepada Tuhan selama-selamanya.”19

Dan Presiden Russell M. Nelson juga mengajar kita, “Apabila kita memahami Korban tebusan sukarela-Nya, rasa pengorbanan kita dibayangi sepenuhnya dengan kesyukuran untuk peluang melayani-Nya.”20

Para saudari, saya bersaksi bahawa apabila Yesus Kristus, melalui kuasa Korban tebusan-Nya, bekerja atas kita dan dalam kita, Dia mulai bekerja melalui kita untuk memberkati orang lain. Kita melayan mereka, tetapi kita berbuat demikian dengan mengasihi dan melayani-Nya. Kita menjadi apa yang tulisan suci jelaskan: “Setiap lelaki [dan perempuan] mencari kepentingan sesama sendiri, dan melakukan segala hal dengan tumpuan mata hanya satu pada kemuliaan Tuhan.”21

Uskup kami mungkin tahu itulah ajaran yang suami dan saya akan belajar dalam usaha ikhlas awal itu, walaupun tidak sempurna, untuk melayan anak lelaki dan anak perempuan terkasih Tuhan. Saya memberi kesaksian peribadi dan pasti tentang kebaikan dan kasih yang Dia kongsi dengan kita walau apabila kita berusaha untuk melayan untuk-Nya. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.